Monday, June 27, 2011

Hidupkan fahaman komunis usaha rampas kuasa

KUALA LUMPUR 27 Jun – Cubaan pembangkang untuk kembali menghidupkan fahaman dan amalan komunis di negara ini adalah perbuatan terancang bagi merampas kuasa secara haram dengan cara menghuru-harakan pemikiran rakyat.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, adalah jelas pihak yang didakwa mempunyai kaitan dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu merasakan mereka tidak mempunyai jalan untuk memerintah lalu memilih merosakkan keamanan negara demi berkuasa….

Ulasan: Sememangnya kita menolak pemahaman komunis. Langsung hal ini tiada kena mengena dengan perhimpunan aman untuk menuntut pilihanraya negara dimasa depan menjadi BERSIH & ADIL. Hanya rakyat yang boleh berfikir akan memahami perhimpunan aman yang diizinkan oleh perlembagaan itu sengaja akan dikambinghitamkan oleh pihak yang mengambil manfaat.

Usaha hidupkan komunis


Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
muin.sapidin@utusan.com.my


KECEKAPAN Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya membongkar sekali gus membanteras kegiatan antikerajaan yang dipercayai melibatkan sebuah parti pembangkang lengkap dengan bukti risalah dan pakaian prokomunis diperoleh selepas tangkapan ke atas mereka di Pulau Pinang, kelmarin.


KEPALA BATAS 26 Jun – Polis mengesan gerakan terancang pihak tertentu didakwa cuba menghidupkan semula fahaman komunis bagi tujuan menjatuhkan kerajaan melalui perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini…

Jangan biarkan golongan kiri cabar institusi raja, Islam
KUALA LUMPUR 26 Jun – Tindakan golongan kiri yang sengaja mencabar dan mengelirukan persepsi rakyat terhadap institusi raja-raja dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara tidak wajar dibiarkan berlaku, apatah lagi memberi persepsi amalan raja berperlembagaan dikaitkan dengan istilah feudal yang negatif…

Amah Indonesia terlepas hukuman pancung

RIYADH 26 Jun - Seorang lagi amah Indonesia yang dijatuhi hukuman pancung kerana membunuh majikannya yang berasal dari Yemen pada 2009 di negara ini, terlepas hukuman itu selepas kerajaan Indonesia membayar 2 juta riyal (RM1.6 juta) wang pampasan kepada Arab Saudi.

Darsem binti Dawud dibebaskan selepas Kementerian Hal Ehwal Luar Indonesia menghantar wang tersebut kepada kedutaannya di Riyadh.

Menurut laporan media Indonesia hari ini, Darsem mendakwa majikannya sering cuba merogolnya dan dia terpaksa membunuh lelaki itu bagi mempertahankan diri.

Cabar jadi ‘anak jantan’.
KUALA LUMPUR 26 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar pihak pembangkang supaya bertindak berani seperti ‘anak jantan’ dengan menghadapi proses pilihan raya bagi membuktikan penerimaan sokongan rakyat terhadap mereka.

Perdana Menteri menegaskan, tindakan pembangkang yang berada di belakang perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini adalah satu perbuatan pengecut dalam usaha mereka mendapatkan kuasa melalui keadaan huru-hara….

Ulasan: BN/UMNO pun perlu jadi jantan juga dengan memastikan pilihanraya negara menjadi BERSIH & ADIL. Polis dialu-alukan menjaga keselamatan rakyat. Dan peserta Perhimpunan Aman Walk for Democracy 9/7/2011 anjuran BERSIH di LARANG BAWA SENJATA. Sila ambil foto sesiapa saja yang membuat provokasi sebagai bukti di mahkamah.

Kerajaan tidak tolak kemungkinan guna ISA

HULU SELANGOR 26 Jun - Kerajaan tidak menolak kemungkinan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram Bersih jika ia benar-benar didapati menggugat keselamatan awam dan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun berkata, penggunaan akta tersebut buat masa ini masih belum diperlukan memandangkan pemantauan terhadap matlamat sebenar perhimpunan itu sedang dilakukan pihak berkuasa…

Batalkan jika tidak mahu 'perang' - Omardin

KUALA LUMPUR 26 Jun - Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) memberi amaran kepada penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) supaya membatalkan hasratnya itu jika tidak mahu 'berperang' dengan pengamal seni silat di negara ini.

Mahagurunya, Tan Sri Omardin Mauju berkata, adalah menjadi tanggungjawab pengamal seni silat untuk mempertahankan negara sejak zaman pemerintahan kerajaan Melaka lagi dan mereka tidak akan teragak-agak untuk bertindak keras ke atas golongan yang cuba menimbulkan kekacauan serta huru-hara….

No comments: