KUALA LUMPUR, 28 Jun - Ahli Jawatankuasa Life Line 4 Gaza (LL4G) hari ini menyerahkan memorandum bantahan ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi mengutuk kenyataan Setiausaha Negara itu, Hillary Clinton yang menyifatkan misi kemanusiaan oleh aktivis pro-Palestin sebagai tindakan provokasi terhadap Israel.
Setiausaha Pengurusan Krisis LL4G, Hishamuddin Hashim berkata, memorandum itu antara lain turut membantah tindakan Hillary yang seolah-olah memberi 'lampu hijau' kepada rejim Zionis untuk mengenakan tindakan ketenteraan dan mengancam keselamatan sekumpulan 600 sukarelawan atas alasan 'mempertahankan diri'.
"Ini merupakan tindakan yang tidak boleh diterima akal memandangkan ia adalah misi kemanusiaan kepada rakyat Gaza yang tertindas.
"Oleh itu, saya menyeru agar semua rakyat Malaysia menyatakan sokongan terhadap wakil-wakil flotila khususnya sepuluh sukarelawan negara yang telah berlayar ke Gaza untuk menghantar bantuan," katanya di sini hari ini.
Memorandum bantahan itu diserahkan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat, Leeds Timothy pada kira-kira pukul 2.30 petang…
Ulasan: Bantulah rakyat Palestin yang tertindas kerana mereka telah didera lagi, lagi dan lagi sejak 1948 oleh penjajah Israel.
No comments:
Post a Comment