Thursday, June 30, 2011

3 agensi atasi pengundi hantu

PUTRAJAYA: Isu ‘pengundi hantu’ dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) seperti yang didakwa sesetengah pihak terutama pembangkang akan berakhir apabila Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mewujudkan perkongsian sistem maklumat dengan suruhanjaya berkenaan dan polis….

Ulasan: Maknanya betul seperti didakwa oleh pembangkang. Menunjukkan betapa ada pihak menjadi cemas sebelum perhimpunan aman 9/7/2011 pun. 


Tak wajar A Samad sertai perhimpunan?

KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara (SN), Datuk Dr A Samad Said, tidak sepatutnya menggunakan anugerah yang diterima untuk memecah-belahkan rakyat di negara ini dengan menyokong perhimpunan haram BERSIH pada 9 Julai ini. 

SN Ke-11, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah, berkata tindakan A Samad itu tidak wajar memandangkan pihak yang menganjurkan perhimpunan haram terbabit adalah di kalangan pemimpin yang sering menimbulkan huru-hara di negara ini. 

“Beliau sepatutnya menggunakan anugerah yang dimiliki itu untuk menyatukan rakyat di negara ini memandangkan masyarakat kini berpecah-belah.

“Perpecahan ini jika berterusan akan memberi peluang kepada golongan yang mengambil kesempatan dan kuasa luar campur tangan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ulasan: Bersatu melihat depan mata kita pilihanraya yang jadi tidak berapa BERSIH dan tidak berapa ADIL? Jadilah rakyat yang berjiwa merdeka.


Haram pakai baju-T BERSIH?

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan mereka yang memakai baju-T tertera perkataan BERSIH ditahan kerana ada kaitan dengan perancangan mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini yang tidak mendapat permit polis. 

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata ia selaras tanggungjawab polis untuk menjaga ketenteraman awam dan tidak memilih bulu sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang…

Ulasan: Keputusan mahkamah?

Siasat aktiviti aliran wang haram Anwar kalau betul...

Siasat aktiviti aliran wang haram Anwar

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bebas Padang Serai, N Gobalakrishnan meminta Kementerian Kewangan menyiasat pembabitan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam aktiviti pengubahan dan pengaliran wang haram yang didakwanya bernilai RM888 bilion….

Ulasan: Sila siasat cepat dakwaan ini. Yang menuduh sewajarnya bawa bukti. Sesiapa yang berani buat jenayah berani mesti berani tanggung risiko hukuman. Kerana rakyat masih sukakan pemimpin yang BERSIH & ADIL. Dan masih tidak sukakan pemimpin yang KOTOR dan ZALIM.

Andai Sultan Alauddin Riayat Shah Melaka memerintah negara kita...

Andai Sultan Melaka memerintah
(diterbit di Sinar Harian, 24 Mei 2011)

Menyingkap kembali sejarah saya tertanya apakah mungkin budaya politik negara dan nasib rakyat dibawah pemerintahan seorang raja yang mulia lagi beriman dan budiman?

Sekiranya Sultan Melaka memerintah, mungkinkah rasuah dibenarkan sehingga sebuah istana yang bermula dengan kos RM400 juta dijangka melebihi RM1 bilion? Apa pula dengan ketirisan ekonomi berjumlah RM28 bilion setahun berterusan sehingga hanya kelompok elit yang bertambah kaya manakala rakyat jelata terus melata berkais pagi makan pagi?

Kalau Sultan Melaka memerintah, mungkinkah Laksamana angkatan laut akan membeli kelengkapan perang, termasuk kapal yang mampu timbul atau yang sengaja tenggelam dengan harga berpatutan tanpa komisen beratus juta ringgit kepada seorang baginda yang hanya pada nama dan bukan pada takhta? Bagaimana pula dengan perbelanjaan lain negara, adakah ia secara berhemah dan bijaksana atau boros membazir tanpa penghujung? Adakah jalan keretapi akan dibina dengan harga berlipat ganda dari biasa ibarat landasan bersalut emas?

Sekiranya Sultan Melaka memerintah, adakah hulubalang dan pahlawan penjaga keamanan akan mempertahankan rakyat atau menangkap lalu dikurung dan dipukul rakyat jelata tanpa sebab dan bicara kerana memelihara kepentingan puak tertentu. Janganlah penjaga aman cepat menahan reman rakyat yang mungkin di’Kugankan’ atau di’Aminulrasyidkan’ atau di’Beng Hockan’ atau di’Sarbanikan’ tanpa saksi, warna kulit, umur dan hayat. Adakah begitu murah dijual janji ikrar sumpah pahlawan untuk beberapa keping emas atau kepingan timah tanda gelaran disemat di dada baju?

Kalau Sultan Melaka memerintah, adakah rakyat dibiarkan menanggung beban hidup melampau tanpa subsidi hasil khazanah negara yang sememangnya mencukupi jika tidak diboroskan atau dikalihkan untuk projek-projek mewah maha membazir? Harga barang naik termasuk gula melaka tetapi subsidi korporat besar dikurangkan dengan begitu perlahan sehinggakan sang siput dinobatkan juara pertandingan lari merentas desa?

Kalau Sultan Melaka memerintah, adakah tanah jajahan Pulau Batu Putih, Blok L dan M atau sumber air mentah diserahkan tanpa sebarang suara pahlawan berteriak marah atau keris keramat dihunus berani melainkan di perhimpunan agung para lanun buat tontonan dicermin sendiri?

Sekiranya Sultan Melaka memerintah, adakah tata susila bangsa dan agama yang mencerminkan nilai-nilai murni sejagat menjadi pencorak budaya dan amalan rakyat?

Adakah baginda sanggup melihat martabat qazaf direndahkan dengan hanya lafaz sumpah buat selindung fitnah mengorbankan syariah akibat kerenah tiga sekawan yang buta hukum tetapi celik konspirasi berbayar demi mengaut untung sementara duniawai tetapi mengecap kerugian kekal ukhrawi?

Adakah baginda akan berjuang memperkasakan perlembagaan mensejahterakan rakyat atau berdiam saja apabila lanun politik memperkosakan janji kemerdekaan hak rakyat? Di manakah Sultan Melaka atau pemerintah Melayu yang akan membela rakyat secara jujur?

Itulah dia seribu kemungkinan perjalanan sejarah yang menjadi tanda tanya kerana tidak lama lagi kita rakyat semua dapat membuat pilihan menentukan masa depan negara dan mencorak sejarah kita sendiri yang lebih baik, lebih makmur dan lebih saksama di peti undi, itupun kalau tidak dirompak lanun politik.

Marilah kita belajar dari sejarah untuk mencipta sejarah lebih gemilang kerana sudah tiba masanya kita laksanakan reformasi politik secara berkesan dan menyeluruh.

http://www.nurulizzah.com/site/2011/05/24/andai-sultan-melaka-memerintah/

Wednesday, June 29, 2011

Life Line 4 Gaza serah memorandum bantahan kepada Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR, 28 Jun - Ahli Jawatankuasa Life Line 4 Gaza (LL4G) hari ini menyerahkan memorandum bantahan ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi mengutuk kenyataan Setiausaha Negara itu, Hillary Clinton yang menyifatkan misi kemanusiaan oleh aktivis pro-Palestin sebagai tindakan provokasi terhadap Israel.

Setiausaha Pengurusan Krisis LL4G, Hishamuddin Hashim berkata, memorandum itu antara lain turut membantah tindakan Hillary yang seolah-olah memberi 'lampu hijau' kepada rejim Zionis untuk mengenakan tindakan ketenteraan dan mengancam keselamatan sekumpulan 600 sukarelawan atas alasan 'mempertahankan diri'.

"Ini merupakan tindakan yang tidak boleh diterima akal memandangkan ia adalah misi kemanusiaan kepada rakyat Gaza yang tertindas. 

"Oleh itu, saya menyeru agar semua rakyat Malaysia menyatakan sokongan terhadap wakil-wakil flotila khususnya sepuluh sukarelawan negara yang telah berlayar ke Gaza untuk menghantar bantuan," katanya di sini hari ini.

Memorandum bantahan itu diserahkan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat, Leeds Timothy pada kira-kira pukul 2.30 petang…

Ulasan: Bantulah rakyat Palestin yang tertindas kerana mereka telah didera lagi, lagi dan lagi sejak 1948 oleh penjajah Israel.

Hinanya kita: 70 peratus syarikat ada sijil halal milik bukan bumiputera

70 peratus syarikat ada sijil halal milik bukan bumiputera

PUTRAJAYA 28 Jun - Syarikat bumiputera perlu menggandakan usaha untuk memohon sijil halal memandangkan 70 peratus daripada syarikat yang memiliki pengiktirafan tersebut adalah milik bukan bumiputera.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) berkata, kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menunjukkan daripada 4,787 syarikat yang mempunyai sijil halal, hanya 1,436 atau 30 peratus merupakan syarikat bumiputera…

Ulasan: Kita jadi hina di negara sendiri walaupun setiap bulan kita membawa balik wang berjuta-juta, apabila kita meremehkan fardhu kifayah. Kita patut mencebur diri menjadi usahawan yang membekal kita dengan makanan kita. Kenapa pula kita bergantung kepada orang lain yang tak kisah halal haram? Anak-anak kita sewajarnya kita berikan galakan supaya menjadi usahawan Muslim. 

PSM: Kewujudan unsur luar disiasat

KUALA LUMPUR 28 Jun - Polis menyiasat sekiranya wujud pembabitan unsur luar dalam Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dipercayai cuba menghidupkan semula fahaman komunis di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, ini berdasarkan penemuan bahan bukti termasuk baju T berunsurkan komunisme selain individu tertentu yang menjadi ikon kumpulan tersebut…

Ulasan: Eloklah polis menjalankan siasatan dengan profesional kerana polis kita bukanlah alat mudah kerajaan untuk menakut-nakutkan parti pembangkang yang sah. Di mana-mana pun dalam dunia, orang muda menganggap Ce Guevara sebagai simbol pejuang kebebasan rakyat. Bukan suka dengan fahaman Marxistnya.

Penyokong Kotor ditahan?

85 penyokong Bersih ditahan

KUALA LUMPUR 28 Jun – Seorang Senator dan dua warga asing antara 85 individu yang ditahan kerana didapati menjalankan aktiviti mempromosi perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2 di seluruh negara sejak Jumaat lalu…

Ulasan: Yang pentingnya apakah salah mengikut mahkamah. Penyokong KOTOR dan & ZALIM lepas?

Mubarak ikrar bantu BN

KUALA LUMPUR 28 Jun - Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) berjanji memberikan sokongan penuh dan memainkan peranan bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang. 

Presidennya, Datuk Seri Abdul Aziz Rahman (gambar) berkata, sokongan itu telah pun dilafazkan melalui ikrar yang dibuat ahli-ahlinya pada Mesyuarat Agung Mubarak di Sabah 6 Mei lalu dan disampaikan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak pada perjumpaan Ahli Majlis Tertinggi Mubarak dengan Perdana Menteri di bangunan Parlimen hari ini…

Ulasan: Eloknya kita memastikan kebenaran menang bila-bila masa pun.

Najib ajak umat Islam hayati Israk Mikraj

KUALA LUMPUR 28 Jun - Umat Islam diseru menghayati dan menginsafi peristiwa Israk Mikraj yang terkandung di dalamnya pelbagai pengajaran khususnya berkaitan dengan pelaksanaan ibadat solat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ibadat solat mesti dititikberatkan sebagai wahana membentuk keunggulan peribadi Muslim dan tonggak kekuatan umat Islam…

Ulasan: Dirikan solat dan bawalah sifat solat di luar solat kita. Iaitu mentaati Allah walaupun di mana-mana.

Lebih 1,000 penternak bakal hilang kerja

SYDNEY 28 Jun - Penternak Australia hari ini memberi amaran bahawa lebih 1,000 pekerja akan hilang pekerjaan jika langkah mengharamkan eksport lembu hidup ke Indonesia diteruskan.

Perdana Menteri Australia, Julia Gillard mengarahkan pengharaman tersebut pada 8 Jun lalu selepas satu program berita mendedahkan lembu dari Australia disembelih secara tidak berperikemanusiaan di beberapa rumah penyembelihan di Indonesia…

Ulasan: Duit kita, ikut kita. Penyembelihan ikut cara Islam itulah yang terbaik.

Konvoi kapal ke Gaza 'disabotaj oleh penyelam'

Aktivis berkata ada percubaan untuk memecahkan sekatan Israel di Gaza. Sebuah kapal Sweden, Juliano telah rosak di pelabuhan Yunani bila terdapat tanda penyelam telah memusnahkan kipas dan memotong batang kipasnya pada hari Isnin...

Ulasan: Kebenaran adalah kekuatan kita.

Tuesday, June 28, 2011

Rahsia Isa berusia 110 tahun

KUALA KRAU 27 Jun - Seorang warga emas berusia 110 tahun dari Kampung Gong Halt, di sini hanya mengamalkan membaca empat surah lazim sebagai rahsia umur panjang dan kesihatan yang baik.

Isa Dollah memberitahu, dia tidak mempunyai petua atau rahsia lain selain mengamalkan bacaan surah al-Fatihah, al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas yang diamalkannya sejak muda hingga kini.

Dia juga tidak ada pantang dalam pemakanan sebaliknya menikmati semua jenis makanan yang digemarinya.

"Saya bersyukur kerana Allah memberikan saya usia panjang untuk terus melaksanakan ibadat.

"Saya tidak ada rahsia atau petua melainkan yakin dengan kelebihan yang dianugerahi Allah dalam surah al-Fatihah itu yang merupakan ibu kepada al-Quran," katanya.

Isa yang mempunyai lima anak berkata, setiap kali selepas solat, dia akan membaca surah-surah itu dan menjadikannya zikir sepanjang hari.

Selain surah-surah itu, dia juga menggalakkan umat Islam membaca al-Quran setiap hari dan memohon kepada Allah kesihatan, kemurahan rezeki dan usia yang panjang.

"Saya bersyukur kerana dalam usia sebegini saya mampu melihat cucu-cucu saya membesar di depan mata. Walaupun saya sudah tidak berdaya untuk berkerja keras seperti zaman muda namun saya bersyukur dengan rezeki dan anugerah Allah kepada diri saya.

"Ini bermakna saya merupakan insan paling tua di kampung ini," katanya sambil bergurau dan tersenyum lebar.

Ulasan: Alhamdulillah.

Bakal hancurkan industri pelancongan

KUALA LUMPUR 27 Jun - Tindakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang merancang untuk mengadakan himpunan haram pada 9 Julai ini boleh mengundang kehancuran kepada industri pelancongan negara.

Presiden Persatuan Penulis Pelancongan (TRAM), Azlie Halim berkata, himpunan haram itu dilihat bakal memberikan implikasi negatif terhadap industri pelancongan sekali gus membantutkan perkembangan sektor tersebut…

Ulasan: Apakah mungkin Malaysia akan jadi sebuah negara MAJU tetapi pilihanrayanya TAK BERSIH dan TAK ADIL?

Bila Melayu bergaduh, titik permulaan kehancuran negara

KUCHING 27 Jun - Perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini jika diteruskan dikhuatiri menjadi medan perpecahan sesama orang Melayu yang terbesar dalam sejarah negara…

Ulasan: Biarlah kita bersatu dalam kebenaran saja.

SPR anggap tuntutan Bersih 'pelik'?

SPR anggap tuntutan Bersih 'pelik' 

PUTRAJAYA 27 Jun - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2 sebagai 'pelik' dalam usaha mewujudkan sistem pilihan raya yang adil di negara ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, ini kerana empat daripadanya bukan dalam bidang kuasa SPR, satu melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan manakala tiga lagi adalah antara usaha penambahbaikan yang sering dilakukan suruhanjaya itu.

''Bila saya baca dalam lapan tuntutan itu, ada sikit lain dan juga melibatkan kuasa kementerian lain. Saya juga menganggap perhimpunan pada 9 Julai ini tidak hanya kerana SPR sahaja," katanya dalam pertemuan dengan 10 blogger tempatan di sini, hari ini.

Lapan tuntutan Bersih 2 meliputi antaranya desakan supaya membersihkan senarai pengundi, memperbaharui sistem undi pos, penggunaan dakwat kekal, tempoh berkempen minimum 21 hari, akses media yang adil dan telus dan memperkukuhkan institusi awam…

Ulasan: Biarlah rakyat membetulkan pilihanraya negara kita dengan perhimpunan aman 9/7/2011.

Agenda tersirat Bersih?

Agenda tersirat Bersih
PUTRAJAYA 27 Jun - Kementerian Dalam Negeri (KDN) percaya terdapat agenda tersirat di sebalik perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang kononnya berkisar kepada perhimpunan aman berkaitan pilihan raya umum.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, agenda tersebut mungkin tidak dapat dilihat secara jelas untuk dikaitkan dengan perkara-perkara yang dikhuatiri boleh menghuru-harakan negara…

Ulasan: Siapa pun boleh tuduh apa-apa tapi perlu ada bukti kukuh di mahkamah di dunia dan di akhirat nanti. 

Lebih ramai orang muda diberi tempat dalam pimpinan kerajaan

KUALA LUMPUR 27 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, lebih ramai muka baru dalam kalangan orang muda akan diberi tempat dalam pimpinan kerajaan jika Barisan Nasional (BN) terus mendapat mandat pada pilihan raya umum nanti.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan pimpinannya ketika ini sangat memerlukan suara orang muda untuk terus bersama-sama dengan kerajaan….

Ulasan: Sila masuk BN/UMNO sekiranya sudah anda berkerat rotan berpatah arang meninggalkan idealisme orang muda seluruh dunia iaitu menuntut kebebasan, ketelusan dan keadilan tanpa upah. Memang permaidani merah BN sedia menunggu anda tapi anda akan menyesal meninggalkan perjuangan dikemudian hari. 

Perhimpunan Bersih tetap diteruskan

Perhimpunan Bersih tetap diteruskan - Ambiga

KUALA LUMPUR 27 Jun - Perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2 tetap akan diadakan pada 9 Julai ini walaupun Pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan telah dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini hari ini.

Ambiga berkata, Bersih tidak akan menukar pendiriannya untuk menganjurkan perhimpunan haram itu di sini meskipun dihalang pihak berkuasa dan pihak lain.

Menurutnya yang juga bekas Presiden Majlis Peguam, beliau tidak terkejut dengan laporan polis yang mencecah lebih 1,500 daripada pelbagai pihak yang mahukan polis menghalang Bersih.

"Perhimpunan Bersih akan diteruskan juga kerana kami tahu polis tidak akan mengeluarkan permit kerana ia hanya demonstrasi aman untuk menuntut demokrasi.

"Kehadiran dua kumpulan lain iaitu Pemuda UMNO dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak mengugat hasrat kami itu dan mereka boleh bersama kami jika mahu," katanya kepada pemberita selepas selesai memberi keterangan kepada polis di IPD Dang Wangi di sini hari ini.

Ambiga dan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dipanggil polis untuk direkod keterangan mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967 kerana cuba mengadakan perhimpunan haram dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Mengulas mengenai penahanan 31 penyokong Bersih di Pulau Pinang yang cuba menghidupkan semula fahaman komunis bagi menjatuhkan kerajaan kelmarin, Ambiga mengecam tindakan polis itu.

Menurutnya, Seksyen 122 Kanun Keseksaan telah lama diguna pakai dan tidak relevan untuk digunakan ketika ini.

"Kerajaan tidak sepatutnya mengambil tindakan terhadap 31 orang itu kerana kisah komunis adalah cerita lama dan tidak difikirkan lagi ketika ini.

"Mereka adalah rakyat negara ini dan berhak bertindak demikian. Bersih juga tidak akan menghalang mereka hadir pada perhimpunan itu," jelasnya.

Sementara itu, A. Samad Said memberitahu, beliau enggan berfikir mengenai orang Melayu sahaja ketika ini kerana perlu berjuang menuntut demokrasi untuk semua.

"Kita perlu fikir tentang kaum lain juga iaitu Cina dan India kerana mereka juga rakyat negara ini," kata pejuang Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang menentang pengenalan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah.

Ulasan: Nampaklah keikhlasan anak 1Malaysia untuk berdemonstrasi aman demi menuntut demokrasi negara tercinta.  

Flotila antarabangsa ke Gaza berlayar dari Creta

ATHENS 28 Jun – Aktivis pro-Palestin dari 22 negara merancang untuk memulakan pelayaran flotila antarabangsa ke Gaza dari perairan Creta pada Khamis atau Jumaat ini.

Menurut seorang daripada penganjur di Greece, Vaguelis Pissias, sembilan atau 10 kapal akan bertemu di Teluk Libya pada Khamis atau Jumaat ini.

“Kami berharap pihak berkuasa Greece tidak menghalang kami daripada berlayar walaupun menerima tekanan daripada Israel dan beberapa negara lain,” katanya. – AFP

Ulasan: Kita pun sewajarnya tidak jemu-jemu membantu rakyat Palestin SELAGI penjajah Israel tidak jemu-jemu mendera rakyat sejak 1948. Jom bantu mereka.

ICC isu waran tangkapan Gaddafi

Mahkamah Jenayah Antarabangsa telah mengeluarkan waran tangkap terhadap pemimpin Libya Muammar Gaddafi, anak lelakinya dan ketua perisiknya, atas dakwaan jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan terhadap musuh-musuh politiknya...

Ulasan: Tapi pemimpin negara biasanya takut pergi mahkamah walaupun dalam negaranya.

Bersih 2.0: Jangan sampai rakyat benci polis

Harakahdaily  

KUALA LUMPUR, 28 Jun: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) mengingatkan polis bahawa tindakan mereka kebelakangan ini yang menangkap orang yang memakai baju Bersih 2.0 sewenang-wenangnya akan menyebabkan ketidakpuasan hati rakyat, yang asalkan tertumpu pada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertukar kepada pihak polis.

“Tindakan polis kebelakangan ini akan menyebabkan rakyat yang asalnya tidak berpuas hati dengan SPR bertukar kepada polis,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya hari ini.

Beliau turut mengecam tangkapan polis terhadap aktivitis yang memakai atau menjual baju Bersih 2.0 sebagai satu yang amat bertentangan dengan hak asasi manusia dan nilai undang-undang.

“Tindakan menangkap mereka yang memakai baju Bersih atau menjual baju Bersih adalah nyata bertentangan dengan peraturan dan undang-undang.

 “Atas alasan apa mereka ditangkap dan peruntukan mana yang digunakan (untuk menangkap mereka)?” soal beliau.

Kebelakangan ini, Bersih 2.0 bukan saja tidak diberi ruang bernafas oleh para pemimpin Umno BN yang tidak berhenti-henti mengecam perhimpunan pada 9 Julai ini.

Malah, katanya pihak polis sudah turut serta untuk menghalang perhimpunan Bersih 2.0 daripada berlaku dengan melancarkan gerakan di seluruh negara bagi menghalang badan pemantau pilihanraya itu daripada mempromosi perhimpunannya.

Sehingga kini, 81 orang telah ditahan polis dan jumlahnya dijangka meningkat ketika Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) memperhebatkan lagi kempennya dalam tempoh dua minggu sebelum perhimpunan.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mengingatkan polis bahawa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini bukan perhimpunan untuk menentang polis, tetapi untuk membaiki sistem pilihan raya.

Polis, kata beliau seharusnya melaksanakan tugas dengan adil dan saksama kepada semua rakyat…

Ulasan: Tugas dan  tanggungjawab asas polis ialah untuk menjaga keamanan dan keselamatan negara dalam membanteras jenayah danjuga menjaga keselamatan rakyat. Dan mempertahankan pilihanraya yang bersih dan adil. Bukan mempertahankan pilihanraya yang tidak bersih dan tidak adil.

Potong bayaran kapasiti IPP atau tamatkan PPA

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Kerajaan BN dicadang melaksanakan pemotongan bayaran kapasiti untuk penjana kuasa bebas (IPP) mulai tahun 2012, dengan memperkenalkan bayaran kapasiti baru yang merangkumi kos operasi diaudit, laporan kejuruteraan dan keuntungan yang dikawalselia sahaja.

Proses tersebut perlu dilaksanakan dengan telus dan jika Penjana Bebas bersetuju dengan cadangan itu, pelanjutan operasi boleh diberikan secara rejim pelesenan sahaja iaitu tiada lagi PPA.

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer) yang membuat cadangan itu menegaskan, jika Penjana Bebas enggan bersetuju dengan model itu, kerajaan patut menamatkan PPA apabila tiba masanya.

Presidennya, S Piarapakaran berkata, tetapi untuk menamatkan PPA, Kerajaan Persekutuan mesti melaksanakan tiga tindakan terlebih dahulu.

Menurut beliau, tindakan pertama yang perlu dilakukan oleh kerajaan dengan membuka bidaan kompetitif (competitive bidding) mulai sekarang, memandangkan kita masih mempunyai masa yang mencukupi untuk membina loji penjanaan tenaga yang baru.

Katanya, langkah kedua, Penjana Bebas yang menolak cadangan potongan bayaran kapasiti tidak boleh dibenarkan, sebaliknya mesti disenarai hitamkan, untuk membuat bidaan untuk mana-mana projek penjanaan yang baru selepas ini.

"Langkah ketiga, senarai hitam itu juga patut dipanjangkan kepada pemegang-pemegang saham dan ahli-ahli lembaga pengarah daripada Penjana Bebas, anak syarikat serta syarikat induk Penjana Bebas tersebut.

"Tiada pemegang saham dan ahli lembaga pengarah ini dibenarkan untuk terlibat dalam bidaan projek penjanaan baru melalui sebarang syarikat baru atau entiti tertentu," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Langkah tersebut, menurut beliau, perlu dilakukan oleh kerajaan kerana industri elektrik tidak sesuai diuruskan oleh syarikat-syarikat yang hanya mementingkan keuntungan sahaja dan sanggup menggadai kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara yang kita cintai ini.

Katanya, Kerajaan Persekutuan mesti berkeras untuk melindungi kepentingan rakyat dan pembangunan negara.

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer) telah melaksanakan konsultasi dengan pihak-pihak berkepentingan dan penyelidikan mengenai industri elektrik negara dalam masa 6 bulan yang lepas.

Awer telah menerbitkan sebuah laporan bertajuk ‘Survival: The Future of Our National Electricity Industry’ dan memuatkan hasil kajian, cadangan dan jalan penyelesaiannya mengenai industri itu.

Laporan tersebut akan dihantar oleh Awer kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Suruhanjaya Tenaga, Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan semua ahli-ahli Parlimen.

Salinan laporan (dalam Bahasa Inggeris) itu juga boleh dimuat turun daripada laman web Awer, www.awer.org.my. untuk rujukan semua pihak…..

Monday, June 27, 2011

Kerajaan tidak tolak kemungkinan guna ISA

HULU SELANGOR 26 Jun - Kerajaan tidak menolak kemungkinan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram Bersih jika ia benar-benar didapati menggugat keselamatan awam dan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun berkata, penggunaan akta tersebut buat masa ini masih belum diperlukan memandangkan pemantauan terhadap matlamat sebenar perhimpunan itu sedang dilakukan pihak berkuasa…

Ulasan: ISA untuk KOTOR & ZALIM?

Batalkan jika tidak mahu 'perang' ?"

Batalkan jika tidak mahu 'perang' - Omardin
KUALA LUMPUR 26 Jun - Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) memberi amaran kepada penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) supaya membatalkan hasratnya itu jika tidak mahu 'berperang' dengan pengamal seni silat di negara ini.

Mahagurunya, Tan Sri Omardin Mauju berkata, adalah menjadi tanggungjawab pengamal seni silat untuk mempertahankan negara sejak zaman pemerintahan kerajaan Melaka lagi dan mereka tidak akan teragak-agak untuk bertindak keras ke atas golongan yang cuba menimbulkan kekacauan serta huru-hara…

Ulasan: Jangan sekali-kali membela kezaliman. Gunakan ilmu yang ada untuk pertahankan kebersihan dan keadilan. 


Cabar jadi ‘anak jantan’

KUALA LUMPUR 26 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar pihak pembangkang supaya bertindak berani seperti ‘anak jantan’ dengan menghadapi proses pilihan raya bagi membuktikan penerimaan sokongan rakyat terhadap mereka.

Perdana Menteri menegaskan, tindakan pembangkang yang berada di belakang perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini adalah satu perbuatan pengecut dalam usaha mereka mendapatkan kuasa melalui keadaan huru-hara….

Ulasan: BN/UMNO pun perlu jadi jantan juga dengan memastikan pilihanraya negara menjadi BERSIH & ADIL. Polis dialu-alukan menjaga keselamatan rakyat. Dan peserta Perhimpunan Aman Walk for Democracy 9/7/2011 anjuran BERSIH di LARANG BAWA SENJATA. Sila ambil foto sesiapa saja yang membuat provokasi sebagai bukti di mahkamah.

Benarkan perhimpunan Bersih - Suhakam

Harakahdaily  

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang dibentuk oleh kerajaan sendiri menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman Bersih 2.0 yang dirancang 9 Julai ini.

Bagi Suhakam, orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman, sepertimana yang termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Semikian kata Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataannya di tengah-tengah usaha yang dibuat oleh Umno dan alat-alatnya untuk membatalkan perhimpunan itu.

Antaranya adalah dengan berusaha agar perhimpunan itu menjadi kecoh dengan cara menganjurkan perhimpunan serentak serta membuat provokosi melalui badan-badan bukan kerajaan termasuk persatuan silat dan bela diri.

Usaha pihak-pihak yang menyokong perhimpunan Bersih 2.0 juga mendapat tentangan hebat dari polis sehingga mereka yang memakai baju T Bersih juga ditangkap dan disifatkan sebagai satu kesalahan.

Penganjuran majlis pra perhimpunan Bersih juga disekat oleh polis dengan ramai antara mereka ditangkap dan dikaitkan dengan kesalahan yang bukan-bukan termasuk cuba menghidupkan ideologi komunis yang sudah lama berkubur.

Berikut adalah kenyataan penuh dari Hasmy Agam:

"Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) merujuk kepada perhimpunan aman yang dirancang oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang bakal diadakan pada 9 Julai 2011, dan juga perhimpunan-perhimpunan yang dilaporkan dirancang oleh Pemuda UMNO dan Perkasa, dan mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman, sepertimana yang termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

"Suruhanjaya mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada Kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun, seperti yang terkandung dalam, antara lain, Laporan Tahunannya kepada Parlimen, serta permintaan bagi pemansuhan sub-seksyen (2), (2A) - (2D), (4), (4A), (5), (5A) - (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967, dan mengesyorkan agar pihak Polis menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ianya perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan.

"Suruhanjaya menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman tersebut dijalankan, dan kepada pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab. Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu sewajarnya. "

Ulasan: Terima kasih SUHAKAM kerana memberi sebab kenapa perhimpunan aman diperlukan. 

Hidupkan fahaman komunis usaha rampas kuasa

KUALA LUMPUR 27 Jun – Cubaan pembangkang untuk kembali menghidupkan fahaman dan amalan komunis di negara ini adalah perbuatan terancang bagi merampas kuasa secara haram dengan cara menghuru-harakan pemikiran rakyat.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, adalah jelas pihak yang didakwa mempunyai kaitan dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu merasakan mereka tidak mempunyai jalan untuk memerintah lalu memilih merosakkan keamanan negara demi berkuasa….

Ulasan: Sememangnya kita menolak pemahaman komunis. Langsung hal ini tiada kena mengena dengan perhimpunan aman untuk menuntut pilihanraya negara dimasa depan menjadi BERSIH & ADIL. Hanya rakyat yang boleh berfikir akan memahami perhimpunan aman yang diizinkan oleh perlembagaan itu sengaja akan dikambinghitamkan oleh pihak yang mengambil manfaat.

Usaha hidupkan komunis


Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
muin.sapidin@utusan.com.my


KECEKAPAN Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya membongkar sekali gus membanteras kegiatan antikerajaan yang dipercayai melibatkan sebuah parti pembangkang lengkap dengan bukti risalah dan pakaian prokomunis diperoleh selepas tangkapan ke atas mereka di Pulau Pinang, kelmarin.


KEPALA BATAS 26 Jun – Polis mengesan gerakan terancang pihak tertentu didakwa cuba menghidupkan semula fahaman komunis bagi tujuan menjatuhkan kerajaan melalui perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini…

Jangan biarkan golongan kiri cabar institusi raja, Islam
KUALA LUMPUR 26 Jun – Tindakan golongan kiri yang sengaja mencabar dan mengelirukan persepsi rakyat terhadap institusi raja-raja dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara tidak wajar dibiarkan berlaku, apatah lagi memberi persepsi amalan raja berperlembagaan dikaitkan dengan istilah feudal yang negatif…

Amah Indonesia terlepas hukuman pancung

RIYADH 26 Jun - Seorang lagi amah Indonesia yang dijatuhi hukuman pancung kerana membunuh majikannya yang berasal dari Yemen pada 2009 di negara ini, terlepas hukuman itu selepas kerajaan Indonesia membayar 2 juta riyal (RM1.6 juta) wang pampasan kepada Arab Saudi.

Darsem binti Dawud dibebaskan selepas Kementerian Hal Ehwal Luar Indonesia menghantar wang tersebut kepada kedutaannya di Riyadh.

Menurut laporan media Indonesia hari ini, Darsem mendakwa majikannya sering cuba merogolnya dan dia terpaksa membunuh lelaki itu bagi mempertahankan diri.

Cabar jadi ‘anak jantan’.
KUALA LUMPUR 26 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar pihak pembangkang supaya bertindak berani seperti ‘anak jantan’ dengan menghadapi proses pilihan raya bagi membuktikan penerimaan sokongan rakyat terhadap mereka.

Perdana Menteri menegaskan, tindakan pembangkang yang berada di belakang perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini adalah satu perbuatan pengecut dalam usaha mereka mendapatkan kuasa melalui keadaan huru-hara….

Ulasan: BN/UMNO pun perlu jadi jantan juga dengan memastikan pilihanraya negara menjadi BERSIH & ADIL. Polis dialu-alukan menjaga keselamatan rakyat. Dan peserta Perhimpunan Aman Walk for Democracy 9/7/2011 anjuran BERSIH di LARANG BAWA SENJATA. Sila ambil foto sesiapa saja yang membuat provokasi sebagai bukti di mahkamah.

Kerajaan tidak tolak kemungkinan guna ISA

HULU SELANGOR 26 Jun - Kerajaan tidak menolak kemungkinan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram Bersih jika ia benar-benar didapati menggugat keselamatan awam dan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun berkata, penggunaan akta tersebut buat masa ini masih belum diperlukan memandangkan pemantauan terhadap matlamat sebenar perhimpunan itu sedang dilakukan pihak berkuasa…

Batalkan jika tidak mahu 'perang' - Omardin

KUALA LUMPUR 26 Jun - Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) memberi amaran kepada penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) supaya membatalkan hasratnya itu jika tidak mahu 'berperang' dengan pengamal seni silat di negara ini.

Mahagurunya, Tan Sri Omardin Mauju berkata, adalah menjadi tanggungjawab pengamal seni silat untuk mempertahankan negara sejak zaman pemerintahan kerajaan Melaka lagi dan mereka tidak akan teragak-agak untuk bertindak keras ke atas golongan yang cuba menimbulkan kekacauan serta huru-hara….

Ketagih hidu gam boleh maut

KUALA LUMPUR: Kesukaran melakukan tugasan mudah seperti tidak mampu mengikat tali kasut dan memakai sendiri pakaian, gagal dalam pelajaran terutama subjek mengira, seakan-akan mengelamun, percakapan kurang jelas dan keupayaan mendengar terhad adalah antara kesan negatif akibat ketagihan menghidu gam. 
Lebih parah lagi, ketagihan menghidu gam juga akan mengehadkan pergerakan fizikal, melemahkan daya pemikiran, membantutkan kebolehan berkomunikasi, menjejaskan pembelajaran serta boleh membawa maut kepada penagihnya. 
 
Sehubungan itu, Pengarah Klinik Cure & Care 1Malaysia Sungai Besi, Hadijah Baba, berkata ketagihan menghidu gam perlu dibendung kerana ia memberi pelbagai kesan amat buruk kepada remaja. 

“Amalan menagih gam ini juga menyebabkan kebanyakan penagihnya terjebak dalam gejala sosial lebih serius antaranya menghisap dadah, melakukan seks bebas dan membuat jenayah,” katanya pada sidang media Rawatan dan Pemulihan Penagihan Ubat Sedut (Inhalen) di Klinik Cure & Care, di sini…

Ulasan: Jom jadi sihat. Ibadah yang sempurna hanya mungkin bila badan sihat.

BN terus berjaya jika ahli berhemah tinggi

KUALA LUMPUR: Jenama Barisan Nasional (BN) akan terus berjaya pada masa depan jika setiap ahli berhemah tinggi, sentiasa berbudi dan mendampingi rakyat kerana ia terbukti sebagai produk yang masih laku, diterima dan disanjung, kata Datuk Seri Najib Razak…

Ulasan: Masa depan negara yang gelap bila mana-mana parti memilih calon yang tidak berakhlak.

Muhyiddin tiba di Washington untuk lawatan kerja

WASHINGTON: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiba di sini untuk memulakan lawatan kerja selama empat hari bagi menghadiri perhimpunan bioteknologi terbesar dunia Konvensyen Antarabangsa Bio…

Ulasan: Bagus2. Setakat menyemak diri bahawa ada orang yang ambil kesempatan sewaktu lawatan kerja untuk uruskan hal peribadi/keluarga.

Mahasiswa jangan percaya helah pembangkang?

Mahasiswa jangan percaya helah pembangkang - Khaled

JOHOR BAHRU 26 Jun - Golongan mahasiswa diingatkan supaya tidak terperangkap dengan permainan politik pembangkang yang mahu mengheret mereka dalam perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bagi menghalang golongan itu turun di jalanan, pihak universiti perlu memainkan peranan dengan menyedarkan mereka….

Ulasan: Mahasiswa jangan percaya helah sesiapa. Mahasiswa adalah warga yang boleh berfikir dan hanya sokong yang BETUL, BERSIH & ADIL sahaja.

Majoriti rakyat tolak KOTOR atau BERSIH?

Majoriti rakyat tolak Bersih

KUALA LUMPUR 26 Jun - Majoriti rakyat Malaysia menolak Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) kerana menganggap tindakan tersebut hanya akan menyebabkan negara terjerumus ke dalam kancah huru-hara.

Kajian oleh Institut Keselamatan dan Pertahanan Malaysia (MiDAS) itu mendapati, 67 peratus rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum menolak usaha pembangkang menjayakan demonstrasi Bersih.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika mendedahkan perkara itu berkata, hanya 21 peratus rakyat negara ini menyokong pendekatan tersebut manakala 12 peratus lagi berkecuali…

Ulasan: Majoriti rakyat tolak KOTOR atau BERSIH? Menteri wajar berlaku jujur.




Friday, June 24, 2011

Himpunan Bersih 2.0: Cetusan dan Hasrat Rakyat

Himpunan Bersih 2.0 Cetusan dan Hasrat Rakyat
Oleh Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

PAS menganggap laporan Polis yg dibuat oleh Umno membuktikan mereka adalah golongan yg mempertahankan ketidakadilan dalam sistem politik negara. Bahkan mereka akan terus mempertahankan kebobrokan sistem ini bagi mengekalkan pengaruh dan kekuasaan mereka. Sepatutnya mereka melihat secara rasional kenapa himpunan ini diadakan. PAS ingin tegaskan bahawa Himpunan ini diadakan setelah pelbagai saluran digunakan bagi memperbaiki sistem politik negara. Pelbagai dialog, diskusi laporan polis dan SPRM telah dibuat bagi memperbaiki kelemahan dalam perjalanan sistem pilihanraya umum di Malaysia.

Rakyat sepatutnya melihat kenapa himpunan ini diadakan. Ia bukan himpunan saja suka-suka bagi menimbulkan kegawatan, atau mengganggu ketenteraman awam sebagaimana yg dibimbangi oleh orang ramai. Himpunan ini akan berjalan lancar dan aman sekiranya tiada provokasi dari pihak yg tidak bertanggungjawab. Dengan ratusan petugas unit amal dan kawalan pemuda PR kita yakin ia mampu berjalan dengan aman dan baik. 

Tindakan Umno membuat laporan polis mencerminkan sikap dauble standard mereka kerana mutakhir ini merekalah menjadi juara dalam menganjurkan demonstrasi di negeri PR, sayang polis hanya menonton sahaja walaupun demo tersebut bersifat provokasi agama dan kaum.

Sebenarnya pihak kerajaan mampu mengatasi himpunan ini dengan menerima tuntutan BERSIH kerana ianya bukanlah sesuatu yang terlalu sukar untuk dilaksanaskan. Kerajaan mesti sedar tindakan menyalahgunakan kuasa atas nama demokrasi hanya akan menanam kemarahan rakyat. Kerajaan mesti menyediakan saluran bagi melempias kemarahan dan rasa tidak puashati rakyat. Tunaikan tuntutan atau sedia hadapi himpunan aman rakyat. Tujuan kami satu, demokrasi yang lebih adil untuk semua demi kebaikan negara. 

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=6756

Menuntut Kebersihan

Oleh Keris Silau

Kami mahu berdemo aman
Untuk menuntut Kebersihan
Kebersihan bukan Kekotoran
Supaya Espi'ar dengar rintihan
Tidak akan timbul kekacauan
Tidak akan rosak perniagaan

Nanti jalan jam kesesakan?
Di KL jam sudah kebiasaan
Jam walau baru setitik hujan
Jam kalau ada bas kerosakan
Jam kalau ada jualan besar-besaran
Jam kalau VIP nak hadiri jamuan
Kereta lain kena berenti bagi laluan

Nanti peniaga akan kerugian?
Peniaga Jalan Tunku Abdul Rahman
Mana ada rugi malah raih keuntungan
Hari tu laku peniaga air minuman
Hari tu laku peniaga baju hujan
Sebab takut disembur asid kehijauan
Kalau sehari tidak terjejas keuntungan
Biasa la Melayu 4 hari buka 3 hari liburan

Nanti terjejas iklim pelaburan?
Pelabur tak mari bukan pasal demo jalanan
Pelabur tak mari pasal insentif berkurangan
Pasal kepincangan polisi kewangan
Pasal banyak rasuah dan penyelewengan
Pasal polisi bertukar dari bulan ke bulan
Pasal kena beri saham kat proxy kawan

Demo untuk luahkan perasaan
Jangan ada provokasi pihak lawan
Jangan hanya pandai buat ugutan
Suruh orang Cina stok makanan
Bukan untuk sehari tapi 6 bulan
Jelas nampak terserlah kedangkalan
Orang nak demo kenapa bangsa dikaitkan
Kenapa salam 1 Malaysia tidak dilaungkan
Mungkin meraba-raba mencari jawapan
Untuk menyelamatkan dari ketenggalaman
Lihat sahaja tajuk akhbar Utusan
Tidak ada satu pun yang menggalakkan
Kebanyakan berita berbau perkauman
Orang muda menolak seruan kebangsaan
Cuma segelintir veteran masih menaruh harapan
Namun harapan semakin gelap ditelan perubahan

Keris Silau
22 Jun 2011
http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=6763

Ada bukti JI bertapak - TPM

 TAMPIN 23 Jun - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, kerajaan mempunyai bukti wujudnya ideologi dan gerakan ekstremis Jemaah Islamiah (JI) bertapak di negara ini, sebagaimana yang dilaporkan oleh media.

Kata beliau, kerajaan memandang serius ancaman tersebut kerana kumpulan terbabit dianggap bahaya, bukan sekadar ekstremis agama tetapi dalam beberapa hal dianggap sebagai kumpulan pengganas…

Ulasan: Siasat segera dan sila ambil tindakan sewajarnya. Tapi jangan gunakan ini untuk menafikan usaha untuk tingkatkan kualiti pilihan raya menjadi lebih BERSIH & ADIL.

TPM nasihat belia jangan buang masa sertai demonstrasi Bersih?

Belia dinasihat jangan buang masa sertai demonstrasi Bersih

MUAR 23 Jun - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta golongan belia supaya tidak terbabit dalam perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini kerana ia menyalahi undang-undang…

Ulasan:  Perlembagaan negara sudah lama memberi hak kpd rakyat berhimpun secara AMAN dan tidak bersenjata. Apakah hidup ini cuma utk kerja, makan dan berkeluarga? Hak asasi kita di bawah Perlembagaan sudah jadi tak penting? Ada hak asasi tapi atas kertas saja? Mungkin ada pihak yang tidak mahu kualiti pilihan raya kita menjadi BERSIH & ADIL.

Singapura ceroboh ruang udara provokasi bahaya

Kunta Kinte original: Ceroboh ruang udara provokasi bahaya

2011/06/24 MINGGU ini Kunta Kinte nak cakap sikit lagi pasal pertahanan. Kita dah cakap hal ini, tapi Kunta Kinte nak cakap balik sekali lagi. 

Ada orang kata pertahanan ni membazir. Jadi banyaklah yang tak suka bila kita beli kelengkapan pertahanan. Kunta Kinte pun tak suka kalau kita cara boros dan seleweng dengan bagi komisen besar-besar kepada kroni dan member. 

Tapi, kalau dibeli dengan berhemah, diselenggara dan diguna dengan cekap, Kunta Kinte tak ada masalah. Masalahnya, kita kerap dengar kelengkapan dibeli tak boleh pakai, tak dijaga atau hilang macam itu saja. 
 
Kita dah dengar pasal kapal tentera laut terbakar, senjata kena curi oleh pelampau agama dan enjin kapal terbang kena kebas. Malu satu hal. Satu dunia tahu standard pertahanan kita satu hal lagi. 

Jadi Kunta Kinte harap Menteri Pertahanan janganlah setakat hebat pakai uniform tentera dan ke hulu ke hilir diiring oleh pengiring bermotosikal Polis Tentera saja. Ingatlah anda dipilih oleh rakyat jelata dan anda bertanggungjawab kepada kami semua. Lebih-lebih lagilah jeneral-jeneral kita yang segak-segak itu. 

Kalau enjin jet dalam stor pun kena curi, macam mana kita nak percaya keselamatan negara kita terkawal dan terjamin? 

Tup, tup baru-baru ni kita dengar pula pasal beribu-ribu pencerobohan oleh kapal terbang Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) ke atas ruang udara kita. 
Takkanlah ini cerita bohong pasal bukan dibuat di kedai kopi atau di tepi jalan, tapi di Parlimen. Bukan alang kepalang punya cerita. Macam pakat-pakat pula. Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, tanya Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, jawab. 

Bukan main-main punya jawab – sejak 2008, pesawat RSAF ceroboh masuk ruang udara kita 2,508 kali. Adoi mak, kalau niat mereka jahat, dah ‘kaboom’ kita. Jahat atau tidak, ceroboh ruang udara orang lain tetap salah. Kita wajib ambil tindakan. 

Tak apalah kalau Singapura nafi. Itu kerja dia. Dia wajib nafi. Kalau dia tak nafi, sahlah dia buat kerja provokasi itu. Macam mana pun Singapura nafi, kita susah nak percaya. Lagi-lagilah kalau kita tahu kekuatan, ideologi dan doktrin pertahanan Singapura. 

Mula-mula sekali, Singapura adalah antara negara di dunia yang belanja nisbah paling tinggi daripada belanjawan negara ke atas pertahanan. Kedua, persenjataannya adalah antara yang paling canggih di dunia. Ketiga, dan paling penting, adalah doktrin pertahanannya. 

Doktrin pertahanan Singapura sama dengan doktrin pertahanan Israel. Israel anggap semua negara jirannya sebagai berpotensi jadi musuh. Israel percaya kepada ‘pre-emptive strike’ – serang dulu sebelum diserang. 

Akhir sekali, jangan berperang dalam wilayah sendiri, tapi berperang dalam wilayah musuh. Sebab itu kita tengok Israel tawan banyak wilayah Arab dan pegang sampai hari ini macam Tebing Barat dan Golan Heights. 

Jadi, biarlah macam mana pun Singapura nafi, Kunta Kinte tetap tak percaya. Cuma Kunta Kinte nak tanya Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar Negeri kita, mereka buat apa bila kapal terbang RSAF cabul dan ceroboh ruang udara kita? 

Takkan setakat tiga, empat tahun sekali bagi tahu Parlimen kot? Itu pun pasal ada Ahli Parlimen tanya. 

Kunta Kinte tak pula baca dalam surat khabar Menteri Pertahanan atau Menteri Luar bantah kepada Singapura. Kalau terlepas pandang, Kunta Kinte minta ampun. 

Yang kita baca, pemimpin kita asyik puji Singapura, pujuk pelaburan Singapura dan main golf dengan pemimpin Singapura. 

Tup, tup masa kita asyik nak berbaik-baik dengan Singapura, tentera udara dia jadikan pelanggaran ruang udara kita sebagai latihan. 

Minta izinlah, Kunta Kinte nak tanya apa guna kita ada radar mahal-mahal, pesawat pejuang canggih dan juruterbang handal-handal, kalau pesawat perang Singapura keluar masuk ruang udara kita beratus kali sebulan? 

Bukanlah Kunta Kinte nak suruh kita perang dengan sesiapa. Barang dijauhkan Allah. Tapi, takkan sekali pun kita tak ‘scramble’ pesawat Sukhoi Su-30, F-18 Hornet atau MIG-29 Fulcrum pi tengok apa budak-budak Singapura tu dok buat masuk ruang udara kita? 

Takkan pesawat TUDM kita yang lebih laju daripada bunyi itu sesuai untuk pertunjukan udara saja kot? Takkan bila pesawat perang asing masuk ruang udara kita secara haram, kita tak boleh hantar pesawat pejuang kita pergi tengok apa mereka dok buat? 

Maaf cakaplah, kalau Kunta Kinte kata, Kunta Kinte sangat kecewa dan bimbang dengan sikap sambil lewa Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar tangani pencerobohan oleh pesawat perang RSAF ini. 

Betullah Singapura tahu banyak rahsia pertahanan dan lokasi strategik kita. Apa nak buat, mereka ada pesawat amaran awal dan kawalan (AWAC) yang boleh intip berbatu-batu dari udara dan ambil gambar lokasi tentera dan strategik kita. 

Tapi, takkanlah bila mereka ceroboh ruang udara kita, kita nak duduk bersenang diri juga dan tunggu Ahli Parlimen tanya baru nak bagi tau? 

Yang Kunta Kinte takut, walhasil balik asal, itu pasal tak hasil. Cakap tak serupa bikin. Wallahualam.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KuntaKinteoriginal_Cerobohruangudaraprovokasibahaya/Article

Ulasan:Bersetuju dengan Kunta Kinte. Huhuhu...

33,000 askar Amerika pulang

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama kelmarin mengarahkan 33,000 askar untuk kembali ke tanah air dari Afghanistan sehingga musim panas akan datang meskipun 68,000 lagi anggota tentera akan terus bertugas di sana…

Ulasan: Datanglah lagi bila berhajatkan untuk balik dalam keranda. Dalam sejarah semua penjajah yang akan kecewa kerana pernah menyerang Afghanistan. 

Pelatih Bomba wanita kecewa kepala dibotakkan

2011/06/24 ALOR SETAR: Seorang bekas pelatih bomba wanita kecewa dengan tindakan Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai di Marang, Terengganu, yang membotakkan kepala beliau serta 18 pelatih perempuan lain ketika mereka mendaftar diri menjalani latihan di kem itu, 2 Mei lalu…

Ulasan: Dulu pelakun wanita sanggup membotakkan kepala kerana kehendak pengarah. Dunia oh dunia. Kini Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia buat hal. Bukankah wanita di haram membotakkan kepala? Sila siasat dan ambil tindakan sewajarnya.

Hukum Membotakkan Kepala bagi kaum Wanita . 

1. Dari Ibnu Abbas Rhma berkata : 

Rasulullah saw. telah melarang perempuan mencukur ( membotakkan ) kepalanya . 

Dikeluarkan oleh An Nasaa'I Kitabuz Ziinah , bab Larangan Perempuan mencukur kepalanya 

2. Abi Musa Al Asya'ri Rha. Berkata : 

Rasulullah saw. berlepas diri dari perempuan yang meninggikan suara tangisan ketika meratap dan membotakkan kepala ketika musibah . 

Dikeluarkan oleh Imam Bukhari 

Ulasan : 

Membotakkan kepala bagi wanita dalam keadaan mereka menerima musibah dilarangkan oleh Rasulullah saw. sehingga baginda melafazkan bahawa baginda akan berlepas diri darinya , inikan pula membotakkan kepala dalam keadaan aman tanpa sebarang musibah .Pastinya ia lebih dimurkai oleh Nabi saw. 

3. Dari Ibnu Abbas Rhma : 

Rasulullah saw. telah bersabda : dilarang ke atas perempuan bercukur ( membotakkan ) tetapi dibenarkan bagi perempuan memotong sedikit dari rambutnya . 

Riwayat Abu Daud di dalam sunannya Bab al Manaasik al Hajj 

Walaupun asbab wurud ( sebab datang ) nya hadis ini berkait dengan tahallul dalam ibadah haji , maka jelas hukumnya. Betapa dalam masaalah ibadah seperti tahallul dari ihram haji atau umrah , seorang wanita dilarang mencukurkan kepalanya , inikan pula dalam keadaan di luar ibadah , tentu sahaja terlebih aula dilarang . 

Al Imam an Nawawi dalam kitabnya Syarah Sohih Muslim jilid keempat jelas menghuraikan persoalan ini . 

Maksudnya : 

Adapun menggunting rambut dan memendekkannya ( bagi seorang perempuan ) untuk berhias dan kelihatan cantik , maka ia adalah harus jika mendapat izin dari suami dengan syarat tidak sampai kepada had menyerupai kaum lelaki . 

Dalam huraian yang menyerupai masaalah di atas, Dr. Wahbah az Zuhaili menambah syaratnya : 

Bahawa tidaklah yang sedemikian itu ( merujuk kepada menggunting dan memendek rambut ) dengan tangan lelaki ajnabi ( lelaki bukan mahram sebagai tukang gunting ) 

Kalau dilihat dalam kitab Fathul Baari , Jilid ke 10 muka surat 375 : lebih jelas membahaskan betapa Allah menghiasi perempuan dengan rambut yang cantik dan unik . 

Maka Islam mengharamkan perempuan menyambung rambutnya atau memakai rambut palsu . Pengharaman tersebut kerana merubah anugerah Ilahi. Maka, betapa pula dicukur dan dibotakkan kepala ? 

Kalau menyambung rambut hukumnya haram , inikan pula membotakkannya bagi seorang wanita, hukumnya adalah juga tetap haram .
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=print&sid=2228

Thursday, June 23, 2011

Ibu tunggal dakwa dirogol adik ipar

SEGAMAT: Seorang ibu tunggal berusia 54 tahun mendakwa dirogol 4 kali oleh adik iparnya yang berusia 48 tahun ketika sedang tidur di rumahnya di Kampung Sungai Gatom, Labis, dekat sini, sejak setahun lalu...

Ulasan: Wanita: Jaga sementara ada. Lelaki: Kalau sudah suka, bernikahlah dan selamatkan dari membuat dosa dan jenayah.

Orang paling tua meninggal

2011/06/23 SAO PAULO: Seorang wanita Brazil disenaraikan dalam Guinness World Records sebagai orang paling tua di dunia dilaporkan meninggal dunia semalam, beberapa minggu sebelum sambutan ulang tahun hari jadi beliau ke-115. Gelaran itu kini beralih kepada seorang wanita di Amerika Syarikat...

Ulasan: Berapa lama nak hidup di dunia ini? Hujungnya setiap yang bernyawa akan mati. Adakah kita dah cukup bekalan utk hidup bahagia di akhirat nanti?

Pelajar patah kaki terjun bangunan

2011/06/23 KUANTAN: Seorang pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di sini, patah kaki selepas terjun dari tingkat tiga sekolah pagi kelmarin, dipercayai akibat tekanan selepas gagal enam mata pelajaran dalam ujian pertengahan tahun…

Ulasan: Tidak perlu merosakkan diri kerana membandingkan diri dengan orang lain. Allah menjadikan manusia sebagai ciptaan yang terbaik. Kebanyakkan jutawan bukanlah orang yg intelektual berbakat, bukan graduan undang-undang atau sekolah perubatan, tidak ada MBA, dan tidakak pintar. Tetapi modal yang perlu ada: kesungguhan, gigih dan bekerja keras. Dan doa.

Tipu tender: wang RM1j ditemui ditanam belakang rumah

2011/06/23 IPOH: Polis yakin berjaya menyelesaikan tujuh kes penipuan tawaran tender yang tidak wujud selepas menahan seorang lelaki berusia 21 tahun dan menemui wang tunai lebih RM1 juta yang ditanam di belakang rumahnya di Kuala Muda, Kedah, 14 Jun lalu. 

Sindiket penipuan tender itu dipercayai didalangi pasangan suami isteri yang juga ibu bapa suspek yang ditahan dan dilaporkan sudah mengutip lebih RM7 juta di kawasan Hilir Perak….

Ulasan: Carilah rezeki yang halal. Hidup akan lebih tenteram.

Australia mahu guna cap jari kenal pasti wanita pakai burqa

SYDNEY 22 Jun - Polis Australia mempertimbangkan untuk menggunakan cap jari bagi mengenal pasti wanita yang memakai burqa, selepas seorang hakim menyatakan dia tidak dapat memastikan sama ada seorang wanita yang memakai burqa adalah orang yang sama membuat laporan palsu kepada polis…

Ulasan: Apa-apa asalkan tercapai maksud keselamatan Dan wanita dimuliakan.

Usaha perangi rasuah di Indonesia makin perlahan?

Usaha perangi rasuah di Indonesia makin perlahan

JAKARTA 22 Jun - Ketua Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia, Busjro Muqoddas baru menjawat jawatan itu selama enam bulan namun seorang hakim, anggota-anggota Parlimen dan presiden parti politik telah didakwa sepanjang pentadbirannya itu.

Bagaimanapun, pengkritik mempercayai usaha memerangi rasuah semakin perlahan sejak akhir tahun lalu.

Mereka berkata, ia bergantung kepada pasukan sokongan yang akan dipilih bagi membantu Busjro melaksanakan usaha berkenaan.

Aktivis anti-rasuah semalam memuji keputusan mahkamah dalam menyambung kontrak Busjro selama tiga tahun lagi…

Ulasan: Bukan senang memerangi rasuah kerana ia melibatkan kesenangan dunia yang dikejar orang dalam hidup. Kadang-kadang ia melibatkan nyawa dan keselamatan. Selamat berjihad.

Spratly: Amaran China pada AS

BEIJING 22 Jun – China hari ini menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya membiarkan pertikaian wilayah di Laut China Selatan diselesaikan sendiri oleh negara-negara yang mempunyai tuntutan…

Ulasan: Jauhkan hakim beruk itu.

Bersih: Tak ada sebab untuk polis benarkan?

Bersih: Tak ada sebab untuk polis benarkan

JEMPOL 22 Jun - Tidak ada sebab untuk polis membenarkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan perhimpunan haram 9 Julai ini kerana demonstrasi jalanan bukan amalan dan budaya rakyat negara ini.

Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, lagi pun ketenteraman awam adalah jauh lebih penting daripada apa juga hujah yang cuba diberikan pihak berkenaan.

Ulasan: Atau pilihan raya yang Bersih & Adil bukan amalan dan budaya rakyat negara ini?

Dadah: Jabatan Narkotik dirombak

KUALA LUMPUR 22 Jun - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijangka melakukan rombakan secara berperingkat ke atas pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di seluruh negara tidak lama lagi.

Pengarah JSJN, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, rombakan itu bagi mengekang penglibatan pegawai dan anggota dalam aktiviti pengedaran dadah.

Jelas beliau, walaupun penglibatan warga PDRM itu sedikit namun pihaknya memandang serius perkara tersebut dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang terlibat…

Ulasan: Terima kasih Datuk Noor Rashid Ibrahim. Maklumlah bukan semua yang sanggup sabar bila melihat duit. Carilah rezeki yang halal.

Kontraktor perlu berani

KUALA LUMPUR 22 Jun - Golongan kontraktor khususnya Melayu perlu berani menghadapi risiko dengan menceburi bidang atau pasaran baru supaya terus berdaya saing.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mereka tidak sepatutnya bergantung kepada sektor pembinaan semata-mata kerana banyak peluang baru boleh diterokai…

Ulasan: Senaraihitamkan kontraktor yg cuma pakar jual projek. Biar kontraktor Melayu yang benar-benar berupaya financally & tehnically melaksanakan projek.

Medan tingkat kemampuan ATM

KUALA LUMPUR 22 Jun - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menjadikan Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2012 sebagai platform meningkatkan kemampuan perangnya.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, pihaknya bercadang meningkatkan keupayaan kuasa tembak, mobiliti serta sistem komunikasi Tentera Darat sempena DSA 2012, tetapi enggan menjelaskan apa perolehan baru yang bakal dibuat…

Ulasan: Selamat membeli-belah ATM. Cuma pastikan produk yang dihantar ikut spesifikasi yang dirancang oleh pakar. Belilah untuk tingkatkan kemampuan ATM tapi elakkan komisen seperti yang berlaku dalam pembelian kapal selam yang jadi kes di Perancis sekarang.

Keperluan asas rakyat jadi keutamaan

Keperluan asas jadi keutamaan

PETALING JAYA 22 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, keperluan asas rakyat tidak akan sekali-kali dipinggirkan walaupun kerajaan kini berusaha keras untuk meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju.

Perdana Menteri berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa keperluan asas rakyat akan dibawa bersama-sama dalam perjuangan dan perjalanan menjadi negara maju menjelang 2020…

Ulasan: Bagaimana dengan hak asasi warga di bawah Perlembagaan? 

Harga bekalan makanan dipastikan kekal rendah

HULU SELANGOR 23 Jun - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan memastikan harga bekalan keperluan makanan kekal rendah dalam memastikan ia tidak membebankan rakyat…

Ulasan: Satu lagi anji kerajaan BN. Tanda PRU 13 semakin dekat. Selamat memilih calon yang berakhlak.

Bersih 2.0: Lawyers for Liberty anjur bengkel

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Lawyers for Liberty (LFL) akan menganjurkan satu bengkel terbuka berhubung hak anda berhadapan polis sempena perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadual 9 Julai ini.

Menurut Penasihat LFL, Latheefa Koya, bengkel itu diadakan bagi memberi pendedahan berhubung apa yang hendak mereka lakukan sekiranya ditangkap dan dipukul oleh pihak polis. 

"Justeru itu, kita mahu mereka semua bersedia dalam menyertai perhimpunan ini agar mereka tidak takut mahupun gentar apabila terdapat sebarang tindakan yang dilakukan oleh polis semasa dalam perhimpunan itu nanti.

"Oleh itu saya menasihatkan pada orang ramai supaya tidak panik dan gusar untuk berhimpum dalam perhimpunan Bersih 2.0 ini kerana dengan pendedahan yang kita akan berikan pastinya mereka akan mendapat perlindungan dari segi undang-undang yang sewajarnya," ketika dihubungi Harakahdaily.

Bengkel yang bertajuk Bersih 2.0: LFL "Right To March!"- Hak Anda Berhadapan Dengan Polis ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh peguam hak asasi N Surendran dan bersama dengan peguam-peguam LFL yang lain.

Bengkel tersebut dijadual diadakan pada tarikh 30 Jun 2011 pada hari Khamis bertempat di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH), Jalan Maharajalela Kuala Lumpur.

Ia akan bermula jam 8.30 malam hingga 9.30 malam.

Kepada mereka yang berminat untuk mengikuti bengkel ini boleh mendaftar dengan cara menghantar email kepada fadiahnadwa9@yahoo.com atau menghantar pesanan ringkas (SMS) ke nombor berikut 012-4651671 berserta dengan butiran pribadi seperti nama, nombor telefon dan alamat email.

Wednesday, June 22, 2011

Saya tidak trauma dengan elektrik

Saya tidak trauma dengan elektrik – Hairuman

TANJUNG MALIM 21 Jun – Walaupun badannya melecur teruk akibat terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi sehingga kedua-dua belah tangan serta kaki kirinya terpaksa dipotong, Muhamad Hairuman Miskon masih meminati kerja-kerja pendawaian elektrik…

Ulasan: Hanya Allah sahaja yang mematikan kita.

Remaja putus jari dapat RM27,500

ALOR SETAR 21 Jun - Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan tiga yang lain bersetuju membayar ganti rugi berjumlah RM27,500 kepada seorang remaja berusia 15 tahun, setelah didakwa cuai membuang sebahagian jari remaja itu yang terputus semasa mengopek kelapa, empat tahun lalu…

Ulasan: Cukup? Atau dah berlebih? Kenapa kita takut kes diputuskan di mahkamah?

Sultan murka Johor masih kotor

BATU PAHAT 21 Jun - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka dengan tahap kebersihan di negeri ini yang amat memalukan sepanjang pemerhatian baginda semasa Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2011 yang berakhir hari ini.

Baginda menegur Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan syarikat swasta yang mendapat kontrak memungut sampah yang disifatkan tidak melakukan tugas dengan sempurna dalam memastikan kebersihan….

Ulasan: Terima kasih kepada rakyat telah bayar cukai pintu…

Transformasi Malaysia satu keajaiban?

Transformasi Malaysia satu keajaiban

PUTRAJAYA 21 Jun - Para pemimpin Afrika yang menghadiri Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2011 melihat program transformasi Malaysia sebagai satu keajaiban yang patut dicontohi oleh negara mereka.

Dengan menyatakan LID 2011 sebagai yang terbaik pernah diadakan, Presiden Tanzania, Jakaya Kikwete berkata, taklimat mengenai Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) merupakan pembuka mata kepada semua ahli delegasi dari Afrika…

Ulasan: Ikut yang baik-baik sahaja. Banyak lagi masalah dalaman yang perlu diselesaikan. Antaranya pilihan raya kami yang sewajarnya menjadi lebih BERSIH & ADIL macam negara yang sudah lama maju.

Singapura diingatkan jangan ceroboh

KUALA LUMPUR 21 Jun - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Singapura agar tidak sesekali menceroboh kedaulatan negara ini biar apa jua alasan termasuk ruang udara yang terhad.

Menurutnya, Malaysia telah banyak bertoleransi dengan republik itu, namun semangat kejiranan harus menjadi penanda aras terhadap apa jua tindakan yang diambil bagi memastikan tidak wujud rasa sangsi antara kedua-dua negara. 

"Kita faham ruang udara Singapura terhad menyebabkan tentera udara mereka sering 'terbabas' ke negara ini. 

"Memang kita faham. Tambahan, kita berada dalam ASEAN selain sama-sama menandatangani Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA). Namun ia tidak langsung boleh dijadikan alasan. 

"Justeru, bantahan diplomatik dilakukan bagi menunjukkan kita sentiasa memantau pergerakan udara mereka. Ia juga bagi menunjukkan rasa tidak senang dengan perbuatan itu," katanya selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Guru Besar Perak Ke-16 di sini hari ini.

Semalam, Ahmad Zahid melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat mendedahkan sebanyak 2,508 pergerakan pesawat tentera udara Singapura dikesan menceroboh ruang udara negara sejak 2008.

Dalam jawapan itu, beliau memberitahu, Malaysia telah mengemukakan bantahan diplomatik terhadap pencerobohan tersebut dan setiap pergerakan pesawat tentera udara Singapura yang mencurigakan dipantau menggunakan kelengkapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Jabatan Penerbangan Awam (DCA)…

Ulasan: Mungkin sekali-sekali, setelah diberi amaran berkali, lepas saja biarkan anti-aircaft missile mencari mangsa.

18,716 pembantu rumah lari

KUALA LUMPUR 21 Jun - Seramai 18,716 pembantu rumah asing dilaporkan lari daripada majikan masing-masing sepanjang tahun lalu. 

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, daripada jumlah tersebut seramai 17,205 orang atau 92.3 peratus adalah dari Indonesia.

''Bilangan pembantu rumah asing di Malaysia sehingga Disember lalu adalah seramai 247,069 orang dan 76.7 peratus daripadanya adalah dari Indonesia," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini…

Ulasan: Lebih aman tidak mengambil pembantu rumah. Bagi yang ambil pembantu, sila jaga adab pergaulan dan didik mereka dengan agama kita.

Kerajaan buat gerakan besar-besaran daftar PATI, 11 Julai

KUALA LUMPUR 22 Jun - Kerajaan akan melaksanakan proses pendaftaran besar-besaran bermula 11 Julai ini bagi merekodkan jumlah pekerja asing dan pendatang tanpa izin yang berada di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, proses yang termasuk dalam program penyelesaian menyeluruh pendatang asing tanpa izin atau Program 6P itu, akan dilaksana melalui gerakan pendaftaran merangkumi pengambilan biometrik semua pendatang asing tanpa izin di negara ini…

Ulasan: Bunyi macam menyerah kalah. Dulu bukan main menggempur PATI. Baguslah kalau boleh selesaikan PATI masa depan.

28 warga Indonesia dihukum mati di Saudi

RIYADH 21 Jun - Indonesia sedang berusaha menyelamatkan 28 rakyatnya yang dijatuhi hukuman mati di Arab Saudi kerana pelbagai kesalahan, kata jurucakap Kedutaan Indonesia di Riyadh, Wishnu Krishnamurthi semalam….

Ulasan: Menyelamatkan? Atau pastikan keadilan berlaku? Berani buat jenayah mesti berani tanggung hukuman undang-undang yang ada.

Hollywood tamatkan boikot Indonesia

JAKARTA 20 Jun - Studio perfileman Amerika Syarikat (AS) dijangka menamatkan boikot dan mengedar semula filem blockbuster Hollywood ke Indonesia di bawah perjanjian baru, sekali gus mengakhiri perbalahan mengenai cukai.

Ulasan: Sejauh mana sangat lakonan kerana pasaran Indonesia besar.

Anak Cameron Highlands jadi jutawan arang batu di Australia

MELBOURNE 20 Jun — Siapa sangka, seorang lelaki daripada keluarga kurang berada berasal dari Cameron Highlands, kini muncul sebagai anak Malaysia paling kaya di Australia dengan harta bernilai A$950 juta yang diperoleh melalui perusahaan lombong arang batu.

Setelah sekian lama berjaya menyembunyikan diri daripada pengetahuan ramai, akhirnya, rahsia Sam Chong, 68, terdedah juga minggu lepas apabila majalah Business Review Weekly (BRW) menyiarkan nama beliau dalam senarai orang terkaya Rich 200. 

Chong, jurutera perlombongan yang tidak menggemari publisiti dan jarang dijadikan bahan berita oleh media Australia, tetap keberatan untuk menceritakan kisah kejayaannya apabila dihubungi Bernama di kediamannya di Brisbane.

Beliau juga enggan berbicara tentang dedikasi, ketekunan dan berapa lama beliau mengambil masa untuk mengumpul kekayaan yang dimilikinya sekarang.

BRW melaporkan bahawa kedudukan Chong melonjak sebagai antara orang terkaya di Australia berikutan kenaikan harga coking coal (arang batu kok) yang digunakan untuk menghasilkan besi.

Chong memiliki sejumlah besar saham dalam Jellinbah Resources, syarikat yang mengusahakan dua lombong arang batu dan sedang dalam proses untuk mengusahakan sebuah lombong lagi.

Pengeluaran lombong itu mencapai lapan juta tan setahun, manakala rancangan pembesaran operasinya dijangka melonjakkan jumlah pengeluaran lombong itu kepada 12 juta tan setahun menjelang 2013.

BRW berkata, Chong juga banyak mendapat manfaat daripada bijih berkualiti tinggi yang terdapat di kawasan perlombongannya.

"Harga arang batu kok jauh lebih tinggi daripada arang batu yang digunakan dalam penjanaan tenaga elektrik dan permintaan China terhadap bahan itu menyebabkan harganya semakin melonjak.

Selepas bersekolah rendah di Tanah Rata, Cameron Highlands, Chong melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah menengah di Ipoh sebelum meneruskan pengajian dalam bidang kejuruteraan di Taiwan.

Pada 1973, beliau mengikuti pengajian peringkat pasca ijazah dalam jurusan kejuruteraan perlombongan di University of New South Wales, Australia. 

Setelah tamat pengajian, Chong bekerja dengan beberapa syarikat dan akhirnya menetap di Bowen Basin, Queensland, kawasan yang menghasilkan hampir dua pertiga daripada jumlah arang batu kok dunia. – BERNAMA

Ulasan: Yang penting kesungguhan dan usaha yang gigih.  Tentu jauh lebih baik dari mengaut  duit rakyat melalui cara yang tidak sah.

Majlis Peguam desak Ibrahim Ali dikenakan tindakan

KUALA LUMPUR 20 Jun - Majlis Peguam mendesak kerajaan mengambil tindakan mengikut Akta Hasutan ke atas Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali kerana mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan berhubung perhimpunan haram Bersih 9 Julai ini.

Presidennya, Lim Chee Wee menyifatkan kenyataan Ibrahim ketika mengecam perhimpunan itu kononnya sebarang kejadian boleh berlaku pada hari perhimpunan tersebut, merupakan satu bentuk ugutan dan tidak wajar.

"Majlis Peguam mahu kerajaan meneliti penggunaan akta itu ke atas Ibrahim sekiranya ia relevan digunakan" katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini…

Ulasan: Sibuk mengugut di sana sini. Negara kita ada masih ada perlembagaan dan undang-undang.

70 peratus bukan Melayu hadir

KUALA LUMPUR 20 Jun - Majlis prapelancaran perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor di sini malam tadi dihadiri kira-kira 1,000 orang, 70 peratus daripadanya adalah bukan Melayu….

Ulasan: Nampaknya mereka lebih maju pemikiran mengenai politik. Atau mereka lebih pandai berpolitik. Atau lebih tahu hak asasi mereka di bawah Perlembagaan negara kita. Kita apa yang tinggal? Hidup manusia bukan sekadar untuk makan dan maaf cakap, buat anak.

Tiada peruntukan subsidi IPP

KUALA LUMPUR 20 Jun - Kerajaan tidak pernah memperuntukkan subsidi kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) sebaliknya 'Subsidi Gas' yang dimaksudkan sebelum ini merupakan jumlah hasil yang dilepaskan oleh pihak Petronas. 

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, hasil tersebut adalah selaras dengan keputusan kerajaan menetapkan harga gas kepada sektor penjanaan elektrik bagi mengekalkan kadar tarif elektrik yang rendah…

Ulasan: Pi mai pi mai, kroni juga dapat subsidi. TNB pula kena bayar mahal kepada IPP.

Tahan individu terlibat perhimpunan BERSIH?

Tahan individu terlibat perhimpunan haram

KANGAR 20 Jun - Sebanyak 32 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai lebih 15,000 ahli di negeri ini mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap kumpulan pengacau Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang masih berdegil mahu menganjurkan perhimpunan haram pada 9 Julai ini.

Semua pertubuhan berkenaan yang bergabung di bawah Majlis Kebajikan Masyarakat Perlis turut mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menahan setiap individu yang terlibat dalam perhimpunan haram itu.

Yang dipertua majlis itu, Mansor Jusoh berkata, individu yang ditahan mesti ditempatkan di pusat-pusat tahanan selama yang dibenarkan oleh undang-undang tanpa sebarang alasan kerana cuba menimbulkan huru-hara di negara ini…

Ulasan: Walaupun perhimpunan AMAN diizinkan Perlembagaan kita? Tidak sama yang berilmu dengan yang tidak berilmu.

Monday, June 20, 2011

Jangan gentar lakukan transformasi

PUTRAJAYA 19 Jun – Dunia memerlukan pemimpin yang sanggup melakukan transformasi, tidak gentar berdepan dengan cabaran dan lebih penting lagi bersedia mengambil risiko menghadapi realiti dan cabaran baharu global.

Berkongsi ingatan itu dengan para pemimpin Afrika dan Caribbean dalam ucaptama merasmikan Dialog Antarabangsa Langkawi 2011 (LID 2011) di sini hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, ciri-ciri itu merupakan harapan rakyat yang perlu dipenuhi oleh seseorang pemimpin...

Ulasan: Asalkan tidak menipu rakyatnya.


Turkey: Why do people vote for the AK Party?

Why do people vote for the AK Party?

Some foreign media outlets have become as blind as the Kemalists of Turkey in understanding what goes on in this country. One of them, following the Justice and Development’s (AK Party) landside victory last week, described Recep Tayyip ErdoÄŸan as a “good dictator.”
 
This degree of blindness is possible either with total ignorance or loss of interest. In the case of The Wall Street Journal I do not know which, but I know very well that people of this country would not vote for a dictator, good or bad. Would the American people vote for a dictator? I don’t think so. People do not elect dictators; they chose the one who has served or is expected to serve them.

The people of Turkey know very well what elections are all about. In the first free elections in 1950 they overthrew the dictators. So, the ballot box is very precious, a kind of magic box for the people who know that there they exercise the ultimate power to decide who will govern the country.

They have voted once more for the AK Party. It is now the first party to have won three consecutive elections while at the same time increasing its votes This was not even managed by the legendary Democrat Party (DP) in the 1950s, whose share of the vote dropped in its third term victory.

The June elections mark a record in Turkish democracy. The significance of this is better understood if we remember that from 1987 to 2002 five general elections took place, and in each one of them a different political party came first. This means that in recent years, the success of political parties fluctuated greatly as people would change their favorite political party until the emergence of the AK Party came about. Whatever they have found in the AK Party since 2002, people have stuck to it. Instead of questioning the choice and wisdom of the people, as is still done in Kemalist circles at home and abroad, it should be understood properly.

The magic is that the AK Party appears to have stood for change and stability at the same time. While change means new opportunities, stability guaranties holding onto what is already at hand. People ask for change simply because they ask for better, which does not happen in a static and hierarchic society. Change is expected to bring new opportunities to the economy as well as to politics. Thus for people, the AK Party is like a ladder -- it leads people up to a higher social, economic and political status. Yes, the AK Party receives votes from all segments of society. Among its voters are the poor and the rich, the Turks and the Kurds, the Islamists as well as the liberals. For all, the AK Party is seen as a ladder with which to climb up economically and socially. Thus, the AK Party functions as an agent of social mobilization. The last nine years in power proves that such a function has been performed by the AK Party. Its policies in education, health care, transportation, social security, etc., have had positive impacts on the lives of many.

Yet this is not the whole story: The democratic performance of the ruling party is also important for attracting voters. People who vote for the AK Party are mainly conservative, patriotic and democratic from the “center right.” They demand services and wish to have better living conditions, but they also want greater democracy, civilian control of the military and the non-interference of the state in their private affairs including what they believe in.

For these people the AK Party meant taming the Jacobin-Kemalist state and keeping its agents under control. Therefore the AK Party, for them, stands for expanding the realm of freedom, freedom of entrepreneurship as well as freedom of religion, association and expression.

As a result the Republican People’s Party (CHP), the main opposition party, has lost once more. In fact it has never won in the entire history of free elections in this country. This is so because the CHP is not a political party “designed” to win “free elections.” It was conceived as a mere instrument of the state to lead the masses under a single party government. It cannot compete with other political parties in a democracy as it represents the official ideology, the state and the privileged minority. Even if the party leaders appear to have changed, its very name, history and tradition say otherwise.

Whatever the rhetoric, the CHP is the party of a minority that is composed of staunch secularists, Kemalists and the old elite in bureaucracy and business. It cannot appeal to the masses to win elections as the people who represent the CHP still continue to look down on the people. For them people are to be educated, enlightened and put in order. This civilizing attitude is irritating for the ordinary people. They claim to sit at the top of the people as if they are the owner of the land and even the people living on it. Would people ever vote for such a patronizing attitude? They would not, of course, just as the people of a colonized country would not vote for the colonizers who claim to be on a civilizing mission.

The CHP is the party of the “old Turkey,” and as such it cannot win elections in the “new Turkey” where the official ideology is dead, institutions that would force it have lost its power in the process of democratization and people are increasingly celebrating their differences, be they ethic, religious, ideological or sexual as opposed to the homogenized vision of the nation by Kemalism.

The result is that the CHP has lost every election since 1950, while the parties that position themselves against what the CHP stands for have always won.

http://www.todayszaman.com/columnist-247901-why-do-people-vote-for-the-ak-party.html

Turkey: An election without losers

An election without losers 

Last Friday, I was in Brussels where I took part in a panel discussion organized by the European Policy Centre (EPC) in cooperation with the Turkish Confederation of Businessmen and Industrialists (TUSKON). The topic of the discussion was “Turkey after the elections -- what next?” Here is the gist of what I said.
 
The June 12, 2011 elections in Turkey represent an important step towards consolidating a democracy on European Union (EU) standards and moving away from military - bureaucratic tutelage regime. This was the first election since the 1960s without the shadow of the military hanging over it. Over 50 million citizens were entitled to vote and no less than 87 percent did so, increasing the rate of participation from 79 percent in 2002 and 85 percent in 2007. No major incidents took place during the voting process and the results became known just two hours after the polling stations closed. Up to 95 percent voted for parties who stood any chance of surmounting the 10 percent threshold and for independents supported by the pro-Kurdish Peace and Democracy Party (BDP), thereby bringing the proportion of “wasted” votes to 5 percent down from 45 and 15 percent in the previous two elections. This was the first ever election in Turkey where verbal and written election campaign material in Kurdish was legally used. The share of women deputies in the 550-seat Parliament significantly increased, from 50 seats in the previous parliament to 77. The main issue in the election campaign was the adoption of an entirely new and democratic constitution to replace the current one that was drawn up by the military three decades ago, while any references to EU accession were conspicuously absent, indicating that Turkey is on course to continue to democratize not by being pushed from beyond by the EU, but by the people from below. The conservative democratic Justice and Development Party (AKP) won a landslide victory, garnering 50 percent of the national vote. It became the first party to win a third consecutive election by increasing its share of the vote from 34 percent in 2002 and 47 percent in 2007. This is also a personal victory for Prime Minister Recep Tayyip ErdoÄŸan, who is without doubt even more popular than his party or government. The electorate rewarded the government party for making Turkey a wealthier, more open, freer, more democratic, fairer and more peaceful country its citizens feel proud of. The AKP won in all the regions of the country including the Kurdish-majority region, receiving about as high a proportion of the votes as in the entire country. The number of seats won by the AKP, however, decreased to 326, which is less than three-fifths of the total, meaning that it will have to negotiate and reach a consensus with the opposition to draw up the new constitution, as repeatedly promised by ErdoÄŸan.

I regard the Republican People’s Party (CHP), led by Kemal KılıçdaroÄŸlu, also a clear winner. The new CHP succeeded in increasing its share of the vote from 20 to 26 percent, and its seats in Parliament from 112 to 135, despite the fact that the new leadership of the party has fundamentally changed its discourse, moving it towards support for liberal democracy away from military - bureaucratic tutelage. I suspect the CHP might have garnered even more votes had it avoided nominating a number of defendants in the Ergenekon case -- a criminal network accused of instigating a military coup against the elected government -- to run as candidates.

The vote of the ultra-right Nationalist Movement Party (MHP) fell to 13 percent, down from 14 in the previous election, and its number of seats in the parliament decreased to 53 (down from 71 in the previous one). The MHP cannot, however, be regarded as a loser in this election, because it managed to surmount the 10 percent threshold, despite all efforts by Prime Minister ErdoÄŸan to steal votes away from the MHP, the sex tape scandals forcing 10 leading members of the party to resign and withdraw their candidacies, and surveys that showed the party risked falling out of Parliament. It seems that many cast their votes for the MHP solely to secure its representation in the Parliament.

The pro-Kurdish BDP is surely the other big winner in the June 12 elections besides the AKP. In order to overcome the 10 percent threshold, it fielded, as in the previous election, independent candidates, of which 36 out of 62 garnered enough votes to win. The independents are soon to formally join the BDP, raising its number of seats from 21 in the previous to 36 in the current Parliament. The election success of the BDP is explained mostly by its broad front policy of including among its candidates personalities who have formerly been highly critical of the BDP’s policies, who belong to the Turkish socialist left, and who represent religious minorities. BDP candidates were thus able to win Kurdish and Turkish votes who favor a political rather than violent solution to the Kurdish problem.

I concluded my presentation in Brussels by saying that the June 12 elections in Turkey was an election with almost no losers, except for the 12 small parties that could together only muster about 5 percent of the vote. My comments on the question as to “What’s next?” dealt with the real and alleged vulnerabilities Turkey faces which will be the subject of my column next week.

http://www.todayszaman.com/columnist-247903-an-election-without-losers.html

Hutang Felda RM6 bilion: Anak masih tunggu penjelasan Datuk Ahmad Maslan

Hutang RM6 bilion: Anak masih tunggu penjelasan Felda

PETALING JAYA: Para peneroka Felda di seluruh negara masih menunggu penjelasan yang lengkap daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berhubung hutang agensi kerajaan itu yang berjumlah RM6 bilion dari Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP)...

Ulasan: Bercakap biar benar. Kerana kita dilarang menipu rakyat.

Siasatan daftar pemilih perlu aduan rasmi

KUALA LUMPUR 20 Jun - Sebarang siasatan berhubung daftar pemilih yang dipertikaikan hanya boleh dilakukan selepas aduan rasmi dibuat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. 

Beliau berkata, Jabatan Perdana Menteri (JPM) tidak boleh bertindak sekiranya laporan, kenyataan atau aduan mengenai perkara itu hanya dibangkit dan dipersoalkan di tempat terbuka tanpa mengikut prosedur…

Ulasan: Bermacam hujjah boleh dikemukakan bergantung kita suka atau tidak suka sesuatu dilaksanakan. Sampai bilakah negara akan menjadi negara maju kalau bersikap negatif? Syarikat hebat akan mengalu-alukan cadangan pembaikan dari siapa saja untuk terus kekal menjuarai perniagaan. Kita pula hanya sibuk memastikan ikut prosedur. Dan akan teruslah hati rakyat menyimpan rasa berbuku…

Rakyat perlu sokong pemimpin kerajaan - Omardin

IPOH 19 Jun - Rakyat negara ini diminta memberi sokongan kepada pemimpin kerajaan kerana memberikan kebebasan kepada rakyatnya tanpa banyak sekatan berbanding sesetengah negara.

Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tan Sri Omardin Mauju berkata, sokongan itu perlu demi mempertahankan negara dan ia juga merupakan tanggungjawab rakyat.

"Pemerintah negara kita tidak pernah membuat sekatan dan mengganggu rakyat untuk bergerak setiap hari berbanding dengan negara lain," katanya pada majlis pelancaran Persatuan Jalinan Mesra India Muslim Malaysia (PJMIM) di Hotel Hill City di sini, hari ini…

Ulasan: Rakyat nampaknya semua sokong pemimpin kerajaan dalam hal-hal yang halal. Eloklah pihak polis membenarkan perhimpunan AMAN (yang asalnya diizinkan oleh Perlembagaan negara kita) yang telah dirancangkan untuk mempastikan pilihan raya dilaksanakan secara BERSIH & ADIL tak kira siapa pun kerajaan kita.

Turki: Pilihan raya tanpa sesiapa kalah

Pengundi mengundi pihak kerajaan, parti AKP kerana ia telah berusaha hebat untuk Turki menjadi lebih kaya, lebih terbuka, lebih bebas, lebih demokratik, lebih adil dan negara yang lebih aman. Rakyat Turki berasa sungguh bangga. http://www.todayszaman.com/columnist-247903-an-election-without-losers.html

Ulasan: AKP ternyata tidak merasuah rakyat. Tapi ternyata parti yang BERSIH boleh memimpin negara menjadi hebat. Sebelum AKP memerintah Turki sentiasa dalam keadaan hutang luar negara yang teruk sehingga terpaksa dibantu oleh IMF (International Money Fund).

Perkasa bakar gambar Ambiga, amaran kepada kaum Cina, pembunuhan beramai ramai

(The Malaysian Insider) 20/6/2011— Perkasa bersama 164 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini melancarkan “perang” terhadap Himpunan Bersih 2.0 dengan membakar gambar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk Ambiga Sreenevasan dan memberi amaran kepada kaum Cina agar jangan keluar pada 9 Julai ini kerana “apa sahaja boleh berlaku.”…

Ulasan: Kalau macam ini perangai dan sikap kita, confirmed lambatlah lagi Malaysia jadi negara maju. Perlkah kita mengugut dan memberi amaran kepada pihak lain? Oleh itu, rakyat berharap pihak polis kekal benar-benar profesional...

Sunday, June 19, 2011

Enam Pegawai Polis KL jadi Pengedar Dadah

Enam Pegawai Polis KL jadi Pengedar Dadah
BeritaOleh: amkns

"
ENAM PEGAWAI POLIS DITAHAN KERANA EDAR DADAH.
KUALA LUMPUR 18 Jun 2011 : Seorang pegawai kanan polis dan lima anggota berpangkat rendah yang bertugas di bahagian narkotik di sekitar Kuala Lumpur ditahan kerana disyaki terlibat dengan pengedaran dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata kesemua mereka yang berumur dalam lingkungan 30-an itu ditahan dua minggu lepas.

"Sekarang ini mereka ditahan dan berada di bawah siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1952," katanya kepada pemberita, di sini, Sabtu.

Beliau turut menasihatkan semua ketua polis peringkat negeri negeri dan daerah agar memantau pegawai dan anggota di bawah jagaan mereka bagi memastikan kejadian berulang.

http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2011/6/18/mstar_jenayah/20110618152811&sec=mstar_jenayah

6 POLIS DITAHAN EDAR DADAH

KUALA LUMPUR 18 Jun - Harapkan pagar, pagar makan padi. Itulah pepatah sesuai bagi seorang pegawai dan lima anggota polis yang diamanahkan tugas untuk membanteras kegiatan pengedaran dadah.

Keenam-enam mereka yang bertugas dalam cawangan narkotik di sini, sepatutnya memburu pengedar dadah tetapi sebaliknya mengambil kesempatan untuk terlibat sama dalam kegiatan mengedar dadah kepada para penagih di sekitar ibu negara.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0619&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_02.htm

POLIS EDAR DADAH SINDIKET DITAHAN

KUALA LUMPUR - Seorang kanan polis dan lima anggota berpangkat rendah yang bertugas di bahagian narkotik di sini ditahan kerana disyaki terlibat dengan pengedaran dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, kesemua mereka yang berumur dalam lingkungan 30-an itu ditahan dua minggu lepas.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0619&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Ulasan: Bersama-sama kita menjaga negara kita.

Himpunan Bersih 2.0 aman, polis patut kerjasama

Himpunan Bersih 2.0 aman, polis patut kerjasama
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 19 Jun: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tetap memberi jaminan bahawa himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini akan berjalan dalam keadaan aman jika pihak polis memberikan sepenuh kerjasama.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi menyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya menjaga keselamatan peserta himpunan dan memastikan tiada sebarang kekecohan.

"Saya merayu sekali lagi kepada Polis Diraja Malaysia, ketua polis negara supaya menjaga keamanan dan keselamatan rakyat serta tidak melakukan tindakan keras kepada rakyat yang menuntut demokrasi dan pilihan raya adil dan bebas," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini...

Ulasan: Polis kita sebagai profesional diharapkan akan merestui perhimpunan AMAN seperti yang dilaksanakan di negara-negara maju yang mengamalkan demokrasi.