Thursday, June 30, 2011

Tak wajar A Samad sertai perhimpunan?

KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara (SN), Datuk Dr A Samad Said, tidak sepatutnya menggunakan anugerah yang diterima untuk memecah-belahkan rakyat di negara ini dengan menyokong perhimpunan haram BERSIH pada 9 Julai ini. 

SN Ke-11, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah, berkata tindakan A Samad itu tidak wajar memandangkan pihak yang menganjurkan perhimpunan haram terbabit adalah di kalangan pemimpin yang sering menimbulkan huru-hara di negara ini. 

“Beliau sepatutnya menggunakan anugerah yang dimiliki itu untuk menyatukan rakyat di negara ini memandangkan masyarakat kini berpecah-belah.

“Perpecahan ini jika berterusan akan memberi peluang kepada golongan yang mengambil kesempatan dan kuasa luar campur tangan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ulasan: Bersatu melihat depan mata kita pilihanraya yang jadi tidak berapa BERSIH dan tidak berapa ADIL? Jadilah rakyat yang berjiwa merdeka.


No comments: