Tuesday, March 29, 2011

Taja tambang dianggap rasuah. Lagi?

Taja tambang dianggap rasuah

PUTRAJAYA 28 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi amaran kepada mana-mana kerajaan negeri dan parti politik bahawa mereka boleh disabitkan dengan jenayah rasuah jika didapati terlibat menaja tambang tiket penerbangan kepada penduduk Sarawak di Semenanjung untuk pulang mengundi.

Pengerusinya, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof (gambar) berkata, Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 jelas menyatakan perbuatan sedemikian suatu sogokan yang jika disabitkan kesalahan, pelakunya boleh dihukum penjara selama dua tahun dan denda tidak melebihi RM5,000.

Tegasnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kini bekerjasama rapat dengan SPR akan memantau kegiatan tersebut menjelang hari pengundian pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April depan…

Ulasan: Tajaan tambang saja? Bagaimana dengan projek segera? Bagimana dengan merasuah pengundi? Duit, gula, kain palikat sekadar contoh. Berani SPR dan SPRM kini?
 

No comments: