KAHERAH 4 Jun – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berikrar untuk membuka ‘lembaran baru’ bagi dunia Islam dan Amerika dalam ucapan bersejarah kepada umat Islam di seluruh dunia di sini hari ini.
Beliau membangkitkan wawasan perdamaian selepas menyeru dihentikan kitaran ‘perasaan syak wasangka dan perseteruan’ yang membara selama ini.
Dalam ucapan yang mungkin menjadi detik penting dalam perkhidmatannya sebagai Presiden AS, Obama membentangkan pelan baru untuk dasar AS di Asia Barat, dengan berikrar untuk menghapuskan rasa curiga, membentuk sebuah negara merdeka untuk penduduk Palestin dan menamatkan konfrontasi nuklear dengan Iran.
“Selagi perhubungan kita dicorakkan oleh perbezaan antara kita, selagi itulah kita akan memperkasakan golongan yang mahu menyemaikan bibit kebencian dan bukannya perdamaian,” kata Obama yang disambut dengan tepukan gemuruh ketika melangkah ke podium di Universiti Kaherah…
Ulasan: Orang Islam tentunya mengharapkan sesuatu yang baik. Tapi juga terpaksa bersedia menghadapi sesuatu yang paling buruk kerana begitulah perangai negara Barat bila menghadapi kita. Tapi sememangnya ada kebanyakan negara Islam yang seronok menjadi pak turut kepada negara Barat...
No comments:
Post a Comment