Monday, June 01, 2009

Kesatuan Umat & Kesombongan UMNO

Tajuk asal: Jika umat Islam lemah, bukan Islam juga tergugat

MUAR 31 Mei - Umat Islam tanpa mengira perbezaan fahaman politik di negara ini perlu mengukuhkan perpaduan bagi melaksanakan jihad pembangunan demi kepentingan ummah, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sambil melahirkan kebimbangan terhadap usaha pihak tertentu yang semakin berani menggugat kepentingan orang Melayu dan umat Islam, Timbalan Perdana Menteri menegaskan, perpaduan menyeluruh itu perlu pembabitan semua orang Islam.

''Semua pihak sama ada dalam kerajaan atau di luar kerajaan iaitu dari peringkat kepimpinan hingga ke akar umbi orang Melayu wajar bersatu. Kita boleh berbeza pendapat politik, tetapi soal memperkukuhkan Islam harus menjadi agenda utama.

"Kita mahu seluruh pimpinan bukan sahaja dalam kerajaan, tetapi juga di luar kerajaan harus mengambil perhatian perkara ini dan mereka tidak boleh sesuka hati mengorbankan perpaduan ummah semata-mata untuk mencapai matlamat politik sempit mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis sambutan Maulidur Rasul anjuran UMNO Bahagian Pagoh di Dewan Kompleks Sri Pekembar Pagoh di sini hari ini...

Ulasan: Kita terima perpaduan @ kesatuan (unity) umat sebagai kewajipan. 

Untuk berunding dengan UMNO dalam UMNO masih memegang singgahsana kuasa negara ini agak sukar. Kalau tak berhati2, kita jadi mangsa dan yg menangnya UMNO kerana kita tahu sifat membelit UMNO kerana adalah pemenang. Tidak mungkin UMNO akan duduk sama-sama membincangkan kesatuan tanpa syarat.

Kita tidak perlu buat semua benda. Cukuplah pengalaman PAS di tendang dari BN bila UMNO rasa dah pulih. Nak kena gigit lagi dari lubang sama? Nampaknya pandangan Tuan Guru Nik Aziz lebih kuat.

Nampaknya, kita kalahkan BN/UMNO dulu... Lebih senang berunding dengan parti yang pernah kalah. Duduk dan berdiri pun sudah sama tinggi. Ada pandangan lain?

No comments: