Wednesday, June 24, 2009

Malaysia ketinggalan aspek keselamatan, kesihatan pekerja

KOTA BHARU 23 Jun - Aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia masih ketinggalan berbanding negara maju meskipun jumlah kemalangan industri menunjukkan penurunan ketara.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, jumlah kemalangan turun 31 peratus daripada 81,810 kes pada 2002 kepada 56,339 kes pada 2007 namun kadar itu masih tinggi.

''Walaupun berjaya mencapai kadar 6.5 kes kemalangan bagi setiap 1,000 pekerja pada 2008 namun ia masih tinggi berbanding negara maju seperti Sweden dan Norway yang merekodkan hanya dua atau tiga kes setahun bagi setiap 1,000 pekerja,'' ujarnya.

Sehubungan itu, kata Lam Thye, Malaysia masih mempunyai ruang untuk mencapai tahap kemalangan industri sifar dengan menjadikan negara-negara maju sebagai contoh.

''Rekod kita pada 2008 menunjukkan 10 kes kemalangan berlaku bagi setiap 1,000 pekerja dan ia berkurang pada tahun lalu. Jumlah ini masih boleh diperbaiki untuk mencapai tahap setanding negara-negara maju,'' katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan anjuran Telekom Malaysia di sini semalam….

Ulasan: Budaya keselamatan dan kesihatan sewajarnya telah lama menjadi budaya masyarakat kita. Jangan bandingkan dengan negara mundur tetapi bandingkan prestasi kita dengan negara maju. Sikap kita akan menentukan kemajuan negara.

No comments: