Tuesday, March 08, 2011

Waspada kapsul gelatin BABI

KUALA LUMPUR 7 Mac - Hanya 20 syarikat pengeluar produk makanan kesihatan tambahan dan 14 pengeluar ubat tradisional di negara ini mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, banyak pengeluar produk kesihatan yang terdapat di pasaran masih belum mengemukakan permohonan sijil halal kepada Jakim mahupun Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna Islam supaya menyemak dahulu tanda halal bagi produk-produk berkenaan dengan Jakim atau Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan sebelum menggunakannya.

"Selain itu, mereka juga perlu berwaspada terhadap produk kesihatan yang menggunakan kapsul gelatin kerana dibimbangi mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi," katanya pada sidang akhbar berkaitan isu pensijilan halal terhadap gelatin di sini hari ini.

Laporan akhbar Khamis lalu menyatakan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mendapati tiga daripada 15 sampel produk farmaseutikal tempatan menggunakan kapsul gelatin mengandungi DNA babi…

Ulasan: Mari kita gunakan ubat yang halal sahaja.




No comments: