Thursday, June 16, 2011

Penulis blog dinasihat jangan salah guna kebebasan bersuara

KUALA LUMPUR 15 Jun - Para penulis blog tidak seharusnya berselindung di sebalik hak asasi menyuarakan pendapat untuk meluahkan apa sahaja perkara demi kepentingan peribadi atau pihak tertentu. 

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kebebasan yang dimiliki tetap mempunyai had berdasarkan ikatan kepada agama, budaya serta perundangan sesebuah negara. 

"Mereka perlu melengkapkan diri dengan kekuatan dalaman bagi memilih apa yang terbaik untuk dilakukan demi rakyat sesebuah negara.

"Apa bezanya blogger dengan penulis akhbar, majalah atau wartawan penyiaran? Jika mereka menipu atau menyiarkan bahan-bahan lucah, budaya kita akan hancur dan mereka tidak lepas daripada sebarang tindakan undang-undang," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Penulis Blog dan Media Sosial Sedunia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Kira-kira 400 penulis blog dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat (AS), England, Australia dan Jepun menyertai persidangan selama dua hari itu. 

Rais menambah, beliau menganggap penulis blog sebagai 'suara baru' dalam dunia tanpa sempadan yang memainkan peranan besar memberi sumbangan terhadap masyarakat global. 

"Disebabkan itu anda perlu menggunakan suara ini demi kebaikan negara serta menjadi pemangkin kepada perpaduan rakyat," katanya. 

Dalam pada itu, beliau memberitahu, sehingga April lalu pengguna Internet di Malaysia berjumlah 17.5 juta orang....

Ulasan: Terima kasih Datuk Seri kerana mengingatkan kami semua.


No comments: