SPR anggap tuntutan Bersih 'pelik'
PUTRAJAYA 27 Jun - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2 sebagai 'pelik' dalam usaha mewujudkan sistem pilihan raya yang adil di negara ini.
Pengerusinya, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, ini kerana empat daripadanya bukan dalam bidang kuasa SPR, satu melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan manakala tiga lagi adalah antara usaha penambahbaikan yang sering dilakukan suruhanjaya itu.
''Bila saya baca dalam lapan tuntutan itu, ada sikit lain dan juga melibatkan kuasa kementerian lain. Saya juga menganggap perhimpunan pada 9 Julai ini tidak hanya kerana SPR sahaja," katanya dalam pertemuan dengan 10 blogger tempatan di sini, hari ini.
Lapan tuntutan Bersih 2 meliputi antaranya desakan supaya membersihkan senarai pengundi, memperbaharui sistem undi pos, penggunaan dakwat kekal, tempoh berkempen minimum 21 hari, akses media yang adil dan telus dan memperkukuhkan institusi awam…
Ulasan: Biarlah rakyat membetulkan pilihanraya negara kita dengan perhimpunan aman 9/7/2011.
No comments:
Post a Comment