KUALA LUMPUR 21 Jun - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Singapura agar tidak sesekali menceroboh kedaulatan negara ini biar apa jua alasan termasuk ruang udara yang terhad.
Menurutnya, Malaysia telah banyak bertoleransi dengan republik itu, namun semangat kejiranan harus menjadi penanda aras terhadap apa jua tindakan yang diambil bagi memastikan tidak wujud rasa sangsi antara kedua-dua negara.
"Kita faham ruang udara Singapura terhad menyebabkan tentera udara mereka sering 'terbabas' ke negara ini.
"Memang kita faham. Tambahan, kita berada dalam ASEAN selain sama-sama menandatangani Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA). Namun ia tidak langsung boleh dijadikan alasan.
"Justeru, bantahan diplomatik dilakukan bagi menunjukkan kita sentiasa memantau pergerakan udara mereka. Ia juga bagi menunjukkan rasa tidak senang dengan perbuatan itu," katanya selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Guru Besar Perak Ke-16 di sini hari ini.
Semalam, Ahmad Zahid melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat mendedahkan sebanyak 2,508 pergerakan pesawat tentera udara Singapura dikesan menceroboh ruang udara negara sejak 2008.
Dalam jawapan itu, beliau memberitahu, Malaysia telah mengemukakan bantahan diplomatik terhadap pencerobohan tersebut dan setiap pergerakan pesawat tentera udara Singapura yang mencurigakan dipantau menggunakan kelengkapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Jabatan Penerbangan Awam (DCA)…
Ulasan: Mungkin sekali-sekali, setelah diberi amaran berkali, lepas saja biarkan anti-aircaft missile mencari mangsa.
No comments:
Post a Comment