Thursday, March 10, 2011

Saifuddin akan dedah MP PKR dibeli RM1.4 juta

Nazri Abdullah  

KUALA LUMPUR, 9 Mac: Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau akan mendedahkan satu persatu bukti yang diperolehinya berhubung seorang ahli parlimen (MP) parti itu yang melompat kerana dibeli.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang ketika ditemui di lobi parlimen hari ini berkata, beliau mempunyai maklumat lengkap berhubung perkara itu dan akan mendedahkan secara berperingkat.

"Kita akan dedah berperingkat-peringkat. Saya pun nak buat macam Datuk Seri Anwar dedah kes VK Lingam," katanya.

Semalam, beliau sewaktu mewakili Ketua Pembangkang membahaskan Titah Diraja, mendedahkan dua salinan cek masing-masing bernilai RM700,000 setiap satu yang didakwa dibayar kepada seorang ahli parlimen PKR untuk lompat parti.

Ditanya lanjut hari ini, beliau berkata cek pertama bertarikh 12 Januari 2010 beralamat di sebuah bank di Ipoh manakala cek kedua pula bertarikh sah laku pada 15 Mac 2011…

Ulasan: Hinanya bila pemimpin dapat di beli dengan wang atau dengan nikmat dunia.

No comments: