Wednesday, August 27, 2008

BN akur keputusan

BUKIT MERTAJAM 26 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kerajaan akan melakukan perubahan yang perlu bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Merujuk kepada kekalahan BN pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh hari ini, Timbalan Perdana Menteri berkata, BN menghormati keputusan pengundi Permatang Pauh yang memberi kemenangan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Ulasan: Sepatutnya kerajaan melatih rakyat supaya hanya memilih parti yang terbaik untuk negara iaitu yang anti rasuah, anti penyelewengan, anti penindasan terhadap pembangkang bukan hanya melalui kata-kata tapi dalam hidup seharian. BN/UMNO boleh buat macam itu? Jangan hanya mahukan kemenangan supaya boleh memerintah negara selamanya (nama samaran yang di gunakan bermaksud untuk hidupkan dan suburkan kroni kerana mahu kumpulkan kekayaan negara dengan cara yang tidak sah).
Rakyat yang telah di asuh bertahun-tahun sepatutnya memilih calon yang terbaik walau dari parti lain. Parti politik boleh datang dan pergi tetapi rakyat dan negara sentiasa mendapat pemimpin yang paling sayangkan negara dan rakyat. Bukan hanya Leftenan Adnan yang perlu untuk negara.

Najib kesal kekecohan
BUKIT MERTAJAM 26 Ogos - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kesal dengan kekecohan yang berlaku semasa proses pengundian pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pagi ini…

Ulasan: Pihak polis sila siasat dan hadapkan ke mahkamah sesiapa saja yang melanggar peraturan negara. Keadilan sewajarnya tidak memilih bulu.

Warga Aceh mangsa tsunami perlu pulang segera
KUALA LUMPUR 26 Ogos - Rakyat Aceh yang menjadi mangsa bencana Tsunami dan berlindung di Malaysia sejak kejadian itu pada 2004, perlu meninggalkan negara ini secepat mungkin apabila tempoh kebenaran yang diberikan kepada mereka berakhir…

Ulasan: Eloklah pulang untuk membantu negara yang di tinggalkan.

Tambang bas tidak dipengaruhi harga minyak
KUALA LUMPUR 26 Ogos - Tambang baru bas awam dan ekspres yang akan diumumkan sebelum Ramadan ini tidak dipengaruhi oleh harga minyak, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar.
Sebaliknya, beliau berkata, senarai tambang baru itu dibuat berdasarkan kenaikan kos pengurusan dan operasi yang terpaksa ditanggung pengusaha sejak akhir-akhir ini.
''Ini termasuk kos tayar, bateri, minyak hitam dan gaji pekerja yang menyebabkan ada syarikat yang terpaksa gulung tikar atau berhutang untuk meneruskan perniagaan.
''Mereka menanggung kerugian sehingga RM100,000 sehari bagi setiap syarikat bas. Jadi kita menimbangkan kesusahan yang mereka hadapi,'' katanya…

Ulasan: Eloklah di naikkan tambang supaya rakyat yang cuba membelot dari menyokong BN/UMNO merasa kepahitan hidup yang pernah di alami oleh rakyat yang menyokong parti pembangkang. Alasan boleh di cari kerana lidah tak bertulang. Di hujung usianya BN/UMNO akan tunjukkan belas kasihan kepada semua dengan penuhi segala tuntutan. Kesian.

BPR ambil keterangan Nalla
KUALA LUMPUR 26 Ogos - Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan mengambil keterangan Datuk S. Nallakaruppan berhubung dakwaannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima wang RM60 juta daripada syarikat perjudian Magnum Corporation Berhad.
Timbalan Ketua Pengarah BPR, Datuk Abu Kassim Mohamed berkata, beberapa pegawainya akan menemui bekas sahabat kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam masa terdekat ini. Menurutnya, ini bagi membolehkan pihaknya mendapatkan maklumat lanjut mengenai dakwaan Nallakarupan itu dan pada masa yang sama membolehkan BPR mengambil tindakan sewajarnya. Beliau menjelaskan, BPR tidak semestinya menunggu seseorang membuat laporan kepada agensi itu untuk memulakan siasatan. "Tak semestinya tunggu sampai dapat laporan, kalau benar wujud unsur rasuah, kita sendiri akan ambil keterangan daripada mereka yang membuat dakwaan dan kemudian boleh memulakan siasatan," katanya…

Ulasan: Baguslah kalau niatnya cantik untuk menghapuskan rasuah dari negara. Bila pula nak siasat berpuluh-puluh laporan BPR yang telah lama di buat mengenai skandal rasuah pemimpin BN/UMNO? Dah dapat kotak Ezam?

Industri pembinaan paling terjejas - Mohd. Zin
KUALA LUMPUR 26 Ogos - Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, industri pembinaan tempatan merupakan sektor yang paling terjejas berikutan penstrukturan semula subsidi minyak yang diumumkan oleh kerajaan pada 4 Jun lalu.
Katanya, syarikat pembinaan di negara ini telah mendapat manfaat daripada sistem subsidi minyak kerajaan sejak sekian lama kerana banyak projek infrastruktur yang dilaksanakan menggunakan barangan dan perkhidmatan domestik.
"Kenaikan harga minyak dunia turut meningkatkan kos pembinaan kerana bahan-bahan binaan seperti simen dan keluli mengalami kenaikan harga yang mendadak sehingga menyebabkan projek pembinaan mungkin tergendala," katanya…

Ulasan: Sudah tahu bermasalah kenapa PM bersusah-payah menaikkan harga minyak dulu. Fikir sebelum buat.

No comments: