Friday, June 19, 2009

Pagar tinggi elak penyeludupan - Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 18 Jun - Pembinaan pagar tinggi dengan kawat berduri di sempadan Malaysia-Thailand adalah satu pelaburan yang baik kerana Kastam Diraja Malaysia boleh mengutip lebih banyak cukai import berbanding kos pembinaan pagar itu, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini.

Katanya, walaupun Malaysia perlu mengekalkan kawalan sempadan bagi mengawal jalan sepanjang pagar di sebelah Malaysia, kos bagi kawalan sempadan boleh ditampung melalui pendapatan tambahan daripada barangan bercukai yang jika tidak dilaksanakan usaha sedemikian, ia mungkin akan diseludup.

Dr. Mahathir berkata, beliau memutuskan bahawa Malaysia perlu membina pagar yang tinggi di kawasan yang bersempadan dengan Thailand semasa menjadi Perdana Menteri berikutan banyak kegiatan penyeludupan berlaku dan para penyeludup telah membina stor yang besar bagi menyimpan kontraban di sebelah kawasan Thailand.

"Walaupun terdapat kawalan di sempadan tetapi entah macam mana mereka tidak dapat menghentikan kegiatan penyeludupan. Jadi pagar yang tinggi dengan kawat berduri mungkin dapat mencegah lori penyeludup daripada menyeberang," kata Dr. Mahathir pada Kongres Juru Ukur Antarabangsa ke-11 di sini…

Ulasan: Pastikan pelaburan bukan hanya sebagai projek memperkayakan kroni BN/UMNO. Banyak masalah di negara yang macam kita bermula bila kakitangan kerajaan mengambil rasuah. Bila rasuah membelit negara, undang-undang jadi mainan anak.

No comments: