600 NGO sertai International Freedom Flotilla II ke Gaza
KUALA LUMPUR 14 Jun – Gabungan badan bukan kerajaan (NGO) di bawah Talian Hayat untuk Gaza (LL4G) sekali lagi akan berjuang bersama lebih 600 NGO yang terdiri dari pelbagai negara, bangsa dan agama dalam Misi Kemanusiaan“International Freedom Flotilla II” ke Gaza pada hujung bulan ini.
Pada tahun lepas, seramai 12 sukarelawan Misi ke Gaza (LL4G) dari Malaysia dan dua krew televisyen Astro Awani yang berada atas kapal Mavi Marmara telah diserang tentera Israel ketika misi kemanusiaan menghantar bantuan untuk penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.
Pengasas dan Presiden LL4G, Dr Noorazman Mohd Shamsuddin berkata, misi pelayaran kemanusiaan ini bakal disertai 13 buah kapal antarabangsa iaitu terdiri daripada 10 buah kapal penumpang dan tiga kapal kargo akan belayar bersama-sama dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.
"Pelayaran pada kali ini akan diketuai NGO dari Eropah, Greece, Sepanyol dan Ireland sebagai penggerak dan telah bersetuju melancarkan Flotilla kedua ini yang merupakan misi terbesar berbanding tahun lepas dan disokong oleh Malaysia dan Turki,” katanya.
"Pada Jumaat lepas, sebuah kapal dari Scotland telah berlepas, akan bertemu pada satu titik di Laut Mediterranean yang dijangka tiba pada 27-28 Jun ini,” katanya pada sidang media mengenai pelancaran dan perlepasan pasukan LL4G Malaysia untuk International Freedom Flotilla II ke Gaza, di sini hari ini.
"Kita menjangkakan lebih 1,000 orang sukarelawan akan terlibat dan bertindak sebagai satu Flotilla.” – Bernama
Ulasan: Bantulah saudara seiman warga Palestin yang didera oleh kerajaan haram Israel sejak Israel ditubuhkan.
No comments:
Post a Comment