Saturday, June 18, 2011

Anak Muda Jangan Lupa 9 Julai BERSIH & ADIL

Anak Muda Jangan Lupa 9 Julai

Ibuku...
Halalkan setiap titis susumu..
Halalkan setiap keringatmu melahirkanku..
Halalkan setiap suapan ke mulutku..
Halalkan setiap air mata yang mengalir keranaku

Ayah...
Halalkan setiap rezeki yang kau kongsi untukku..
Halalkan setiap peluh yang kau tumpahkan untukku..
Halalkan setiap senyuman kegembiraanmu atas kelahiranku..

Isteriku...
Andainya ini adalah pertemuan terakhir kita..
Kaulah permata dalam hidupku..
Kaulah penyeri didalam alamku..
Kaulah srikandi indah padaku sebagai suami...
Sesungguhnya.. Aku redha dengan kehidupanmu sebagai isteriku..

Anak-anakku..
Maafkan ayah.. meninggalkan kalian disaat kalian memerlukan kasih sayangku..
Maafkan ayah.. meninggalkan kalian disaat gelak tawaku didambakan..
Maafkan ayah.. meninggalkan kalian disaat kalian menempuhi alam anak-anak kecil..

Pemergianku adalah mungkin yang terakhir...
Kerana.. mereka yang berkuasa disana sedang menanti..

Untuk memenuhi paru-paruku dengan gas canister yang perit..
Untuk membutakan mataku dengan asap yang pedih..
Untuk membelantan jasadku dengan cotar dan rotan..
Untuk mematahkan kaki dan tanganku dengan kasut yang berat!
Untuk memenjarakan jasadku didalam lokap yang hancing!

Adakah aku gentar?
Adakah kalian gentar?
Adakah ini penghenti perjuangan?

Tidakk!!
Demi Allah dan Rasul tidak sama sekali!

Mereka menyangka mereka berkuasa!
Mereka menyangka mereka ada segala-galanya!

Mereka boleh memenjarakan jasadku
Tetapi mereka tidak akan mampu memenjarakan jiwaku..


Kerana jiwaku ini milik Allah!
Hidupku ini milik Allah!

Bukan seperti mereka yang merasakan..
hidup mereka milik pemerintah!
Nyawa mereka milik pemerintah!
Jasad mereka milik pemerintah!
Setiap hela nafas mereka milik pemerintah!

Duhai sahabat-sahabat kesayanganku...
Aku akan pergi..
Aku akan berkelana..
Aku akan bermusafir..
Pada 9 Julai ini...
Menuju ke suatu arah yang pasti...

Disana..
Akan menyaksikan.. suatu peristiwa yang akan dikenang..
Oleh beratus generasi yang akan datang...

Jangan sampai ianya akan dikenang
sebagai peristiwa paling kejam dalam sejarah negara..
jangan sampai ianya dikenang
sebagai peristiwa paling zalim dalam sejarah negara..

kerana..
9 Julai ini akan menjadi bukti..
Bahawa rakyat negara ini bukan pengecut!
Jauh sekali dayus dan penakut!
berkata benar dihadapan pemimpin yang zalim!

Ayuh!
Mari korbankan nyawa dan jasad!
Mari hancurkan ketakutan dan kepanikan!

Sudikah kalian bersamaku?

nukilan khas - budakbalun

Ulasan: Perhimpunan AMAN diizinkan oleh Perlembagaan negara kita. Tugas asas polis ialah mempastikan perhimpunan aman itu selamat untuk warganegara kita. Selamat bertugas secara profesional macam polis di London dan Jakarta. BERSIH 2.0 hanyalah tuntutan supaya pilihan raya negara kita di laksanakan secara BERSIH & ADIL untuk manfaat zuriat kita nanti. Mana ada negara yang sudah maju yang suka pilihan rayanya berjalan secara TIDAK BERSIH & TIDAK ADIL? Hadirlah bersama-sama sebagai tanda prihatin seorang rakyat negara ini. Dan bersama-samalah melakarkan sejarah negara sebelum kita jadi sejarah.

7 comments:

Anonymous said...

memula perhimpunan BERSIH pastu dari perhimpunan jadi demonstrasi dan kekacauan.. pastu nak taknak polis kena leraikan.. para perhimpun nak gak lawan(sebb bodoh!)... last2 polis guna kekerasan.. ade org terbunuh(macam memali 80an).. pastu geng2 gila kuasa api2 suh wat kebangkitan rakyat.. rakyat yg 'buta' ikut bebulat.. wat2 jadi kekecohan.. gov taknak turun.. askar masuh campur.. ratusan mati macam libya, syria.. pastu OLEH KERANA MALAYSIA NEGARA STATEGIK ADA MINYAK DAN LAIN2 SUMBER SERTA LALUAN EAST-WEST TRADE, NATO MELIHAT INI SEBAGAI PELUANG.. pastu NATO declare NFZ padahal wat ground bombing.. tak pasal2 mak bapak and adik beradik lu org yg wat 'kebangkitan rakyat' tu MATI sebab lu org.. pikir2 kan la

malaysia baru said...

ada beza dgn perhimpunan AMAN..tolong do some readings on this. tanyalah polis siapa yg suka buat provokasi? tangkap dan adili.

kerajaan dah lama mmrintah...tapi..tak pula kisah nak adakan saluran untuk rakyat semua boleh suarakan prihatin kpd masalah negara?

org kita,yg bagusnya tak dtg demo nak curi barang2 kedai...lootings.

polis datanglah bertugas untuk jaga rakyat. tangkap yg buat salah. kita tak prnah suruh org buat jenayah...yg kita minta...berikan ruang utk demo AMAN. Tak cadang pun nak kacau2....atau jenayah.

askar pun nak masuk campur..semudah itukah?..dah ke dapat izin dari Agung dan Raja2 Melayu lain untuk menyusahkan rakyat Tuanku?

askar kita tak akan bertindak sebodoh itu.

malaysia masih lagi selamat...cuma ada sikit masalah lama mengnai pelaksanaan pilihan raya yg spatutnya lebih BERSIH & ADIL tak kira siapa kerajaannya. ws.

Anonymous said...

yeah i done my reading.. thats why aku brani wat kronologi camni.. apa kata lu tgk strike2 kat dunia ni.. 80% semuanye AMAN memula.. beratus laporan polis dibuat nak taknak ikut prosedur polis kena tahan.. kalau tak maruah polis jatuh(n pastu lu org pertikai kat situ lak).. kat situ la dari AMAN jadi KEKECOHAN.. kat situ la AGEN YAHUDI CAM ANWAR TU tggu.. lu tau kan yg gov confirm2 taknak turun.. kat situ la pihak berkuasa digunakan gov ntuk stop kekecohan.. bila dah kecoh, ATM masuk campur.. pastu geng2 lu org yang kebaykannye salu ade persepsi negetif kat ATM(cthnye salu cakap ATM ni geng2 gov or cakap ATM ni 'kipas ponggong' gov) akan lawan.. *(sblm tu aku nak suh lu wat kajian.. lu gi tny geng2 lu yg fanatik politik kotor ni then tny pendapat diorg tentang ATM.. lu akan find out ape yang aku cakap tu betul..)

kat situ lu org akan lawan ATM.. life anggota compromise so ATM guna kekerasan.. then beratus mati.. kat sini la NATO tggu sgt..

so, kalau lu ni org ISLAM yang nak tgk kita bangkit, lu perlu kuatkan analisis lu dari just baca blog2 or analisis2 org lain.. jgn gadaikan peluang kita ntuk menang just sebb lu rase lu betul(ideologi) walhal ideoligi tersebut bukan lu punya but org lain yg punya.. lu tak ubah seperti penyokong2 komunis.. terlampau terpedaya ngn sosiolis laungan pemimpin mereka(yg embrace fahaman ni) last2 menyesal.. aku amik cth komunis mmg cantik laungan dia 'semua sama rata' n laungan tu senang untuk kita terpedaya.. walhal kat situ just mengaburi mata.. lu pikir la elok2.. ape kata mlm ni lu bandingkan lu ngn follower2 komunis or fasis seblm2 ni.. lu leh guna hadith but kalau lu nak hadith tu 'ikut' ape yg lu sampai kan, lu akan hujah agar hadith tu 'ikut' apa yg lu kata.. lu seperti meletakkan diri lu satu level dengan Tuhan, konon nya tahu kebenaran walhal kebenaran hny Allah s.w.t sahaja yg tahu..

jgn obses sgt sehingga anda tak sedah yg anda dah embrace agama politik ni.. :)

malaysia baru said...

polis kna terima sbrg report, wlpun report kucing kita mati... fahamkah orang yg buat repot ni mengenai perkara 10 perlembagaan kita?

polis dialu2kan utk jaga keselamatan rakyat...ini memang tugas basic polis. DS Anwar agen Yahudi..ni kamu buat repot polia supaya polis boleh siasat dan bawa dia ke pengadilan. Repot juga APCO agen Yahudi.

Tak bawa senjata = TIDAK MERANCANG UNTUK CIPTAKAN HURUHARA. polis dialu2kan mengawal. Di Malaysia, rakyat masih hormat polis.

Jalan yg ada utk berkuasa mngikut Perlembagaan kita ialah melalui pilihan raya yg BERSIH dan ADIL. Setakat ini semua parti bersetuju mgnai ini.

Komunis? Ini dah outdated. PKM dah tinggalkan perjuangannya.

Semangat kebangsaan pun outdated. Hasilnya ahli politik buat harta dan rakyat tertipu dgn hadiah mengundi sprti gula dan kain batik dll. partinya pun mengamalkan baudaya rasuah....

Marilah kita menurut perintah Allah dlm seluruh hidup kita. Kerana setiap kita berdpn dgn 'pilihan raya' setiap detik hidup ini....nak ikut agama atau nak ikut nafsu...selamat pangkah yg baik2 sj. ok.

Anonymous said...

yang lawaknya bila aku cakap pasal anwar dan yahudi, mesti kua pasal APCO.. kenapa org2 fanatik PR ni tak cakap pasal McD? pasal Windows? padahal yahudi juga? yang aku cakap anwar ni agen yahudi, pasal hubungan peribadi dia ngn yahudi.. kalau setakat hubungan dagangan, boleh la diterima jugak(PAS pun guna windows, makan McD bukan?)

aduh, bila lu cakap pasal 'outdated' tu nampak sgt betapa jumudnya pemikiran lu.. aku cuma BANDINGKAN... aku dah cakap sebelum ni la.. which is fanatism yg melampau.. same seperti komunis..

lu ikut tak perintah Allah yg menyuruh kita jgn fanatik pada dunia? perintah Allah yang suruh kita cari ilmu dan buka mata hati? perintah Allah yang menyuruh kita jgn menyampaikan fitnah? perintah Allah ntuk kita jadikan Rasullullah s.a.w sebagai tauladan(which is guna jalan bijak.. bukan guna jalan yg digunakan oleh org2 kafir ntuk menang)..

lu tau tak dosa kalau lu nasihat org suh ikut perintah Allah walhal lu sendiri ingkar?

malaysia baru said...

dulu ada rakyat buat repot polis mengenai APCO. Rakyat still tunggu perkembangannya.

Pls buat polis report mengenai hubungan peribadi DS Anwar. Biar polis siasat. TQ krn membantu negara bebas dari yahudi.

Hujungnya...jgn hidup setakat jaga kepentingan dunia yg sikit..makan, kerja,berkelrga...melupakan hak asasi wrga disisi Perlembagaan. Apa yg zuriat kita dapat bila pilihan raya tidak ditingkatkan BERSIHnya dan ADILnya?

Jgn fanatik dgn dunia..maknanya berjuang mempertahan HAK di dunia.
Cari ilmu dan buka hati...maknanya berjuang untuk pertahankan HAK ASASi sebagai wrga mcm negara maju lain.
Rasulullah SAW as tauladan... maknanya tidak bersengkokol dgn maksiat...dan amar maaruf dan mencegah mungkar. Penafian Hak asasi adalah mungkar.

Jom kita sama2 perjuangkan secara AMAN demi kebaikan zuriat kita nnti.

malaysia baru said...

dulu ada rakyat buat repot polis mengenai APCO. Rakyat still tunggu perkembangannya.

Pls buat polis report mengenai hubungan peribadi DS Anwar. Biar polis siasat. TQ krn membantu negara bebas dari yahudi.

Hujungnya...jgn hidup setakat jaga kepentingan dunia yg sikit..makan, kerja,berkelrga...melupakan hak asasi wrga disisi Perlembagaan. Apa yg zuriat kita dapat bila pilihan raya tidak ditingkatkan BERSIHnya dan ADILnya?

Jgn fanatik dgn dunia..maknanya berjuang mempertahan HAK di dunia.
Cari ilmu dan buka hati...maknanya berjuang untuk pertahankan HAK ASASi sebagai wrga mcm negara maju lain.
Rasulullah SAW as tauladan... maknanya tidak bersengkokol dgn maksiat...dan amar maaruf dan mencegah mungkar. Penafian Hak asasi adalah mungkar.

Jom kita sama2 perjuangkan secara AMAN demi kebaikan zuriat kita nnti.