Tuesday, March 22, 2011

Paderi Wayne Sapp bakar al-Quran

GAINESVILLE, Florida 21 Mac - Satu naskhah al-Quran dibakar di sebuah gereja kecil di Florida semalam selepas kitab suci Islam itu didakwa 'bersalah' atas kesalahan jenayah.

Dalam kejadian itu, paderi Wayne Sapp membakar al-Quran tersebut sebagai 'hukuman' apabila kitab suci itu 'disabit kesalahan' atas pertuduhan jenayah selepas satu 'perbicaraan' diadakan.

Kejadian tersebut disaksikan paderi kontroversi Terry Jones, yang sebelum ini dikecam berhubung hasratnya membakar al-Quran semasa ulang tahun serangan 11 September 2001…

Ulasan: Apakah fikiran manusia sudah hebat sehingga menghukum Kitab Allah? Al-Quran sebenarnya mengangkat manusia ke martabat tertinggi kerana tidak berminat  melakukan jenayah sewaktu hidup di dunia. Al-Quran bukan hanya untuk dibaca, dilagukan, dihafazkan tetapi untuk diamalkan dalam kehidupan seharian kerana akhlak Rasulullah SAW ialah al-Quran. Doakan mereka yang menghina al-Quran supaya Allah memberikan hidayah kepada mereka atau zuriat mereka. 

No comments: