Monday, June 20, 2011

Rakyat perlu sokong pemimpin kerajaan - Omardin

IPOH 19 Jun - Rakyat negara ini diminta memberi sokongan kepada pemimpin kerajaan kerana memberikan kebebasan kepada rakyatnya tanpa banyak sekatan berbanding sesetengah negara.

Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tan Sri Omardin Mauju berkata, sokongan itu perlu demi mempertahankan negara dan ia juga merupakan tanggungjawab rakyat.

"Pemerintah negara kita tidak pernah membuat sekatan dan mengganggu rakyat untuk bergerak setiap hari berbanding dengan negara lain," katanya pada majlis pelancaran Persatuan Jalinan Mesra India Muslim Malaysia (PJMIM) di Hotel Hill City di sini, hari ini…

Ulasan: Rakyat nampaknya semua sokong pemimpin kerajaan dalam hal-hal yang halal. Eloklah pihak polis membenarkan perhimpunan AMAN (yang asalnya diizinkan oleh Perlembagaan negara kita) yang telah dirancangkan untuk mempastikan pilihan raya dilaksanakan secara BERSIH & ADIL tak kira siapa pun kerajaan kita.

4 comments:

Anonymous said...

apsal saudara ni? nak sgt perhimpunan ni? taukah saudara yang perhimpunan ni menutup rezeki banyak org? tak pikir ke? kalau betul saudara ni islam pikir la dengan cara islam.. dengan cara islam maksudnya bijak..

saudara ni obses dengan politik barat.. apa yang sy lihat entri2 saudara yang lepas mmg jelas saudara ni sudah culture shock dengan dunia politik greek therefore saudara ni penyokong kuat gagasan politik yahudi(zion)..

saudara dah murtad ke? sekali lagi sy tanya saudara dah murtad ke?..

pikir panjang..pemikiran saudara sy nampak begitu JUMUD.. mmg betul la kajian yang sejarah ni berulang.. maksud sy zaman ke'jahilan' kembali balik..

saudara, sy nasihatkan kalau nak murtad, g terus declare.. jgn wat camni.. lagi la teruk saudara nak jawab 'nanti'

malaysia baru said...

nak sangat sbb perhimpunan itu AMAN. polis diminta bekerjasama menjaga keselamatan rakyat.

tak terniat pun nak tutup rezeki org. Datanglah berniaga...krn prosters here are not hooligans and looters.

Apa2...asalkan pilihanraya kita BEBAS & ADIL...utk manfaat zuriat kita juga. Takkan nak cucucicit kna goreng dgn UMNO juga. Cukuplah time kita. They should better than us. we should make it better for them.

murtad ada tanda2nya...sila lihat bab murtad.

BEtul3...zaman kejahilan akan kembali bila kita jadi penakut, tak suarakan rasa hati. Takut tidak pun menambah usia kita. Krn mati ketentuan Allah.

50 tahun UMNo memerintah telah menybbkan org Islam mengutamakan perut drpd hak asasi sebagai wrganegara. Sampai bila? Jom kita berubah...yg lebih baik. ok. Ws.

Jalan selamat ialah amalkan Islam dlm hidup ni. Hormati alim ulama yg sanggup bersusahpyh spy umat tidak sesat oleh ejen2 dajal. Doakan yg baik2 ya.

Anonymous said...

zaman kejahilan adalah dimana puak2 nak tunjuk power.. tak ke sama ngn situasi saudara skang? kalau nak cakap penakut, adakah saudara nak kata yg tak join ni penakut walhal saudara dan org yang anti perhimpunan ni tak lain tak bukan hya puak2 yang nak tunjuk power..

saudara byk menggunakan agama islam padahal saudara hnya islam yg pandai memanipulasi.. saudara dah anuti agama lain.. saudara dah embrace agama politik barat(sistem) dan berhala saudara adalah sistem.. sama seperti zaman jahilliah

tahniah.. pikir2kan la, malam ni sebelum saudara tidur.. mana tau 'tiada esok' ntuk saudara..

malaysia baru said...

Maaf kalo saya tuduh kamu penakut. Sorry silap. Maaf kan saya.

Niat kita Allah yg menilai. Yg penting perjuangan aman perlu terus dijlnkan.

kerana nak elak tunjuk power selama ini...teruslah pilhan raya di jlnkan dgn secara tidak brp bersih & adil.

krn tiada esoklah kita mesti bangun bersama berjuang demi kebaikan zuriat kita hidup di negara ini...wktu itu kita dah jadi sejarah.

selamt berjuang utk negara yg tercinta.