Dalam tempoh yang terdekat, akan wujud MALAYSIA BARU yang adil, bebas (bukan negara polis, wujud kebebasan bersuara sepenuhnya), telus dan anti-rasuah. Koleksi ini hanyalah memori yang mengusik jiwa yang pernah berlaku sebelumnya untuk kita FIKIRKAN dan mengambil pelajaran @ hikmah darinya... In the near future, there is NEW MALAYSIA, a just, free, transparent, and anti-corruption state. These were mere collection of memories that happened once for our REFLECTION taking its wisdom...
Wednesday, March 30, 2011
Gebeng controversial rare earths refinery: Citizens beg PM for kids’ future
March 30, 2011
KUALA LUMPUR, March 30 — A Kuantan man made an impassioned plea today for Datuk Seri Najib Razak to halt the construction of a controversial rare earths refinery near his home, after an attempt to protest the project was snubbed earlier by the Prime Minister’s Office.
Earlier today, about 100 residents from Kuantan had gathered at the entrance of Parliament to voice out against Australian mining firm Lynas’s plans to build the new plant in Gebeng.
“We don’t want another Bukit Merah incident. We just want to make an appeal to PM. I know you (Najib) are watching, but this is what the citizens want,” implored Vincent Jiam Tee Hoong, the chairman of the residents’ movement.
Bukit Merah in Perak was the site of rare earth plant operated by Mitsubishi Chemicals, which has been blamed for an increase in the incidence of leukaemia in workers and nearby residents.
The site was shut down in the 1990s but, two decades later, is now undergoing a reported RM300 million clean-up operation by Mitsubishi Chemicals.
Stressing that the opposition to the construction was grounded in concerns over safety hazards posed by the radioactive material to be processed at the plant, Jiam took pains to say that the protest was not political in nature.
“We want you (Najib) to be remembered doing one thing for us. You could be a ‘bapa penyelamat’ (father of salvation),” the father of two told reporters during an emotional press conference today.
The kindergarten teacher at times struggled to contain his outrage as he pleaded with the Australian firm to abandon its plans for the refinery.
“Please pack up and leave and go home and leave. Don’t leave anything behind. Don’t even leave your slippers behind,” he said in a trembling voice.
Revealing that the movement had so far gathered over 20,000 signatures for a petition against the plant, Jiam then asked Malaysians to put themselves in the shoes of those staying in the vicinity of the plant and to lend their support in opposing it.
“How many residents will be affected? I believe the whole nation will be affected. Please care for us,” he said.
The Lynas plant is being built in the Gebeng Industrial Zone some 25km to the north of the state capital here.
Lynas corporate and business development vice president Matthew James has denied that the plant will be dangerous and told The Malaysian Insider that radiation will be minimal as the raw material used has only two per cent of the thorium found in the material processed in Bukit Merah.
Thorium is the radioactive element found in nearly all rare earth deposits.
However Dr Jayabalan A. Thambyappa, the toxicologist who treated radiation victims linked to the Bukit Merah rare earth plant, has dismissed claims there will be little or no health hazards from a renewed attempt to process the valuable metals in Gebeng.
He told The Malaysian Insider that “the issue of safe levels of radiation does not arise; carcinogens are carcinogens” and warned that the government was going down the same route as the Bukit Merah refinery that shut down in 1992.
Lynas is expecting to receive a preliminary operating licence from the AELB before September to begin refining the rare earth metals, used in such high-technology products as smartphones, hybrid cars and even bombs.
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/as-lynas-plant-looms-man-begs-pm-for-kids-future/
Ulasan: Dilemma pemimpin negara yang berharap jadi negara maju : Utamakan Rakyat ATAU Utamakan Kroni.
Pilihan raya adil: SPR tak boleh diharap secara total, kata TI-M
TI-M hammers EC as unreliable
By Shazwan Mustafa Kamal
March 30, 2011
KUALA LUMPUR, March 30 — Transparency International Malaysia (TI-M) savaged the Election Commission (EC) today for falling down on its job of ensuring free and fair elections in the country.
Datuk Paul Low, the group’s president, said the EC has failed to show that they were “independent” in carrying out their duties even though they were guaranteed autonomy under the federal constitution.
“We cannot rely completely on the EC to enforce these rules... they don’t seem to be independent in practice,” he told reporters today…
Ulasan: Persepsi orang berdasarkan tindakan kita selama ini. Nampak macam menghabiskan beras saja kerana SPR senget menyokong kerajaan BN. Elok juga kalau SPR saman TI-M.
Utusan putar belit kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Utusan putar belit kenyataan Nasrudin
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 29 Mac: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) mendakwa akhbar Utusan Malaysia memutar belit kenyataannya berhubung penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang.
Mengulas lanjut, beliau berkata pihak yang membuat tuduhan itu mesti menampilkan saksi.
"Saya kata, saya tak nak bercakap soal mekanisme. Saya nak cakap pasal prinsip.
"Yang menuduh dan memfitnah kena bagi bukti saksi yang jelas dan pengadilan mesti diberikan," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau menegaskan, siasatan selepas video itu disebar kepada umum adalah tindakan yang salah.
"Tuduh merata-rata dulu selepas itu baru nak nak buat siasatan, ini tindakan tak betul," katanya.
Tambahnya, Pakatan Rakyat tidak takut untuk disiasat namun keadilan mesti diutamakan.
"Kita tidak takut pada siasatan tapi keadilan mesti ditegakkan. Suruhanjaya atau apa itu mekanisme. Prinsipnya keadilan dan ini mesti ditegakkan dulu," katanya.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan kononnya Nasruddin menyambut baik cadangan supaya pemimpin Pakatan Rakyat dijemput sebagai pemerhati dalam suruhanjaya tersebut.
Ulasan: Demikianlah putar belit yang di lakukan Utusan Malaysia yang bersengkokol dengan UMNO. Utusan Malaysia menamakan dirinya Penyebar Fikiran Rakyat Tapi rakyat sudah jelak dengan perangainya telah menamakannya sebagai yang Peracun Fikiran Rakyat atau pun Penyebar Fikiran Rakyat Songsang.
Tuesday, March 29, 2011
Pas Kelantan kekal haramkan judi big sweep
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Penasihat Undang-Undang negeri, Datuk Azlan Abdul Halim bersetuju dengan tindakan itu selepas melihat semula pengharaman tersebut dari aspek perundangan….
Ulasan: Tahniah PAS kerana berani untuk menyelamatkan rakyat Kelantan dari judi. UMNO bila?
Taja tambang dianggap rasuah. Lagi?
Taja tambang dianggap rasuah
PUTRAJAYA 28 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi amaran kepada mana-mana kerajaan negeri dan parti politik bahawa mereka boleh disabitkan dengan jenayah rasuah jika didapati terlibat menaja tambang tiket penerbangan kepada penduduk Sarawak di Semenanjung untuk pulang mengundi.
Tegasnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kini bekerjasama rapat dengan SPR akan memantau kegiatan tersebut menjelang hari pengundian pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April depan…
Ulasan: Tajaan tambang saja? Bagaimana dengan projek segera? Bagimana dengan merasuah pengundi? Duit, gula, kain palikat sekadar contoh. Berani SPR dan SPRM kini?
Siasat skandal rakaman cara menyeluruh
Terbaru, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) bersetuju agar kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat skandal rakaman itu secara menyeluruh dengan berteraskan prinsip kebenaran, keadilan serta ketelusan.
Beliau yang menyambut baik cadangan supaya pemimpin Pas dan parti pembangkang lain dijemput sebagai pemerhati dalam suruhanjaya tersebut percaya, jika siasatan dilakukan tanpa niat untuk memerangkap, rakyat akan menerima hakikat sebenar di sebalik video itu.
"Prinsip yang Pemuda Pas pegang, apa pun situasi yang berlaku, ia perlu kepada penyiasatan yang adil, telus dan tidak bermaksud untuk memerangkap. Soal mekanisme bagaimana siasatan itu hendak dilaksanakan boleh ditentukan kemudian.
"Dalam soal ini, apa yang penting pihak yang bertanggungjawab menyiasat ketulenan video ini mestilah pakar forensik yang mempunyai pengetahuan luas. Sama ada pakar tempatan atau asing itu terpulang kepada kerajaan tetapi yang penting siasatan mesti telus.
"Soal wakil parti pembangkang itu tidak semestinya perlu kerana ahli politik bukanlah pakar dalam bidang forensik tetapi kalau sekadar pemerhati dalam suruhanjaya diraja itu nanti, Pas menyambut baik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kenyataan Nasrudin itu menyusul sehari selepas bekas Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu mendesak supaya pakar asing dijemput bagi membantu siasatan ketulenan rakaman video seks pemimpin pembangkang yang wajahnya mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mohamad berkata, langkah itu penting kerana jika siasatan video seks tersebut hanya melibatkan pakar forensik daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), orang ramai sukar untuk percaya keputusan siasatan nanti kerana ia mungkin dikaitkan sebagai konspirasi.
Mengenai cadangan supaya pakar asing turut membantu siasatan, Nasrudin berkata, ia langkah yang wajar dipertimbangkan kerajaan kerana penyiasatan oleh pakar asing akan memberi ketelusan sebagaimana diharap rakyat…
Ulasan: Demikianlah gaya BN/UMNO berpolitik. Hatta sanggup menabur fitnah, menuduh dan mengaibkan musuh politik mereka. Sepatutnya bawa bukti kukuh untuk di nilai oleh hakim yang berwibawa. Ingatlah menabur fitnah, menuduh dan mengaibkan saudara seagama adalah termasuk dalam antara dosa besar.
RM52b lesap: Najib mesti bertanggungjawab
"Najib mesti letak jawatan kerana gagal memastikan saham Bumiputera dipertahankan. Bukannya hendak menambah saham orang Melayu dan Bumiputera malah yang ada pun lesap,” kata Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Wahab.
Katanya, seorang Perdana Menteri mesti bertanggungjawab sepenuhnya dengan kehilangan kepentingan Bumiputera itu.
Baru-baru ini, Najib mengakui saham Bumiputera RM52 bilion telah hangus dan lesap, yang tinggal cuma RM2 bilion daripada jumlah asal RM54 bilion yang diperuntukkan untuk syarikat Bumiputera.
Katanya, pengakuan Najib bahawa saham Melayu lesap sebagaimana disiarkan akhbar Harakah terbaru edisi cetak Bil 1626 edisi tidak cukup untuk mengubati kegagalannya dalam isu itu…
Ulasan: Bumiputera menangis tapi takut meminta Najib bertanggugjawab.
'Najib berjaya yakinkan rakyat' ?
Ulasan: PM perlu juga yakinkan rakyat bahawa mahkamah mengisytiharkannya BEBAS dari sebarang kes yang melibatkan Ziana Zain dan Anantuya.
Masukkan elemen qazaf dalam kanun keseksaan
KUALA LUMPUR, 27 Mac: Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berpandangan pertuduhan dengan cara video klip tidak sah memandangkan ia dilakukan di luar lingkungan prosiding perundangan yang telah digariskan undang-undang Syariah.
Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz merujuk kepada isu panas yang melibatkan konspirasi Datuk "T" untuk menjatuhkan kredibiliti dan maruah seorang pemimpin pembangkang menerusi pendedahan klip video seks baru-baru ini.
Hal ini, katanya kerana dakwaan sedemikian adalah sesatu yang cukup berat untuk ditanggung oleh tertuduh memandangkan ia melibatkan harga diri, maruah, dan air muka individu berkenaan.
Lantaran itu, tambahnya disebabkan faktor berkenaan Islam telah menggariskan prosedur khusus dengan mensyaratkan empat orang saksi yang adil yang benar-benar melihat aksi sedemikian seperti melihat masuknya celak ke dalam penutupnya dan bukan dengan hanya sekadar menonton video yang samar-samar hitam putih.
Dalam pada itu, jelasnya dalam jenayah seperti hudud, pembuktian seharusnya dibuat bukan sekadar menjangkaui keraguan munasabah, tetapi menjangkaui sebarang bayang-bayang keraguan untuk memastikan tertuduh benar-benar bersalah dan bagi mengelakkan sebarang bentuk kezaliman kepada tertuduh.
Namun, jelasnya dalam perkembangan politik semasa, prinsip memelihara kemuliaan insan, maruah dan harga diri individu seringkali diabaikan apatah lagi ia dianggap sebagai senjata yang paling ampuh untuk menjatuhkan seseorang.
“Maka, demi memastikan agar prinsip ini terus subur dalam masyarakat, PKPIM menggesa agar eleman Qazaf yang mengenakan hukuman berat kepada penuduh jika gagal membawa empat orang saksi yang adil dimasukkan dalam Kanun Keseksaan supaya masyarakat kita akan mengambil sikap berhati-hati dalam membuat sesuatu dakwaan yang melibatkan maruah seseorang,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, PKPIM bimbang situasi sedemikian akan meletakkan masyarakat berada dalam keadaan terumbang ambing dan hilang kredibiliti untuk menjadi masyarakat contoh.
Hal ini, ujarnya berlaku apabila senjata ini sudah dibudayakan setiap kali apabila berlaku pertelingkahan.
Ahli Parlimen Indonesia 'curi' kerusi
Ulasan: Sewajarnya rakyat diutamakan. Pemimpin dilantik untuk berkhidmat kepada rakyat.
Orang Melayu perlu berani kerana benar, pertahan hak
Ketua Pusat Pembangunan Anak Bangsa, Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Abdul Halim Sidek berkata, orang Melayu kini bukan sahaja berada dalam keadaan bahaya malah turut berada di persimpangan…
Ulasan: Orang kita yang sanggup terima rasuah menyebabkan negara tergadai. Yang berani pertahan hak ialah mereka yang tidak makan rasuah.
Wang tidak boleh beli segala-galanya
Namun ramai tidak menyedari kuasa wang jugalah menyebabkan ramai tersungkur dan musnah kerananya. Wang juga menyebabkan kita silap membuat pilihan sehingga menjejaskan reputasi dan masa depan.
Satu kisah benar yang dipaparkan Jejak Rasuah minggu ini memberi iktibar bahawa wang tidak boleh membeli segala-galanya…
Ulasan: Carilah rezeki yang halal.
Naib Canselor ‘gila ranking’ digesa letak jawatan
Ketua Dua Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Profesor Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar berkata, sikap mereka yang ‘gila ranking’ itu perlu dihapuskan supaya bahasa Melayu dapat dijadikan bahasa ilmu bertaraf antarabangsa.
“Bagi menggalakkan perkembangan pesat bahasa Melayu, IPT awam dan swasta perlu memartabat dan mendaulatkan bahasa tersebut dalam sistem pendidikan mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia pada Mesyuarat Agung Gapena ke-40, di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Satu Gapena, Prof. Emeritus Tan Sri Ismail Hussein.
Abdul Latiff berkata, dalam usaha sesebuah IPT untuk meningkatkan ranking, peranan mereka sebagai pendaulat bahasa tersebut juga perlu diutamakan supaya ia seimbang sebagai pemangkin pembangunan negara.
Sementara itu, katanya, kerajaan juga digesa supaya menubuhkan sebuah jabatan pemantauan dan pelaksanaan bahasa Melayu di setiap IPT bagi mendaulatkan bahasa tersebut.
Tambahnya, penubuhan jabatan itu dapat menggalakkan pembelajaran dalam bahasa Melayu dan menarik minat pelajar asing untuk mendalami peradaban orang Melayu serta memperluaskan lagi penggunaan bahasa tersebut ke serata dunia.
“Penyelidikan dan penerbitan yang dikeluarkan IPT dalam bahasa Melayu perlu diutamakan dan usaha mereka mendaulatkan bahasa ini perlu dihargai dengan pemberian anugerah dan sijil kecemerlangan tahunan,” katanya.
Ulasan: Merdekakah kita bila dipimpin oleh UMNO?
Jangan memfinah dan jangan mengaibkan orang
“Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
“Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)
“Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12)
Dari blog lain. TQ. Ingatlah memfitnah termasuk antara dosa besar yang perlu dihindarkan.
31 pelajar ponteng ditangkap
Ulasan: Tunggulah bila mereka ambil ambil negara, baru menyesal tak habis.
31 pelajar ponteng ditangkap
Ulasan: Tunggulah bila mereka ambil ambil negara, baru menyesal tak habis.
PAS pertikai kos stesen LRT RM7 bilion
KUALA LUMPUR, 24 Mac: Dr Dzulkefly Ahmad mendakwa projek pengangkutan membabitkan pembinaan stesen LRT di Kelana Jaya dan Ampang menelan belanja sehingga RM7 bilion…
Ulasan: Memang di atas kertas tertulis RM7 bilion. Tapi wajarkah sebanyak itu? Kadang-kadang sudah termasuk komisyen kepada pihak tertentu. Kontraktor akan membayarnya kepada pihak tertentu apabila dia telah mendapatkan bayaran. Demikianlah drama mereka menyedut wang rakyat. Jurukur bahan di luar sana tolong semak sekejap.
Buku Jingga: Usah terpedaya helah pembangkang?
Tegas Perdana Menteri, parti yang bertanggungjawab lebih rela tidak popular untuk jangka pendek dari membangkrapkan negara dalam jangka panjang…
Ulasan: Parti politik boleh datang dan boleh pergi. Yang penting negara dan rakyat diutamakan. Bukan mengutamakan kantong peribadi, keluarga dan kroni. Selamat memilih parti yang tidak mengamalkan rasuah.
Buku Jingga janji saudagar mimpi: ‘Perancangan tidak munasabah’?
Ulasan: Nak sesuatu yang baru…cubalah berikan peluang memerintah kerajaan baru kepada Pakatan Rakyat. Baru rakyat boleh banding siapa yang lebih baik. BN atau PR?
Tuesday, March 22, 2011
Paderi Wayne Sapp bakar al-Quran
Dalam kejadian itu, paderi Wayne Sapp membakar al-Quran tersebut sebagai 'hukuman' apabila kitab suci itu 'disabit kesalahan' atas pertuduhan jenayah selepas satu 'perbicaraan' diadakan.
Kejadian tersebut disaksikan paderi kontroversi Terry Jones, yang sebelum ini dikecam berhubung hasratnya membakar al-Quran semasa ulang tahun serangan 11 September 2001…
Ulasan: Apakah fikiran manusia sudah hebat sehingga menghukum Kitab Allah? Al-Quran sebenarnya mengangkat manusia ke martabat tertinggi kerana tidak berminat melakukan jenayah sewaktu hidup di dunia. Al-Quran bukan hanya untuk dibaca, dilagukan, dihafazkan tetapi untuk diamalkan dalam kehidupan seharian kerana akhlak Rasulullah SAW ialah al-Quran. Doakan mereka yang menghina al-Quran supaya Allah memberikan hidayah kepada mereka atau zuriat mereka.
Tidak salah nikah di masjid tapi...
ALOR SETAR 21 Mac - Tidak salah diadakan majlis akad nikah di masjid selagi tidak mencemarkan kesucian institusi itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pemilihan masjid sebagai lokasi upacara akad nikah juga dapat menjimatkan wang dan masa selain memudahkan tugas jurunikah yang perlu melakukannya lebih sekali pada hari yang sama.
Bagi Jamil Khir, sebaliknya langkah menjadikan masjid lokasi akad nikah juga satu pendekatan dakwah kerana mereka yang terlibat dalam upacara itu mesti menjaga adab dan menutup aurat apabila berkunjung ke rumah Allah…
Ulasan: Jagalah aurat. Jaga adab masjid. Jangan bergaul bebas di dalam masjid.
Tidak wajar bincang rahsia ATM tapi...
KUALA LUMPUR 21 Mac - Keupayaan dan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak wajar dibincang dan dijadikan polemik meskipun di Dewan Rakyat kerana ia melibatkan soal pertahanan serta keselamatan negara…
Ulasan: Kita sama-sama menyedari peri penting soal pertahanan serta keselamatan negara tapi pertahanan dan keselamatan negara bukannya lombong emas untuk pihak tertentu memasang lukah menangguk dan menyedut duit rakyat melalui tender pembelian yang boleh dipersoalkan. Komisyen perunding sebagai contoh kecil.
Kerajaan BN tidak janji kosong?
KUALA LUMPUR 21 Mac – Usaha membangunkan kawasan luar bandar bukan satu perkara yang hanya boleh dilakukan dengan menabur janji-janji kosong seperti selalu dilakukan pihak pembangkang.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, segala janji yang dibuat kepada rakyat harus diterjemahkan melalui pelaksanaan dan rancangan yang konsisten...
Ulasan: Maka eloklah rakyat Malaysia memilih kerajaan persekutuan baru dari parti selain dari BN, contohnya Pakatan Rakyat, sekurang-kurangnya untuk satu penggal. Sekiranya prestasi kerajaan baru adalah lembap atau sama dari kerajaan BN maka bolehlah rakyat memilih semula kerajaan BN pada penggal berikutnya. Berikanlah peluang kepada parti selain BN/UMNO untuk membuktikannya lebih baik dari kerajaan BN. Bila ada persaingan, masing-masing parti akan cuba memberikan khidmat terbaik untuk negara dan rakyat. Bukan menggadaikan negara dan bukan bukan hanya cari peluang untuk sedut duit rakyat.
Suasana pilihan raya Singapura mula terasa
Ulasan: Semoga pembangkang mendapat lebih banyak kerusi dari sebelum ini. Singapura merupakan satu-satunya negara modern yang kurang selesa dengan pembangkang. Sebelum ini berbagai tindakan yang diambil biasanya melalui mahkamah untuk menekan parti pembangkang.
Seorang lagi mangsa kemalangan di Pendang meninggal dunia
ALOR SETAR 22 Mac - Seorang lagi mangsa kemalangan di Jalan Titi Haji Idris, Pendang awal pagi, semalam, meninggal dunia hari ini, setelah hampir 24 jam di rawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, menjadikan enam mangsa maut akibat kemalangan itu…
Ulasan: Bersabarlah dengan musibah yang berlaku. Ketentuan Allah mengatasi segala-galanya. “Inna lillahi wa-inna ilaihi roji’un”, ertinya sesungguhnya semua yang berasal dari Allah akan kembali kepada Allah.
Monday, March 21, 2011
Anak tak sah taraf cecah 234,647
2011/03/21 PUTRAJAYA: Jumlah kelahiran anak tidak sah taraf iaitu bayi hasil hubungan luar nikah, menunjukkan pola meningkat antara 2006 hingga 2010 dengan jumlah keseluruhan sebanyak 234,647 didaftarkan dalam tempoh itu daripada lebih dua juta kelahiran didaftarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)…
Komen: Anda bijak jauhi zina. Bila perhubungan lelaki-perempuan yang halal nikah mula serius yang melibatkan berdua-duan ke hulu ke hilir, dinasihatkan supaya bernikah dulu. Pesta kenduri kahwin sebesar mana pun boleh datang kemudian. Nikah dulu, selepas itu seronok boleh lagi dapat pahala. Lebih baik berpisah @ cerai selepas nikah kalau dirasakan tidak sesuai daripada berpisah bila sudah berzina, sama ada tidak mengandung atau mengandung, dan kemudiannya melahirkan anak haram.
Mahkamah Kelantan benar poligami jika penuhi syarat
Mahkamah benar poligami jika penuhi syarat
2011/03/21 KOTA BHARU: Lelaki Kelantan tidak perlu ke Thailand untuk berpoligami kerana urusan untuk ‘beristeri lagi’ di negeri ini sangat mudah jika mereka memenuhi syarat ditetapkan, kata Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad.
Daud berkata, lelaki yang membuat keputusan untuk berkahwin di Thailand sebenarnya terpedaya dengan muslihat sindiket tanpa mengetahui Kelantan turut memudahkan proses poligami dilakukan.
“Mereka yang ingin berpoligami sebenarnya boleh datang ke mahkamah dan kita akan menyiasat adakah mereka mampu berbuat demikian, malah tidak timbul soal isteri pertama tidak membenarkannya.
“Individu seperti ini boleh datang terus ke mahkamah dan kita akan siasat, soal isteri pertama tidak benarkan, tidak timbul dan kita boleh meluluskannya jika cukup kriteria dikehendaki,” katanya ketika ditemui, semalam…
Ulasan: Permudahkan nikah. Persulitkan zina.
Kekal suara rakyat paling berani?
Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, pembaharuan tersebut juga menunjukkan Utusan Melayu tidak pernah mati walaupun akhbar jawi miliknya telah lenyap…
Ulasan: Atau paling ke depan merosakkan fikiran rakyat atau PENYEBAR FITNAH RAKYAT atau Peracun Fikiran Rakyat. Kerana di belakangnya UMNO.
Maksiat: Bukit Bintang seperti Hatyai
Bezanya cuma lokasi tersebut bukannya di Thailand tetapi di ibu kota Kuala Lumpur.
Terdapat berpuluh-puluh rumah urut di Bukit Bintang, membuatkan pengusaha melakukan pelbagai cara untuk menarik para pelanggan…
Rasuah membawa kesengsaraan
Seseorang yang memilih terlibat dalam rasuah sama ada sedar atau tidak, mereka mungkin ditimpa kesengsaraan sebagai pengajaran yang mana tempoh dan bentuknya hanya Tuhan menentukannya.
Malangnya, bagi mereka yang mengamalkan rasuah sebagai cara hidup dan mahu cepat senang tidak sedar kesan perbuatannya terhadap keluarga, masyarakat dan negara.
Tidak hairanlah, bagi sesetengah negara yang 'menghalalkan' perbuatan rasuah bermaharajalela sering ditimpa bencana alam seperti gempa bumi dan tsunami. Kata orang, walaupun terlepas hukuman dunia belum tentu lepas hukuman akhirat….
Ulasan: Carilah rezeki halal.
Apartmen retak
Apartmen empat tingkat terbabit mengalami pelbagai masalah termasuk berlaku keretakan teruk pada struktur bangunan dan koridor, ketiadaan kabel telefon dan jalan ke taman itu rosak teruk manakala paip, bumbung bangunan dan tangki air bocor, tidak dibaiki sehingga sekarang…
Ulasan: Penjual lepas tangan adalah bukan sikap baik dalam sebarang perniagaan. Mungkin penjual buat untung tapi nama baik syarikat terus menjunam.
Selangor tidak sembunyi salah laku pegawai
SHAH ALAM, 18 Mac: Kerajaan Selangor hari ini mengedarkan laporan audit Yayasan Selangor yang disemak oleh Bahagian Audit Dalaman Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, semakan audit Yayasan Selangor banyak menumpu hal-hal berkaitan pengurusan perbelanjaan Majlis Ulang Tahun ke-40 Yayasan Selangor yang dirancang ada 15 November 2010 lalu.
“Kerajaan Selangor sentiasa berpegang pada prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban,” tegasnya.
Beliau menambah, adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri semua institusi termasuk Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri bukan sahaja mengamalkan perbelanjaan berjimat cermat dan berhemah malah menyediakan audit tahunan yang tertib, lengkap dan teratur untuk semakan umum.
“Kerajaan Selangor akan sentiasa bersikap telus dan tidak akan menyembunyikan sebarang salah laku yang dilakukan oleh mana-mana pegawai, kakitangan awam dan anak-anak syarikat di bawah Kerajaan Negeri.
“Kita juga tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang difikirkan perlu demi menjaga amanah yang diberikan rakyat Selangor,” katanya lagi.
Ulasan: Biarlah rakyat nampak apa kerajaan buat untuk jaga wang rakyat. Bagaimana kerajaan negeri lain di bawah BN?
Supreme Scholar Committee Will Elect Sheikh Al-Azhar
Friday, March 18,2011
IkhwanWeb
The Grand Sheikh of Al Azhar Institute, Dr Ahmad el-Tayeb decided to form a specialized legal committee to begin amending Law 103 of 1961, regarding the reform of Al-Azhar, indicating that Al Azhar University and its mosque, for many years, has been losing public credibility, as it is seen as little more than a mouthpiece for the Egyptian government. He added that amendments are expected to improve the role Al-Azhar plays and means to secure its organisational and financial independence and upgrade its institutions. It will also research a transparent way to elect the grand imam, and the possibility of him having three deputies.
He also called for the establishment of a council of scholars and leaders in Islamic Shariah that would be responsible for electing the future Sheikh of Al- Azhar, instead of appointing him. The council would also be responsible for determining a restricted tenure for the position, so that it would no longer be held for life.
El-Tayeb added that the institution’s Supreme Ulama Committee will choose
the grand imam, whether through elections or appointment, and will include researchers and intellectuals from Egypt and the Muslim world to explore the role of Al-Azhar in spreading a tolerant approach, representing Sunni doctrine.
EGYPTIANS to Protect Its Revolution
Sunday, March 13,2011
IkhwanWeb
Dr. Mohamed Badie chairman of the Muslim Brotherhood has called on the people to protect the revolution that succeeded in ousting Mubarak and his corrupt regime that had been in power for 30 years. Badie stated that the revolution had begun to provide witnessed results and Egypt’s citizens should not provide the opportunity for opportunist groups to undermine this achievement.
The chairman called on the significance of honoring the martyrs who sacrificed their lives and died protecting their cause by continuing their peaceful struggle for their demands.
During his statement, Badie asserted that the MB, since its establishment, has suffered oppression and much injustice despite being the most popular opposition group in Egypt. He called on the youth responsible for the success of the revolution to stand fast, adding that the MB were part of the people working for the good of the people of Egypt and will continue to stand as one; hand in hand.
Badie highlighted that the MB were committed to work for the good of the people and will continue to do so, stressing that unity was important. He confirmed that the group is not looking for power nor is it intending to field candidates; adding that leadership is not its priority, however, Egypt’s wellbeing is.
He ended his statement commending efforts made by Egyptians, in particular the youth, who aimed at spreading order and called on citizens to continue in their united front and to ignore evil attempts to cause strife and sedition between the people indicating that Egypt belongs to all its citizens and that the MB promotes the principle of Islam which advocates peace, tolerance and unity regardless of religion, colour, sex and creed.
Taib Mahmud, antara yang kaya dan miskin
Seruan Nabi s.a.w tidak sekadar kepada mereka yang miskin sahaja. Bahkan keseluruhannya sama ada yang kaya, tua, muda hatta kepada hamba abdi.
Yang menerima Islam di kalangan yang miskin seperti Suhaib Ar-Rumi yang berbangsa Rom. Mereka yang kaya sendiri adalah Uthman bin Al-Affan dan Mus’ab bin Umair. Bilal bin Rabah, Ammar bin Yassir hamba kepada Bani Makhzum adalah mereka yang memeluk Islam dari kalangan hamba.
Namun, kebanyakan yang awal menerima Islam dari kalangan orang miskin.
Yang kaya, apabila berjuang bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w, selepas itu mereka menjadi miskin. Bukan itu kehendak mereka, bahkan tuntutan amanah perjuangan Islam.
Diriwayatkan bahawa Suhaib Ar-Rumi adalah pendatang daripada negara Rom. Beliau miskin tetapi bijak berniaga. Tinggal di Makkah akhirnya dia menjadi jutawan. Namun apabila diminta berhijrah ke Madinah bersama Rasulullah s.a.w., seluruh kekayaannya ditinggalkan.
Kaum Quraisy berkata kepadanya: “Dahulu kamu datang kepada kami sebagai seorang yang miskin hina. Kemudian kamu mendapat harta yang banyak dan mencapai kedudukan yang kamu nikmati (di Makkah). Sekarang kamu hendak keluar (ke Madinah) membawa harta dan jiwa kamu begitu sahaja?”
Suhaib berkata: “Aku akan menyerahkan seluruh harta, maka adakah kamu lepaskan aku pergi berhijrah?”. Jawab mereka: “Baiklah.” Lalu jawab Suhaib: “Kalau begitu aku serahkan semua hartaku.”
Berita ini sampai ke pengetahuan Rasulullah s.a.w, lalu Baginda bersabda: “Sungguh beruntung Suhaib!”.
Mus’ab bin Umair juga seorang yang kaya. Apabila keluarganya mengetahui keIslamannya, lalu beliau diusir keluar dari rumah. Daripada seorang yang kaya, dia menjadi miskin sehingga tubuhnya diriwayatkan mengelupas seperti ular.
Begitu juga Saidina Uthman bin Affan. Diriwayatkan daripada Imam Tirmizi bahawa ketika Rasulullah memerintahkan sesiapa yang boleh membeli Telaga ‘Al-Ruumah’ yang sangat mahal dan diwakafkan kepada umat Islam untuk digunakan airnya, beliau membelinya. Walaupun pada ketika itu umat Islam tidak mampu.
Selepas beliau menjadi khalifah Islam ketiga, yakni di akhir pemerintahannya, beliau hanya memiliki dua ekor unta sahaja yang akan digunakan untuk beliau berangkat ke Makkah untuk menunaikan Haji dan pulang ke kampung halamannya. Daripada seorang yang kaya, beliau menjadi miskin kerana menunaikan amanah rakyat.
Hari ini sangat sedih, banyak pemimpin menjadikan amanah jawatan sebagai pengumpul harta. Sebelum menjadi pemimpin, dia miskin, selepas menjawat jawatan menjadi kaya. Sangat berbeza dengan sahabat Nabi s.a.w.
Lihat sahaja kekayaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Selepas menjadi Ketua Menteri memiliki harta berbilion-bilion.
Friday, March 18, 2011
Judi: Kelantan dukacita Pusat lulus lesen
KOTA BHARU, 17 Mac: Kerajaan Negeri Kelantan merakamkan rasa dukacita kerana pihak kerajaan pimpinan Umno BN di peringkat Pusat adalah pihak berkuasa yang meluluskan pelbagai jenis lesen judi sehingga memerangkap umat Islam dan penganut agama lain.
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan kerajaan negeri tetap berpendirian menjaga kesucian ajaran Islam dan mendokong keluhuran undang-undang, selari dengan perlembagaan persekutuan.
“Natijahnya, apa sahaja bentuk perjudian pasti membawa lebih keburukan daripada kebaikan,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau berkata, berkaitan dengan apa yang dihebohkan oleh pemimpin parti politik tertentu yang mengungkit rasa tidak puas hati dengan polisi sedia ada kerajaan negeri berhubung penguatkuasaan larangan premis judi di Kelantan, pihak kerajaan negeri sedia menerima pandangan dan sedia memberi penjelasan.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau.
Sebagaimana semua pihak sedia maklum bahawa polisi pentadbiran kerajaan negeri Kelantan sejak 1990 adalah berteraskan prinsip pentadbiran Islam. Dalam isu pengharaman premis judi dan perjudian haram, kerajaan negeri sedia melaksanakan pematuhan kepada ajaran Islam yang tidak membenarkan penganutnya berjudi atau terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan perjudian.
Begitu pula, sebelum pelaksanaan penguatkuasaan larangan premis judi dan aktiviti perjudian dibuat pihak kerajaan negeri turut mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak di luar kerajaan. Antaranya berunding dengan badan-badan NGO dan wakil-wakil dari semua agama seawal 1991.
Hasilnya telah sepakat dan bersetuju dengan hujah bahawa perjudian wajar dilarang atas pendirian bersama bahawa perjudian memberi banyak keburukan daripada kebaikan dan mudaratnya sehingga boleh membawa seseorang itu menjadi muflis, mengalami kerosakan dan kehancuran kerukunan rumah tangga.
Perjudian melupakan ‘akal fikiran’ manusia, menyebabkan manusia hanya berserah kepada ‘nasib’. Apa kata kalau manusia menyerahkan kepada nasib semata-mata dalam semua aktiviti hidup? Pasti akan jahanam dan porak-peranda. Manakala perniagaan dihalalkan kerana berniaga mencetuskan aktiviti rasional manusia.
Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan telah diarah menggubal peraturan penguatkuasaan yang tidak membenarkan mana-mana premis menyediakan khidmat perjudian dan aktiviti berkaitan. Penguatkuasaan itu adalah selari dengan bidang kuasa kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.
Adapun berbangkit isu larangan penjualan tiket-tiket loteri big sweep yang dikatakan tidak memerlukan premis tetap untuk dijual, maka dalam isu ini, pihak kerajaan negeri sedia menelitinya dan menyerahkan kepada legal adviser untuk melihat dari sudut perundangan yang ada.
Apa pun, pendirian kerajaan negeri ialah tetap menjaga kesucian ajaran Islam dan mendokong keluhuran undang-undang, selari dengan perlembagaan persekutuan. Natijahnya, apa sahaja bentuk perjudian pasti membawa lebih keburukan daripada kebaikan.
Berkaitan dengan apa yang dihebohkan oleh pemimpin parti politik tertentu yang mengungkit rasa tidak puas hati dengan polisi sedia ada kerajaan negeri berhubung penguatkuasaan larangan premis judi di Kelantan, pihak kerajaan negeri sedia menerima pandangan dan sedia memberi penjelasan.
Sehubungan itu, kerajaan negeri merakamkan rasa dukacita kerana pihak kerajaan pimpinan Umno-BN di peringkat Pusat sana adalah pihak berkuasa yang meluluskan pelbagai jenis lesen judi sehingga memerangkap umat Islam dan penganut agama lain.
Sekian. Terima kasih.
Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
Kota Darulnaim, Kota Bharu.
12 Rabiulakhir 1432
17 Mac 2011
BN tanam pemikiran kuno untuk kekal kuasa
PARIT BUNTAR, 17 Mac: BN selama ini memainkan sentimen menakutkan rakyat bagi mengekalkan kuasa di mana isu yang sering dipahat dalam ingatan rakyat ialah kononnya tanpa BN di Malaysia rakyat akan susah.
"Inilah pemikiran kuno dan sesat yang sering ditanam kepada rakyat demi untuk kekal berkuasa," kata Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim.
Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS negeri berkata, rakyat sering diingatkan oleh pemimpin BN supaya jangan ada rasa untuk menukar kerajaan.
Ini, katanya bagi merasai bagaimanakah jika Malaysia ditadbir oleh kerajaan selain BN, ia semakin menjadi-jadi apabila pilihan raya semakin hampir.
Katanya, kebimbangan BN semakin memuncak bila hampir dengan PRU dan mereka sanggup melalukan apa saja untuk menipu rakyat supaya terus menyokong BN.
"Sebenarnya Malaysia lebih selamat andai ditadbir oleh Pakatan Rakyat, perkara ini disokong dengan fakta kukuh di mana 4 negeri yang diperintah oleh Pakatan sekarang mendahului negeri BN dalam banyak hal dan isu," katanya yang juga Adun Titi Serong.
Baginya, rakyat sudah matang berpolitik dan dapat menilai apa yang Kerajaan Pakatan Rakyat lakukan kepada rakyat di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
Selain itu, beliau juga mengesahkan bahawa selama 11 bulan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat di Perak merupakan suatu perkara yang akan dikembalikan oleh rakyat.
“Dan kita akan kembali diberi mandat oleh rakyat Perak sebagai kerajaan,” katanya…
Ulasan: Parti datang dan pergi. Yang penting negara dan rakyat sentiasa diutamakan. Bukan kemewahan & kroni.
Kerajaan BN belanja RM5.9 juta kempen di Tenang
KUALA LUMPUR, 17 Mac: Kerajaan BN membelanjakan RM5.968 juta sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Tenang yang diadakan Januari lalu.
Perkara itu dimaklumkan kerajaan melalui jawapan bertulis terhadap soalan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.
Firdaus dalam soalannya mahu Perdana Menteri menjelaskan jumlah perbelanjaan program kerajaan di Dun Tenang sepanjang Januari 2011 dan adakah ianya termasuk dalam Bajet 2011.
Jawapan itu turut memberitahu jumlah itu dibelanjakan bagi melaksanakan 85 program di bawah peruntukan khas Perdana Menteri dan termasuk dalam Bajet 2011.
Kelulusan peruntukan itu berdasarkan permohonan NGO, persatuan penduduk dan rukun tetangga, jawatankuasa masjid dan kuil.
Firdaus yang juga Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat ketika ditemui kemudiannya berkata tidak hairan BN menang pada PRK itu dengan 'menabur' wang sebesar itu.
"Saya difahamkan peruntukan untuk satu Dun hanya RM250,000 sahaja. Kalau Tenang dapat hampir RM6 juta, maknanya pembangunan di Tenang standard Kuala Lumpur la.
"Tapi habis sahaja PRK Tenang, penduduk ditimpa banjir juga. Jadi pembangunan apa yang dibuat," soalnya.
Nota:Pada PRK Tenang 31 Januari lalu, BN menang menerusi calonnya, Mohd Azahar Ibrahim, dengan majoriti 3,707.
Ulasan: SPR berani siasat?
Orang Cina faham Kelantan haram premis judi
KOTA BHARU, 17 Mac: DAP hari ini menjelaskan aktiviti perjudian yang memerlukan premis seperti Magnum atau Nombor Ekor tidak lagi berbangkit sekarang kerana semua rakyat Kelantan sudah faham.
Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook berkata, semua bangsa di negeri ini telah menerima larangan kegiatan tersebut sudah melewati 20 tahun.
”Masyarakat Cina telah menerima pentadbiran PAS dalam tempoh 20 tahun. Dasar PAS sudah diketahui termasuk bukan Islam.
”Itu tidak lagi menjadi isu, yang ditimbul sekarang hanya penjualan tiket loteri sahaja. Ini kerana ada pihak berhujah loteri tidak memerlukan premis dan diberi kelulusan kerajaan pusat.
”Dan apabila kerajaan negeri menguatkuasa larangan itu seolah-olah melampaui batasan kuasa kerajaan pusat. Dan kerajaan Kelantan menjelaskan isu ini akan dikaji Penasihat Undang-Undang,” katanya pada persidangan media selepas perjumpaan dengan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim hari ini.
Hadir sama perjumpaan itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nor Manuty dan anggota parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong...
Ulasan: Yang tak mahu faham ialah UMNO. Kesian kepada TPM BN.
Orang Cina faham Kelantan haram premis judi
KOTA BHARU, 17 Mac: DAP hari ini menjelaskan aktiviti perjudian yang memerlukan premis seperti Magnum atau Nombor Ekor tidak lagi berbangkit sekarang kerana semua rakyat Kelantan sudah faham.
Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook berkata, semua bangsa di negeri ini telah menerima larangan kegiatan tersebut sudah melewati 20 tahun.
”Masyarakat Cina telah menerima pentadbiran PAS dalam tempoh 20 tahun. Dasar PAS sudah diketahui termasuk bukan Islam.
”Itu tidak lagi menjadi isu, yang ditimbul sekarang hanya penjualan tiket loteri sahaja. Ini kerana ada pihak berhujah loteri tidak memerlukan premis dan diberi kelulusan kerajaan pusat.
”Dan apabila kerajaan negeri menguatkuasa larangan itu seolah-olah melampaui batasan kuasa kerajaan pusat. Dan kerajaan Kelantan menjelaskan isu ini akan dikaji Penasihat Undang-Undang,” katanya pada persidangan media selepas perjumpaan dengan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim hari ini.
Hadir sama perjumpaan itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nor Manuty dan anggota parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong...
Ulasan: Yang tak mahu faham ialah UMNO. Kesian kepada TPM BN.
Tuesday, March 15, 2011
PAC siasat urusan pembelian tidak ikut spesifikasi
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Perak, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, PAC menerima banyak aduan berhubung perkara tersebut dan ia perlu dihentikan bagi mengelak kerajaan menanggung kerugian…
Ulasan: Cuma berikan penjelasan? Dan ulang lagi penyelewengan duit rakyat?
Loteri di Kelantan, durjananya UMNO
Agak terserlah perasaan seronok para pemimpin UMNO setiap kali melihat PAS diasak pihak lain. Meski pun isu dipertikaikan itu melibatkan hukum agama yang sepatutnya ikut dipertahankannya, parti sekular-nasionalis itu bagaikan tidak peduli, asalkan saja yang menjadi mangsa ialah PAS.
Reaksi Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap serangan terbaru Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek ke atas PAS berhubung isu loteri di Kelantan boleh dijadikan contoh terbaru.
Timbalan Presiden Umno itu bukan sahaja tidak mengambil kesempatan menerangkan kepada rakannya yang bukan Islam mengenai hakikat sebenar hukum agama, sebaliknya secara tidak bertanggungjawab menggambarkan bahawa apa yang dilakukan kerajaan PAS Kelantan sebagai salah dan tidak bersesuaian dengan masyarakat negara ini.
Media cetak pada Rabu memetik Muhyiddin sebagai menyifatkan tindakan kerajaan Kelantan mengharamkan penjualan tiket loteri memperlihatkan wajah sebenar bagaimana PAS melayan masyarakat bukan Islam.
“Kita serahkan kepada masyarakat bukan Islam untuk menilai bagaimana sikap dan pendirian kerajaan PAS dalam isu ini. Pendirian kerajaan Persekutuan tidak perlu kita jelaskan lagi,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Soi Lek sehari sebelumnya yang membayangkan kemungkinan mengheret PAS ke mahkamah di atas tindakan parti itu mengharamkan judi di Kelantan.
“Jika PAS haramkan judi sepenuhnya, ia seperti mempraktikkan agama Islam ke atas penganut bukan Islam. Kami tidak menolak kemungkinan perkara yang sama akan berlaku ke atas negeri lain jika PAS mengambil alih pemerintahan di negara ini,” media pada Selasa, 8 Mac memetik kata Soi Lek.
Pemimpin yang popular dengan skandal seks itu berhujah, rakyat ada kebebasan memilih cara hidup masing-masing kerana ia sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Justeru, katanya, PAS tidak ada hak campur tangan dalam kehidupan bukan Islam.
Beliau dipercayai merujuk langkah Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menyerbu dua kedai buku yang menjual loteri secara gelap, minggu lalu.
Ekoran itu, Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Ti Lian Ker yang juga seorang peguam mendakwa tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menyalahi undang-undang. Menurutnya loteri yang dijual di premis terbabit adalah loteri kebajikan yang mendapat kelulusan Kementerian Kewangan mengikut Akta Loteri 1952.
Fakta itu memberi modal baru untuk Soi Lek sekali lagi mengasak PAS. Keceluparannya pula secara tidak langsung memberikan kepuasan politik kepada para pemimpin Umno.
Pemimpin parti Melayu itu seronok membiarkan PAS diasak MCA, seronok juga melihat MCA membukitkan kebencian terhadap PAS di kalangan bukan Islam, walau pun Umno tahu tindakan parti rakannya itu dibauri sentimen perkauman dan keagamaan.
Sepatutnya Umno tampil menenangkan rakannya, bukan menambahkan kemarahan dalam kejahilan mereka terhadap Islam. Malangnya, Umno selesa menampilkan wajah sebenarnya apabila mengakui bahawa kerajaan Pusat pimpinannya tidak ada masalah untuk terus membenarkan kaum bukan Islam berjudi.
“Dari segi undang-undang, tindakan mereka (orang Cina) membeli loteri tidak salah. Jadi isu pengharaman ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat bukan Islam,” kata Muhyiddin.
Menilai kenyataan beliau yang secara terbuka menyokong desakan MCA menjelaskan bahawa Umno bukan sahaja tidak berhasrat menghapuskan judi, malah tidak bersedia memberikan laluan mudah kepada PAS merealisasikan hukum Islam itu.
Kenyataan Muhyiddin itu malah secara tidak langsung mengakui fakta bahawa kerajaan Pusat pimpinannya memang meluluskan lesen judi, termasuk loteri, sepertimana didedahkan Lian Ker itu.
Ituah punca sebenar mengapa judi sukar dihapuskan, termasuk di Kelantan. Pendirian sama tidak dikongsi kerajaan Pusat didokongi Umno. Kerajaan negeri hanya berhak membatalkan lesen premis. Bidang kuasa kerajaan tempatan hanya setakat itu.
Adapun lesen operasi judi tertakluk di bawah kelulusan Kementerian Kewangan. Sepertimana didedahkan MCA, percanggahan utama di Kelantan ialah apabila loteri diberi kelulusan lesen oleh kerajaan Pusat menerusi Akta Loteri 1952.
Walau pun Umno mungkin seronok di atas asakan dihadapi PAS, pendiriannya itu sebenarnya menyerlahkan lagi sikap hipokrit parti itu, terutama terhadap agama. Terbukti semata-mata demi mengekalkan sokongan bukan Islam, khususnya MCA, Umno tergamak menggadai hukum agama.
Lebih teruk lagi, parti tua kutuk itu tergamak membubuh karak di punggung MCA, atau mencurah minyak ke dalam api, agar bukan Islam bertambah marah kepada PAS, walau pun yang turut dipersenda mereka ialah hukum agama.
Keadaan serupa pernah berlaku di Kelantan sebelum ini, bilamana kerajaan PAS mengemukakan peraturan baru dalam penyusunan semula penggunaan arak. Kerajaan negeri mengurangkan jumlah premis dilesenkan untuk jualan dan peminuman arak.
Umno tidak membantu menjernihkan keadaan apabila MCA menjuarai usaha membantah peraturan itu. Umno tidak merasionalkannya secara positif, sebaliknya menjadi tukang kipas supaya Cina semakin marah dan membenci kerajaan negeri diterajui PAS.
Para pemimpin Umno Kelantan tersengih hingga ke pipi melihatkan gelagat pemimpin MCA di Kota Bharu yang “menggelegak” ketika itu. Parti itu menganjurkan pesta minum arak di bandar itu dan diuar-uarkan secara terbuka sebagai satu tindakan yang sengaja mencabar memperlekeh kerajaan negeri.
Keadaan hanya kembali reda selepas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan “persetujuannya”.
“Nak minum sangat minum lah, minum sampai pecah perut!”, katanya, merujuk kepada tindakan MCA itu.
Alhamdulillah, kenyataan dalam nada kecewa dibauri perasaan tersinggung itu tidak sukar difahami pemimpin MCA. Mereka anggap itu satu doa dari seorang ulama dan dikatakan ungkapan itu menimbulkan rasa kecut perut di kalangan pemimpin MCA.
Mereka takut jika “masin mulut” Tok Guru, bencana itu benar-benar menimpa mereka. Akibatnya kedegilan dan keegoan segelintir mereka terpadam dan pesta minum arak itu tidak dilangsungkan sepertimana dicanangkan.
Namun apakah episod itu memberi kesan menginsafkan buat pemimpin Umno? Maaf cakap, parti itu setakat ini tidak berubah. Ia kekal dengan pendirian seolah-olah kerja mendaulatkan Islam hanya tugas dan tanggungjawab PAS.
Justeru, apa pun yang dipertikaikan rakan-rakan komponen Barisan Nasional berhubung ajaran agama Islam, Umno tidak merasa tanggungjawabnya memperbetulkan salah faham yang wujud.
Kenyataan terbaru Datuk Chua Jui Meng, bekas Naib Presiden MCA yang sebelum ini telah puluhan tahun hidup sebumbung dengan Umno menjelaskan perangai buruk Umno itu. Bekas menteri Kabinet itu mengakui selama ini gagal diberikan fahaman betul mengenai Islam dan PAS.
"Kami tidak didedahkan dengan perkara sebenar. Malah terdapat juga dakwaan yang mengatakan jika PAS (sebagai parti Islam) memerintah nanti banyak perkara yang lebih dahsyat akan berlaku," katanya.
Bagaimana pun kata Jui Meng, setelah bergaul dengan PAS dan menilai pendekatan yang dibawa parti itu, beliau mendapati Islam itu agama yang sederhana.
Umnolah sebenarnya yang membawa Islam ekstrim, yang menakutkan kami. PAS yang saya dampingi telah mengajar perkara sebenar kepada kami.
"Akhirnya saya sendiri memahami apa sebenarnya kesederhanaan dalam Islam. Malah anak-anak lelaki saya juga disunatkan kerana faham akan kebaikan yang ada pada amalan bersunat sepertimana yang diamalkan oleh masyarakat Islam," katanya.
Jui Meng turut mengakui Islam yang dikenali melalui PAS bukanlah satu agama ekstrim seperti digambarkan selama ini, sebaliknya agama itu mengutamakan kebajikan semua kaum, termasuk orang-orang bukan Islam.
Terbukti pendirian bertentangan terhadap Islam antara dua “Chua” tadi memberitahu kita sesuatu, iaitu PAS serius dan ikhlas memperjelaskan Islam kepada masyarakat, sebaliknya Umno hanya selesa menjadi batu api menyemarakkan kebencian bukan Islam terhadap agama suci ini.
Itulah durjananya Umno!
Sumber: harakahdaily.net
Rare Earth Plant di Pahang
KENYATAAN MEDIA KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
10 Mac 2011 (Khamis)
"Rare Earth Plant di Pahang"
1. Penduduk sekitar daerah Kuantan dan Gebeng sekali lagi terdedah kepada ancaman sisa radioaktif yang bakal terhasil apabila sebuah Syarikat Australia Lynas Corp. akan membina Pusat Pemprosesan Tanah Jarang [rare earth] yang terbesar di dunia dengan nilai RM 700 juta.
2. Kilang serupa pernah cuba dibina di Bukit Merah Negeri Perak pada tahun 80an [82 - 87] yang lalu, namun mendapat bantahan hebat dari pelbagai pihak kerana ia memberi kesan buruk kepada kesihatan penduduk seperti kanser, leukemia, cacat, malah ada yang meninggal dunia. Sekarang mereka membinanya pula di Pusat Industri Gebeng Kuantan Pahang yang letaknya tidak jauh dari kawasan penempatan awam yang besar di daerah Balok, Beserah dan Pelindung.
3. Malangnya Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia, Raja Abdul Aziz Raja Adnan mengatakan kesan radiasinya rendah dan selamat. Persoalannya, jika proses menapis tanah jarang [rare earth] ini tidak memberi kesan kepada kesihatan penduduk, kenapa ia dilombong di Mount Weld Australia dan tidak sahaja ia diproses di Perth Australia? Kenapa perlu pindahkan ke Gebeng Kuantan melepasi 2500 km jauh jaraknya.
4. Saya difahamkan seorang pengamal perubatan dan ahli toksilogi, Dr Jayabalan A Thambyappa, yang pernah merawat beberapa pesakit di Bukit Merah, beliau sendiri kurang yakin dengan kenyataan itu. “Perkataan 'rendah' adalah semata-mata persepsi - ia adalah karsinogen,”
5. Saya melihat projek seperti ini sangat mengundang risiko kepada tahap kesihatan masyarakat kita kerana Pusat Industri Gebeng letaknya berhampiran dengan Taman Perumahan penduduk. Sisa buang yang akan tersalur ke sungai akan memberi kesan radioaktif kepada masyarakat. Apakah seluas-luas gurun di Australia tidak mencukupi untuk membina kilang seperti ini jika ia benar-benar didakwa selamat.
6. Berikut adalah kronologi penetangan Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah, Ipoh sehingga penutupannya pada 19 Januari, 1994.
1979
November: Syarikat Asian Rare Earth (ARE) dibentuk untuk mengekstrak itrium (sejenis unsur nadir bumi) daripada monazit. Pemegang saham utamanya ialah Mitsubishi Chemical Industries Ltd (35%), Beh Minerals (35%), Lembaga Urusan dan Tabung Haji (20%) dan beberapa peniaga bumiputera (10%). Pihak ARE telah mendapatkan pandangan dari Pusat Penyelidikan Atom Tun Dr. Ismail (Puspati), Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar mengenai sisa buangan radioaktif yang dihasilkan melalui pemerosesan monazit. Adalah diputuskan, sisa buangan itu yang menjadi milik kerajaan Negeri Perak akan disimpan kerana berpotensi sebagai sumber tenaga nuklear.
1982
Jun: Penduduk Parit, Perak mendapat tahu kerajaan telah memilih kawasan seluas sembilan ekar, kira-kira 6 km dari penempatan mereka untuk dijadikan tapak penimbunan sisa radioaktif syarikat ARE.
30 Jun: Ekoran bantahan hebat daripada jawatankuasa penduduk serta lain-lain pertubuhan politik dan sosial, kerajaan membatalkan cadangan itu dan kemudian mula mencari tapak baru.
11 Julai: Kilang ARE mula beroperasi di KM 7.2, Jalan Lahat di Bukit Merah.
1983
November: Penduduk Papan (kira-kira 16 km dari Ipoh) mendapat tahu ARE sedang mengorek lubang berhampiran tempat kediaman mereka untuk dijadikan tapak buangan sisa radioaktif. Tapak itu merupakan pilihan kerajaan.
1984
24 Mei: Kira-kira 6,700 penduduk Papan dan pekan-pekan yang berhampiran menandatangani satu surat bantahan dan menghantarnya kepada Perdana Menteri, Menteri Besar Perak, Menteri Kesihatan serta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.
31 Mei: Seramai 200 penduduk Papan membantah tapak pembuangan yang dicadangkan. Mereka menyekat jalan yang menuju ke tapak itu.
5 Jun: Perdana Menteri berkata, kerajaan telah mengambil segala langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatannya dan menegaskan pembinaan tapak buangan radioaktif di Papan akan diteruskan.
18 Jun: Kira-kira 300 penduduk Papan sekali lagi mengadakan tunjuk perasaan sebagai membantah tapak buangan yang dicadangkan.
28 Jun: Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Datuk Amar Stephen Yong berkata, tapak buangan Papan adalah selamat kerana dibina mengikut piawaian yang ketat. Beliau mencabar pengkritik supaya membuktikan tapak itu boleh mengancam kesihatan dan alam sekitar. Sementara itu, ARE meneruskan operasinya dengan menimbun sisa torium di sebuah kawasan terbuka dan kolam berhampiran kilang itu.
1 Julai: Kira-kira 3,000 penduduk termasuk wanita dan kanak-kanak mengadakan tunjuk
perasaan secara aman sebagai membantah tapak buangan tersebut.
4 Julai: Seramai 2,000 orang penduduk terus mengadakan tunjuk perasaan meskipun Ketua Polis Perak memberi arahan supaya bersurai.
18 Julai: Pembentukan Jawatankuasa Bertindak Bukit Merah, terdiri daripada penduduk Bukit Merah, Lahat, Menglembu dan Taman Badri Shah, sebagai tanda sokongan kepada penduduk Papan. Sahabat Alam Malaysia (SAM) menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri memaklumkan paras radiasi yang tinggi telah dikesan dikawasan kolam terbuka berhampiran kilang ARE di Bukit Merah. Satu bacaan yang dicatat oleh pegawai-pegawai SAM sewaktu berkunjung ke situ ialah 43,800 milirem/tahun. Paras ini melebihi 88 kali paras maksimum yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Antarabangsa bagi Perlindungan Radiologi (ICRP) untuk orang ramai.
29 Ogos: Michael O ‘Riordan dari Lembaga Perlindungan Radiologi Kebangsaan British dijemput oleh kerajaan untuk memeriksa tapak buangan toksik di Papan.
19 September: Sekumpulan tiga orang dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengunjugi tapak buangan di Papan atas jemputan kerajaan Malaysia. Mereka mengisytiharkan tapak buangan itu tidak selamat.
5 Oktober: Dr William Cannell, seorang ahli fizik dan penganalisis kesihatan menerima jemputan penduduk Papan untuk melawat tapak buangan tersebut. Hasil pemerhatian beliau mendapati kerja-kerja kejuruteraan yang dijalankan oleh syarikat terbabit sangat buruk.
21 Oktober: Seorang pakar dari Amerika dan bekas ahli jawatankuasa Akademi Sains Kebangsaan Amerika bagi kesan-kesan Biologi Radiasi Mengion (BEIR), Dr Edward Radford, atas jemputan penduduk Papan, membuat tinjauan di tapak buangan sisa itu. Beliau dapati tapak itu tidak sesuai sementara lubang-lubang yang digali mempunyai dinding yang nipis atau sudah merekah.
7 November: Seorang pakar buangan sisa industri dari Jepun, Dr. Jun Ui, menerima jemputan penduduk Papan untuk memeriksa tapak buangan ARE. Beliau juga mendapati tapak itu tidak sesuai dijadikan kawasan penimbunan sisa berbahaya.
28 November: Kabinet membincangkan laporan-laporan yang diserahkan oleh dua badan kawalan. Laporan yang dikemukan oleh Lembaga Perlindungan Radiologi Kebangsaan British (NRPB) berkata, penduduk hanya akan selamat jika faktor-faktor tertentu diberi perhatian oleh kerajaan Perak dan syarikat ARE. Laporan kedua oleh IAEA pula berkata, lubang-lubang yang dibina tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
9 Disember: Lebih 1,500 penduduk di Papan mengadakan mogok lapar selama sehari sebagai membantah keputusan kerajaan untuk meneruskan rancangan menempatkan tapak buangan sisa di Papan. Penduduk Bukit Merah membawa masuk seorang pakar radiasi dan genetik dari Jepun, Profesor Sadao Ichikawa untuk mengukur paras radiasi di kawasan terbuka dan kolam berhampiran kilang ARE. Beliau dapati paras radiasi di situ terlalu tinggi malah paras tertinggi yang dicatatkan melebihi 800 kali paras yang dibenarkan.
12 Disember: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Musa Hitam menunjukkan minat secara peribadi terhadap perkembangan isu Papan ini. Beliau mengunjungi tapak buangan tersebut.
1985
11 Januari: Selepas mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Musa Hitam, kerajaan mengambil keputusan memindahkan tapak buangan sisa ke Mukim Belanja di Banjaran Kledang yang terletak kira-kira 5 km dari Papan dan 3 km dari Menglembu.
1 Februari: Lapan orang penduduk, bagi pihak diri mereka sendiri dan penduduk Bukit Merah membuat satu permohonan di Mahkamah Tinggi Ipoh menahan ARE daripada mengeluar, menyimpan atau menimbun sisa radioaktif di sekitar kampung tersebut.
Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dikuatkuasakan. Ia memastikan pengendali bahagian pemasangan nuklear (termasuk kerajaan) bertanggungjawab terhadap ancaman nuklear. Lima ahli Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dibentuk di bawah Akta itu, dengan perwakilan dari Puspati, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.
14 Oktober: Hakim Anuar Datuk Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan kepada penduduk Bukit Merah perintah menahan dan menghentikan ARE daripada mengeluar dan menimbun bahan sisa radioaktif sehingga langkah-langkah keselamatan yang secukupnya diambil. Lebih daripada 1,500 penduduk Bukit Merah hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan itu.
1986
22 September: ARE mendakwa ia telah membelanjakan lebih RM2 juta untuk meningkatkan langkah-langkah keselamatan (sepertimana yang dikehendaki oleh perintah mahkamah), diikuti oleh piawaian IAEA. Ia menjemput pakar tenaga atom dari Amerika, Dr E.E. Fowler (Bekas kakitangan IAEA) untuk mengunjungi kilang berkenaan. Menurut beliau, paras radiasi berhampiran kawasan pembuangan yang disediakan oleh ARE memenuhi piawaian ICRP dan beliau dapati kilang itu selamat untuk beroperasi.
5 Oktober: Kira-kira 3,000 penduduk Bukit Merah dan kawasan sekitarnya mengadakan tunjuk perasaan terhadap rancangan ARE untuk menimbun sisa radioaktif di tapak kekalnya di Banjaran Kledang.
28 Oktober: Profesor Sadao Ichikawa dalam kunjungan kali keduanya ke Bukit Merah mendapati paras radiasi di sekitar kilang ARE masih melebihi paras yang dibenarkan. Beliau dilarang masuk ke dalam kilang itu.
16 November: Sekumpulan penyiasat dari AELB memeriksa beberapa buah tapak buangan sisa torium yang dilonggokkan secara haram di Bukit Merah. Mereka dibantu oleh bekas kontraktor ARE, Ng Toong Foo yang pernah membuang sisa di situ. Bacaan di salah sebuah tapak ialah 0.05 – 0.10 milirem/jam (iaitu 438 - 876 milirem/tahun) melebihi paras keselamatan maksimum 0.057 milirem/jam yang ditetapkan oleh ICRP.
26 November: Perwakilan dari tujuh kawasan (Bukit Merah, Lahat, Taman Badri Shah, Menglembu, Papan, Falim dan Guntong) membentuk sebuah jawatankuasa Anti-Radioaktif Perak (PARC).
8 Disember: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Encik Kasitah Gadam berkata hasil pemeriksaan AELB di dua tapak buangan haram Bukit Merah mendapati paras radiasi di situ adalah selamat. Menurutnya, sungguhpun AELB mendapati paras radiasi di situ melebihi paras normal, ini tidak membahayakan kerana tapak-tapak itu sangat sedikit bilangannya.
1987
6 Februari: Tanpa mempedulikan perintah Mahkamah Tinggi Ipoh kepada ARE supaya menghentikan operasi, AELB Malaysia memberikan lesen kepada ARE supaya meneruskan operasinya.
10 April: PARC menjemput 14 pakar asing untuk datang ke Bukit Merah-pengasas-pengasas Institut Antarabangsa bagi Kepentingan Awam di Kanada, Dr Rosalie Bertell; Setiausaha Pusat Keselamatan Industri dan Kepentingan Alam Sekitar di India, V.T. Pathmanaban; dan Presiden Institut Kesihatan dan Tenaga di Amerika Syarikat, Kathleen Tucker merupakan antara mereka yang dilarang memasuki kawasan ARE. Dalam satu forum yang berlangsung di Bukit Merah, pakar-pakar itu membuat kesimpulan bahawa ARE mendedahkan pelbagai ancaman kesihatan yang serius.
12 April: Kira-kira 10,000 orang penduduk berarak di Bukit Merah sebagai membantah operasi yang dijalankan semula oleh ARE.
24 Mei: Kira-kira 300 orang penduduk diperintahkan bersurai oleh anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berhampiran ARE. Lebih 20 orang, termasuk tiga wanita mengalami kecederaan dalam dua pertelingkahan pada hari itu. Seramai 60 orang ditahan oleh pihak polis. Semua kecuali enam dibebaskan kemudian selepas disoal-siasat. Keenam-enam pemuda itu dibebaskan seminggu kemudian di mana pihak polis tidak mengenakan sebarang tuduhan. Penduduk menghalang kerja-kerja membina jalan yang menuju ke tapak buangan kekal di Banjaran Kledang yang dicadangkan.
23 Julai: Seorang doktor Kanada, Bernie Lau, diupah oleh PARC untuk meletakkan alat pengesan gas radon di luar kilang ARE. Beliau berjaya mengesan sejumlah gas radon dibebaskan daripada kilang itu.
Terdahulu dari itu, Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Datuk Amar Stephen Yong berkata, kerajaan berpuas hati dengan laporan penilaian kesan alam sekitar bagi tapak buangan kekal yang dicadangkan itu. Penilaian itu dijalankan oleh ARE bersama beberapa orang pegawai Kementerian.
7 September: Perbicaraan saman yang dikemukakan oleh lapan orang penduduk Bukit Merah terhadap ARE bermula di hadapan Hakim Peh Swee Chin di Mahkamah Tinggi Ipoh. Sebagai mengetengahkan nasib mereka, para penyokong PARC berjalan sejauh 8 km dari Bukit Merah ke Ipoh. Polis menyuraikan tunjuk perasaan mereka berhampiran Menglembu. Sembilan orang ditahan tetapi dibebaskan setelah diikat jamin. Kira-kira 1,000 orang hadir di mahkamah sebagai menunjukkan sokongan mereka.
11 September: Para penduduk berarak dari Bukit Merah ke Mahkamah Tinggi Ipoh pada hari terakhir perbicaraan. Jumlah mereka yang hadir dianggarkan 3,000 orang.
18 September: Penduduk Bukit Merah mengemukakan permohonan perbicaraan kerana menghina mahkamah terhadap ARE memandangkan ia melanggar perintah menahan operasi yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh kepada mereka pada tahun 1985.
27 Oktober: Lebih 100 orang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Di antaranya termasuklah pengerusi PARC, Hew Yoon Tat; timbalannya, Hiew Yew Lan; (bekas) setiausaha PARC, Lee Koon Bun; ahli jawatankuasa, Phang Kooi Yau dan peguam Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mewakili plaintif Bukit Merah, Meenakshi Raman. Merek dibebaskan selepas dua bulan.
November: ARE mula membina tapak buangan kekal sisa toksik di Banjaran Kledang.
1988
25 Januari: Perbicaraan disambung semula.
1990
13 Februari: Perbicaraan tamat selepas berlansung selama 65 hari dan berlanjutan lebih 32 bulan.
1992
11 Julai: Penduduk Bukit Merah memenangi kes saman terhadap ARE. Mahkamah mengarahkan penutupan kilang ARE dalam tempoh 14 hari. Pihak ARE pula mengumumkan ia akan membuat rayuan di Mahkamah Agung.
23 Julai: ARE mengemukan rayuan di Mahkamah Agung berhubung perintah Mahkamah Tinggi Ipoh supaya operasinya dihentikan. Pengerusi PARC Hew Yoon Tat dan salah seorang plaintif dalam saman terhadap ARE, Lau Fong Fatt menemui kakitangan atasan Mitsubishi Chemical di Jepun. Mereka diberitahu ARE mengemukan rayuan tanpa kebenaran syarikat itu.
24 Julai: Berikutan permohonan ex-parte oleh ARE, Hakim Besar Mahkamah Agung menahan (sehingga perintah selanjutnya) perintah Mahkamah Tinggi Ipoh kepada ARE supaya menghentikan operasinya.
3 Ogos: Lebih 2,000 orang dari Bukit Merah hadir di Mahkamah Agung untuk mendengar rayuan ARE terhadap perintah Mahkamah Tinggi Ipoh yang menggantung operasinya. Bagaimanapun, hakim-hakim Mahkamah Agung Menangguhkan perbicaraan kepada 5 Ogos kerana ‘tekanan oleh mereka yang berpiket di luar mahkamah.’
5 Ogos: Mahkamah Agung membenarkan permohonan ARE untuk menolak perintah Mahkamah Tinggi yang meminta ARE menghentikan operasinya berikutan rayuan syarikat berkenaan. Menurut hakim-hakim itu, penutupan tersebut akan menyulitkan kilang dan 183 pekerjanya.
1993
15 Mac: Perbicaraan rayuan yang dikemukan oleh ARE di Mahkamah Agung ditangguhkan pada 7 Jun.
7 Jun: Perbicaraan mendengar rayuan ARE sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
1994
19 Januari: Pengumuman syarikat ARE untuk menghentikan operasi.
Nasrudin Hj Hasan At-Tantawi
Ketua
Dewan Pemuda PAS Pusat
Ulasan: Perjuangan rakyat Perak yang telah memakan masa bertahun-tahun. Kenapa BN tidak prihatin kepada kesihatan rakyat dan alam sekitar PAHANG? Apakah ada unsur tangan-tangan pihak berpengaruh bertujuan untuk mengaut keuntungan semata-mata? Jelmakan sikap BN itu dengan tidak mengundi parti BN dalam sebarang pilihanraya selepas ini. Say NO to BN.
Friday, March 11, 2011
Saman Ekor: Fahami isu sebenar
Saya ingin merujuk kepada siaran akhbar Berita Harian bertarikh 11/3/2011 yang memetik ulasan seorang Pakar Perlembagaan Profesor Dr Rohimi Shapiee. Saya amat dukacita dengan perkembangan dan ulasan tersebut yang melabelkan pihak-pihak yang tidak menggalakkan rakyat membayar saman sebagai sebagai nakal dan menggalakkan pemandu supaya terus melanggar undang-undang.
Saya ingin tegaskan pendirian kami di Jawatankuasa Kempen Anti saman Ekor (KASE) bahawa kami tidak sekali-kali bersetuju dan menggalakkan pemandu-pemandu kenderaan memandu tidak mengikut peraturan. Setiap pemandu mestilah memandu dengan berhemah kerana jalanraya bukan harta persendirian tetapi hak bersama. Kami juga tidak bersetuju dengan penguatkuasaan yang tidak mengikut peraturan sedia ada. Atas hujah dan pendirian ini, kami melancarkan Kempen Anti Saman Ekor (KASE) iaitu bertujuan memberikan penerangan tentang hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan, prinsip keadilan dan pematuhan peraturan serta prosedur tindakan undang-undang.
Tidak pernah pada bila-bila masa dan ketika, kami menyatakan bahawa Saman Ekor yang dikeluarkan oleh PDRM adalah bertentangan dengan Perlembagaan dan Akta. Jika ada, saya merasakan kenyataan dan pendirian kami telah disalah tafsir. Saya ingin memperbetulkan pemahaman dan persepsi sesiapa sahaja termasuk Pakar Perlembagaan tersebut supaya sebelum membuat sebarang ulasan atau komen, FAHAMI dahulu apa isu yang dibawa dan ditimbulkan.
Saya ingin menegaskan bahawa Saman Ekor yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi hanya sekadar notis meminta maklumat pemandu daripada pemilik kenderaan yang dikeluarkan mengikut Seksyen 115 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Notis ini disebut sebagai Pol 170A. Fakta ini tidak pernah disangkal malah diakui oleh Kementerian Dalam Negeri, PDRM malah Timbalan Menteri Pengangkutan di dalam Dewan Rakyat. Saya mohon kerjasama pihak-pihak yang ingin membuat ulasan supaya lebih rajin membaca daripada membuat ulasan dan komen berasaskan lojik akal fikiran. Pernahkah pihak-pihak yang membuat ulasan ini meneliti setiap patah perkataan yang terkandung di dalam notis Pol 170A tersebut sebelum membuat komen? Baca dan fahami kandungannya dahulu kemudian nyatakan komen dan ulasan.
Mengikut Seksyen 115 (1) APJ 1987 setiap pemilik kenderaan apabila diberikan notis Pol 170A ini hendaklah memberikan maklumat pemandu yang disyaki telah melakukan kesalahan yang dinyatakan di dalam notis tersebut dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh notis diterima. Kegagalan memberikan maklumat boleh dianggap melakukan kesalahan melainkan pemilik memuaskan hati mahkamah bahawa beliau tidak tahu siapa yang memandu. Maksud memuaskan hati mahkamah tersebut ialah seseorang pemilik jika ingkar menjawab notis tersebut maka pihak berkuasa iaitu PDRM yang mengeluarkan notis ini hendaklah mengeluarkan suatu notis (Saman) di bawah Seksyen 53(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Persoalannya adakah semua prosedur ini diikuti oleh pihak berkuasa iaitu PDRM yang mengeluarkan notis ini?
Bersama Notis Pol 170A ini juga dikepilkan Notis Pol 171 iaitu menawarkan kompaun kepada pemilik kenderaan jika pemilik mengakui kesalahan dan ingin menerima tawaran kompaun, pemilik boleh menjelaskannya. Perlu diambil perhatian bahawa tawaran kompaun ini diberikan melalui Seksyen 120 (1) APJ 1987. Kompaun ini hanyalah semata-mata tawaran. Bukan suatu bentuk hukuman atau denda. Kompaun ini juga mempunyai tempoh sah laku kerana di dalam Notis Pol 171 di perenggan 4 dinyatakan begini “Tawaran ini berkuatkuasa sehingga (tarikh). Sekiranya tiada jawapan selepas tarikh ini, tindakan saman akan diambil”. Ini dengan jelas menunjukkan bahawa kompaun tersebut hanyalah suatu tawaran, dan jika pemilik atau yang disyaki melakukan kesalahan tidak menerima tawaran kompaun tersebut dan enggan membayar, maka mereka hendaklah disaman supaya hadir di Mahkamah menjawap pertuduhan ke atas mereka. Saman ini dikeluarkan mengikut Seksyen 53(1) APJ 1987 yang disebut sebelum ini.
Persoalannya, adakah prosedur ini juga diikuti oleh pihak berkuasa?
Perkembangan yang berlaku sekarang ialah pihak berkuasa iaitu Kementerian dalam Negeri melalui PDRM telah menghukum orang yang disyaki melakukan kesalahan lalu lintas sedangkan mereka tidak pernah dibuktikan melakukan kesalahan. Mereka dihukum dengan alasan tidak membayar kompaun sedangkan kompaun hanyalah tawaran. PDRM pula mengambil kesempatan di atas kurangnya pemahaman rakyat tentang undang-undang dan peraturan telah menghukum dengan meminta JPJ menyenarai hitam kenderaan bertujuan memaksa mereka membayar kompaun. INILAH TINDAKAN YANG BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN!
Kenapa ia bertentangan dengan Perlembagaan?
a) Kesalahan yang dikatakan telah dilakukan tersebut belum dibuktikan.
Rujuk kembali kepada ulasan asal di atas. Jika Pemilik kenderaan ingkar notis, sepatutnya mereka dihadapkan ke Mahkamah untuk dibuktikan mereka ingkar notis tersebut. Pelbagai persoalan akan timbul di sini. Adakah notis tersebut telah dikeluarkan? Adakah notis tersebut telah diserahkan dengan sempurna?
Notis boleh diserahkan kepada pemilik kenderaan mengikut Seksyen 118 APJ 1987 iaitu dengan pos berdaftar. Jadi pihak berkuasa perlu membuktikan terlebih dahulu notis itu telah dikeluarkan. Kemudian buktikan notis itu telah diserahkan iaitu dengan bukti pengeposan daripada pejabat pos berkaitan. Jika ada bukti tersebut barulah pemilik perlu buktikan kenapa beliau ingkar. Jika beliau telah memuaskan hati mahkamah dengan alasan-alasannya maka kemungkinan akan dilepaskan. Jika tidak dapat memuaskan hati Mahkamah, kemungkinan akan dijatuhkan hukuman kerana ingkar notis. Belum lagi soal memandu melebihi hadlaju. Adakah ini dilakukan dalam situasi sekarang ini? Jawapannya tidak kerana Timbalan Menteri Pengangkutan sendiri mengakui di Dewan Rakyat pada 8/3/2011 bahawa jika seseorang ingkar Notis Pol 170A ini maka mereka secara automatik dianggap melakukan kesalahan. Ini suatu anggapan yang salah di sisi undang-undang.
Jika pemilik atau pemandu disyaki memandu melebihi hadlaju, mereka sepatutnya disaman hadir ke Mahkamah untuk dibuktikan mereka telah melakukan kesalahan tersebut. Adakah ini dilakukan? Tidak! Mereka terus disenarai hitam kerana tidak membayar kompaun. Sepatutnya PDRM membawa mereka ini ke Mahkamah, buktikan mereka memandu melebihi hadlaju. PDRM sentiasa mengatakan mereka mempunyai bukti, jadi buktikan di Mahkamah. Bukan dengan bekerjasama dengan JPJ untuk menyenarai hitam supaya pemilik kenderaan membayar kompaun. Ini salah! Kenapa PDRM tidak membawa mereka ini ke Mahkamah untuk dibuktikan kesalahan? Mungkin PDRM tahu bahawa mereka tidak dapat membuktikan kesalahan tersebut.
Perlu diambil perhatian bahawa APJ 1987 tidak memperuntukkan sebarang penggunaan imej yang dirakam untuk diterima pakai sebagai bukti di Mahkamah. Setelah APJ 1987 dipinda pada 22/12/2010 dan mula berkuatkuasa pada 1/2/2011 barulah imej yang dirakam diterima sebagai bukti di Mahkamah. Ini disebut di dalam seksyen 117 (11) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 seperti berikut : Dalam mana-mana prosiding di mana-mana mahkamah, apa-apa imej yang dirakamkan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini hendaklah diterima sebagai keterangan, dan hendaklah menjadi bukti prima facie bagi fakta yang dinyatakan di dalamnya.
Akan ada pula pihak yang akan mengatakan bahawa gambar boleh diterima sebagai keterangan di Mahkamah mengikut peruntukkan Akta Keterangan 1950. Betul, tetapi gambar bagaimana, bagaimana gambar diambil. Jika boleh digunakan peruntukkan Akta Keterangan 1950, kenapa kerajaan bersusah payah meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk memasukkan penggunaan gambar (imej) sebagai bukti yang boleh diterima?
Apa yang menyedihkan lagi, sudahlah gambar tidak boleh diterima sebagai bukti, para pemandu dan pemilik telah dikenakan bayaran RM10 untuk melihat dan mendapatkan salinan gambar tersebut oleh PDRM. Sudah lah tidak dibuktikan lagi mereka bersalah, mereka dikenakan bayaran untuk membuktikan mereka tidak bersalah. Sistem keadilan apa yang kita guna???
b) Seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.
Ada dua (2) isu di sini :
a) Pembuktian bersalah; dan
b) Siapa yang boleh menghukum seseorang itu bersalah.
Pembuktian salah.
Seperti yang diulas sebelum ini, adakah semua yang dituduh dan dikeluarkan Saman Ekor ini telah dibuktikan melakukan kesalahan oleh PDRM dan JPJ? Di Mahkamah mana mereka ini dibuktikan bersalah? Jika tidak pernah dibuktikan bersalah, kenapa menghukum?
Siapa yang boleh menghukum seseorang itu bersalah?
Kuasa untuk menghukum ini adalah kuasa Mahkamah. Inilah tujuannya diwujudkan tiga (3) cabang dalam kerajaan iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman. Polis tiada kuasa menghukum. JPJ tiada kuasa menghukum malah kerajaan tiada kuasa menghukum. Hanya Mahkamah sahaja mempunyai kuasa ini. Justeru tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan ini adalah suatu hukuman. Siapa yang menyenarai hitam? Bukan Mahkamah tetapi JPJ. Adakah JPJ telah mendapat perintah Mahkamah untuk menyenarai hitam pemilik kenderaan?
JPJ akan menyatakan mereka mempunyai kuasa di bawah Seksyen 17(1)(d) APJ 1987 untuk menghalang transaksi. Bagaimana kuasa tersebut perlu dibuat? Peruntukkannya menyebut bahawa Pengarah JPJ hendaklah berpuashati bahawa seseorang itu tidak mempunyai “perkara yang belum selesai”. Bagaimana JPJ hendak berpuashati? Mestilah membuat suatu siasatan seperti memberikan peluang membuat representasi kepada pemilik. Ini disebut di dalam Seksyen 17(2) APJ 1987. Adakah ini dibuat? Tanyalah JPJ.
Senario sekarang ini adalah hukum dahulu buktikan kesalahan kemudian. Ini jelas bertentangan dengan prinsip keadilan.
c) Menyenarai hitam bermaksud menghalang rakyat menggunakan harta.
Perkara ini diulas dengan terperinci di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280.
Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Kuching tersebut telah memutuskan bahawa “perkara yang belum selesai” yang dimaksudkan di dalam Seksyen 17(1)(d) APJ 1987 ialah perkara yang telah dibawa ke mahkamah di mana yang dituduh tidak membela diri.
Mahkamah juga memutuskan bahawa tindakan JPJ Negeri Sarawak menyenarai hitam di bawah Seksyen 17(1)(d) APJ 1987 di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang. Malah tindakan tersebut juga dianggap bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak setiap rakyat menggunakan harta mereka.
Akhirnya Mahkamah Tinggi telah membenarkan tuntutan gantirugi terhadap JPJ kerana telah menyebabkan kerugian kepada pemohon di dalam kes itu akibat kehilangan penggunaan harta beliau iaitu kereta yang disenarai hitam.
Justeru saya ingin mengambil peluang ini untuk memperbetulkan persepsi dan pemahaman sesetengah pihak supaya apa yang diperjuangkan dan dibahaskan ini adalah isu penyalahgunaan proses keadilan. FAHAMI ISU SEBENAR! ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!
ZULHAZMI SHARIFF
Penasihat Undang-Undang
Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE)
11/3/2011
Alarm over giant plant despite history of health hazards
KUANTAN, Mar 11: Concerned over the health hazards of rare earth refineries, PAS Youth has questioned the rationale behind the approval by the authorities for such a plant in Kuantan, whose construction is being undertaken by an Australian firm.
Lynas Corp is said to have been given the go-ahead to build a rare earth ore-processing plant, believed to be the first such plant outside China in nearly three decades.
The plant caters for a group of minerals used in production of high-technology products, ranging from mobile phones and televisions to energy-saving fluorescent light bulbs.
PAS Youth chief Nasrudin Hasan Tantawi (left) has criticised a statement by the head of Malaysian Atomic Energy Licensing Board, Raja Abdul Aziz Raja Adnan, who claimed the project was approved after an inter-agency review indicated the imported ore and subsequent waste would have minimal radioactivity within the safety level.
“If indeed the processing of rare earth does not affect the health of the citizens, how come it is harvested in Mount Weld in Australia but processed in Perth? Why must it now be brought to Gebeng, Kuantan, 2,500 kilometres away?” asked Nasrudin.
Nasrudin recalled that a similar project had once been operated by Japanese company Mitsubishi Chemical in Perak during 1982-1987, but was aborted in 1992 following strong protests over long term hazardous effects on public health including cancer, leukemia, disability and death.
History of leukaemia, cancer
Nasrudin said he had been informed that toxicologist Dr Jayabalan Tambyappa had expressed doubts over the term 'low' as claimed by the authorities who justified the plant's approval.
Dr Jayabalan was said to have treated leukaemia patients whose illnesses he and others had attributed to the old Mitsubishi Chemical refinery in Bukit Merah, Perak, which now remains one of Asia’s largest radioactive waste cleanup sites.
Nasrudin also warned that the project posed a high risk to health due to the proximity of the Gebeng Industrial Centre to residential areas.
“The toxic waste will be dumped into the river which will then pose radioactive dangers to nearby residents. If it were really safe as claimed, wouldn't Australia's vast desert land be sufficient for such a purpose?" he asked.
Meanwhile, a Canadian daily said the Malaysian government appeared to be more interested in the lucrative profit generated by the plant.
“Despite the potential hazards, the Malaysian government was eager for investment by Lynas, even offering a 12-year tax holiday. If rare earth prices stay at current lofty levels, the refinery will generate $1.7 billion a year in exports starting late next year, equal to nearly one per cent of the entire Malaysian economy,” wrote The Montreal Gazette in its report.
Ulasan: Sudah dapat kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar? Jom kita lihat dan kaji laporan Environmental Impact Assessment mengenai kilang itu. Atau ada tangan-tangan tertentu di belakangnya? Eloklah rakyat melantik pakar bebas untuk menelitinya kerana kesihatan kita tidak ada tolok bandingnya.
Jangan bayar kompaun saman ekor - Kase
KUALA LUMPUR, 10 Mac: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menasihatkan mangsa saman ekor agar tidak membayar kompaun yang dikenakan biarpun tempoh promosi pembayaran berakhir hari ini.
Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sekiranya selepas ini mereka disenarai hitam, Kase akan membantu untuk berdepan masalah tersebut di mahkamah.
"Rakyat tidak perlu bayar, yang penting ambil insurans bawa ke JPJ untuk perbaharui cukai jalan, kalau JPJ tak benar, wajib pengarah JPJ kena bagi jawapan bertulis, kenapa.
"Kemudian bawa insurans dan surat itu, kalau polis tahan, biar dia saman, kita lawan di mahkamah," katanya ketika ditemui selepas membangkitkan perkara itu di parlimen semalam.
Tambahnya, keputusan sama ada seseorang itu bersalah dan perlu membayar kompaun hanya ditentukan mahkamah, dan bukan oleh notis saman yang dikeluarkan.
Menurutnya lagi, tindakan JPJ menyenarai hitam pesalah saman ekor adalah salah mengikut keputusan Mahkamah Kucing dalam kes Leonad Lim Yaw Chiang melawan Pengarah JPJ negeri Sarawak pada 2007.
Dalam kes itu hakim memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam mengikut Seksyen 17(1)(d) adalah tidak betul dan bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.
"Kita minta Peguam Negara nasihat JPJ supaya akur keputusan mahkamah iaitu tak boleh blacklist.
"Rakyat tidak boleh dipaksa membayar kompaun yang ditawarkan," katanya.
Dalam pada itu, Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS turut mempertikai tindakan kerajaan yang didakwa akan menggunakan teknologi Redflex dalam Automatic Enforcement System (AES).
Katanya, teknologi itu telah dipertikai banyak pihak termasuk di California Amerika Syarikat dan di Arizona.
"Kenapa guna teknologi yang sudahpun dipersoal.
"Dan kenapa syarikat swasta Beta Tegap dan commercial Circle diberi hak pengendalian, sedangkan teknologi guna yang Redflex punya.
"Kenapa kerajaan tak kendalikan sendiri guna teknologi sama, kenapa perlu orang tengah?" soalnya.
Ulasan: Ceritanya sama walaupun berbelit-belit.....untuk manfaat kroni. Sesiapa yang rasa terzalim dengan sama ekor, eloklah lepas ini mengundi parti selain BN dalam pilihanraya umum nanti.
Kenakan tindakan iklan persenda Islam
Iklan yang disiarkan melalui risalah pengiklanan komuniti itu mempromosikan sebuah tokong di Sungai Tiang, Pendang, Kedah, dengan memaparkan testimoni seorang individu bernama Mohd. Razak Halin.
Dia yang dipercayai beragama Islam membeli iklan berkenaan atas tanda terima kasih kepada tokong itu kerana menyelesaikan masalah kemerosotan perniagaannya hasil bantuan seorang sami bernama 'Tok Lim'.
Berdasarkan testimoni itu, Mohd. Razak berkata, sami tersebut menilik nasibnya dan memberikan nombor ramalan yang akhirnya telah 'mengena'.
Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor, Abdullah Mansor (gambar) berkata, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) perlu mengambil tindakan tegas kerana iklan menerusi satu risalah yang diedarkan di sekitar Shah Alam dan Klang itu jelas satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.
''Iklan itu satu tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana mempersendakan umat Islam selain berniat memesongkan akidah mereka dengan perkara-perkara khurafat…
Ulasan: Bila kita ada masalah, berdoalah terus kepada Allah dan berusaha sewajarnya.
Dr M a ‘blatant liar’ with ‘selective amnesia’?
By Shazwan Mustafa Kamal
March 08, 2011
KUALA LUMPUR, March 8 — Datuk Seri Anwar Ibrahim lashed out at Tun Dr Mahathir Mohamed over various accusations made against him in the former prime minister’s newly-published autobiography.
“Dr Mahathir: (a) blatant liar (with) Selective amnesia..” Anwar told The Malaysian Insider via email today.The country’s longest-serving PM said in his autobiography out today that Anwar did not deny accusations of sodomy before being sacked as deputy prime minister and should have succeeded him as prime minister if not for his own actions.
Dr Mahathir, who stepped down in 2003, said that when Anwar was hauled up before the Umno supreme council, he “never once referred to the question of homosexuality, focusing only on the affairs with women.”
In the book, Dr Mahathir also claimed that he had met four girls who said they were propositioned by Anwar for sex.
In response, Anwar said that Dr Mahathir’s allegations were not new, and that he had consistently denied them since before he was sacked as deputy prime minister.
“I had denied the allegations publicly (refer to media) since 1997.
“His ref(erence) to the 4 women — I denied,” said the PKR defacto leader.
Anwar also said that it was within the context of his denial in propositioning the four women for sex that he did not comment on the sodomy accusations.
“In that context I didn’t mention “sodomy,” Anwar told The Malaysian Insider.
Anwar was subsequently sacked from government before being charged and jailed for sodomy and corruption.
In his book, Dr Mahathir wrote that he had dismissed Anwar as deputy prime minister and likely successor for two reasons- “he was unsuitable to continue serving in the government and he was unsuitable to succeed me as prime minister.”
Anwar however claimed today that his sacking as DPM was due to decisions made by him as the country’s number two leader at the time.
“The reason for dismissal:
My decision for price waterhouse coopers to investigate financial malfinance of Tan Sri Eric Chia and Perwaja,” said Anwar.
Anwar also said that Dr Mahathir saw his as a threat at the time, and was afraid of being challenged, as he (Anwar) knew about the corruption within Dr Mahathir’s own family.
“ (The) fear of being challenged; Shares and contracts to Mokhzani (Mahathir) and Mukhriz (Mahathir) and bailout for Mirzan (Mahathir),” Anwar added.
Dr Mahathir, who was PM from 1981 to 2003, wrote that when Anwar “declared that he had done nothing unusual and insisted that everyone, including all the supreme council members, had done such things” when defending himself before Umno’s top leadership.
In the book titled “A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad,” he said that he had first been told about Anwar’s alleged homosexual activities in the early 1990s by then police chief Tun Hanif Omar.
Now the parliamentary opposition leader, Anwar was found guilty of corruption in 1999 and sodomy the next year.
He was jailed for six years before the Federal Court overturned his conviction for sodomy.
Four years later, he led the opposition pact to record gains in the March 2008 general election, denying Barisan Nasional its customary two-thirds majority of Parliament and seizing five states.
Anwar is now being tried for sodomy again, nearly three years after his former aide Mohd Saiful Bukhari Azlan first claimed to be the Permatang Pauh MP’s victim.
Ulasan: Dr M was at that time was the Malaysia PM. His machinery made all out attempts to discredit Anwar via media and the kangaroo courts. But Dr M did not go to the court as a witness.
Dr M pada waktu itu adalah PM Malaysia. Semua jenteranya @ jabatan kerajaan berusaha bersungguh-sungguh untuk memalukan Anwar melalui media dan juga mahkamah buatan. Antaranya berminggu-minggu tilam diusung polis keluar masuk mahkamah sebagai bukti. Semasa proses penghakiman dijalankan pada tahun 98/99…apabila pihak pembela mahukan beliau ke mahkamah untuk dijadikan saksi…beliau mengelak (http://no2umno.wordpress.com/category/belit-mahathir/). Apa hukum menuduh orang tanpa saksi?
Thursday, March 10, 2011
Pengkritik perlu lihat sendiri aset pertahanan - Zahid
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dengan berbuat demikian mereka akan menyedari bahawa ia bukan satu pembaziran sebaliknya sebagai persediaan menghadapi apa jua bentuk ancaman.
"Kita bukan mahu bangga, tunjuk riak dan takbur tapi kita mahu beritahu kepada mereka yang hanya tahu menulis dan bercakap mengenai kelemahan kita tanpa melihat kekuatan kita adalah untuk negara.
"Jadi, saya ingin cabar mereka supaya melihat aset kita ketika dipamerkan, bukan 'merobek-robek' rahsia dan mendedahkan kepada pihak luar yang sememangnya tidak pernah senang dengan kita," katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan di sini hari ini…
Ulasan: Senjata kepunyaan ATM bukan dibeli untuk pameran kepada rakyat. Semak ketepatan spesifikasinya dan harganya. Kenapa perlu pihak tertentu yang dapat komisyen dalam pembeliaan semua senjata? Sedih mengenangkan Pulau Batu Puteh terlepas TANPA sebutir peluru keluar dari senjata milik ATM. Demikianlah semangat mempertahankan tanahair oleh kerajaan UMNO.
Malaysia larang sebar Syiah
Ulasan: Kita semua perlu mantapkan aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang disampaikan oleh Rasulullah SAW dan amalan semua sahabat besar RA.
Saifuddin akan dedah MP PKR dibeli RM1.4 juta
KUALA LUMPUR, 9 Mac: Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau akan mendedahkan satu persatu bukti yang diperolehinya berhubung seorang ahli parlimen (MP) parti itu yang melompat kerana dibeli.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang ketika ditemui di lobi parlimen hari ini berkata, beliau mempunyai maklumat lengkap berhubung perkara itu dan akan mendedahkan secara berperingkat.
"Kita akan dedah berperingkat-peringkat. Saya pun nak buat macam Datuk Seri Anwar dedah kes VK Lingam," katanya.
Semalam, beliau sewaktu mewakili Ketua Pembangkang membahaskan Titah Diraja, mendedahkan dua salinan cek masing-masing bernilai RM700,000 setiap satu yang didakwa dibayar kepada seorang ahli parlimen PKR untuk lompat parti.
Ditanya lanjut hari ini, beliau berkata cek pertama bertarikh 12 Januari 2010 beralamat di sebuah bank di Ipoh manakala cek kedua pula bertarikh sah laku pada 15 Mac 2011…
Ulasan: Hinanya bila pemimpin dapat di beli dengan wang atau dengan nikmat dunia.
Tiada pegawai khas untuk isteri Perdana Menteri
Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata pegawai dari Pejabat Perdana Menteri dari semasa ke semasa membantu isteri Perdana Menteri dalam menjalankan tugasnya.
“Oleh itu, tidak timbul elemen kos tambahan dan kakitangan yang menguruskan isteri Perdana Menteri kerana mereka adalah kakitangan kepada YAB (Yang Amat Berhormat) Perdana Menteri.
"Bagaimanapun bagi memudahkan urusan kerja pentadbiran seperti surat-menyurat, jemputan rasmi serta membolehkan pihak awam berhubung dengan pejabat Perdana Menteri mengenai pembabitan beliau untuk jemputan dari dalam dan luar negara, beberapa pegawai ditugaskan membantu menguruskan hal sedemikian,” katanya…
&
Kerajaan tanggung kos lawatan Rosmah RM134,000
Harakahdaily.net
KUALA LUMPUR, 9 Mac: Kos keseluruhan lawatan rasmi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.
Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan sama Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar di parlimen hari ini.
Bagaimanapun,soalan Firdaus sama ada kos itu tersenarai dalam bajet 2011, tidak dinyatakan jawapan.
Dalam penjelasan itu, Nazri berkata rombongan yang diketuai Rosmah itu turut disertai Menteri Wanita, isteri-isteri menteri, menteri besar-menteri besar, ketua menteri serta beberapa pegawai kerajaan.
Rombongan ke bandar Riyadh, Muscat dan Dhaka itu juga mendapat kelulusan Jemaah Menteri.
Isu lawatan Rosmah sebelum ini menjadi pertikaian banyak pihak ekoran didakwa melangkaui bidang kuasa menteri berkaitan yang hanya menjadi peserta rombongan.
Turut dipertikaikan, duit rakyat yang digunakan untuk menanggung kos lawatan tersebut di saat rakyat berdepan pelbagai tekanan ekonomi.
Nazri memberitahu, di Riyadh, Rosmah dijemput menyampaikan ucaptama di Seminar Antarabangsa Pertama, mengenai Pengurusan Kualiti Pendidikan K-12, atas jemputan Timbalan Menteri Pelajaran Arab Saudi.
Di Muscat pula, Rosmah diundang daripada Menteri Pembangunan Sosial Oman manakala di Dhaka, isteri perdana menteri itu diundang Madam Cherie Blair, Penaung Asian University for Women dan menyampaikan ucaptama di Simposium Memikirkan Masa Hadapan Asia.
Berhubung isu jabatan First Lady of Malaysia (FLOM) yang sebelum ini dimuatkan dalam web Pejabat Perdana Menteri pula, Nazri berkata ianya dibuang kerana menimbulkan kekeliruan.
Jabatan itu kini kata Nazri sedang dalam proses penyelenggaraan.
Ulasan: Tiada pegawai khas tetapi ada pegawai kerajaan yang kena membantunya. Ingatkan BN/UMNO yang membayar gajinya. Beginilah BN/UMNO menghabiskan wang rakyat.