Friday, June 26, 2009

Mufti Perak kurang terdedah sejarah politik Islam - Nik Aziz

KOTA BHARU, 25 Jun (Hrkh) - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dianggap tidak terdedah dengan sejarah politik Islam sehingga menganggap PAS sebagai punca perbalahan orang Melayu di negara ini.

"Kalau betullah PAS menjadi punca balah, maka Nabi Muhammad saw juga menjadi punca masyarakat Arab ketika itu berbalah. 

"Ini kerana PAS meniru apa yang dilakukan Nabi Muhammad saw. Apakah Nabi Muhammad saw menjadi punca belah. Sedangkan apa yang berlaku punca pecah belah datang daripada orang yang lawan Islam," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Mursyidul Am PAS itu bertanya sekarang siapa punca berpecah belah, parti Islam atau parti kebangsaan yang berteraskan sekular. 

Menurutnya, orang Islam kena tengok semula sejarah, adakah Nabi Muhammad saw menjadi punca perbalahan masyarakat ketika itu atau orang yang melawan ajaran dibawanya. 

"Kalaulah Nabi Muhammad saw menjadi punca balah, maka apa yang dikatakan Mufti Perak itu betullah. 

"Sedangkan baginda berbalah dengan bapa saudara dan masyarakat Arab bagi menegakkan Islam. Jadi siapa yang menjadi punca balah," katanya di sini. 

Sebuah akhbar hari ini menyiarkan kenyataan Mufti Perak yang dianggap kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan bagi menegakkan ideologi politik mereka. 

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang Menteri Besar Kelantan berkata, PAS ditubuh di Pulau Pinang oleh alim ulama yang asal berada dalam Umno. 

Namun katanya mereka keluar daripada Umno dan menubuh sebuah parti Islam pada 1951. 

Beliau juga berkata, Umno ialah United Malay National Organization yang memperlihatkan parti itu berjuang berteraskan kaum. 

"Jadi mengapa dia sibuk dengan kita, sedangkan dia parti Melayu. Pelawalah orang Melayu seramai yang boleh kerana mereka parti orang Melayu. 

"Tetapi sekarang mengapa pula orang Melayu sudah ramai yang lari daripada Umno. Orang Melayu sudah lari kepada PAS, KeADILan dan DAP," tambahnya. 

Menurutnya juga Umno selama ini secara jelas menyebut agama lain dan politik lain dalam perjuangan mereka. 

Sedangkan beliau berkata, Islam meminta manusia berpadu sama ada dengan orang Melayu, Cina dan India. 

"Kalau perpaduan sebenar biarlah semua kaum dalam BN dan Pakatan Rakyat berpadu," katanya. 

Oleh itu beliau meminta supaya mufti terbabit supaya lebih baik menggunakan masa yang berharga untuk mempengaruhi Umno supaya tukar dasar kebangsaan kepada Islam. 

"Berapa sen harga kaum Melayu atau bangsa Arab di Padang Mahsyar kelak. Dalam keadaan PAS masuk Perikatan dahulu lalu dengan dijemput pun PAS ditendang keluar. 

"Inikan pula kita yang cuba sorong-sorong kepala. Sebab itu saya tengok sehari dua ini Umno macam orang gila talak pula," katanya. 

Sebelum ini ketika mengadakan pertemuan dengan warga pendidik di Kuala Krai, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut perpaduan hanya diminati antara PAS dan Umno sahaja dan bukan melibatkan parti lain. – mj

Ulasan: Orang Islam mesti bijak berpolitik supaya Islam sentiasa terbela.

Amerika kecewa Ahmadenejad terpilih

Shirzad Lifeboat 
Fri | Jun 26, 09 

MENGAPAKAH media Barat, terutama media Amerika Syarikat tiba-tiba memainkan peranan 'pak sibuk' nombor wahid dalam melapor dan menganalisis pilihan raya presiden Iran? 

Kesungguhan tidak terperi mereka dalam memberi liputan meluas kepada pilihan raya di Iran dan keputusannya seolah-olah menggambarkan siapa yang menjadi Presiden Republik Islam itu memiliki anak kunci untuk merobah dunia, menyelesaikan masalah ekonomi global serta meletakkan noktah terakhir kepada sengketa di Asia Barat. 

Nampaknya, di sebalik slogan kebebasan media yang dipertahankan oleh Barat, sikap berat sebelah serta kewartawanan beragenda membumbui laporan dan liputan pilihan raya presiden Iran. Malah sebelum tarikh pengundian lagi, mereka telah mengandaikan Presiden Mahmoud Ahmadenejad bakal gagal mempertahankan jawatannya. 

Misalnya majalah Newsweek edisi 15 Jun 2009, menyiarkan analisis bertajuk 'Why Iran's President May Lose' (Mengapa Presiden Iran Mungkin Tewas). 

Kini di sebalik kemenangan Ahmadnejad, dakwaan penipuan kiraan undi yang lebih menjurus kepada krisis dalaman negara berkenaan diperbesar-besarkan dan diberikan dimensi baru dengan tujuan menghasut penyokong calon yang tewas, Mir Hossein Mousavi, bagi mewujudkan keadaan paling tegang negara tersebut selepas Revolusi Islam Iran 1979. 

Perbalahan dan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin parti politik Iran dan rakyat negara itu bukanlah sesuatu yang luar biasa dan pelik. Ia lumrah di mana-mana sekalipun termasuk di Amerika Syarikat, Great Britain dan negara-negara Barat yang lain. 

Tetapi apabila media Amerika mengepalai kempen Barat dalam menghura-hurakan keadaan politik sesebuah negara dengan mempermodalkan persengketaan dalaman, maka ia mengesahkan lebih lanjut dasar suka cari fasal Washington terhadap negara-negara Islam sebagaimana yang dilakukan terhadap Afghanistan dan Iraq bagi pelbagai tujuan kepentingannya. 

Walaupun pelbagai pihak dan negara (kebanyakannya sekutu Amerika) dan para ulama tertentu republik tersebut mendakwa merasa bimbang terhadap apa yang berlaku di Iran, pihak yang lebih masak dengan permainan Barat dan Amerika terus mengucapkan tahniah kepada Ahmadnejad. 

Mereka termasuklah Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa; pemimpin Hezbollah Hassan Nasrallah; Presiden Iraq, Jalal Talabani dan pemipin radikal negara berkenaan Muqtada al-Sadr, kerajaan Hamas di Gaza serta pertubuhan Jihad Islam Palestin; Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari; Presiden Afghanistan, Hamid Karzai dan beberapa negara Islam lain serta beberapa negara bukan-Islam yang melihat pemimpin Washington sebagai 'syaitan bertopengkan manusia'. Pemimpin negara bukan Islam ini termasuklah Presiden Rusia, Dmitry Medvedev dan Pengerusi Majlis Tertinggi Rakyat Korea Utara, Kim Yong-nam. 

Dalam perutusan tahniah masing-masing, mereka menyokong Ahmadnejad yang terus mengambil sikap anti-Israel, keengganan tunduk kepada tekanan Amerika dalam program nuklear serta ucapan-ucapan keras beliau terhadap Barat termasuk menafikan peristiwa Holocaust yang dikatakan dicipta oleh Israel untuk menagih simpati dunia. 

Justeru, tidak hairanlah sekiranya Amerika dan Barat mahukan Mousavi yang dilihat sebagai sanggup berkompromi dengan Barat termasuk dalam soal program nuklear dengan melahirkan idea pembentukan sebuah konsortium Barat bagi memantau proses pengkayaan bahan uranium di Iran serta kesanggupan mengadakan dialog yang lebih terbuka dengan Amerika dan sekutu-sekutunya. 

Ketegangan pilihan raya boleh berlaku di mana-mana tetapi keadaannya sudah tentu tidak akan menjadi lebih buruk dan tegang tanpa campur tangan media Barat dalam usaha mencapai agenda mereka terhadap sesebuah negara. - mks. 

Ulasan: Memang mereka dilatih untuk melumpuhkan negara musuh. Kehadiran agen sulit AS dan Israel memang di jangkakan kerana mereka sudah mahir melaksanakannya. Doakan supaya musuh Islam gagal. 

Thursday, June 25, 2009

Kempen pelekat, lencana antirasuah berkesan

KOTA KINABALU 24 Jun – Kempen pencegahan rasuah melalui pelekat kenderaan dan lencana antirasuah yang diperkenalkan pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM), lima tahun lalu, berjaya mengurangkan gejala rasuah di kalangan warganya kira-kira 45 peratus. 
Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Tatatertib), Asisten Komisioner Hashim Abdul Jalil berkata, kempen tersebut terbukti berjaya meningkatkan kesedaran di kalangan anggota dan pegawainya berhubung salah laku rasuah.

Beliau berkata, kempen tersebut akan terus dipergiatkan termasuk pengedaran poster antirasuah dan penerbitan buletin integriti bagi mencapai sasaran sifar rasuah di dalam PDRM…

Ulasan: Rupa-rupanya ada lagi 55% polis yang makan atau menerima rasuah. Makan rasuah bermakna makan rezeki yang haram. Makan rasuah bermakna meredhai jenayah berleluasa di depan mata kita. Siapa yang jadi lembu bila pegawai kerajaan makan rasuah? Banyak masalah boleh selesai bila rasuah sifar.

Akta KDN dikaji semula

KUALA LUMPUR 24 Jun – Kerajaan mungkin akan mengkaji semula akta-akta di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dianggap ‘ketinggalan zaman’ dan membuat pindaan sekiranya perlu, supaya selaras dengan perkembangan semasa.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihak kementerian sedang meneliti bagi mengenal pasti mana-mana akta yang sudah tidak relevan dan perlu digubal.

Beliau bagaimanapun menegaskan, sebarang perubahan akan dilakukan tanpa menjejaskan misi dan tanggungjawab kementerian itu dalam menjaga kestabilan dan keselamatan negara.

“Kementerian dan semua agensi di bawahnya tahu apa yang diperlukan dan tidak teragak-agak untuk membuat tindakan sesuai dengan peredaran masa,” katanya…

Ulasan: Katakan TIDAK kepada ISA yang menangkap dan mengurung suspek tanpa bicara.

Fokus identiti nasional

JAKARTA 24 Jun - Tiga calon yang merebut jawatan Naib Presiden Indonesia hari ini memperkatakan tentang isu identiti nasional dalam satu perdebatan di kaca televisyen malam tadi, satu daripada lima sesi debat menjelang pilihan raya Presiden (Pilpres) pada 8 Julai ini.

Isu identiti kebangsaan adalah perkara sensitif di Indonesia kerana sejarah penjajahan dan kebimbangan negara ini akan berdepan masalah besar selepas Suharto meletak jawatan pada 1998.

Ia juga membawa maksud kepada kurangnya pemusatan kuasa, cara berhubung dengan pelabur asing dan juga layanan terhadap minoriti lain dalam negara yang majoriti penduduknya beragama Islam ini.

Gandingan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, Boediono, adalah bekas menteri kewangan dan gabenor bank pusat sementara dua calon Naib Presiden lain adalah bekas jeneral dari era Suharto dengan rekod hak asasi manusia yang teruk.

Calon Naib Presiden kepada bekas Presiden, Megawati Sukarnoputri adalah Prabowo Subianto manakala Naib Presiden, Jusuf Kalla memilih Wiranto sebagai gandingan…

Ulasan: Bilakah kerajaan BN yang wujud kini akan bersetuju untuk adakan dan hadir sesi debat di antara BN dan Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke 13. 

Contohi parti Cina

PUTRAJAYA 24 Jun – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik mereka.

Sambil menyuarakan rasa kecewa dengan kegagalan merealisasikan kerajaan perpaduan Pas-UMNO, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu berkata, parti yang mendakwa Islam ini bertindak tidak seperti mana DAP yang tidak bergaduh sesama parti Cina lain malah sanggup pula bersatu demi kejayaan kaum sendiri.

‘‘Saya sebenarnya amat berharap benda ini (kerajaan perpaduan) jadi (kenyataan) sebab saya sendiri memperjuangkan supaya masyarakat Melayu dan Islam ini bersatu.

‘‘Tapi saya kecewa. Mereka ini taksub kepada parti sehingga menganggap sesama mereka (dalam parti sendiri dan parti-parti Melayu lain) bukan bersaudara. Politik itu politiklah tapi persaudaraan Islam itu mestilah dijaga, maka haramlah memutuskan tali persaudaraan Islam itu,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Ulasan: Jangan sampai orang yang berniat ikhlas terutama dari PAS tertipu dengan permainan politik UMNO. Tak cukupkah PAS kena tendang dari BN dulu? Dalam politik yang tidak bermaruah UMNO, kita mesti lebih bijak (smarter).  Dalam UMNO serba serbi boleh termasuk maruah asalkan boleh jadi duit...

PAS tidak pernah langgar janji, tinggalkan kawan

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - PAS yakin dengan terlerainya isu membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno yang telah disepakati oleh tiga pimpinan utama Pakatan Rakyat, isu ini tidak akan diperkatakan lagi. 

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad merakamkan kesyukuran kerana keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada 22 Jun lalu yang menolak pembentukan kerajaan perpaduan kerana mengambil kira suara rakyat khususnya penyokong Pakatan Rakyat. 

Jelasnya tindakan tersebut juga bersesuaian ke arah untuk menjadikan kerajaan yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat sebagai kerajaan menunggu dalam Pilihan Raya Umum yang ke 13. 

Beliau juga menegaskan keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat itu juga merupakan salah satu usaha 'mematikan' pihak media yang dilihat melaga-lagakan antara pimpinan PAS. 

"Kita juga telah melihat bagaimana kehebatan di kalangan pimpinan PAS yang telah berjaya merungkaikan kemelut yang timbul dalam masa yang singkat. 

Penyelesaian yang ditangani dengan roh ukhwah Islamiah yang tidak ada pada Umno. 

"Ini merupakan kehebatan yang ada pada pimpinan PAS dalam menangani krisis yang mana pimpinan Umno perlu mempelajari apa yang ditunjukkan oleh pimpinan PAS dalam menghadapi isu yang begitu besar,"katanya, sewaktu dihubungi Harakah. 

Beliau percaya isu tersebut menjadi hangat kerana media telah mencorakkan pemikiran dan suasana politik. 

Justeru beliau menaruh keyakinan isu tersebut tidak akan ditimbulkan oleh media kerana pendirian tegas Majlis Presiden Pakatan Rakyat itu telah memberikan satu jawapan 'TKO' kepada pimpinan Barisan Nasional dan Umno. 

Idris turut menegaskan Barisan Nasional dan Umno bukanlah parti yang jujur dalam persahabatan. 

"PAS yang terkenal sebagai parti yang tidak pernah melanggar perjanjian sewaktu berkawan dengan mana-mana parti yang mengikat perjanjian bersama. 

Contohnya pada 1986, PAS telah membuat satu ikatan dengan parti-parti komponen kecil pembangkang seperti Nasma, PRSM, SDP. Jadi, bukan PAS yang ingkari perjanjian dengan mereka. 

"Begitu juga pada 1989 sewaktu menubuhkan Barisan Alternatif. Bukan PAS juga yang telah meninggalkan kawan. Begitu juga pada 2004, kita tetap juga dengan semangat setiakawan sehingga hari ini,"tegasnya. 

Justeru beliau berpandangan, semangat setiakawan yang ada pada PAS menyebabkan musuh-musuh PAS dan Pakatan Rakyat gagal meleraikan perpaduan yang dibina. - azm _ 

Ulasan: Teruskan membela rakyat sehingga sampai rakyat sendiri menolak BN. Perkukuhkan kerjasama barisan Pakatan Rakyat untuk menegakkan keadilan, kebebasan dan negara kita yang bebas rasuah.

Pertahankan Iran: Barat tidak menyokong kemenangan Ahmadinejad

Tajuk asal: PAS bertemu Duta Iran, dapatkan penjelasan 
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - Ketika pelbagai media memberi gambaran buruk dan negatif terhadap Iran, PAS mengambil langkah hemah dengan mengadakan pertemuan bersama Duta Iran Mahdi Khandagh Abadi hari ini untuk mendapatkan penjelasan dan maklumat tepat berhubung insiden dan situasi yang berlaku di negara terbabit. 

PAS yang diwakili AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Dato' Kamarudin Jaffar, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan AJK Muslimat PAS Mastura Hj Mohamad telah mendapat taklimat mutakhir daripada Mahdi dan Setiausaha Ketiga Kedutaan Khalil Maleki Raee selama hampir satu jam di bangunan Kedutaan itu, dekat sini petang tadi. 

Mahdi dalam taklimatnya itu, kesal dengan manipulasi media antarabangsa seperti BBC, CNN termasuk media negara ini yang dilihat cuba memburuk-burukkan negara Iran dan imej kepimpinan Presidennya Mahmoud Ahmadinejad yang sebaliknya tidak sebagaimana yang digambarkan. 

Katanya isu rusuhan, provokasi, kematian penunjuk perasaan dan pembakaran masjid adalah sesuatu yang belum dapat dibuktikan berpunca daripada pihak berkuasa Iran malah kerajaannya sentiasa terbuka mengalu-alukan pihak-pihak yang tidak berpuas hati membuat aduan dan membantah mengikut kaedah undang-undang sedia ada. 

Dalam pada itu, PAS mengucapkan tahniah kepada kepimpinan Ahmadinejad yang memenangani pilihan raya tempoh hari dan dengan tegas akan terus memberi sokongan kepada kerajaan Iran, dalam menghadapi krisis dan propaganda jahat barat khususnya Britain dan kumpulan penentang yang ditaja oleh barat. 

"Dia juga memperjelaskan proses sistem pilihan raya mereka dan bagi kita ianya telus. Pilihan raya untuk warga Iran di Malaysia berjalan dengan baik dan apabila didesak untuk tambahan masa, proses dibenarkan sehingga lewat malam," kata Syed Azman selepas mengadakan pertemuan itu. 

Sementara itu, Kamaruddin menambah bahawa isu keganasan yang berlaku di Iran tidak seperti yang digembar-gemburkan oleh media malah provokasi dan tembakan rambang yang berlaku tidak dapat dibuktikan pihak mana yang bertanggungjawab dalam insiden itu 

"Duta Iran menjelaskan tadi bahawa bukan budaya dan masyarakat Iran membakar masjid. Jadi dibimbangi datang daripada anasir-anasir luar. 

"Kalau tidak yakin dengan sistem sudah pasti jumlah yang keluar mengundi merosot. Jika ada komplen lakukan secara legal, ada cara undang-undang untuk membantah," kata Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Tumpat. 

Sementara itu, Khalid menjelaskan dalam situasi itu, kumpulan dan golongan 'Munafiqun' akan mengambil kesempatan memburuk-buruikkan lagi keadaan dan ianya sekaligus memperlihatkan seolah-olah pihak kerajaan yang mencetuskan huru-hara. 

Di samping itu Mastura pula menambah Muslimat PAS berkeyakinan kepimpinan Ahmadinejad sentiasa memberi perlindungan dan membela nasib seterusnya mengangkat martabat wanita dalam apa jua bidang khususnya dalam pentadbirannya seperti terkini melantik seorang wanita sebagai Dutanya di Jepun. 

Berhubung dengan perselisihan pendapat dalam institusi ulama yang menjadi tunjang dan dasar pentadibiran negara itu, Syed Azman menjelaskan ianya bukanlah satu perpecahan yang berlaku malah hubungan rakyat, kerajaan dan ulama sentiasa teguh. 

"Keteguhan institusi ulama tetap utuh. Biasalah, ada khilaf dan berbeza pandapat, namun hubungan mereka teguh dan sentiasa mempertahankan institusi ulama dan kerajaaan sedia ada," kata Syed Azman. 

Pertemuan dalam suasana harmoni itu berakhir kira-kira jam 3.00 petang tadi dengan pihak kedutaan mengalu-alukan media Harakah untuk mengadakan wawancara eksklusif dengan Duta Iran dalam masa terdekat bagi menjelaskan secara tepat kepada umum isu yang berlaku. - azm

Ulasan: Barat terutamanya Isrrael dan AS sudah tentu tidak menyokong kemenangan Ahmadinejad kerana beliau lantang mempertahankan kebebasan dunia ketiga. 

Wednesday, June 24, 2009

Malaysia ketinggalan aspek keselamatan, kesihatan pekerja

KOTA BHARU 23 Jun - Aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia masih ketinggalan berbanding negara maju meskipun jumlah kemalangan industri menunjukkan penurunan ketara.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, jumlah kemalangan turun 31 peratus daripada 81,810 kes pada 2002 kepada 56,339 kes pada 2007 namun kadar itu masih tinggi.

''Walaupun berjaya mencapai kadar 6.5 kes kemalangan bagi setiap 1,000 pekerja pada 2008 namun ia masih tinggi berbanding negara maju seperti Sweden dan Norway yang merekodkan hanya dua atau tiga kes setahun bagi setiap 1,000 pekerja,'' ujarnya.

Sehubungan itu, kata Lam Thye, Malaysia masih mempunyai ruang untuk mencapai tahap kemalangan industri sifar dengan menjadikan negara-negara maju sebagai contoh.

''Rekod kita pada 2008 menunjukkan 10 kes kemalangan berlaku bagi setiap 1,000 pekerja dan ia berkurang pada tahun lalu. Jumlah ini masih boleh diperbaiki untuk mencapai tahap setanding negara-negara maju,'' katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan anjuran Telekom Malaysia di sini semalam….

Ulasan: Budaya keselamatan dan kesihatan sewajarnya telah lama menjadi budaya masyarakat kita. Jangan bandingkan dengan negara mundur tetapi bandingkan prestasi kita dengan negara maju. Sikap kita akan menentukan kemajuan negara.

Perancis haram purdah

PARIS 23 Jun - Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy semalam mengisytiharkan purdah yang dipakai oleh wanita Islam sebagai pakaian yang tidak diingini di negara ini.

Beliau mengecap pakaian yang menyelubungi seluruh badan wanita Islam itu, sebagai simbol tunduk, yang menghalang identiti wanita serta menjadikan mereka sebagai 'tahanan di sebalik tabir'.

Namun, di sebalik kata-kata tegas itu semalam, terdapat juga pengakuan bahawa prinsip asimilasi etnik negara ini yang menuntut pendatang menyingkirkan tradisi mereka dan menyesuaikan diri dengan budaya Perancis - menemui kegagalan kerana tidak memberi peluang saksama kepada pendatang dan anak-anak mereka yang lahir di negara ini.

Dalam ucapan kepada ahli Parlimen di Versailles, Sarkozy menyifatkan pakaian purdah yang lebih dikenali sebagai burka di kalangan etnik Arab sebagai bercanggah dengan nilai-nilai hidup masyarakat Perancis.

Kenyataan Sarkozy menentang burka itu adalah yang paling keras pernah disuarakan oleh seorang pemimpin Eropah ketika beberapa pemimpin Barat sedang berusaha untuk meredakan ketegangan dengan dunia Islam.

Perancis mempunyai penduduk Islam paling ramai di Eropah dengan jumlah dianggarkan 5 juta orang.

Sebilangan kecil wanita Islam Perancis memakai burka seperti wanita Islam di Afghanistan dan niqab yang menyelubungi seluruh badan kecuali mata.

Pengkritik khuatir isu pakaian yang menutup seluruh tubuh itu yang setakat ini hanya membabitkan minoriti kecil penduduk Islam Perancis boleh meningkatkan diskriminasi terhadap seluruh umat Islam di negara ini.

Pengarah masjid terbesar di Paris, Dalil Boubakeur berkata, kenyataan Sarkozy yang menolak burka itu mencerminkan budaya Perancis tetapi beliau menghadapi risiko memarakkan ketegangan dengan penduduk Islam. – AFP

Ulasan: Bila pemimpin negara besar seperti Perancis seronok habiskan masa bercakap soal kecil yang boleh di lakukan oleh pemimpin kecil, bermakna dia sudah menjadi kecil. Tiada negara berjaya mengharamkan sesuatu hal yang berpunca dari keyakinan beragama.

Rakyat boleh nilai pembangkang

PUTRAJAYA 23 Jun - Rakyat boleh menilai sendiri pendirian pakatan pembangkang dalam memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara berikutan penolakan idea penubuhan kerajaan perpaduan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin…

Ulasan: Rakyat juga boleh menilai kerajaan BN/UMNO yang telah terlalu lama memerintah negara kita. Pas dulu pernah di tendang keluar dari BN apabila UMNO pulih dan menjadi kuat semula. Biarlah kerajaan BN/UMNO kalah dalam PRU 13 nanti apabila majoriti rakyat menolaknya.

Ki-moon dituduh campur tangan di Iran

TEHERAN 23 Jun - Iran menuduh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon campur tangan dalam hal ehwal di negara ini apabila mengeluarkan kenyataan mengulas mengenai pilihan raya Presiden di republik Islam ini, yang diadakan pada 12 Jun lalu.

Agensi berita ISNA melaporkan, Ki-moon semalam menggesa supaya pihak berkuasa Iran menghentikan tindakan kekerasan terhadap orang awam di Iran dan menggesa pihak berkuasa menghormati hak asasi ketika mengendalikan penunjuk perasaan yang membantah keputusan pilihan raya Presiden di negara ini.

"Encik Ki-moon, dipengaruhi oleh kuasa besar, menafikan realiti yang berlaku semasa pilihan raya Presiden Iran dan kenyataannya itu jelas bercanggah dengan tugasnya dan secara jelas telah campur tangan dalam hal ehwal Iran," ISNA memetik jurucakap Kementerian Luar Iran Hassan Qashqavi, sebagai berkata.

Iran telah meningkatkan kecamannya terhadap campur tangan asing dalam hal ehwal dalaman negara ini sejak beberapa hari lalu…

Ulasan: Kenapa pula majoriti terpaksa akur dengan kehendak minoriti di Iran? Jelas bahawa campur tangan asing melalui pelbagai cara dalam hal ehwal dalaman negara Iran bertujuan untuk melemahkan penentangannya terhadap Israel dan AS. Senang saja: Dengan menyokong pihak minoriti melawan kerajaan Iran tanpa menghantar tentera pun. Ingatlah bukan senang mencari Presiden yang sanggup mencabar kekuasaan Israel dan AS.

Who will happy when Iran is weak?

On Monday, the Guardian Council had acknowledged in a rare step that it found voting irregularities in 50 of 170 districts, including ballot counts that exceeded the number of eligible voters. Still, it said the discrepancies, involving some 3 million votes, were not widespread enough to affect the outcome. 

Iran has 46.2 million eligible voters, one-third of them under 30. The final tally gave 62.6 percent of the vote to Ahmadinejad and 33.75 percent to Mousavi, a landslide victory in a race that was perceived to be much closer. The huge margin went against the expectation that the record 85 percent turnout would help Mousavi... 
http://news.yahoo.com/s/ap/20090624/ap_on_re_mi_ea/ml_iran_election

Comment: No other than Israel and US.

Tuesday, June 23, 2009

Insurans/takaful KOMPREHENSIF untuk kenderaan lama?

Nampaknya macam syarikat takaful/insuran sudah berpakat hebat tidak lagi jual third party insurans/takaful untuk kenderaan. Kerana banyak tuntutan dan tidak menguntungkan. Mereka lebih suka semua kenderaan lama membeli takaful/insuran KOMPREHENSIF yang harganya lebih tinggi.

Waktu tuntutan kecil, semua syarikat sibuk menjualnya. Alasan yang di berikan kini ialah tuntutan banyak lantas menjejaskan pendapatan syarikat. Ye ke? 

Tentu ini menyusahkan rakyat. Majoriti rakyat memakai kenderaan lama dengan insuran/takaful third party kerana terbukti lebih menjimatkan. Tetapi syarikat melihat dari sudut lain. 

Nampaknya inilah masa untuk memaksa rakyat mengeluarkan wang yang lebih banyak untuk membeli takaful/insuran komprehensif untuk kebarangkalian berlakunya accidents. Mungkin syarikat insuran/takaful lupa bahawa bagi kebanyakan kenderaan hampir-hampir yang tidak pernah berlaku accidents pun. Nampaknya syarikat besar pun sentiasa berhempas-pulas mencari jalan untuk buat duit dari poket orang susah.

Memang syarikat ini hebat bermain dengan perniagaan keberangkalian berlaku risiko.
Hasilnya selalunya mendapat untung daripada berlaku atau tidak berlakunya risiko tersebut. Ada ke syarikat insuran yang bangkrap kerana tuntutan melebihi pendapatan?

Bila sesuatu keberangkalian risiko sudah hampir pasti berlaku, kebiasaannya syarikat akan mengelak menjual produknya. Dulu bila skuad pemusnah bom nak diwujudkan di sebuah negara, tiada syarikat pun yang sanggup mengambil risikonya. Tapi ramaikah anggota skuad itu yang tercedera dan mati? Oleh itu hampir-hampir tiada risiko untuk menjalankan perniagaan risiko ini.

Kita faham bahawa syarikat insuran besar biasanya kroni BN/UMNO yang sudah berakar-umbi di negara kecil ini. Majoriti rakyat faham ini. 

Nantilah kita tunjukkan rasa kurang puas hati kita melalui UNDI dalam pilihan raya umum. Kita hanya undi sesiapa saja yang mahu jadi kroni rakyat. Biar rakyat benar-benar merdeka di Malaysia Baru.

Kemerdekaan bermula dalam diri.

Tambahan: Memang Bank Negara Malaysia tidak membenarkan penanggung insurans memaksa pemilik kenderaan untuk membeli perlindungan insurans yang tidak diingini oleh pemilik kenderaan, sama ada perlindungan Komprehensif mahupun Pihak Ketiga. Pemilik kenderaan yang menghadapi masalah ini bolehlah berhubung dengan Pusat Hubungan Bersepadu,  Jabatan Komunikasi Korporat, Bank Negara Malaysia, KL.

Tetapi apabila syarikat takaful/penanggung insurans tidak lagi jual insuran/takaful Pihak Ketiga, apa yang boleh BNM dan Menteri Kewangan buat untuk menolong majoriti rakyat? Mudahkanlah rakyat.

Berita yang menyedihkan rakyat tertindas di bumi Malaysia di sertakan di bawah:

05 Julai 2009
Pos Malaysia ejen insurans kereta lama

BACHOK - Kementerian Kewangan akan melaksanakan sistem perkongsian atau 'pool system' antara syarikat insurans untuk mengatasi kemelut yang dihadapi para pemilik 4.8 juta kenderaan berusia lebih 10 tahun atau berharga bawah RM10,000.

Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, bagi penyelesaian dalam tempoh terdekat ini, pihaknya melalui Bank Negara Malaysia (BNM) bersetuju menggalakkan Pos Malaysia Berhad menjadi ejen perkhidmatan itu.

"Kerajaan sedar masalah syarikat insurans yang enggan memberi perlindungan kepada kenderaan berumur lebih 10 tahun atau berharga RM10,000 ke bawah yang beroperasi di atas jalan raya kerana merugikan mereka,'' katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan beberapa syarikat insurans yang kini menolak permohonan untuk memperbaharui perlindungan insurans kenderaan berharga bawah RM10,000, termasuk teksi, kerana menganggap ia tidak menguntungkan.

Sekolah pondok didakwa lahir pemberontak?

BANGKOK 22 Jun – Sekolah pondok didakwa menjadi tempat melahirkan pemberontak di Selatan Thai dan kumpulan pemisah didakwa menggunakan mereka untuk merekrut dan melatih remaja Islam.

International Crisis Group (ICG), yang beribu pejabat di Brussels, Belgium dalam laporan terkini bertajuk: `Merekrut Militan di Selatan Thailand’ berkata, terdapat lebih 100,000 pelajar di sekolah-sekolah pondok, dengan pengambilan dianggarkan antara 1,800 hingga 3,000 pejuang.

“Mereka yang merekrut merayu etnik Melayu agar berbangga dengan nasionalisme kesultanan lama Pattani. Mereka memberitahu pelajar di sekolah-sekolah (pondok) bahawa adalah menjadi tanggungjawab setiap orang Islam untuk mengambil balik tanah mereka daripada penganut Buddha yang kafir,” kata penganalisis ICG Thai Rungrawee Chalermsripinyorat.

Beliau berkata, kelas pondok merupakan permulaan hubungan juru rekrut mencari pelajar yang alim, kuat bekerja dan berperangai baik untuk menyertai program penyemaian aktiviti luar, sambil menambah kata bahawa pelajaran agama, aktiviti lawatan dan sukan menyediakan peluang bagi menilai pelajar dalam tempoh antara beberapa bulan dan setahun. – BERNAMA

Ulasan: Mungkin ada yang begitu tetapi bukan semua sekolah pondok. Kajian sepatutnya lebih menyeluruh dan jangan menuduh tanpa sebarang bukti. Kerajaan Thai pun bertanggungjawab menyemai sikap negatif di kalangan Muslim kerana menindas mereka dengan memberi layanan terhadap warga Buddha.

Mohon bintang WP bermula 1 Julai

KUALA LUMPUR 22 Jun - Permohonan pencalonan untuk penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat Wilayah Persekutuan (DKBPWP) bagi 2010 akan dibuka mulai 1 Julai ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Ahmad Phesal Talib dalam kenyataan memberitahu, permohonan itu perlu dilakukan secara online dengan melayari laman web rasmi kementerian di www.kwp.gov.com.

"Tarikh tutup penghantaran borang pencalonan bagi penganugerahan adalah pada 30 September 2009.

"Perlu dijelaskan bahawa semua pencalonan hendaklah mematuhi ketetapan dan syarat-syarat yang ditetapkan," katanya.

Penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat Wilayah Persekutuan dimulakan pada tahun lalu atas perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk disempurnakan setiap tahun pada 1 Februari sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan…

Ulasan: Sepuluh jung masuk pelabuhan, anjing bercawat ekor jua. Telah ramai yang di anugerahkan pangkat, tapi Malaysia masih di takuk lama.

Bapa Siti Balqis tetap saman HTF

KANGAR 22 Jun - Bapa kepada bayi malang, Siti Balqis, dua bulan, yang patah tulang selangka ketika dilahirkan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini akan tetap mengambil tindakan undang-undang terhadap hospital itu demi masa depan anaknya.

Sany Shahadan, 28, berkata, tindakan menyaman hospital itu akan dilakukan dalam masa terdekat selepas keputusan Jawatankuasa Siasatan Bebas diketahui pada 15 Jun lalu.

Katanya, ia supaya hospital berkenaan tidak melakukan kesilapan yang sama kepada pesakit lain dan sebagai satu pengajaran.

''Ketika kami memaklumkan masalah ini kepada pihak HTF mereka memberi layanan yang tidak sepatutnya, sebaliknya menyalahkan kami suami isteri sebagai punca tulang selangka bayi kami patah.

''Pihak HTF hanya mendiamkan diri sehingga keputusan Jawatankuasa Siasatan Bebas itu diperoleh dan selepas itu baru mereka meminta maaf,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, dalam pertemuan pertama, HTF menyalahkan keluarga Sany sebagai punca tulang bahu anaknya patah selepas dilahirkan Zaidah Azura Rahmat, 25, pada 23 April lalu.

Berikutan itu, Sany terpaksa melakukan pemeriksaan X-ray di sebuah klinik swasta apabila anaknya itu sering menangis dan mendapati tulang selangka anaknya patah ketika proses kelahiran.

Bagaimanapun, selepas isu itu disiarkan oleh media, sebuah Jawatankuasa Siasatan Bebas ditubuhkan dianggotai pakar Obstetrik dan Gynekologi (O&G) dari Pulau Pinang, pakar Radiologi dan Pediatrik dari Alor Setar.

Keputusan jawatankuasa itu mendapati HTF gagal mengesan keretakan pada bahu bayi berkenaan seperti yang terdapat pada laporan X-ray yang diambil mereka ketika kelahiran.

Kata Sany, doktor memaklumkan kepadanya bahawa peluang Siti Balqis untuk sembuh ialah 85 peratus dan apabila dewasa nanti tidak dapat melakukan kerja-kerja yang berat.

''Memikirkan masa depan anak yang masih panjang, saya dan isteri (Zaidah Azura) tetap akan menyaman hospital tersebut,'' tegas bapa kepada tiga orang anak itu.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan melantik peguam untuk memfailkan saman berkenaan dalam masa terdekat.

Tambah Sany, beberapa hari lalu, pihak HTF menghubunginya dan menyuruh membawa Siti Balqis untuk rawatan susulan.

''Saya tidak membawa Siti Balqis ke hospital seperti diminta oleh HTF. Ini berikutan pengalaman lalu di hospital tersebut, saya akan dapatkan rawatan di hospital lain selain rawatan tradisional,'' jelasnya.

Ulasan: Eloklah saman supaya lain kali hospital akan hormat kepada semua rakyat. Biarlah tinggi pampasan yang diminta.

BN tetap teguh – Najib

PUTRAJAYA 22 Jun – Kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap berupaya mentadbir negara biarpun tanpa konsep kerajaan perpaduan yang cadangannya tiba-tiba muncul setelah diuar-uarkan dahulu oleh Pas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebenarnya tidak timbul isu pakatan pembangkang menolak cadangan kerajaan perpaduan kerana idea itu bukannya datang dari BN.

Namun, kata beliau, oleh kerana Pas sendiri berhasrat merealisasikannya dan apatah lagi ia bertujuan kebaikan, maka BN menyambutnya secara terbuka.

“Tidak timbul (isu) kerajaan BN lemah sebab pelawaan itu (cadangan kerajaan perpaduan) datang daripada Pas dahulu.

“Maknanya kalau tidak ada kerajaan perpaduan ke, apa benda pun, kerajaan kita (BN) masih kukuh dan mampu melaksanakan agenda pembaharuan yang kita gariskan,” katanya…

Ulasan: Tiba-tiba UMNO kehilangan tabung oksijen dengan PAS membatalkan semua rundingan kerajaan perpaduan. Eloklah UMNO terus berkubur kerana selama ini UMNO hanya menghabiskan masa konon berjuang mempertahankan bangsa Melayu tapi sentiasa mengutamakan perut sendiri dan kroni masing-masing.

Pelajar elak sindrom bercinta di IPT

BALING 22 Jun - Pelajar-pelajar luar bandar di institusi pengajian tinggi awam (IPT) awam dan swasta (IPTS) diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan budaya baru yang melalaikan mereka ketika sedang mengikuti pelajaran di universiti.

Ketua UMNO Bahagian Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, ingatan itu bagi mengelakkan pelajar terbabit mudah lupa sehingga terlibat dengan sindrom bercinta dan gejala sosial lain di kalangan pelajar IPT.

"Kebanyakan pelajar terutama dari luar bandar begitu mudah terpengaruh selepas diberi peluang belajar di IPT. Mereka jangan mudah lupa dan terpengaruh termasuk bercinta sehingga menjejaskan peluang belajar," katanya.

Beliau berucap demikian pada Majlis Penyampaian Sumbangan UMNO Bahagian Baling kepada 65 pelajar dari Parlimen Baling yang akan memasuki IPT termasuk di Sabah dan Sarawak.

Abdul Azeez yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO berkata kebanyakan pelajar yang belajar di IPT adalah dari luar bandar termasuk keluarga miskin.

"Inilah yang perlu disedari oleh pelajar ini apabila peluang diberi janganlah mengambil kesempatan sehingga menjejaskan pelajaran. Mereka perlu sedar peluang yang diberi perlu digunakan dengan sebaik mungkin," kata beliau.

Malah, katanya, beliau tidak mahu pelajar yang datang dari keluarga yang baik dan tidak pernah tinggal solat juga mudah terpengaruh dengan kawan-kawan…

Ulasan: Bila lalai beragama maka syaitan dan nafsu menjadi raja dalam diri lantas merosakkan diri dan orang lain. Jadilah pembina bukan peruntuh anak bangsa.

Chavez: Hormati kemenangan Mahmoud Ahmadinejad

CARACAS 22 Jun – Presiden Venezuela, Hugo Chavez berkata, seluruh dunia perlu menghormati Iran serta kemenangan Presidennya, Mahmoud Ahmadinejad dalam pilihan raya Presiden baru-baru ini.

“Kami menggesa seluruh dunia supaya menghormati Iran kerana terdapat percubaan untuk melemahkan kekuatan revolusi Iran,” kata Chavez dalam ucapan mingguannya di radio dan televisyen semalam.

Kenyataannya itu bertentangan dengan kritikan Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara Eropah terhadap tindakan yang diambil oleh kerajaan Iran untuk menghentikan protes dan menyekat liputan media terhadap kekacauan yang meletus…

Ulasan: Israel dan Amerika Syarikat dan sekutunya tentu seronok melihat Iran penuh dengan masalah sehingga Iran menjadi negara yang lemah dan mengikut kata Barat. 

Sarkozy says burqas 'not welcome'

Nicolas Sarkozy, the French president, has said that the burqa, a garment worn by many Muslim women, has no place in France as it was a sign of the subjugation of women.

The burqa is a garment that covers women from head to toe and hides their faces.

During a speech to a joint session of both houses of parliament on Monday, held at the Palace of Versailles in Paris, Sarkozy backed an initiative launched by legislators last week who expressed concern over an increase in the use of burqas in France.

"The issue of the burqa is not a religious issue, it is a question of freedom and of women's dignity," he said.

"The burqa is not a religious sign, it is a sign of the subjugation, of the submission of women. I want to say solemnly that it will not be welcome on our territory."…

Comment: Sorry, Islam has been giving freedom to women never before enjoyed since Muhammad (Peace be upon him) was raised the Final Prophet bringing the Final Commandment via the Holy Quran.

Monday, June 22, 2009

Bayi patah tulang bahu disahkan akibat kelalaian hospital

KANGAR 21 Jun - Sah! Kesan patah tulang selangka seorang bayi perempuan, Siti Balqis Sany, 2 bulan, yang dilahirkan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini berpunca daripada kelalaian pihak hospital tersebut.

Keputusan itu diperoleh selepas siasatan Jawatankuasa Siasatan Bebas dianggotai pakar Obstetrik dan Gynekologi (O&G) dari Pulau Pinang, pakar Radiologi dan Paediatrik dari Alor Setar yang bermesyuarat pada 15 Jun lalu.

Jawatankuasa itu mengesahkan perkara tersebut kepada bapa bayi itu, Sany Shahadan, 28, dan menyatakan pihak HTF gagal mengesan keretakan pada bahu bayi berkenaan seperti yang terdapat pada laporan x-ray yang diambil.

Menurut Sany, dalam reaksi ringkas pihak HTF kepadanya mereka hanya meminta maaf dan mengakui kesilapan yang dilakukan serta menawarkan rawatan susulan kepada anaknya.

"Mereka seperti tidak ikhlas apabila meminta maaf dan nada yang ditunjukkan amat berlainan berbanding sebelum ini apabila mereka melaungkan bahawa mempunyai sikap profesionalisme yang tinggi.

"Sebelum ini, apabila kami mahu menyaman, mereka menuduh kami penyebab tangan anak kami patah," katanya di sini, semalam.

Sebelum ini akhbar melaporkan keluarga bayi malang itu mahu memfailkan saman apabila Zaidah Azura Rahmat, 25, yang melahirkan Siti Balqis pada 23 April lalu didapati patah tulang selangka.

Keputusan itu diperoleh selepas bapa bayi itu membuat X-ray di sebuah klinik swasta. Bagaimanapun pihak HTF tidak mengakui kesilapan tersebut sehingga satu Jawatankuasa Siasatan Bebas ditubuhkan.

Sany memberitahu, dia berhasrat meneruskan niat untuk menyaman pihak hospital tersebut selepas tidak puas hati atas apa yang berlaku.

Sementara itu, bekas Pengarah HTF, Datuk Dr. Faiz Ahmad Khan ketika dihubungi menyatakan beliau telah ditukarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, Kedah berkuat kuasa 16 Jun lalu.

Bagaimanapun, beliau menafikan pertukaran itu mempunyai kaitan dengan kes tersebut sebaliknya ia pemindahan biasa selepas dinaikkan gred dan kini menyandang jawatan sebagai Timbalan Pengarah HSB.

Mengulas kejadian itu, beliau berkata, Jawatankuasa Siasatan Bebas telah mengesahkan terdapat keretakan kecil berdasarkan laporan x-ray sebelum ini.

"Mereka mendapati keretakan itu sukar untuk dikesan terutama oleh mereka yang bukan pakar.

"Pihak HTF telah mengakui kesilapan yang berlaku dan telah minta maaf kepada keluarga berkenaan," ujarnya.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Mahani Yusof pula enggan mengulas lanjut dengan alasan hasil siasatan jawatankuasa tersebut telah dimaklumkan kepada keluarga bayi itu.
 
Ulasan: Kenapa susah sangat hospital nak mengaku salah? Jangan hanya anggap kita sahaja yang tahu. Terimalah kelemahan diri dan baiki supaya hebat di masa depan. 

TV Islam dapat sambutan

YAN 21 Jun - Hasrat kerajaan untuk mewujudkan satu saluran televisyen Islam mendapat maklum balas yang menggalakkan daripada penerbit drama dan rancangan berbentuk keagamaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata, golongan itu bersedia menerbitkan pelbagai program berbentuk Islam bagi memastikan saluran televisyen itu dapat membantu masyarakat termasuk dalam soal memahami tuntutan syariat.

''Ramai penerbit drama serta rancangan berbentuk dakwah berminat untuk menghasilkan material dan produk-produk yang sesuai untuk saluran televisyen ini.

''Kita tidak hanya akan membekalkan rancangan berbentuk ceramah agama sahaja kepada masyarakat, kita akan adunkan dengan pelbagai program yang selaras dengan syariat Islam untuk dijadikan contoh kepada kehidupan Muslim,'' ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Generasi Bebas Jenayah Rakan Muda Peringkat Negeri Kedah di Kampung Kelantan di sini semalam.

Program empat hari itu disertai oleh 68 belia dari sekitar kampung berkenaan dan 40 fasilitator dari Universiti Utara Malaysia serta Kolej Universiti Insaniah.

Program kali kedua anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah itu bertujuan memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan generasi muda serta memastikan mereka bebas daripada anasir jenayah.

Menurut Jamil Khir, pihaknya berharap saluran televisyen berkenaan dapat menemui penonton secepat mungkin kerana pihaknya sedang menyelesaikan beberapa masalah dari sudut teknikal.

''Kami masih berusaha untuk mencari frekuensi yang sesuai untuk memancarkan saluran televisyen Islam ini.

''Kami juga tidak bercadang untuk menggunakan khidmat saluran televisyen berbayar kerana mahu setiap lapisan masyarakat terutama di luar bandar dapat menikmati program-program yang di siarkan,'' katanya.

Ulasan: Tahniah kerana mewujudkannya sebagai alternatif walaupun agak lambat dan tv yang ada telah merosakkan ramai sebelum ini. Kita harap TV itu tidak digunakan untuk kempen kerajaan BN .

Israel mahu luaskan lagi penempatan haram

BAITULMAQDIS 21 Jun - Israel merancang untuk memperuntukkan dana sebanyak AS$250 juta (RM900 juta) dalam tempoh dua tahun akan datang bagi membina kawasan penempatan Yahudi di wilayah Palestin di Tebing Barat tanpa mempedulikan tekanan Amerika Syarikat (AS) supaya aktiviti tersebut dihentikan.

Peruntukan itu terkandung dalam bajet 2009-2010 yang melepasi bacaan pertama di Knesset (parlimen) minggu lepas, lapor radio tentera Israel hari ini.

Kira-kira AS$125 juta (RM450 juta) akan digunakan untuk pelbagai perbelanjaan berhubung keselamatan manakala selebihnya akan membiayai pembinaan kawasan perumahan…

Ulasan: Selamanya sikap Israel memang begitulah. Kepada warga Palestin: Teruskan dan tingkatkanlah perjuangan anda untuk membebasnya dari penjajahan Israel. Dengan semangat dan ketabahan, suatu hari warga Palestin akan mengalahkan Israel…

Mousavi sedia syahid?

TEHERAN 21 Jun - Pemimpin pembangkang Iran, Mirhossein Mousavi sudah 'bersedia untuk mati syahid' dalam mengetuai protes yang telah menggegarkan Republik Islam ini dan mencetuskan amaran pertumpahan darah daripada pemimpin tertingginya, Ayatollah Ali Khamenei.

Mousavi semalam juga menggesa mogok umum dilancarkan di seluruh negara jika beliau ditangkap.

Sebaik sahaja senja berlabuh, laungan Allahu Akbar bergema dari atas bumbung bangunan di seluruh utara Teheran selama hampir sejam malam tadi, sama seperti taktik yang pernah digunakan semasa revolusi Islam 1979 yang menjatuhkan Shah Iran.

Dalam tindakan penuh simbolik, seorang pengebom berani mati meletupkan diri di makam bapa revolusi Islam Iran, Ayatollah Ruhollah Khomeini, sementara kekacauan terus merebak di seluruh Teheran tanpa menghiraukan larangan ke atas demonstrasi.

Televisyen kerajaan hari ini melaporkan, sekurang-kurangnya 19 orang maut dan lebih 100 lagi cedera dalam kekacauan tersebut…

Ulasan: Boleh syahid bila bergaduh sesama Islam? Yang tentu bergembira bila Iran menjadi tidak stabil dan akhirnya lemah ialah Israel dan Amerika Syarikat.

Friday, June 19, 2009

Allahyarham Sudirman Arshad dianugerah Datuk

PEKAN 18 Jun - Penghibur tersohor negara, Allahyarham Sudirman Arshad dianugerahkan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah hari ini…

Ulasan: Rasanya orang yang sudah mati mengharap benda lain dari kita. Tengok juga perspektif akhirat. Jangan hanya tengok dari sudut dunia. Kita cara hidup kita.

Pagar tinggi elak penyeludupan - Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 18 Jun - Pembinaan pagar tinggi dengan kawat berduri di sempadan Malaysia-Thailand adalah satu pelaburan yang baik kerana Kastam Diraja Malaysia boleh mengutip lebih banyak cukai import berbanding kos pembinaan pagar itu, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini.

Katanya, walaupun Malaysia perlu mengekalkan kawalan sempadan bagi mengawal jalan sepanjang pagar di sebelah Malaysia, kos bagi kawalan sempadan boleh ditampung melalui pendapatan tambahan daripada barangan bercukai yang jika tidak dilaksanakan usaha sedemikian, ia mungkin akan diseludup.

Dr. Mahathir berkata, beliau memutuskan bahawa Malaysia perlu membina pagar yang tinggi di kawasan yang bersempadan dengan Thailand semasa menjadi Perdana Menteri berikutan banyak kegiatan penyeludupan berlaku dan para penyeludup telah membina stor yang besar bagi menyimpan kontraban di sebelah kawasan Thailand.

"Walaupun terdapat kawalan di sempadan tetapi entah macam mana mereka tidak dapat menghentikan kegiatan penyeludupan. Jadi pagar yang tinggi dengan kawat berduri mungkin dapat mencegah lori penyeludup daripada menyeberang," kata Dr. Mahathir pada Kongres Juru Ukur Antarabangsa ke-11 di sini…

Ulasan: Pastikan pelaburan bukan hanya sebagai projek memperkayakan kroni BN/UMNO. Banyak masalah di negara yang macam kita bermula bila kakitangan kerajaan mengambil rasuah. Bila rasuah membelit negara, undang-undang jadi mainan anak.

PM beri jaminan janji BN pada pilihan raya Batang Air ditunaikan

LUBOK ANTU 18 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan segala projek yang dijanjikan kerajaan untuk rakyat di kawasan ini pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air pada April lalu akan ditunaikan.

Menurut Perdana Menteri, rakyat tidak perlu bimbang kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) telah memperuntukkan sebanyak RM75.13 juta bagi pelaksanaan pelbagai projek di daerah itu dan kini ia dalam proses pembinaan.

Beliau berkata, antara projek itu ialah penurapan jalan raya Lubok Antu-Bulo yang melibatkan peruntukan sebanyak RM10 juta pada tahun ini manakala sejumlah RM3 juta lagi pada tahun depan.

''Kita juga akan melakukan projek membaik pulih rumah-rumah panjang di Lubok Antu di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah membabitkan jumlah 233 unit rumah panjang dengan perbelanjaan sebanyak RM3.4 juta.

''Kita juga akan menambah kemudahan-kemudahan lain untuk rakyat di sini seperti kemudahan pelancongan dan Kompleks Polis Daerah Lubok Antu sebanyak RM58 juta manakala Kompleks Kuarantin Imigresen dan Kastam (CIQ) Lubok Antu, pejabat daerah Lubok Antu serta Engkilili masing-masing RM1.83 juta," katanya…

Ulasan: Ini bagusnya bila pembangkang semakin kuat. Setiap janji pilihan raya terpaksa di tunaikan cepat. Tapi perlukan projek pembangunan menjadi janji pilihan raya selepas 50 tahun merdeka? Atau sampai bilakah projek pembangunan TIDAK lagi menjadi janji pilihan raya? Memang projek pembangunan adalah tugas asas sesuatu kerajaan yang memerintah di mana saja. Bila rakyat kalahkan BN dalam pilihan raya umum nanti, Malaysia akan melihat cara baru berpolitik dalam negara. Bukan projek pembangunan. Bukan merasuah. Tapi visi yang lebih jauh.

Lawatan ke Kampung Pichin penuh nostalgia

SERIAN 18 Jun - Lawatan penuh nostalgia. Itu yang diluahkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ke Kampung Pichin yang menempatkan masyarakat Bidayuh di sini hari ini.

Ini kerana 43 tahun lalu, ayahandanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pernah menjejakkan kaki di kampung itu bagi merasmikan projek bekalan air bersih. 

Menurut Najib, lawatan pada 30 September 1966 itu turut menjadi pemangkin pembangunan bukan sahaja kepada Kampung Pichin malah seluruh daerah Serian.

"Kira-kira 43 tahun lalu, di tempat yang sama di atas pentas dikelilingi rumah panjang, ayahanda, Tun Abdul Razak Hussein pernah menjejakkan kaki ke kampung ini.

"Saya bersyukur kerana dapat mengikuti jejaknya untuk membawa kawasan ini dan Sarawak ke arah kemajuan yang lebih besar pada masa depan, bukan nostalgia semata-mata,'' katanya…

Ulasan: Jangan setakat nostalgia kerana arah yang jauh berbeza. Ayahnya berkorban untuk rakyat miskin. Anaknya yet to be proven?

Ibu tunggal didakwa cederakan Siti Hajar

KUALA LUMPUR 18 Jun - Seorang pekerja sambilan di agensi pekerjaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada amah warga Indonesia, Siti Hajar Sadli dengan menggunakan air panas, tukul besi dan gunting.

Hau Yuan Tyng (gambar), 43, ibu tunggal kepada dua orang anak juga membuat pengakuan sama di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menggaji Siti Hajar, 33, yang tidak mempunyai permit kerja sebagai pembantu rumah.

Mengikut pertuduhan pertama, Yuan Tyng didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap Siti Hajar dengan menggunakan air panas antara pukul 11 pagi dan 9 malam, 7 Jun lalu.

Bagi tuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas mangsa dengan menggunakan tukul besi sebagai senjata yang mungkin boleh menyebabkan kematian, pada sekitar Februari lalu.

Dua tuduhan ini dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan denda atau sebatan.

Tertuduh juga menghadapi tuduhan ketiga iaitu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Siti Hajar dengan menggunakan gunting pada 7 Jun lalu.

Dakwaan bagi kesalahan ini dibuat mengikut Seksyen 324 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua jika sabit kesalahan.

Ketiga-tiga tuduhan tersebut didakwa dilakukan di kediaman tertuduh di No. 1-19-1, Lanai Kiara Condominium, Jalan Kiara 3, Mont Kiara, di sini…

Ulasan: Sayangkan anak-anaknya yang di jaga amah tetapi sanggup mendera amah. Banyak kezaliman bila kasih sayang hilang dari manusia…

Penduduk Islam Pattani skeptikal

Tajuk asal: Penduduk Islam skeptikal

BAN TALUBOH, Thailand 18 Jun - Di sebuah perkampungan di kawasan penduduk Islam selatan Thailand, janji yang diberikan oleh Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva untuk menghulurkan bantuan pembangunan besar-besaran dalam usaha menangani pemberontakan, sudah jelak di fikiran penduduk.

"Wang tidak dapat mengubah apa yang sudah berlaku, tiada sesiapa yang mampu membayar penamat kepada masalah di sini.

"Polisi kerajaan Thailand yang perlu dipersalahkan. Mereka perlu memahami bahawa cara hidup kami adalah berlainan daripada penduduk Thai lain dan wang tidak memberi apa-apa perbezaan," kata Yousuf, merujuk kepada perjuangan pemisah yang telah meragut lebih 3,500 nyawa di Yala, Pattani dan Narathiwat.

Penduduk perkampungan lain juga mempunyai pandangan serupa mengenai rancangan Abhisit yang melibatkan perbelanjaan 54 bilion baht (RM5.58 bilion) bagi memenangi 'hati dan minda' penduduk di tiga wilayah bersempadan dengan Malaysia itu.

Majoriti penduduk adalah etnik Melayu beragama Islam yang menggunakan bahasa Thai sebagai bahasa kedua dan mereka menolak rancangan Abhisit untuk memajukan industri perikanan, penanaman getah dan kelapa sawit, menjadikannya satu lagi kegagalan Bangkok untuk memahami rakyatnya di sana.

"Pegawai yang rasuah akan menyimpan wang itu untuk diri sendiri. Ia adalah idea yang tidak berguna.

"Ia juga mungkin jatuh ke tangan kumpulan militan. Pelaburan tidak akan menghentikan keganasan," kata seorang lagi penduduk, Araware.

Seorang penduduk, Bearmah berpendapat bahawa cara terbaik adalah dengan memanggil pulang 30,000 askar yang dikerahkan di situ selain menghentikan darurat yang memberikan pasukan keselamatan kuasa penahanan.

Perjuangan pemisah sejak 1970-an dan 1980-an bangkit semula pada tahun 2004 dan cubaan kerajaan ketika itu untuk menanganinya dengan kekerasan tentera, pelaburan dan televisyen kabel percuma telah gagal.

Keganasan memuncak dua minggu lalu, dengan 31 terbunuh dan 50 cedera dalam serangan bersenjata dan bom namun tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab. 

Ketegangan menambah lagi tekanan kepada kerajaan campuran Abhisit ketika beliau berusaha memulihkan ekonomi yang dilanda kemelesetan selain ketegangan politik sejak penggulingan Thaksin Shinawatra pada tahun 2006. 

Terletak di kawasan hutan Pattani, Ban Taluboh adalah kubu kuat Parti Demokrat pimpinan Abhisit namun ramai penduduk masih tidak percaya kepada kemampuan kerajaan menangani keganasan. - Reuters

Ulasan: Bila rakyat sudah tidak yakin dengan kerajaan, tunggulah masa kehancurannya…

Sultan Johor tidak setuju cadangan jambatan ketiga

NUSAJAYA 18 Jun - Sultan Johor, Sultan Iskandar Ismail tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga bagi menghubungkan Malaysia dan Singapura.

Pendirian baginda itu disampaikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail pada pembukaan Persidangan Dewan Negeri Johor ke-12, di Kota Iskandar di sini hari ini.

"Saya dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku bahawa baginda tidak setuju dengan cadangan untuk membina jambatan ketiga," kata Tunku Ibrahim Ismail.

Tunku Ibrahim Ismail dan Raja Muda Johor, Tunku Ismail Ibrahim sebelum itu mengiringi Sultan Iskandar memeriksa perbarisan sempena perasmian pembukaan persidangan berkenaan…

Ulasan: Kadang-kadang elok juga negeri bersultan yang boleh membrek banyak hal yang di cita-citakan oleh kroni BN/UMNO asalkan mereka dapat duit daripada projek yang diluluskan. 

Limiting a Palestinian State - No Way!

Original title: Limiting a Palestinian state

By Lamis Andoni, Al Jazeera's Middle East analyst

It was billed as a peace speech, but Binyamin Netanyahu, the Israeli prime minister, echoed the words of a colonialist conqueror when he delivered his much-anticipated policy speech at Bar Illan University.

Without ambiguity, he told the Palestinians that their existence and future hinges on their acquiescence - the relinquishing of their own history, rights and aspirations.

In effect, Netanyahu called on the Palestinians to accept total surrender.

It was a speech reminding the vanquished that they have no rights beyond accepting the terms of their defeat.

In the tradition of victorious colonialists, Netanyahu's vision for the future emanates from a self-entitlement to rewrite history and to determine the fate of his defeated subjects.

Netanyahu's speech is a blow to a justice-based solution to the conflict, not merely because it offers no more than a powerless entity subject to de facto Israeli control, but more significantly because the Israeli leader's vision is based on an extremist Zionist narrative that promotes the view that the historic land of Palestine – recognised as Israel and the West Bank — is the homeland of the Jewish people.

Revisionist history

Such an account categorically denies Palestinian history and Arab roots in Palestine and therefore does not acknowledge the dispossession of the Palestinians in 1948, or the 1967 occupation of West Bank, including East Jerusalem.

Instead they are the "undisputed lands of Israel".

"The state of Israel is the national homeland of the Jewish people and will remain so," Netanyahu told his audience.

"The connection of the Jewish people to the land has been in existence for more than 3,500 years.

"Judea and Samaria - the places where our forefathers Abraham, Isaac and Jacob walked, our forefathers David, Solomon, Isaiah and Jeremiah.

"This is not a foreign land, this is the land of our forefathers," he said emphatically to loud applause.

Throughout his speech Netanyahu never even remotely referred to an occupation, or an end to occupation.

Instead, he referred to the Israeli occupation of the West Bank in the 1967 war as "when the soldiers entered Judea and Samaria".

The presence of the Palestinians "in the land of Israel", as Netanyahu framed it, is a problem that Israel has had to deal with to ensure its security, rather that of an occupation and dispossession of an indigenous people.

"But, friends, we must state the whole truth here. The truth is that in the area of our homeland, in the heart of our Jewish homeland, now lives a large population of Palestinians," Netanyahu said.

In other words, the presence of Palestinians in their lands is portrayed as an accident of history – thus annulling in one speech their history and stripping them of their legal, let alone their national, rights.

'Jewish homeland'

It is only in the context of denying Palestinian history and identity that Netanyahu's proposed demands should be understood and evaluated.

Netanyahu's two preconditions for peace are a logical consequence of his blatant and distorted revisionist history.

Asking the Arabs and the Palestinians to recognise that Israel is the historic "Jewish homeland" is paramount to demanding that the Arab, Muslim and Palestinians themselves recant their own history, roots and identity.

Thus by denying their own rights, Palestinians are reduced to a foreign community that accidentally found itself in another people's land and must accept the terms of its "hosts".

Communities as such do not exercise the right to self-determination or national rights.

Therefore, it is only natural, following Netanyahu's line of thinking, that a Palestinian state is only accepted if it is devoid of real sovereignty or independence.

Palestinian state

It is misleading to interpret Netanyahu's conditions as that of accepting a two-state solution.

The vision that Netanyahu laid out stripped the Palestinians of their right to self-determination and replaced it with Israel's "right" to continue its domination of Palestinian lands and lives.

Netanyahu's proposal would leave a Palestinian state undefended [EPA]


He wants occupation without the burden and the responsibility of spearheading one.

He laid out a vision for an isolated and besieged Palestinian entity that would have no control over the land beneath it, nor the skies above it.

"The territory in Palestinian hands must be demilitarised - in other words, without an army, without control of airspace and with effective security safeguards," he said.

His demand for a "demilitarised state" is thus a logical demand, for how else can Netanyahu and Israel and its future leaders ensure the total subordination of future Palestinian generations who will be borne into a perpetual prison in the guise of statehood?

Seen in this light, from a Palestinian viewpoint, Netanyahu is not only trying to deprive Palestinians of their present aspirations for independence, but to deny future generations the right to dream of freedom.

Breakdown of spirit

Total subordination of the vanquished, in the logic of conquerors, is only possible if the defeated are denied the right and the ability to resist.

Disarming an imprisoned population to ensure its control in the name of statehood is a prerequisite to ensure that future generations will not rebel against Israeli control.

But it is not the most dangerous aspect of Netanyahu's terms for Palestinian surrender.

Netanyahu is after a moral and psychological breakdown of the Palestinian spirit.

Breaking the spirit of a nation is not achieved solely through depriving Palestinians of the right to resist or of their right to self-defence, but by forcing the Palestinians to relinquish their memory.

Memory is the key element here.

It is astonishing that Washington and Western governments rushed to embrace Netanyahu's call for recognition of Israel as a Jewish state, which is paramount to a blatant call to erase Palestinian history.

In his speech, Netanyahu rewrote the history of the conflict by erasing any mention of Palestinians' right to their historic land, denying Palestinian identity and the saga of Israeli-imposed dispossession of the Palestinian people and occupation of Palestinian land.

'Simple truth'

Netanyahu's narrative, long propagated by the Israeli right wing and extremist Zionists, is that the establishment of Israel was an exercise of the right of the Jewish people to their natural homeland - Israel bears no responsibility for the Palestinian refugees and finally there was never a problem of dispossession and occupation.

"The simple truth is that the root of the conflict has been and remains - the refusal to recognise the right of the Jewish people to their own state in their historical homeland," Netanyahu said.

In Cairo, Obama offered a new beginning based on 'mutual understanding' [Reuters]

Netanyahu's rhetoric is consistent with his long-standing politics and reflects the prevailing ideology of the Israeli establishment.

What is more disturbing is Washington's welcome of the speech as a positive step towards peace.

In his Cairo speech, Barack Obama, the US president, offered a new beginning with the Arab and Muslims worlds based "on mutual understanding and respect".

By hailing Netanyahu's racist policy speech, Obama is squandering whatever momentum he sought to build as he perpetuates America's endorsement of Israeli superiority.

Bill Clinton, the former US president, made the same mistake when he unconditionally supported the similar "generous offer" of Ehud Barrak, then Israeli prime minister, who proposed establishing a fragmented, powerless entity in parts of the West Bank and the Gaza Strip under the guise of Palestinian statehood.

Yasser Arafat, the late Palestinian leader, rejected the offer, and disillusioned Palestinians erupted in an uprising against Israel - the second Intifada.

Neither the Israeli nor American leaders seem to learn from history.

No Palestinian leader, moderate or extremist, will accept such subordination.

For the Palestinians it is a betrayal of their history, as well as a betrayal of future generations.

Source: Al Jazeera

Comment: The Prophets Abraham, Isaac, Jacob, David, Solomon were just obedient servants of to Allah. But the so called the Israelites now are very far astray from their Ways. Slowly and surely one day in the near future, Insya Allah, the Palestinians will win...

Thursday, June 18, 2009

Israel tidak tawarkan 'negara sepenuhnya'

BAITULMAQDIS 17 Jun - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tidak menawarkan penubuhan negara Palestin 'dalam bentuk klasik', kata dutanya itu ke Amerika Syarikat (AS) semalam, memetik beberapa had tentang kedaulatan yang dituntut negara Yahudi tersebut.

Netanyahu menggunakan perkataan 'negara Palestin' buat kali pertama Ahad lalu bagi menjelaskan kesediaannya menerima hasil rundingan dengan pemimpin Palestin. Bahasa yang digunakan adalah untuk mengurangkan ketegangan dengan Presiden AS, Barack Obama yang berlarutan sejak Netanyahu menjadi Perdana Menteri tiga bulan lalu.

Namun pemimpin Yahudi ini meletakkan syarat kepada AS dan kuasa dunia lain supaya memberi jaminan bahawa negara Palestin yang bakal diwujudkan tidak mempunyai tentera, kawalan ruang udara dan kedaulatan terhad dalam kawalan sempadan dan polisi luar…

Ulasan: Israel hanya mahukan negara Palestin yang tidak berdaulat: tiada tentera dan tiada kawalan ruang udara dll. Nama lain untuk penjajahan tetapi isinya sama. Lebih baik lawan tetap lawan. 
JAKARTA 17 Jun - Mahkamah antirasuah Indonesia hari ini menjatuhkan hukuman penjara ke atas seorang besan kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono kerana terlibat dengan rasuah, satu keputusan yang mungkin boleh membantu pemilihan semula Susilo dengan komitmen yang ditunjukkannya dalam membanteras jenayah seumpama itu.

Kes terhadap bekas pegawai Bank Pusat, Aulia Pohan itu dilihat sebagai satu ujian penting kepada usaha Indonesia untuk membanteras gejala rasuah, terutamanya yang melibatkan individu berkuasa atau berpengaruh.

Aulia, yang anak perempuannya berkahwin dengan anak sulung Susilo, merupakan seorang daripada empat pegawai Bank Pusat yang terlibat dalam skandal yang menyebabkan negara itu kerugian 100 bilion rupiah (RM34.4 juta).

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama empat tahun setengah kerana penglibatannya dalam meluluskan pembayaran tidak sah kepada anggota-anggota Parlimen - lebih daripada empat tahun yang dicadangkan pihak pendakwaan…

Ulasan: Bolehkah ini berlaku di negara kita? Ya, selepas BN tewas.

Umat Patani perlukan pembelaan dari KITA

Tajuk asal: Umat Fatani 

Salam 2 all.
Sekali lagi dunia dikejutkan dengan pembunuhan kejam umat Islam di Kg. Air Tempayan, Mukim Choo Airong di Narathiwat, Selatan Thailand Isnin 13 Jamadil Akhir 1430 / 07 Jun 2009.

Kejadian berlaku ketika jemaah sedang mendirikan solat isya di Masjid Al Furqan yang di imamkan oleh Haji Wan Abdullah Bin Wan Latif (62). Sewaktu Hj Wan Abdullah sedang membaca surah Al Fatihah pada rokaat kedua, tiba-tiba bunyi tembakan kedengaran daripada sebelah kiri dan belakang mereka.

Tembakan itu menyebabkan Imam Hj Wan Abdullah serta 11 lagi jemaah meninggal sementara 11 lagi cedera parah. Kesemua mereka dikebumikan didalam satu liang lahad dikampung tersebut.

Menurut para saksi yang melihat kejadian itu, pembunuh-pembunuh tersebut berpakaian seragam hitam dan membawa senjata automatik. Kata mereka cara pembunuhan itu dilaksanakan menunjukkan kumpulan tersebut adalah profesional dan terlatih. Pihak pejuang pemisah Islam Selatan Thai menafikan penglibatan mereka dalam kejadian tersebut. Malahan tidak mungkin pemisah kumpulan Islam terlibat kerana tidak mungkin mereka sanggup mencemar kesucian sebuah masjid dengan melakukan pembunuhan tersebut.

Sejak peristiwa pembunuhan di Masjid Kerisek dan Tak Bai tahun 2004, sudah 3500 umat Islam mati dibunuh, iaitu purata hampir dua orang setiap hari sehingga hari ini.

Kita umat Islam khususnya di Malaysia sudah tentu merasakan kezaliman dan penganiayaan yang dikenakan terhadap umat Islam Fatani di Selatan Thai. Mereka bukan sahaja saudara kita seagama, malahan mereka adalah sebahagian daripada rumpun Melayu. Malahan daerah mereka dahulunya adalah terletak didalam Persekutuan Tanah Melayu sebelum dipecah-bahagi oleh British pada tahun 1908.

Saya kira sudah tiba masanya kita umat Islam umumnya dan bangsa Melayu/ Islam di Malaysia menuntut suatu tindakan serius diambil bagi mengembalikan keamanan kepada umat Islam Selatan Thai.

Saya mencadangkan kita mengambil langkah-langkah berikut:

1. mendesak Kerajaan Thai supaya memberikan wilayah autonomi kepada Selatan Thai;

2. membenarkan pasukan pengaman khususnya daripada gabungan negara-negara Islam untuk membantu mengawal keselamatan wilayah Selatan Thai. Untuk itu saya mencadangkan (malahan saya telah mencadangkan dalam sidang Parlimen lepas) supaya negara Islam menimbang untuk menubuhkan sebuah pasukan pertahanan Islam dikalangan negara OIC demi untuk mempertahankan dan membela umat Islam dimana sahaja mereka berada, sebagaimana yang dilakukan oleh Khalifah-Khalifah Islam dalam era pemerintahan Khilafah Islamiyah;

3. supaya negara-negara Islam, khususnya OIC segera menubuhkan Dana Pembangunan Selatan Thai untuk membantu menggiatkan pembangunan dikawasan tersebut. Dengan kekayaan yang dimiliki oleh negara-negara Islam, saya tidak nampak mengapa Dana Pembangunan Selatan Thai tidak boleh ditubuhkan segera;

4. Pintu sempadan diantara Malaysia - Thailand dibuka 24 jam dan tiada sekatan kepada pergerakan umat Islam di Wilayah tersebut. Bagi mereka yang memerlukan atau mahukan perlindungan Malaysia, Kerajaan seharusnya membenarkan dan memberikan mereka status pelarian politik yang memerlukan suaka atau perlindungan.

5. Kerjasama dakwah dan program bersama perlu dipertingkatkan diantara Malaysia dan Selatan Thai. Teramsuk dalam program ini mengambil tiap-tiap kampung di Selatan Thai sebagai Projek Anak Angkat dan dikembarkan dengan mana-mana kampung dalam negara ini khususnya kampung-kampung di negeri Kelantan, Kedah dan Perlis.

6. Meningkat dan mengeratkan semula hubungan kekeluargaan dan silaturrohmi diantara penduduk Selatan Thai yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mana-mana rakyat Malaysia. Bagi mereka yang termasuk dalam golongan ini, pas sempadan khas patut dikeluarkan serta merta kepada mereka untuk membolehkan mereka bersama dengan keluarga mereka di Malaysia.

7. Membuka sekolah-sekolah dalam negara ini khsususnya dikawasan sempadan kepada anak-anak penduduk Selatan Thai dan jika diperlukan, memberi mereka bantuan kewangan dan lain-lain.

Dalam keadaan apa pun, tindakan segera dan langkah serius perlu di ambil bagi menangani segera masalah keselamatan dan keamanan umat Islam di Selatan Thai.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
16 Jamadil Akhir 1430
10 Jun 2009

dari: zul4kulim.blogspot.com

Ulasan: Fikirkan apa yang halal yang perlu di lakukan untuk membela umat Patani, tetangga kita.

Bangsa Jepun Yang Bodoh Bahasa Inggeris Melahirkan Banyak Pemenang Hadiah Nobel

Rahsia Bagaimana Bangsa Jepun Yang Bodoh Bahasa Inggeris Melahirkan Banyak Pemenang Hadiah Nobel

Jepun adalah negara kaya-raya, dan pada waktu yang sama ia adalah negara maju yang paling terbodoh bahasa Inggeris. 

India pula adalah negara bukan Inggeris yang paling terpandai bahasa Inggeris, dan pada waktu yang sama India juga negara yang paling banyak mempunyai penduduk miskin, iaitu sebanyak 300 juta rakyatnya hidup di bawah paras kemiskinan. Jumlah 300 juta orang itu adalah sama banyak dengan separuh manusia miskin di muka bumi ini.

Dalam senarai pemenang Hadiah Nobel bagi tahun 2008, tidak ada seorang pun nama pemenang dari India, sebuah negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran sains dan matematik. 

Sebaliknya, 4 daripada 12 penerima Hadiah Nobel 2008 ialah bangsa Jepun dari Jepun, di mana mereka menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar seluruh sistem pendidikannya, dari tadika sampailah ke universiti.

Lebih hebat lagi, 10 daripada 12 penerima Hadiah Nobel 2008 bukan penutur bahasa Inggeris. 

Bagaimanakah boleh berlaku di mana ramai saintis Jepun berjaya menerima Hadiah Nobel, sedangkan mereka tidak pandai menulis dalam bahasa Inggeris. 

Lebih menghairankan lagi, banyak artikel para saintis Jepun itu telah diterbitkan pula dalam jurnal-jurnal sains antarabangsa dalam bahasa Inggeris. 

Semakin menakjubkan lagi, apabila dibandingkan dengan artikel tulisan saintis-saintis dari negara-negara di mana kebanyakan PhDnya pandai bercakap dan menulis dalam bahasa Inggeris, seperti India, Pakistan, Bangladesh, Sri Langka, Singapura, Filipina dan lain-lain, nama-nama saintis Jepun jauh lebih banyak tersenarai dalam jurnal sains antarabangsa, padahal mereka bodoh bahasa Inggeris. 

Inilah rahsia kejayaan saintis Jepun memenangi Hadiah Nobel setiap tahun. 

Saintis Jepun yang tidak pandai bahasa Inggeris itu menjalankan kajian saintifik mereka dan kemudian menuliskan laporannya dengan menggunakan bahasa Jepun. Oleh yang demikian, kajian-kajian yang mereka lakukan itu benar-benar asli daripada usaha sendiri disebabkan mereka tidak pandai membaca jurnal dan buku-buku Inggeris. 

Saintis Jepun mempunyai daya kreativiti yang sangat tinggi berbanding dengan daya kreativiti saintis-saintis yang pandai bahasa Inggeris kerana disebabkan mereka tidak membaca dalam bahasa Inggeris, justeru pemikiran dan idea-idea saintis Jepun tidak terpengaruh dan tidak terbantut oleh idea-idea dan kritikan saintis di Barat. 

Disebabkan mereka tidak takut dikritik oleh saintis Barat, mereka bebas meneroka dan mencipta penemuan-penemuan baru dalam bahasa Jepun. Hasilnya, daya kreativiti saintis Jepun lebih original. 

Selepas saintis-saintis Jepun itu menuliskan dan menerbitkan laporan hasil kajian mereka dalam jurnal-jurnal sains di Jepun, laporan itu diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh sebuah institut terjemahan yang berpangkalan di Tokyo, lalu dihantar ke jurnal-jurnal antarabangsa. Maka hasil pemikiran dan penemuan saintifik yang mereka lakukan itu pun diterbitkan pada peringkat antarabangsa. 

Mereka kemudian menerima undangan membentangkan hasil kajian mereka di seminar-seminar antarabangsa. Disebabkan saintis Jepun tidak pandai bahasa Inggeris, dalam seminar itu mereka bercakap Jepun, dan apa yang mereka percakapkan tetap dapat difahami oleh hadirin melalui perantaraan para jurubahasa ke dalam bahasa Inggeris, Peranchis, Jeman, Rusia, Arab, Cina dan Korea. 

Apabila hadirin bertanyakan soalan kepada saintis-saintis Jepun itu, mereka tidak dapat menjawabnya kerana tidak faham bahasa Inggeris.... Itulah dia suatu bangsa di Asia yang paling bodoh bahasa Inggeris tetapi paling banyak memenangi Hadiah Nobel!

Di satu pihak lain, dengan meminjam bahasa Inggeris, India pula telah berjaya melahirkan paling banyak manusia miskin di muka bumi ini! 

Nota Kuliah: Puan Ainon Mohd 
Presiden, 
Universiti Terbuka PTS 
ainon@pts.com.my
http://universitipts.com/

Ulasan:Walaupun secara zahirnya negara kita sudah merdeka. Tetapi pemikiran pemimpin negara kita nampaknya masih terjajah. Masih lagi takut: Takut tak jadi pandai, takut tak jadi hebat bersaing dengan orang bila kita menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pembelajaran dan pengajaran sampai ke peringkat pengajian tinggi. Walaupun ketiadaan hujjah, tetapi mereka menggunakan kuasa politik untuk menekan kehendak mereka keatas rakyat. Segalanya rakyat menentukan: Pilihlah selain BN di pilihanraya umum ke 13 nanti untuk perubahan.

Friday, June 05, 2009

Perketat pengeluaran lesen peminjam wang

KOTA KINABALU 4 Jun - Pergerakan Puteri UMNO Sabah mahu pihak berkuasa mengetatkan pengeluaran lesen peminjam wang bagi mengelak kegiatan ah long atau ceti haram daripada berleluasa di negeri ini.

Ketuanya, Musliati Moslimin berkata, tindakan itu perlu dilakukan segera kerana pada masa ini terlalu banyak lesen peminjam wang dikeluarkan kepada syarikat-syarikat persendirian.

''Langkah kerajaan mengkaji kemungkinan mewujudkan skim pinjaman khas bagi mengurangkan pergantungan kepada ah long amat wajar tetapi kita juga mahu supaya pengeluaran lesen diperketatkan," katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini. 
Musliati berkata, Puteri UMNO juga mahu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersikap lebih tegas bagi memastikan lesen berkenaan diberikan kepada individu yang bertanggungjawab sahaja.

Katanya, pengeluaran lesen peminjam wang yang tidak terkawal menyebabkan kegiatan ceti haram atau ah long semakin berleluasa dan sukar untuk dikawal…

Ulasan: Apa hebatnya bila rakyat dengan hutang?

Penternak babi diarah pindah

SEREMBAN 4 Jun - Penternak babi di Air Kuning, Gemencheh yang didakwa menyebabkan pencemaran sungai di kawasan tersebut dinasihatkan berpindah segera ke tempat yang lebih sesuai.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan negeri memberikan tempoh selewat-lewatnya tiga tahun untuk penternak tersebut berbuat demikian.

"Kawasan di Air Kuning itu memang tidak sesuai untuk dijadikan kandang ternakan babi. Walaupun mereka ada kolam menapis tetapi apabila hujan, air dari kolam tersebut akan melimpah masuk ke sungai dan mengakibatkan pencemaran sungai yang teruk.

"Mereka harus berpindah mulai sekarang dan dalam tempoh tiga tahun ini kita akan pastikan ladang ternakan babi di kawasan tersebut ditutup," kata beliau di sini hari ini...

Ulasan: Jangan sebab kita berniaga dan makan babi menyebabkan orang lain menderita kerana serba-serbi yang menjijikkan. Hidup bermasyarakat mesti pandai bertimbang rasa.

Qiamullail dapat sambutan pelajar

IPOH 4 Jun - Program qiamullail yang dianjurkan khusus untuk golongan pelajar di Masjid Ulu Chepor di sini sempena cuti penggal persekolahan yang bermula kelmarin, mendapat sambutan menggalakkan.

Seramai 62 pelajar termasuk sembilan pelajar perempuan menyertai program itu yang bermula pada pukul 6.30 petang semalam dan berakhir pagi ini.

Penganjur program, Damanhuri Ismail, 46, berkata, program tersebut bertujuan untuk mendedahkan pendidikan agama di peringkat usia muda.

Katanya, antara aktiviti yang dijalankan termasuk penerangan mengenai cara-cara menunaikan solat-solat sunat, tazkirah dan kisah-kisah Nabi Muhammad SAW yang boleh dijadikan sebagai teladan.

''Kemuncaknya, qiamullail diadakan pada pukul 3 pagi dengan solat tahjud, taubat, hajat dan witir," katanya ketika ditemui selepas program itu berakhir di sini semalam….

Ulasan: Qiamulail adalah baik untuk kita. Cubalah...

Obama ikrar buka lembaran baru

KAHERAH 4 Jun – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berikrar untuk membuka ‘lembaran baru’ bagi dunia Islam dan Amerika dalam ucapan bersejarah kepada umat Islam di seluruh dunia di sini hari ini.

Beliau membangkitkan wawasan perdamaian selepas menyeru dihentikan kitaran ‘perasaan syak wasangka dan perseteruan’ yang membara selama ini.

Dalam ucapan yang mungkin menjadi detik penting dalam perkhidmatannya sebagai Presiden AS, Obama membentangkan pelan baru untuk dasar AS di Asia Barat, dengan berikrar untuk menghapuskan rasa curiga, membentuk sebuah negara merdeka untuk penduduk Palestin dan menamatkan konfrontasi nuklear dengan Iran.

“Selagi perhubungan kita dicorakkan oleh perbezaan antara kita, selagi itulah kita akan memperkasakan golongan yang mahu menyemaikan bibit kebencian dan bukannya perdamaian,” kata Obama yang disambut dengan tepukan gemuruh ketika melangkah ke podium di Universiti Kaherah…

Ulasan: Orang Islam tentunya mengharapkan sesuatu yang baik. Tapi juga terpaksa bersedia menghadapi sesuatu yang paling buruk kerana begitulah perangai negara Barat bila menghadapi kita. Tapi sememangnya ada kebanyakan negara Islam yang seronok menjadi pak turut kepada negara Barat...

Monday, June 01, 2009

Rakyat muak permainan pembangkang

KUALA LUMPUR 31 Mei - Jumlah peratusan mengundi yang kecil dicatatkan pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti merupakan mesej 'protes' yang jelas bahawa rakyat sudah muak dan tidak merestui permainan politik pembangkang yang hanya menyusahkan mereka...

Ulasan: Atau kerana parti BN/UMNO memboikot pilihan raya? Memang rakyat sudah muak permainan BN/UMNO yang sibuk merasuah pengundi di mana-mana pilihan raya sebelum ini. Bila BN/UMNO tak bertanding...ramai orang tak dapat rasuah.

Hamas-Fatah bertempur

NABLUS 31 Mei - Ketegangan antara dua puak utama Palestin memuncak hari ini selepas satu operasi untuk menangkap seorang ketua pergerakan Hamas di Tebing Barat mencetuskan kejadian tembak-menembak yang mengakibatkan enam orang terbunuh.

Hamas yang memerintah Genting Gaza memberi amaran bahawa dengan menjalankan operasi tersebut yang membunuh seorang pejuang kanannya, Parti Fatah pimpinan Presiden Mahmud Abbas telah melintasi 'garisan merah'.
Pertempuran bersenjata itu tercetus apabila polis yang setia kepada Abbas cuba menangkap komander sayap bersenjata Hamas di utara Tebing Barat, Mohammed al-Samman yang juga dikehendaki oleh Israel...

Ulasan: Emak dahulu menasihati kami yang sering bergaduh maklum semasa kecil: Bila adik-beradik bergaduh, orang lain bertepuk tangan. Bila Hamas-Fatah bertempur, Israel dan kuncunya mengapi-apikan lagi dan mungkin memberi senjata yang lebih canggih. Tapi habis masa dan tenaga umat Islam berlawan sama sendiri. Sewajarnya semua senjata kita menghadap kepada musuh bersama iatu regim haram Israel.

Abu Ghraib photos show rape of prisoners

by Duncan Gardham and Paul Cruickshank 
Telegraph, London
May 29, 2009

PHOTOGRAPHS of alleged prisoner abuse at Abu Ghraib and other prisons which Barack Obama is attempting to censor include images of rape and sexual abuse, it has emerged.

At least one shows an American soldier apparently raping a female prisoner while another is said to show a male translator raping a male detainee. Further photographs are said to depict sexual assaults with objects including a truncheon, wire and a phosphorescent tube.

Another shows a female prisoner having her clothing forcibly removed to expose her breasts.

Details of the content emerged from Major-General Antonio Taguba, the former army officer who conducted an inquiry into the Abu Ghraib jail in Iraq.

Allegations of rape and abuse were included in his 2004 report but the fact there were photographs was never revealed.

This week he confirmed their existence to London's The Daily Telegraph.

The graphic nature of some of the images is likely to explain Mr Obama's attempts to block the release of an estimated 2000 photographs from prisons in Iraq and Afghanistan despite an earlier promise to allow them to be published. General Taguba, who retired in January 2007, said he supported the President's decision, adding: "These pictures show torture, abuse, rape and every indecency.

"I am not sure what purpose their release would serve other than a legal one and the consequence would be to imperil our troops, the only protectors of our foreign policy, when we most need them, and British troops who are trying to build security in Afghanistan. The mere description of these pictures is horrendous enough, take my word for it."

In April, the Obama Administration said the photographs would be released and it would be "pointless to appeal" against a court judgment in favour of the American Civil Liberties Union.

But after lobbying from senior military figures, Mr Obama changed his mind, saying they could put the safety of troops at risk.

It was thought the images were similar to those leaked five years ago, which showed naked and bloody prisoners being intimidated by dogs, dragged around on a leash, piled into a human pyramid and hooded and attached to wires.

The latest photographs relate to 400 cases of alleged abuse between 2001 and 2005 in Abu Ghraib and six other prisons. Mr Obama said the individuals involved had been "identified, and appropriate actions" taken.

General Taguba's internal inquiry into the abuse at Abu Ghraib included sworn statements by 13 detainees - which, he said in the report, he found "credible based on the clarity of their statements and supporting evidence provided by other witnesses".

Three detainees, including the alleged victim, refer to the use of a phosphorescent tube in the sexual abuse and another to the use of wire, while the victim also refers to part of a policeman's "stick".

Kesatuan Umat & Kesombongan UMNO

Tajuk asal: Jika umat Islam lemah, bukan Islam juga tergugat

MUAR 31 Mei - Umat Islam tanpa mengira perbezaan fahaman politik di negara ini perlu mengukuhkan perpaduan bagi melaksanakan jihad pembangunan demi kepentingan ummah, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sambil melahirkan kebimbangan terhadap usaha pihak tertentu yang semakin berani menggugat kepentingan orang Melayu dan umat Islam, Timbalan Perdana Menteri menegaskan, perpaduan menyeluruh itu perlu pembabitan semua orang Islam.

''Semua pihak sama ada dalam kerajaan atau di luar kerajaan iaitu dari peringkat kepimpinan hingga ke akar umbi orang Melayu wajar bersatu. Kita boleh berbeza pendapat politik, tetapi soal memperkukuhkan Islam harus menjadi agenda utama.

"Kita mahu seluruh pimpinan bukan sahaja dalam kerajaan, tetapi juga di luar kerajaan harus mengambil perhatian perkara ini dan mereka tidak boleh sesuka hati mengorbankan perpaduan ummah semata-mata untuk mencapai matlamat politik sempit mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis sambutan Maulidur Rasul anjuran UMNO Bahagian Pagoh di Dewan Kompleks Sri Pekembar Pagoh di sini hari ini...

Ulasan: Kita terima perpaduan @ kesatuan (unity) umat sebagai kewajipan. 

Untuk berunding dengan UMNO dalam UMNO masih memegang singgahsana kuasa negara ini agak sukar. Kalau tak berhati2, kita jadi mangsa dan yg menangnya UMNO kerana kita tahu sifat membelit UMNO kerana adalah pemenang. Tidak mungkin UMNO akan duduk sama-sama membincangkan kesatuan tanpa syarat.

Kita tidak perlu buat semua benda. Cukuplah pengalaman PAS di tendang dari BN bila UMNO rasa dah pulih. Nak kena gigit lagi dari lubang sama? Nampaknya pandangan Tuan Guru Nik Aziz lebih kuat.

Nampaknya, kita kalahkan BN/UMNO dulu... Lebih senang berunding dengan parti yang pernah kalah. Duduk dan berdiri pun sudah sama tinggi. Ada pandangan lain?

BN BERKUBUR JIKA KAUM TIONGHUA KEKALKAN SOKONGAN -- HUSAM

Bukit Katil : Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, BN akan berkubur pada Pilihanraya Umum akan datang jika 80 % Kaum Tionghua mengekalkan sokongan kepada PR sebagaimana yang ditunjukkan di Pilihanraya Kecil Bukit Gantang.

"Malah di Parlimen Pagoh yang diwakili Timbalan Perdana Menteri sekalipun PR akan menang di majoriti 7,000 undi".

"Kita yakin Kaum Tionghua akan terus memberikan sokongan kepada PR pada pilihanraya akan datang sebagaimana yang mereka lakukan di Bukit Gantang di mana PR menang selesa walaupun pelbagai fitnah, tohmah dan penyelewengan di lakukan oleh BN pada pilihanraya tersebut" ujar Husam.

Beliau berkata demikian pada ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil di perkarangan Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil di sini malam tadi…

dari http://mutaligat.blogspot.com/2009/06/bn-berkubur-jika-kaum-tionghua-kekalkan.html


Ulasan: Di samping itu perlu susun kerja supaya lebih ramai orang Melayu menyokong dan mengundi Pakatan Rakyat. Mesti ada cara untuk menarik penyokong UMNO.

Cerita kegigihan, kisah kecekalan Cikgu Laila

Oleh Ahmad Lutfii Othman 

KEZALIMAN ISA sebenarnya tidak perlu diceritakan lagi. Ia bukan sekadar kisah tahanan borong tanpa bicara, tidak hanya gumpalan hikayat lama tentang penyeksaan zahir batin. 

Ia turut mampu memisahkan suami dengan isteri, ayah dan putera-puterinya, juga anak dari ibu bapa. Ada keluarga berantakan, cerai-berai dek racun berbisa penahanan tanpa bicara yang perlu terus dikutuk dan ditentang ini. 

Ada anak jatuh nazak secara tiba-tiba, seperti kes Aina Mardhiah Shahrial, 17, setahun lalu, dan si ayah, tahanan ISA tujuh tahun, sengaja dilewat-lewatkan kepulangannya. Shahrial hanya sempat menatap wajah jernih jasad kaku puteri sulungnya tanpa sebarang salam perpisahan. 

Melakar kisah duka

Dan hening pagi Rabu, 27 Mei lalu, ISA sekali lagi melakar kisah duka. Tahanan ISA sejak dikurung 18 April 2002, Mat Sah Mohd Satray, 46 tahun, kehilangan bonda tercinta, Saoda Abdul. 

ISA yang menjarakkan mereka sejak 2,600 hari lalu rupanya bertindak lebih kejam apabila menghalang Mat Sah untuk bersama ibu di waktu tua, sakit dan saat-saat yang amat memerlukan kehadirannya. 

Saoda, 71, sebelum itu selama tiga minggu terlantar di HUKM. Selain kencing manis, dia menderita sakit jantung dan kegagalan buah pinggang. Dua hari sebelum Saoda meninggal, Mat Sah, anak ketujuh daripada 12 adik beradik dibenarkan pulang ziarah oleh pihak Kem Kamunting, dengan kawalan keselamatan peringkat tinggi. Hanya sejam Mat Sah dibenarkan menyantuni ibu tersayang. 

Walaupun terbaring lemah, Saoda bingkas bangun bila mengetahui Mat Sah balik. Tampak segar sekali. Saoda minta duduk di sebelah dan makan bersama Mat Sah yang begitu sabar menyuapkan makanan ke mulutnya. Mata yang memerhati cukup terharu. Kasih ibu tiada penghujungnya, tulus dan kudus. 

Dan itulah pertemuan terakhir mereka. Bayangkan, ketika episod tujuh tahun malam memanjang gelap gelita buat Mat Sah dan keluarganya masih tamat, beliau kehilangan ibu dalam suasana tragis. 

Norlaila penggerak kempen mansuh ISA

Mungkin tidak ramai yang biasa dengan nama Mat Sah, tetapi jika disebut isterinya, Norlaila Othman, penggerak kempen mansuhkan ISA di medan depan, saya yakin hampir semuamengenali wanita berhati waja dan berjiwa kental itu. 

Dia bukan sekadar berusaha keras membebaskan suami, tetapi padu tekadnya bagi membangkitkan kesedaran rakyat di segenap pelosok negara untuk merobek paksi-paksi kezaliman itu. 

Ternyata Cikgu Laila merupakan ikon baru, simbol penentangan secara terbuka ke atas ISA yang ganas dan tidak berperikemanusiaan. Walaupun dimaklum kepada polis Cawangan Khas (SB) sejak subuh tentang kematian Saoda, Mat Sah hanya tiba jam 3.15 petang, 45 minit selepas jenazah ibu disembahyangkan. Dan beliau tetap dikawal bagai seorang penjenayah paling berbahaya ketika menziarahi jasad kaku ibunya! 

Laila dalam blognya, lailagmi.blogspot, mencatatkan: "Ketika Abah (Mat Sah) menjejakkan kaki ke ruang tamu di mana jenazah nenek (Saoda) diletakkan, suasana senyap seketika. Semua memberi ruang untuk Abah mendekati nenek yang ditutupi kain batik hijau. 

"Abah duduk berteleku di sebelah jenazah, perlahan-lahan tunduk dan mencium pipi sejuk nenek. Abah mencium pipi kiri dan kanan, itulah ciuman terakhir Abah untuk nenek. Kuperhatikan Abah agak lama melekapkan hidungnya di pipi itu. 

"Mungkin Abah tidak pernah terfikir, penahanan ISA akan menyebabkannya dan ibu kandung kesayangan terus menerus terpisah hingga ke akhir nyawa. Terlalu zalim ISA ini." 

Tidak sempat bersalam

"... Abah tidak lama berada di sisi jenazah nenek. Sebaik mayat dimasukkan ke dalam keranda untuk dibawa ke kereta jenazah, sepantas kilat, sekumpulan polis berpakaian biasa mengepung Abah untuk dibawa ke dalam kenderaan khas dan terus bertolak ke tanah perkuburan di Segambut. 

'Aku sendiri tidak sempat untuk bersalam ataupun bertanya khabar. Abah begitu cepat hilang dari pandangan." 

Seterusnya Laila mencatatkan: "Aku memandu sendiri ditemani Suhaib (anak)ke Segambut. Abah lama tiba di sana dan dibenarkan keluar dari van untuk membantu pengkebumian itu. Semua polis berpakaian biasa turut berada di sekitar lahad. 

"... Sebaik siap siraman air mawar terakhir, Abah diberi masa beberapa minit bersalaman dengan adik-beradik dan saudara-mara, termasuk aku dan Suhaib. Aku tidak sempat bercakap dengan Abah. Aku hanya sempat mencium tangannya. 

"Pegangan itu terlepas dan bila kepala kuangkat, Abah berada beberapa meter jaraknya dariku, berjalan pantas di kerumuni sekumpulan lelaki menuju sebuah van bercermin hitam pekat yang diparkir betul-betul di hadapan kawasan perkuburan. 

"Selepas itu, aku tidak tahu di mana Abah dibawa pergi, bermalam di salah satu balai polis di Kuala Lumpur, atau terus dibawa pulang ke Kamunting." 

Kepiluan yang menghiris

Bagi Laila pastinya kepedihan dan kepiluan yang menghiris itu sudah sebati dengannya. Tujuh tahun menanggung derita tidak pernah mematahkan semangatnya untuk tetap bersuara. 

SB cukup mengerti komitmen tingginya itu hinggakan ramai beranggapan Mat Sah sukar dibebaskan selagi Laila aktif berkempen mendedahkan kebusukan dan kehodohan ISA. 

Malah ketika Laila sibuk menelefon pihak polis untuk mengetahui di mana suaminya berada selepas hilang dari kawasan perkuburan, panggilannya langsung tidak dijawab. 

Ia seperti mahu memanjangkan lagi deraan yang sudah cukup lama itu. Tidak cukup dengan tulisannya dalam blog, Laila giat rencana dan menghadiri program menentang ISA. 

Sepanjang berurusan dengannya, termasuk ketika mengagihkan sumbangan pembaca Harakah kepada keluarga tahanan ISA, saya sering kali terlupa bahawa Laila juga sebahagian dari mereka yang teraniaya. 

Laila lebih banyak bercerita tentang kesengsaraan orang lain, mengatur ziarah ke seluruh Semenanjung, juga hingga ke Sandakan dan Tawau, dan dirinya sendiri bagai terabai ....

NOTA: Harakah sedang mengemaskinikan agihan sumbangan kepada keluarga tahanan ISA, termasuk mereka yang baru dibebaskan tetapi masih memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disampaikan terus kepada HARAKAHDAILY DOT COM, nombor akaun Maybank 564070000336. _ 

Ulasan: Moga Allah berikan kekuatan dan kecekalan berlebihan kepada Cikgu Laila. Moga Allah buka hati penzalim-penzalim ISA untuk melihat kebenaran dan melembutkan hati-hati penzalim ISA untuk kembali kepangkal jalan sebelum denyut jantung mereka di ambil oleh Allah swt. KK.

 

Kemenangan PKR bukan mutlak - Najib

JEJU Korea Selatan 1 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kemenangan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti bukan kemenangan mutlak yang boleh dibanggakan.

Perdana Menteri berkata, ia satu kemenangan yang tidak memberangsangkan kerana bilangan pengundi di bawah 50 peratus dan bilangan undi PKR juga merosot kira-kira 1,300 undi.

"Kemenangan ke atas calon bebas bukan kayu ukur populariti. Ia bukan kemenangan mutlak yang boleh dibanggakan," katanya pada sidang akhbar selepas berakhir Sidang Kemuncak CEO ASEAN-Korea Selatan di sini hari ini. – Utusan.

Ulasan: Di dunia ini tiada kemenangan yang mutlak. Apalagi bila SPR kelihatan begitu mesra dengan BN/UMNO. Kemenangan mutlak berlaku di akhirat nanti. Pastikan apa yang kita buat kini membantu dapatkan kemenangan di akhirat.

Maksimum 10 Subjek: Muhyidin Sekat Pelajar Cemerlang

Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyidin Yasin hari ini mengumumkan maksimum 10 subjek SPM yang akan mula dilaksanakan mulai tahun depan.

Kesan tindakan ini sekaligus menyekat kemaraan pelajar cemerlang atas alasan yang dangkal iaitu untuk merapatkan jurang antara pelajar bandar dan pelajar luar bandar dan supaya guru serta pelajar tidak terasa beban.

Ianya juga turut merugikan pelajar-pelajar aliran agama kerana biasanya pelajar aliran agama akan mengambil lebih 10 subjek SPM jika turut mengambil subjek bukan agama seperti sains, fizik, matematik tambahan dan lain-lain bagi menerokai bidang lain selain agama.

Dengan tindakan ini, sekaligus mengecilkan ruang untuk melahirkan ulama’ profesional iaitu pelajar yang hebat dalam bidang agama tetapi berkerjaya dalam bidang professional seperti kejuruteraan dan perubatan.

Kerajaan sepatutnya menumpukan kepada aspek peningkatan prasarana dan kemudahan asas di sekolah-sekolah pendalaman serta melahirkan guru-guru yang berkaliber dan bertanggungjawab dan bukannya menghadkan pengambilan subjek SPM yang dilihat menyekat kemaraan pelajar cemerlang.

http://nadarakyat.blogspot.com/2009/05/maksimum-10-subjek-muhyidin-sekat.html

Ulasan: Minta sekolah agama buat persatuan dan perlu jumpa Menteri Pelajaran dan minta/desak kerajaan BN/UMNO supaya JANGAN GANGGU pelajar sekolah agama...