Harakahdaily.net
KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pakatan Rakyat amat kesal dengan tindakan pihak polis yang akan melakukan tangkapan awal atau tangkapan pencegahan terhadap penganjur Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, memandangkan ia jelas merupakan salahguna kuasa yang dilakukan oleh pihak polis di negara ini…
Ulasan: Begitulah amalan standard kerajaan autokratik di mana saja. Presiden Hosni Mubarak dulu pun lama bertahta kerana pertolongan polis-polisnya... Pelik juga mengapa mereka menyokong pemerintah yang zalim yang menipu rakyat termasuk mereka sekaligus. Tapi kenapa kita tak mahu pilihan raya kita jadi BERSIH & ADIL? Mungkin ada orang yang masih mahukan pilihan raya jadi KOTOR & ZALIM pada hal negara kita bergerak untuk menjadi negara maju. Ada negara maju yang masih suka pilihan rayanya yang KOTOR & ZALIM?
3 comments:
bukan bro, laporan polis dah dibuat.. bila dah laporan ade, pihak polis terpaksa tgkap since every laporan involve penama dah tertuduh.. tu mmg prosedur..
satu lagi bro tak sian ke kat civilian yang tak berkaitan terpaksa susah psal perhimpunan tu? ini amalan demokrasi barat.. kalau betul nak ikut ketamadunan islam, mane ade involve strike2 ni..
pikir matang bro.. ikut hati mati
Bro Anonymous
polis tu profesional sepatutnya. Bukan tangkap dulu..kemudian mengaku silap. ini sudah teruk.
Memang polis sewajarnya terima semua laporan... then it is up the polis bertindak sewajarnya. Bukan tangkap semua...
apa susah...tak ada larang dan paksa tutup perniagaan kecuali kalau ada provokasi. Ni tuan kena baca banyak artikel lagi mengenai demokrasi. Bahkan sebab amanlah...peniaga rasa kenikmatan berniaga pada hari demo/protes sebab oran Malaysia tak mencuri.
Ikut apa yg elok. Tak semestinya semua di malaysia ni ELOK. Ambil yg elok2 saja.
Datanglah sama2 tuntut BERSIH & ADIL...utk kepentingan zuriat kita juga.
bro, kalau piki logik berani ke peniaga2 nak bukak perniagaan dengan ada kemungkinan akan turn jadi kekecohan?
kita just leh merancang just tuhan tentukan.. falsafah ni la yg perniaga gunakan(dan falsafah ni mmg betul).. diorg akan pikir yang macam2 boleh berlaku dah mereka akan paranoid dari pemikiran ni dan ambil keputusan ntuk taknak bukak perniagaan..
btw bro, sy dgr ni pasal korg kata pilihanraya tak adil n tak bersih.. boleh bro buktikan secara fakta? sy taknak petikan blog or surat khabar yg bias.. sy nak fakta.. kalau ada bukti, kami golongan yang membantah perhimpunan ni jamin akan datang turut serta.. tapi bkti pun tak ada.. kalau nak cakap pilihan raya tak bersih, dapat lak PR kat negeri emas BN iaitu selangor.. BERSIH PULA PILIHAN RAYA KAT SELANGOR YAA? kalau camtu sy sarankan penyokong2 BN wat demo BERSIH kat kedah, selangor, kelantan dan setiap kawasan PR pegang.. amacam bro?
Post a Comment