Friday, June 17, 2011

BERSIH : Berani buat, berani tanggung?

Berani buat, berani tanggung

KUALA LUMPUR 16 Jun – “Berani buat, berani tanggung”. Itu amaran Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar terhadap penganjur sekiranya terus berdegil untuk mengadakan Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kali kedua di sini, pada 9 Julai ini.

Beliau menegaskan, undang-undang di negara ini adalah jelas dan pihak yang mempunyai maklumat wujudnya salah laku dalam pilihan raya di negara ini diminta membawanya ke mahkamah…

Ulasan: Tapi perhimpunan AMAN diizinkan oleh Perlembagaan kita. Kenapa ada pihak yang tak suka pilihan raya negara jadi lebih BERSIH & ADIL? Kalau polis Britain, sebuah negara MAJU yang mengamalkan sistem demokrasi seperti negara kita boleh izinkan demo/protes secara aman bahkan tolong menjaga keselamatan rakyat, kenapa banyak songel pula di sini?

No comments: