Tuesday, June 23, 2009

Pelajar elak sindrom bercinta di IPT

BALING 22 Jun - Pelajar-pelajar luar bandar di institusi pengajian tinggi awam (IPT) awam dan swasta (IPTS) diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan budaya baru yang melalaikan mereka ketika sedang mengikuti pelajaran di universiti.

Ketua UMNO Bahagian Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, ingatan itu bagi mengelakkan pelajar terbabit mudah lupa sehingga terlibat dengan sindrom bercinta dan gejala sosial lain di kalangan pelajar IPT.

"Kebanyakan pelajar terutama dari luar bandar begitu mudah terpengaruh selepas diberi peluang belajar di IPT. Mereka jangan mudah lupa dan terpengaruh termasuk bercinta sehingga menjejaskan peluang belajar," katanya.

Beliau berucap demikian pada Majlis Penyampaian Sumbangan UMNO Bahagian Baling kepada 65 pelajar dari Parlimen Baling yang akan memasuki IPT termasuk di Sabah dan Sarawak.

Abdul Azeez yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO berkata kebanyakan pelajar yang belajar di IPT adalah dari luar bandar termasuk keluarga miskin.

"Inilah yang perlu disedari oleh pelajar ini apabila peluang diberi janganlah mengambil kesempatan sehingga menjejaskan pelajaran. Mereka perlu sedar peluang yang diberi perlu digunakan dengan sebaik mungkin," kata beliau.

Malah, katanya, beliau tidak mahu pelajar yang datang dari keluarga yang baik dan tidak pernah tinggal solat juga mudah terpengaruh dengan kawan-kawan…

Ulasan: Bila lalai beragama maka syaitan dan nafsu menjadi raja dalam diri lantas merosakkan diri dan orang lain. Jadilah pembina bukan peruntuh anak bangsa.

No comments: