Friday, June 05, 2009

Perketat pengeluaran lesen peminjam wang

KOTA KINABALU 4 Jun - Pergerakan Puteri UMNO Sabah mahu pihak berkuasa mengetatkan pengeluaran lesen peminjam wang bagi mengelak kegiatan ah long atau ceti haram daripada berleluasa di negeri ini.

Ketuanya, Musliati Moslimin berkata, tindakan itu perlu dilakukan segera kerana pada masa ini terlalu banyak lesen peminjam wang dikeluarkan kepada syarikat-syarikat persendirian.

''Langkah kerajaan mengkaji kemungkinan mewujudkan skim pinjaman khas bagi mengurangkan pergantungan kepada ah long amat wajar tetapi kita juga mahu supaya pengeluaran lesen diperketatkan," katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini. 
Musliati berkata, Puteri UMNO juga mahu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersikap lebih tegas bagi memastikan lesen berkenaan diberikan kepada individu yang bertanggungjawab sahaja.

Katanya, pengeluaran lesen peminjam wang yang tidak terkawal menyebabkan kegiatan ceti haram atau ah long semakin berleluasa dan sukar untuk dikawal…

Ulasan: Apa hebatnya bila rakyat dengan hutang?

No comments: