Friday, June 19, 2009

PM beri jaminan janji BN pada pilihan raya Batang Air ditunaikan

LUBOK ANTU 18 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan segala projek yang dijanjikan kerajaan untuk rakyat di kawasan ini pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air pada April lalu akan ditunaikan.

Menurut Perdana Menteri, rakyat tidak perlu bimbang kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) telah memperuntukkan sebanyak RM75.13 juta bagi pelaksanaan pelbagai projek di daerah itu dan kini ia dalam proses pembinaan.

Beliau berkata, antara projek itu ialah penurapan jalan raya Lubok Antu-Bulo yang melibatkan peruntukan sebanyak RM10 juta pada tahun ini manakala sejumlah RM3 juta lagi pada tahun depan.

''Kita juga akan melakukan projek membaik pulih rumah-rumah panjang di Lubok Antu di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah membabitkan jumlah 233 unit rumah panjang dengan perbelanjaan sebanyak RM3.4 juta.

''Kita juga akan menambah kemudahan-kemudahan lain untuk rakyat di sini seperti kemudahan pelancongan dan Kompleks Polis Daerah Lubok Antu sebanyak RM58 juta manakala Kompleks Kuarantin Imigresen dan Kastam (CIQ) Lubok Antu, pejabat daerah Lubok Antu serta Engkilili masing-masing RM1.83 juta," katanya…

Ulasan: Ini bagusnya bila pembangkang semakin kuat. Setiap janji pilihan raya terpaksa di tunaikan cepat. Tapi perlukan projek pembangunan menjadi janji pilihan raya selepas 50 tahun merdeka? Atau sampai bilakah projek pembangunan TIDAK lagi menjadi janji pilihan raya? Memang projek pembangunan adalah tugas asas sesuatu kerajaan yang memerintah di mana saja. Bila rakyat kalahkan BN dalam pilihan raya umum nanti, Malaysia akan melihat cara baru berpolitik dalam negara. Bukan projek pembangunan. Bukan merasuah. Tapi visi yang lebih jauh.

No comments: