KUALA LUMPUR 18 Jun - Seorang pekerja sambilan di agensi pekerjaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada amah warga Indonesia, Siti Hajar Sadli dengan menggunakan air panas, tukul besi dan gunting.
Hau Yuan Tyng (gambar), 43, ibu tunggal kepada dua orang anak juga membuat pengakuan sama di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menggaji Siti Hajar, 33, yang tidak mempunyai permit kerja sebagai pembantu rumah.
Mengikut pertuduhan pertama, Yuan Tyng didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap Siti Hajar dengan menggunakan air panas antara pukul 11 pagi dan 9 malam, 7 Jun lalu.
Bagi tuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas mangsa dengan menggunakan tukul besi sebagai senjata yang mungkin boleh menyebabkan kematian, pada sekitar Februari lalu.
Dua tuduhan ini dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan denda atau sebatan.
Tertuduh juga menghadapi tuduhan ketiga iaitu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Siti Hajar dengan menggunakan gunting pada 7 Jun lalu.
Dakwaan bagi kesalahan ini dibuat mengikut Seksyen 324 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua jika sabit kesalahan.
Ketiga-tiga tuduhan tersebut didakwa dilakukan di kediaman tertuduh di No. 1-19-1, Lanai Kiara Condominium, Jalan Kiara 3, Mont Kiara, di sini…
Ulasan: Sayangkan anak-anaknya yang di jaga amah tetapi sanggup mendera amah. Banyak kezaliman bila kasih sayang hilang dari manusia…
No comments:
Post a Comment