Wednesday, June 22, 2011

Majlis Peguam desak Ibrahim Ali dikenakan tindakan

KUALA LUMPUR 20 Jun - Majlis Peguam mendesak kerajaan mengambil tindakan mengikut Akta Hasutan ke atas Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali kerana mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan berhubung perhimpunan haram Bersih 9 Julai ini.

Presidennya, Lim Chee Wee menyifatkan kenyataan Ibrahim ketika mengecam perhimpunan itu kononnya sebarang kejadian boleh berlaku pada hari perhimpunan tersebut, merupakan satu bentuk ugutan dan tidak wajar.

"Majlis Peguam mahu kerajaan meneliti penggunaan akta itu ke atas Ibrahim sekiranya ia relevan digunakan" katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini…

Ulasan: Sibuk mengugut di sana sini. Negara kita ada masih ada perlembagaan dan undang-undang.

2 comments:

Anonymous said...

hehe bodohnya melayu.. kita ikut saja apa yang 'mereka' suruh.. sedangkan Bar Council penah cuba gugurkan hak keistimewaan agama islam pada tahun 90an

malaysia baru said...

ikut saja yg umno suruh, pandailah melayu?

umno pun banyak blunders yg umno buat dulu...tapi kita sokong juga. tapi dah ada prbezaan skrg. Alhamdulillah.