Thursday, June 16, 2011

Potensi paya bakau pelindung bencana

KUALA LUMPUR 15 Jun - Selain digunakan sebagai bahan dalam industri pembinaan, perkayuan dan pembuatan kertas, payau bakau juga sebenarnya berpotensi sebagai agen pelindung bencana.

Ia terbukti ketika kejadian tsunami di Lautan India pada 2004 yang mana tumbuhan tropika itu telah berjaya memperlahankan pergerakan ombak sekali gus menyelamatkan banyak nyawa penduduk kampung ketika itu.

Penyelidik baka tumbuhan itu dari University of Adelaide, Australia, Poh Poh Wong berkata, pokok paya bakau berupaya menghilangkan tenaga pada ombak tsunami yang mempunyai ketinggian kurang lima meter.

''Melihat kemampuan itu, kini banyak negara yang terletak di kepulauan Asia telah melaksanakan proses tanaman pokok bakau secara besar-besaran.

''Avicennia maria merupakan spesies yang paling sesuai di tanam dalam pelbagai keadaan geografi dan persekitaran.

''Ini kerana, ia tidak semestinya perlu di tanam di kawasan berlumpur sebaliknya sesuai pada kawasan berpasir, batu kerikil, berterumbu atau berbatu,'' katanya ketika menyampaikan pembentangan bertajuk Paya Bakau - Konsep Baru Perlindungan Bencana pada Persidangan Kongres Sains Pasifik Ke-22 bertemakan Sains Asia Pasifik Abad Ke-21: Berhadapan Cabaran Perubahan Global di sini semalam.

Ulasan: Makmurkanlah bumi yang Allah kurniakan kepada kita. Jangan bermaksiat.

No comments: