Tuesday, June 23, 2009

Insurans/takaful KOMPREHENSIF untuk kenderaan lama?

Nampaknya macam syarikat takaful/insuran sudah berpakat hebat tidak lagi jual third party insurans/takaful untuk kenderaan. Kerana banyak tuntutan dan tidak menguntungkan. Mereka lebih suka semua kenderaan lama membeli takaful/insuran KOMPREHENSIF yang harganya lebih tinggi.

Waktu tuntutan kecil, semua syarikat sibuk menjualnya. Alasan yang di berikan kini ialah tuntutan banyak lantas menjejaskan pendapatan syarikat. Ye ke? 

Tentu ini menyusahkan rakyat. Majoriti rakyat memakai kenderaan lama dengan insuran/takaful third party kerana terbukti lebih menjimatkan. Tetapi syarikat melihat dari sudut lain. 

Nampaknya inilah masa untuk memaksa rakyat mengeluarkan wang yang lebih banyak untuk membeli takaful/insuran komprehensif untuk kebarangkalian berlakunya accidents. Mungkin syarikat insuran/takaful lupa bahawa bagi kebanyakan kenderaan hampir-hampir yang tidak pernah berlaku accidents pun. Nampaknya syarikat besar pun sentiasa berhempas-pulas mencari jalan untuk buat duit dari poket orang susah.

Memang syarikat ini hebat bermain dengan perniagaan keberangkalian berlaku risiko.
Hasilnya selalunya mendapat untung daripada berlaku atau tidak berlakunya risiko tersebut. Ada ke syarikat insuran yang bangkrap kerana tuntutan melebihi pendapatan?

Bila sesuatu keberangkalian risiko sudah hampir pasti berlaku, kebiasaannya syarikat akan mengelak menjual produknya. Dulu bila skuad pemusnah bom nak diwujudkan di sebuah negara, tiada syarikat pun yang sanggup mengambil risikonya. Tapi ramaikah anggota skuad itu yang tercedera dan mati? Oleh itu hampir-hampir tiada risiko untuk menjalankan perniagaan risiko ini.

Kita faham bahawa syarikat insuran besar biasanya kroni BN/UMNO yang sudah berakar-umbi di negara kecil ini. Majoriti rakyat faham ini. 

Nantilah kita tunjukkan rasa kurang puas hati kita melalui UNDI dalam pilihan raya umum. Kita hanya undi sesiapa saja yang mahu jadi kroni rakyat. Biar rakyat benar-benar merdeka di Malaysia Baru.

Kemerdekaan bermula dalam diri.

Tambahan: Memang Bank Negara Malaysia tidak membenarkan penanggung insurans memaksa pemilik kenderaan untuk membeli perlindungan insurans yang tidak diingini oleh pemilik kenderaan, sama ada perlindungan Komprehensif mahupun Pihak Ketiga. Pemilik kenderaan yang menghadapi masalah ini bolehlah berhubung dengan Pusat Hubungan Bersepadu,  Jabatan Komunikasi Korporat, Bank Negara Malaysia, KL.

Tetapi apabila syarikat takaful/penanggung insurans tidak lagi jual insuran/takaful Pihak Ketiga, apa yang boleh BNM dan Menteri Kewangan buat untuk menolong majoriti rakyat? Mudahkanlah rakyat.

Berita yang menyedihkan rakyat tertindas di bumi Malaysia di sertakan di bawah:

05 Julai 2009
Pos Malaysia ejen insurans kereta lama

BACHOK - Kementerian Kewangan akan melaksanakan sistem perkongsian atau 'pool system' antara syarikat insurans untuk mengatasi kemelut yang dihadapi para pemilik 4.8 juta kenderaan berusia lebih 10 tahun atau berharga bawah RM10,000.

Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, bagi penyelesaian dalam tempoh terdekat ini, pihaknya melalui Bank Negara Malaysia (BNM) bersetuju menggalakkan Pos Malaysia Berhad menjadi ejen perkhidmatan itu.

"Kerajaan sedar masalah syarikat insurans yang enggan memberi perlindungan kepada kenderaan berumur lebih 10 tahun atau berharga RM10,000 ke bawah yang beroperasi di atas jalan raya kerana merugikan mereka,'' katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan beberapa syarikat insurans yang kini menolak permohonan untuk memperbaharui perlindungan insurans kenderaan berharga bawah RM10,000, termasuk teksi, kerana menganggap ia tidak menguntungkan.

No comments: