KUCHING 16 Jun - Senario 'buta al-Quran' dalam kalangan generasi muda menggusarkan kakitangan swasta, Norlida Berawi, yang tidak mahu anak-anaknya berdepan dengan masalah sama.
Justeru, ibu kepada empat cahaya mata itu mengambil keputusan mengajar sendiri anak-anaknya membaca al-Quran di rumah, selain menghantar mereka ke kelas mengaji seawal usia enam tahun.
"Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk asas agama yang kukuh dalam diri anak-anak. Jadi tugas mendidik mereka tidak boleh diserahkan bulat-bulat kepada guru di sekolah.
"Sebab itu, saya dan suami amat tegas dalam soal pendidikan agama. Sebagai contoh, solat berjemaah dan mengaji al-Quran merupakan aktiviti yang diberi penekanan dalam keluarga kami," katanya ketika ditemui pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-54 di sini semalam…
Ulasan: Jadikan al-Quran sebagai perlembagaan hidup.
No comments:
Post a Comment