SHAH ALAM 9 Mac - Pihak berkuasa agama di negeri ini digesa menyiasat serta mengambil tindakan terhadap penerbitan sebuah iklan yang didakwa menghina dan cuba memesongkan akidah umat Islam.
Iklan yang disiarkan melalui risalah pengiklanan komuniti itu mempromosikan sebuah tokong di Sungai Tiang, Pendang, Kedah, dengan memaparkan testimoni seorang individu bernama Mohd. Razak Halin.
Dia yang dipercayai beragama Islam membeli iklan berkenaan atas tanda terima kasih kepada tokong itu kerana menyelesaikan masalah kemerosotan perniagaannya hasil bantuan seorang sami bernama 'Tok Lim'.
Berdasarkan testimoni itu, Mohd. Razak berkata, sami tersebut menilik nasibnya dan memberikan nombor ramalan yang akhirnya telah 'mengena'.
Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor, Abdullah Mansor (gambar) berkata, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) perlu mengambil tindakan tegas kerana iklan menerusi satu risalah yang diedarkan di sekitar Shah Alam dan Klang itu jelas satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.
''Iklan itu satu tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana mempersendakan umat Islam selain berniat memesongkan akidah mereka dengan perkara-perkara khurafat…
Ulasan: Bila kita ada masalah, berdoalah terus kepada Allah dan berusaha sewajarnya.
No comments:
Post a Comment