KUALA LUMPUR 28 Ogos - Seramai 20 Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak menyatakan pendirian tidak akan melompat parti seperti yang diheboh-hebohkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini dalam sidang akhbar di Parlimen semalam.
Kenyataan yang dibuat oleh parti pembangkang itu disifatkan mereka sebagai satu pembohongan…
Ulasan: Tak mungkin ahli parlimen BN yang ada masalah peribadi (iaitu mengumpul kekayaan peribadi melalui jalan tak sah) akan melompat ke Pakatan Rakyat kerana rekodnya akan automatik di siasat oleh BPR. Terima kasih kepada PM yang dulu kerana merosakkan negara dengan mengikat ketaatan melalui fail peribadi masing-masing. Hanya yang merdeka minda akan cepat melompat ke parti yang yang lebih baik dan telus untuk kesejahteraan rakyat.
Negara huru-hara jika Anwar jadi Perdana Menteri
MELAKA 28 Ogos - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (gambar) percaya negara ini akan menjadi huru- hara jika Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
Menurut beliau, Ahli Parlimen Permatang Pauh yang baru memenangi pilihan raya kecil Selasa lalu itu tidak mempunyai ciri-ciri seorang Perdana Menteri sebaliknya lebih sombong, berlagak dan sering menghina orang lain.
''Saya tidak nampak beliau mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin yang boleh membawa keamanan dan keharmonian kepada negara. Sebaliknya beliau jenis orang yang boleh merosakkan negara," katanya…
Ulasan: Bunyinya macam fitnah. Kalau betul huru-hara pun 4-5 tahun saja. Lepas itu rakyat boleh undi dan pilih kerajaan yang lebih BAIK. Pilih BN? Ya selepas BN jadi lebih baik dari PAS.
Kemenangan Anwar trend rakyat tolak BN?
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Kecenderungan pengundi memilih pakatan pembangkang pada pilihan raya kecil Permatang Pauh membuktikan bahawa trend penolakan rakyat terhadap parti kerajaan semakin kuat.
Penganalisis politik tempatan, Profesor Dr. Mohamad Mustafa Ishak berkata, mesej itu pada awalnya telah pun disampaikan oleh rakyat pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu hingga menyebabkan lima negeri jatuh ke tangan pembangkang dan berlaku pertambahan kerusi mereka di Parlimen…
Ulasan: Antaranya rakyat membenci rasuah. Rasuah berkembang mekar sepanjang Perikatan/BN memerintah Malaysia. Jangan salahkan parti pembangkang yang tak punya apa-apa.
Kerangka bumbung sekolah runtuh
SHAH ALAM 28 Ogos - Kerangka bumbung bangunan tambahan tiga tingkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 16 di sini yang sedang dalam pembinaan runtuh malam tadi.
Bangunan yang mula dibina pada Oktober 2007 itu terletak bersebelahan dengan sederet bangunan bilik darjah satu tingkat di sekolah tersebut…
Ulasan: JKR - Selamat menyiasat angkara siapa: kesilapan rekabentuk atau pembinaan tidak mengikut spesifikasi (atau pun kelalaian supervision)? Pihak klien akan hanya membayar bangunan yang siap sempurna. Apa perkembangan siasatan bumbung dewan sekolah SMK Wakaf Tapai, Marang yang runtuh April sudah? Biasanya ada tangan manusia yang bertanggungjawab.
100,000 ucapan merdeka di kain rentang
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Gerakan Ehsan Selangor (GES) sekali lagi mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) apabila berjaya menulis 100,000 ucapan kemerdekaan pada kain rentang sepanjang 5,100 meter…
Ulasan: Sejak kemerdekaan kita sibuk mengejar nama. Seolah-olah biar dapat nama walaupun tidak dapat apa. Kemerdekaan bermula dari hati yang merdeka. Merdekakah kita?
Rangsang rakyat berbelanja
KUALA LUMPUR: Bajet 2009 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, dijangka menggariskan inisiatif bagi merangsang ekonomi domestik ketika negara berdepan kelembapan ekonomi global serta membantu rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana, mengharungi kenaikan harga barangan…(BH, 29/8/08).
Ulasan: Terima kasih kepada PM yang telah menaikkan harga minyak petrol dan diesel yang lantas menaikkan harga barangan lain. Terima kasih kerana mengharapkan golongan rendah dan sederhana berbelanja lebih lagi. Kalau Pak-pak menteri turun dari singgahsana meninjau kami yang tertindas ini alangkah baiknya
No comments:
Post a Comment