KUALA LUMPUR 9 Mac - Pihak yang sering mengkritik pembelian aset-aset pertahanan negara dicabar supaya melihat sendiri kecanggihan peralatan itu pada setiap pameran yang diadakan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mahupun cabang-cabang perkhidmatan di bawahnya untuk memahami fungsi-fungsinya.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dengan berbuat demikian mereka akan menyedari bahawa ia bukan satu pembaziran sebaliknya sebagai persediaan menghadapi apa jua bentuk ancaman.
"Kita bukan mahu bangga, tunjuk riak dan takbur tapi kita mahu beritahu kepada mereka yang hanya tahu menulis dan bercakap mengenai kelemahan kita tanpa melihat kekuatan kita adalah untuk negara.
"Jadi, saya ingin cabar mereka supaya melihat aset kita ketika dipamerkan, bukan 'merobek-robek' rahsia dan mendedahkan kepada pihak luar yang sememangnya tidak pernah senang dengan kita," katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan di sini hari ini…
Ulasan: Senjata kepunyaan ATM bukan dibeli untuk pameran kepada rakyat. Semak ketepatan spesifikasinya dan harganya. Kenapa perlu pihak tertentu yang dapat komisyen dalam pembeliaan semua senjata? Sedih mengenangkan Pulau Batu Puteh terlepas TANPA sebutir peluru keluar dari senjata milik ATM. Demikianlah semangat mempertahankan tanahair oleh kerajaan UMNO.
No comments:
Post a Comment