Friday, June 24, 2011

Pelatih Bomba wanita kecewa kepala dibotakkan

2011/06/24 ALOR SETAR: Seorang bekas pelatih bomba wanita kecewa dengan tindakan Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai di Marang, Terengganu, yang membotakkan kepala beliau serta 18 pelatih perempuan lain ketika mereka mendaftar diri menjalani latihan di kem itu, 2 Mei lalu…

Ulasan: Dulu pelakun wanita sanggup membotakkan kepala kerana kehendak pengarah. Dunia oh dunia. Kini Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia buat hal. Bukankah wanita di haram membotakkan kepala? Sila siasat dan ambil tindakan sewajarnya.

Hukum Membotakkan Kepala bagi kaum Wanita . 

1. Dari Ibnu Abbas Rhma berkata : 

Rasulullah saw. telah melarang perempuan mencukur ( membotakkan ) kepalanya . 

Dikeluarkan oleh An Nasaa'I Kitabuz Ziinah , bab Larangan Perempuan mencukur kepalanya 

2. Abi Musa Al Asya'ri Rha. Berkata : 

Rasulullah saw. berlepas diri dari perempuan yang meninggikan suara tangisan ketika meratap dan membotakkan kepala ketika musibah . 

Dikeluarkan oleh Imam Bukhari 

Ulasan : 

Membotakkan kepala bagi wanita dalam keadaan mereka menerima musibah dilarangkan oleh Rasulullah saw. sehingga baginda melafazkan bahawa baginda akan berlepas diri darinya , inikan pula membotakkan kepala dalam keadaan aman tanpa sebarang musibah .Pastinya ia lebih dimurkai oleh Nabi saw. 

3. Dari Ibnu Abbas Rhma : 

Rasulullah saw. telah bersabda : dilarang ke atas perempuan bercukur ( membotakkan ) tetapi dibenarkan bagi perempuan memotong sedikit dari rambutnya . 

Riwayat Abu Daud di dalam sunannya Bab al Manaasik al Hajj 

Walaupun asbab wurud ( sebab datang ) nya hadis ini berkait dengan tahallul dalam ibadah haji , maka jelas hukumnya. Betapa dalam masaalah ibadah seperti tahallul dari ihram haji atau umrah , seorang wanita dilarang mencukurkan kepalanya , inikan pula dalam keadaan di luar ibadah , tentu sahaja terlebih aula dilarang . 

Al Imam an Nawawi dalam kitabnya Syarah Sohih Muslim jilid keempat jelas menghuraikan persoalan ini . 

Maksudnya : 

Adapun menggunting rambut dan memendekkannya ( bagi seorang perempuan ) untuk berhias dan kelihatan cantik , maka ia adalah harus jika mendapat izin dari suami dengan syarat tidak sampai kepada had menyerupai kaum lelaki . 

Dalam huraian yang menyerupai masaalah di atas, Dr. Wahbah az Zuhaili menambah syaratnya : 

Bahawa tidaklah yang sedemikian itu ( merujuk kepada menggunting dan memendek rambut ) dengan tangan lelaki ajnabi ( lelaki bukan mahram sebagai tukang gunting ) 

Kalau dilihat dalam kitab Fathul Baari , Jilid ke 10 muka surat 375 : lebih jelas membahaskan betapa Allah menghiasi perempuan dengan rambut yang cantik dan unik . 

Maka Islam mengharamkan perempuan menyambung rambutnya atau memakai rambut palsu . Pengharaman tersebut kerana merubah anugerah Ilahi. Maka, betapa pula dicukur dan dibotakkan kepala ? 

Kalau menyambung rambut hukumnya haram , inikan pula membotakkannya bagi seorang wanita, hukumnya adalah juga tetap haram .
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=print&sid=2228

4 comments:

Anonymous said...

ambil tindakan kepada pihak yg bertanggungjawab supaya tidak berlaku kepada orang lain.

Anonymous said...

setuju!!! ambil tindakan supaya perkara yg tidak disengajakan tidak berlaku lagi pd org lain..

Pirdaus said...

untuk makluman semua. wanita tersebut bukan dicukur kepalanyer cume dipendekkan rambutnyer s`pjg 6cm dan yg mengunting rambut semua pelatih wanita tersebut adalah jurulatih wanita juga. btujuan utk memudahkan pelatih melakukan aktiviti padat dan mencabar yg dijalankan didalam akademi tersebut. Pelatih wanita juga memakai anak tudung yg juga dipakai oleh pelatih wanita yg bukan beragama islam. rasenyer tak timbul soal sensiviti agama disini.sbnarnyer hal nie sudah lama berlaku sejak wanita menyertai bomba pada awal thn 90an lg.

malaysia baru said...

Semak balik gunting pendek ATAU dibotakkan? Knp pula Menteri tu minta maaf? Tunggu siasatan. Sayangnya itu itu hanya siasatan dlmn. Knp takut telus? Negara maju boleh telus tapi tidak di negara kita. Huhuhu.