Tuesday, March 08, 2011

Penunjuk perasaan depan KDN Mesir diserang

KAHERAH 7 Mac – Kira-kira 200 lelaki berpakaian biasa yang bersenjatakan pisau, pedang dan bom petrol menyerang penunjuk perasaan di Kaherah malam tadi semasa demonstrasi untuk menuntut pembaharuan terhadap perkhidmatan keselamatan yang dianggap sentiasa melanggar hak asasi manusia.

Kumpulan itu menyerang penunjuk perasaan semasa demonstrasi di ibu pejabat agensi keselamatan Mesir, dipercayai kali pertama lelaki bersenjata yang berpakaian biasa dikerahkan untuk menyuraikan aktivis pembaharuan di tengah Kaherah sejak Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai Presiden.

Insiden malam tadi yang menyebabkan 15 orang cedera tidak ubah seperti serangan ke atas penunjuk perasaan di Dataran Tahrir oleh kumpulan lelaki yang mengaku setia kepada Mubarak semasa pemberontakan 18 hari yang membawa kepada penyingkiran beliau.

Sejak pengunduran Mubarak pada 11 Februari lalu, aktivis mendesak supaya pembaharuan lebih luas dilaksanakan, termasuk rombakan besar-besaran terhadap pasukan polis.

Askar Mesir yang terus berkawal sejak pemberontakan meletus telah melepaskan tembakan ke udara untuk menyuraikan penunjuk perasaan, yang melarikan diri tetapi diserang oleh kumpulan lelaki yang mereka gambarkan sebagai samseng…

Ulasan: Mesir Baru atau Mesir Lama? Yang lama tidak suka yang baru.

No comments: