Friday, February 29, 2008

Jangan bereksperimen -- Rakyat tanggung risiko jika pilih pembangkang sepenggal – PM

KEPALA BATAS 28 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi amaran bahawa sebarang eksperimen untuk memilih parti pembangkang memerintah, walaupun hanya sepenggal, boleh mendatangkan risiko teruk kepada ekonomi dan pembangunan negara...(UM, 29/2/08).

Ulasan: Selama Pak Lah 4 tahun memerintah bermacam-macam masalah yang timbul. Berdasarkan rekod buruk itu serta rekod BN/Perikatan selama memerintah Malaysia kita boleh membuat unjuran @ projection ke masa depan negara di bawah BN. Maaf, demi masa depan anak cucu yang akan merana dan merempat di bumi sendiri, rakyat terpaksa tinggalkan dahulu BN, supaya BN boleh menginsafi diri dan bertukar akhlak  supaya menjadi lebih baik untuk ikhlas berkhidmat untuk rakyat. Untuk pilihan raya kali kita pilih parti selain BN kerana BN tidak lagi prihatin terhadap masalah yang dihadapi rakyat kerana wakil-wakil rakyat sibuk dengan agenda peribadi masing-masing mengaut kekayaan negara melalui cara yang tidak sah. Kita sebagai rakyat merdeka di negara yang merdeka mesti berani mengubah kepada kerajaan yang SIFAR RASUAH.

Aibkan orang demi politik
PENDANG 29 Feb. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perbuatan mengaibkan orang tidak boleh diterima tetapi para pemimpin Pas menghalalkannya demi kepentingan politik mereka......(UM, 29/2/08).

Ulasan: Semata-mata untuk pastikan wakil rakyat yang kita pilih tidak mengamalkan rasuah, bermaruah tinggi, tidak berzina dan baik dari setiap segi..

Fatwa Hadi ditegah agama
KEPALA BATAS 28 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan jentera Barisan Nasional (BN) supaya tidak terikut-ikut rentak pembangkang dengan mengumpat dan memaki hamun calon-calon pilihan raya parti lawan.
Perdana Menteri menegaskan, dalam konteks hubungan antara manusia, semua insan perlu menghormati dan menunjukkan kesopanan serta ketertiban kepada orang lain walaupun dalam bidang politik.
Sambil menyifatkan fatwa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membenarkan calon parti itu membuat tuduhan serta mendedahkan keburukan lawan sebagai sesuatu yang menghairankan, Abdullah berkata, Abdul Hadi telah mengajar orang melakukan perkara yang tidak betul.
‘‘Saya hairan mengapa Presiden parti Islam boleh membuat fatwa yang macam itu. Sebenarnya ini adalah perbuatan yang ditegah oleh agama kita.
‘‘Takkan dia tidak faham, tapi dia masih lakukan. Jadi nyatalah walaupun dia memimpin parti Islam, dia memimpin dan mengajar orang buat (perkara) tidak betul,” kata Abdullah.
Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Warga Pendidik Kepala Batas di Dewan Milenium di sini hari ini.
Abdullah mengulas fatwa terbaru Abdul Hadi dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 yang membenarkan semua calon Pas yang bertanding mengumpat, membuat tuduhan serta mendedahkan keburukan lawan masing-masing......(UM, 29/2/08).

Ulasan: Sebuah hadis Rasulullah S.A.W. berhubung soal mencari jodoh yang membenarkan keburukan seseorang itu didedahkan bagi mengelak berlakunya penganiayaan kepada pasangan. Memilih wakil rakyat sebagai pemimpin kita pun sekurang-kurangnya sama dengan pilih menantu, bahkan lebih penting kerana dia sepatutnya menjaga kepentingan rakyat yang ramai bukan untuk mencapai agenda peribadinya. Selamat memilih calon yang bermaruah dan baik dari segala segi.

'Parti Angan-angan Selalu'
JOHOR BAHRU 28 Feb. - Calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas, Datuk Osman Sapian, 59, menyifatkan Pas sebagai 'Parti Angan-angan Selalu' kerana parti pembangkang itu selalu membuat sesuatu yang di luar kemampuan mereka.
Beliau berkata, cadangan Pas untuk mewujudkan negara kebajikan hanya janji kosong yang tidak mampu mereka lakukan dan hanya berangan-angan sahaja....(UM, 29/2/08).

Ulasan: Dalam negara kebajikan tidak ada peluang untuk pemimpin politik jadi kaya dengan mengaut kekayaan negeri dan negara melalui jalan yang tidak sah. Sudah tentu idea itu pemimpin politik BN tidak akan setuju kerana rakyat tahu bahawa BN menjadi penyubur rasuah selama ini.

KPN kesal insiden pukul wartawan
KOTA KINABALU 28 Feb. - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyifatkan tindakan memukul dua petugas media di Perlis malam semalam sebagai tidak bertanggungjawab dan keterlaluan. Beliau yang melahirkan perasaan kesal dengan perbuatan itu berkata, insiden tersebut tidak seharusnya berlaku dan meminta semua pihak supaya tidak bertindak di luar batasan sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-12.
Musa mengulas insiden dua wartawan akhbar yang dibelasah oleh sekumpulan penyokong parti politik ketika membuat liputan kempen pilihan raya di Bilik Gerakan Barisan Nasional Negeri di Perlis...

Ulasan: Kalaulah wartawan di pukul oleh penyokong pembangkang, BN akan menyebarkan keseluruh dunia. Siapa yang ganas?

MPSJ diminta tutup kilang haram
PUCHONG - Penduduk Taman Kin- rara Seksyen 7 di sini meminta Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menutup segera kilang-kilang haram yang beroperasi di taman itu sejak 10 tahun lalu. Ini bagi memastikan penduduk dapat menikmati persekitaran yang lebih baik tanpa diganggu bunyi bising dan pencemaran.
Pengerusi MCA Bahagian Puchong, Wong Hock Aun berkata, pihaknya telah beberapa kali membuat aduan kepada MPSJ mengenai masalah itu tetapi kilang terbabit masih beroperasi seperti biasa. Katanya, setakat ini, MPSJ hanya mengenakan kompaun ke atas pemilik kilang terbabit...

Ulasan: Apabila rasuah berleluasa, undang-undang di buang ke tepi. Kita bersusah-payah buat undang-undang dan peraturan, kemudian kita buang ke tepi semata mengejar DUIT HARAM dari towkey kafir. Malunya kita.

Thursday, February 28, 2008

Kelantan Kita

Di perturunkan apa yang didapati dari email:

Kelantan kita
17 tahun bukan waktu yang pendek
17 tahun juga bukan waktu yang panjang
tetapi 17 tahun cukup untuk mencipta 100 fakta
bukti kewibawaan Islam agama memerintah
mentadbir dan membangun negara

17 tahun rekod mentadbir negeri tanpa rasuah, tuan-tuan
di zaman manusia sanggup apa sahaja utk hidup senang
menipu mencuri merasuah membunuh memurtad sekalipun
zaman materialisme hiburan gila-gila di kemuncak ini
di Kelantan kerajaannya bersih rasuah dan kroni
di Kelantan tiada judi utk mempersiakan ikhtiar manusia
di Kelantan tiada nite club utk menghina wanita
di Kelantan kadar jenayah paling rendah
di Kelantan aktiviti ekonominya di tangan Islam

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
kerja lima hari seminggu
cuti bersalin 60 hari
takaful kematian seluruh rakyat
3000 wanita berniaga semua santun menutup aurat
ekonomi kelantan tak iktiraf riba
biar kita rugi kata Tok Guru asalkan
tidak dimarah Tuhan
mengumpul pahala untuk bahagia akhirat

Di Kelantan menteri besarnya Tok Guru
Pagi-pagi jadi imam dan memberi tazkirah
tiap-tiap pagi sebelum ke Pejabat
18 tahun tinggal di rumah kampung shj
tak ada pagar tak ada pengawal
orang gaji pun tiada
siapa masuk pun boleh jumpa
dia warak dia zuhud
gaji tiap bulan potong 45 % untuk parti dan kerajaan
sejak dulu elaun rumah tak pernah ambil
elaun kerajaan tak pernah ambil
elaun buka puasa tak pernah ambil
elaun hari raya tak pernah ambil
tangan ringan memberi sedekah
baru2 ini BPR datang kerumahnya
bukan kerana rasuah tetapi
kerana tidak buat report yg ada org ingin merasuahnya
itulah Menteri Besar Kelantan

Dulu BN kata 3 bulan Pas memerintah
mesti bankrap
lepas tu naik 6 bulan
kemudian setahun
sekarang dah 18 tahun
ekonomi masih segar
wlupun ditakutkan akan hilang pelaburan
namun 17 tahun tanpa rasuah tanpa riba
berkat ekonomi kelantan mengatasi 5
negeri lain
di Kelantan tidak ada tol
harga barangan dan makanan masih murah
harga NIKAH pun masih murah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
belajar lah dari Tok guru
belajarlah berfikir sebagi insan merdeka
Bebaskan minda! Bebaskan minda!

Ulasan: Sepanjang 17 tahun, pernahkan kita mendengar dan membaca BPR mendakwa pemimpin politik PAS (termasuk wakil rakyat PAS) kerana rasuah dan penyelewengan khazanah negeri? Kalau BN, kita muak bahkan macam nak muntah mendengar cerita mereka berebut dunia.

Pembangkang iri hati

ALOR STAR 27 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pembangkang menabur fitnah dan membuat tohmahan terhadap Barisan Nasional (BN) kerana merasa iri hati terhadap kejayaan parti itu mentadbir negara yang mendapat sokongan padu masyarakat pelbagai kaum. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat bagi Parlimen Kuala Kedah dan lawatan ke peti undi Taman Sri Putra, Kuala Kedah di sini hari ini.

Ulasan: Rakyat akan mengundi dalam pilihan raya umum ke 12. Pembangkang perlu di lihat sebagai cermin untuk membetulkan yang salah yang di lakukan olen kerajaan BN. Sekiranya maklumat yang di dedahkan TIDAK BETUL sila saman atau laporkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Pas keluar fatwa benarkan calon mengumpat
BESUT 27 Feb. – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengeluarkan ‘fatwa’ terbarunya sempena Pilihan Raya Umum Ke-12 dengan membenarkan semua calon Pas yang bertanding mengumpat, membuat tuduhan serta mendedahkan keburukan lawan masing-masing.
Beliau berkata, Islam membenarkan tindakan tersebut kerana urusan memilih pemimpin merupakan satu perkara yang amat besar selain menepati sistem demokrasi moden.
Menurut Abdul Hadi, ia bertujuan untuk memastikan semua bakal wakil rakyat bebas daripada segala anasir yang boleh menjejaskan kredibiliti serta kewibawaan sebagai pemimpin.
Beliau menyamakan tindakan tersebut dengan sebuah hadis Rasulullah S.A.W berhubung soal mencari jodoh yang membenarkan keburukan seseorang itu didedahkan bagi mengelak berlakunya penganiayaan kepada pasangan.
‘‘Itu soal meminang tetapi yang kita bincangkan ini adalah soal memilih pemimpin. Urusan memilih pemimpin adalah lebih besar daripada meminang.
‘‘Oleh itu tidak salah mendedahkan keburukan-keburukan yang pernah mereka lakukan sebelum ini,” katanya ketika memberi ceramah umum di Kuala Besut dekat sini malam tadi.
Justeru Abdul Hadi berkata, ketika dalam tempoh berkempen, semua parti politik boleh berhujah dan boleh tuduh-menuduh antara satu sama lain.
‘‘Yang dituduh kena jawab, kalau tidak lepas jawab, rakyat akan hukum kerana rakyat dengar apa yang mereka katakan. Ini dinamakan demokrasi.
‘‘Sesetengah ustaz kata tidak boleh mengumpat, dia sebenarnya ‘dok tahu kale’ (tidak berilmu). Ulama-ulama kita telah mengarang satu kitab yang membenarkan kelemahan, kerosakan dan kejahatan seseorang itu didedahkan,” ujarnya.
Menurut Abdul Hadi, individu yang hendak menjadi ketua serta orang penting dalam negara boleh didedahkan rahsia-rahsianya supaya kerajaan yang diperintah menjadi bersih.
Beliau turut menjelaskan negara berkebajikan yang terdapat di dalam manifesto pilihan raya Pas antaranya menurunkan harga minyak, memperkenalkan sistem pendidikan percuma dan kesihatan percuma.
‘‘Jika Pas dan rakan-rakan pembangkang diberi kepercayaan memerintah negara dan negeri ini, kita akan melaksanakan konsep negara berkebajikan seperti yang terdapat dalam manifesto parti kita. Ini janji kami,” tegas beliau.
Beliau juga menyelar tindakan kerajaan Terengganu membina Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man yang didakwanya satu projek yang sia-sia.
Menurut beliau, masjid itu bukan dibina untuk kemudahan bersembahyang, sebaliknya hanya untuk menunjuk-nunjuk.
‘‘Di pulau itu tidak ada orang dan tidak ada penduduk kampung. Ia hanya bertujuan untuk menunjuk-nunjuk kepada pelancong.
‘‘Masjid seperti ini diharamkan oleh Allah kerana ia dikategorikan sebagai masjid dirar,” katanya.

Ulasan: Pilihlah calon wakil rakyat yang bersih dari segala segi supaya kerajaan yang memerintah menjadi bersih.


MB telah diarah cari calon bersih
JITRA 27 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau telah cuba sedaya upaya untuk memastikan semua calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12 adalah bersih sebelum mereka disenaraikan sebagai calon parti.
Perdana Menteri berkata, jika seorang calon itu disabitkan dengan kesalahan rasuah dan jenayah, maka calon itu tidak akan dibenarkan bertanding dalam pilihan raya.

Ulasan: Bagaimana Pak Lah sebagai Pengerusi BN nak jawab 2 berita yang di perturukan di sini: 1) Abdullah, BN Kedah tipu pengundi: Senaraikan calon yang pecah amanah
POKOK SENA, 28 Feb (Hrkh) - Barisan Nasional (BN) khususnya di Kedah menerima tamparan hebat dan bakal kehilangan kepercayaan rakyat lantaran calonnya di Dun Bukit Pinang, Omar Saad telah dipecat daripada Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah termasuk jawatan yang disandangnya sebagai Setiausaha kerana didakwa pecah amanah.
Surat koperasi itu telah dikeluarkan kepada beliau termasuk tujuh lagi yang lain yang didapati bersalah kerana melakukan tindakan salah guna kuasa membabitkan urusan pembelian tanah seluas 105 relung dan pemecatan tersebut berkuatkuasa pada 25 Disember lalu.
Mesyuarat Agung Koperasi tersebut telah mendapati Omar bersalah setelah beberapa siasatan dibuat mengikut aturan seksyen 64 dan 66 akta koperasi berhubung isu berkenaan dan satu laporan polis juga telah dibuat oleh ahli koperasi di Balai Polis Daerah Kota Setar pada 5 Ogos lalu.
"Walaupun tidak mendatangkan implikasi dari sudut undang-undang termasuk pembatalan pencalonan beliau, pemecatan itu jelas membuktikan bahawa kewibawaannya untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab terhadap rakyat sangat diragui dan boleh mendatang kesan buruk kepada penduduk kawasan dan negeri Kedah sendiri,"kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar sewaktu dihubungi Harakahdaily baru-baru ini.
Malah beliau sangsi bagaimana Pengerusi BN, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi boleh meluluskan senarai calon seperti Omar yng sudah jelas melakukan kesalahan sedangkan kriteria memilih calon yang diuar-urakan selama ini adalah bersih.

"Abdullah kata dia sudah 'scan' calon-calon dan mendapat maklumat daripada pelbagai agensi seperti polis, Badan Pencegah Rasuah (BPR), kastam dan sebagainya untuk memastikan mereka benar-benar bersih.
"Sebaliknya Abdullah tipu rakyat, senaraikan juga calon bermasalah kepada rakyat," katanya lagi.
Natijahnya kata Mahfuz, terbukti Abdullah sangup menipu rakyat khususnya penduduk di Dun dan Parlimen Pokok Sena dalam menampilkan calon berwibawa.
Bagaimanapun Mahfuz hairan seorang bekas calon Aman Khan telah digugurkan oleh BN daripada bertanding di Jitra kerana turut dipecat daripada koperasi yang sama.
Tempat beliau kemudian digantikan dengan Dato' Saad Man sebaliknya Omar Saad masih tersenarai menjadi calon, kata Mahfuz.
"Pak Lah sanggup hina kami, rakyat Kedah kerana memilih calon korup dan dalam masa sama paksa penduduk pilih calon yang korup untuk jadi wakil rakyat," katanya.
"Apakah jaminan jika beri mandat kepadanya, sedangkan waktu menjadi setiausaha pun dia telah pecah aman," katannya yang merupakan calon PAS bagi Parlimen Pokok Sena.
Beliau dalam pada itu menyeru seluruh penduduk negeri Kedah dan rakyat menolak semua calon BN di semua tempat khususnya di Dun tersebut pada pilihan raya umum akan datang dan memberi peluang untuk PAS yang akan menjalankan tangungjawab penuh amanah dan dedikasi selaras dengan tuntutan agama.
"Jika beliau sanggup menipu koperasi dan guru-guru, apa jaminan beliau tidak akan melakukan perkara sama kepada para petani dan penduduk miskin di kawasannya," katanya.
"Saya menggesa supaya Abdullah dan Menteri Besar Kedah menarik balik pencalonan Omar Saad kerana Aman Khan juga tidak disenaraikan sebab kes yang sama. Jika tidak Abdullah jelas telah menyenaraikan calon tidak bersih dan rakyat perlu menolaknya," kata Mahfuz yang pernah memenangi kerusi Parlimen Pokok Sena pada tahun 1999.

2) Lim: BN leaders should be hauled up by ACA
GEORGE TOWN (Feb 27, 2008): DAP secretary-general Lim Guan Eng says at least four former cabinet ministers should be hauled up by the Anti-Corruption Agency for investigations if the Barisan Nasional (BN) coalition is serious about fighting corruption.
Naming the four ministers, Lim said one should have been investigated for the RM4.6 billion Port Klang Free Zone scandal, another for signing off shares for family members, one for a RM30 million scandal which is being exposed and investigated by the Movement for Democracy and Anti-Corruption (Gerak) and another for numerous allegations of corruption over the years.
"We urge the ACA to act against these BN leaders without fear or favour," he added...(malaysia-today.net).

3) Samy Vellu, Kalau Tak Betul, Sila Saman Anuar Di Mahkamah...
ULU Klang 27 Feb. Menteri Kerja Raya Datuk Seri Samy Vellu dicabar supaya menyaman Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana ucapan Datuk Seri Anwar menyebutkan bagaimana kenaikan tol sebenarnya untuk membiayai rasuah dan rompakan kroni-kroni BN. Ucapan itu dibuat semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) di Port Dickson pada Januari 2007 lalu.

Demikian dinyatakan oleh penulis dan penganalisis politik, Dr. Haji Mohd Hasyim dalam ucapannya di suatu pertemuan ringkas dengan Grop Universiti Hulu Klang dekat sebuah restoran di Hulu Klang, malam tadi. Katanya, “Kalau tak betul kenapa tak saman?? Sudah setahun lebih berlalu. Mahfumnya, apa yang disebut Datuk Seri Anwar itu bukan tuduhan melulu..”
Datuk Seri Anwar mendedahkan, pada tahun 1997 Menteri Kerja Raya Datuk Seri Samy Vellu telah meminta untuk menaikkan tol, tetapi beliau selaku Menteri Kewangan masa itu telah menolak, kerana tiada sebab untuk berbuat demikian. Selepas Samy Vellu terus mendesak, Anwar memberitahunya, baik dia terus letak jawatan sebagai Menteri dan berkerja dengan syarikat konsesi tol tersebut.
Kemudian seorang Tan Sri meminta temujanji dengan Anwar, dan mendakwa beliau terpaksa membayar beberapa pihak, dari Perlis hingga ke Johor, yang menyebabkan pendapatan syarikat konsesi jauh melebihi kos pembinaan lebuh raya tersebut.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu membalas, “Anda membayar perompak dan penyangak ini berjuta-juta ringgit. Dan anda mahukan saya selaku Menteri Kewangan menandatangani dokumen ini agar pekerja, guru dan petani membayarnya?” Sebaik sahaja Datuk Seri Anwar dipecat, tol dinaikkan pada September 1998...(tranungkite).

Pembangkang diminta tidak kaburi mata rakyat
BUKIT MERTAJAM 27 Feb. - Pembangkang diminta tidak lagi mengabui mata rakyat dengan mengeluarkan kenyataan mahu menurunkan harga minyak sedangkan ia mustahil untuk dilaksanakan.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz yang menyifatkan tekad pembangkang itu tidak ubah seperti 'angan-angan Mat Jenin' menjelaskan bahawa penentuan harga minyak sebenarnya di luar kawalan sesebuah negara.
Tegasnya, harga minyak dikawal oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pasaran minyak dunia...

Ulasan: Tapi harga minyak di dalam negara Malaysia di tentukan oleh kerajaan BN. Kalau kerajaan nak beri percuma pun boleh. Kalau rasa BN tak berupaya dan tak mahu buat sebagaimana janji pembangkang, eloklah rakyat tinggalkan BN kerana selama ini rakyat nampak BN tidak prihatin kepada masalah yang ditanggung rakyat. Sukakah anda harga barang naik?

Sindiket mesin judi lumpuh
JOHOR BAHRU 27 Feb. – Polis berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran mesin judi di negeri ini apabila sejumlah peralatan komputer dipercayai untuk tujuan tersebut dirampas di Permas Jaya di sini kelmarin.
Dalam serbuan di sebuah premis pada pukul 3 petang itu, peralatan komputer tersebut dianggarkan bernilai kira-kira RM300,000. Bagaimanapun Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Supritendan Zainal Baharom berkata, tiada sebarang tangkapan dilakukan kerana suspek tidak ditemui di premis tersebut...

Ulasan: Selagi rasuah berleluasa tidak mungkin sindiket jenayah boleh dihancurkan.

Persoal larangan guna projektor, LCD
KOTA BHARU 27 Feb. - Pas Kelantan mendakwa polis bersekongkol dengan Barisan Nasional (BN) kerana melarang penggunaan projektor dan skrin besar (LCD) dalam ceramah politik yang diadakan di negeri ini.
Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, larangan itu seolah-olah cuba membataskan kempen Pas dan memberikan kelebihan kepada BN yang mempunyai peluang sepenuhnya menggunakan akhbar arus perdana, televisyen dan radio untuk berkempen.
Beliau menyifatkan, arahan yang berkuat kuasa bermula hari penamaan calon telah menafikan hak pembangkang menyampaikan mesej kepada rakyat apabila segala saluran dimiliki dan digunakan oleh BN.

Ulasan: Pelik kenapa polis melarang alat terkini? Ingat: Polis bukan alat BN.

Jangan perjudi masa depan
KOTA TINGGI 27 Feb. - Rakyat diingatkan supaya tidak sekali-kali memperjudikan masa depan dengan memberikan walaupun satu undi kepada parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12.
Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, ini kerana hanya BN terbukti berjaya membawa kemajuan dan kesejahteraan rakyat hingga dikagumi oleh masyarakat antarabangsa.

Ulasan: Jangan perjudi masa depan di tangan wakil rakyat BN yang telah menyebabkan rasuah dan penyelewengan selama ini.





Bersama Dr Haron Din: Pilihlah parti untuk kebahagiaan dunia, akhirat
Dr Haron Din
Thu | Feb 28, 08 | 10:08:47 am MYT

Soalan | Saya seorang pensyarah di sebuah IPT. Saya tidak berminat soal politik kerana bagi saya, permasalahan politik adalah masalah duniawi dan tidak ada kena mengena dengan ukhrawi (agama). Bagaimanapun saya ingin bertanya, apakah tingkah laku ahli-ahli politik atau pengikut mereka akan dipersoalkan di akhirat tentang sikap politik mereka. Mengapa perlu pilih PAS, tidak BN? - Pensyarah Muda, Kuala Lumpur

Wednesday, February 27, 2008

Undilah Barang Naik..

Tradisi Membela Rakyat : Undilah Harga Barang Naik..
Undilah Harga Barang Naik...untuk penderitaan berterusan 4 tahun akan datang.

Kenangan 50 Tahun Malaysia Di Bawah BN

50 tahun memerintah
Tradisi membela rakyat: BN penyubur rasuah dan penyelewengan khazanah negeri dan negara yang membelit Malaysia selama ini.
Kata bidalan: Di mana ada gula, disitu ada semut.
Rakyat melihat: Dimana ada BN, di situ ada RASUAH.
Bila lagi 18 kes profil tinggi ke mahkamah?
Jangan hanya berjanji muluk..di depan mikrofon.
Rakyat hilang keberanian merdekakan diri...

Kebenaran Terselah Jua

Terkedu bila mendengar Tun R Mahathir mendedahkan kezaliman BN melalui video 26/2/08:

"Saya pun menyalahgunakan kuasa masa saya dulu..
Lihat Dato’ Seri Anwar apa jadi kepadanya?
Saya tangkap, saya tauk (loghat Kedah yg bermaksud buang) masuk dalam tahanan.
Semua orang nampakkan? Saya tangkap Dato’ Seri Anwar...
Bukan dia ada sebab-sebab apapun...tak dak, tak dak sebab apapun..
Bukan ada kesalahan apapun yang dilakukan oleh Dato’ Seri Anwar. Tak dak langsung...
Sebab itu, ini adalah suatu KEZALIMAN..."

Ulasan: Akhirnya kebenaran terserlah juga setelah hampir 10 tahun Malaysia dalam kucar kacir. Maaf, terpaksalah kita tolak kerajaan BN yang sentiasa zalim. Lihatlah bagaimana semua jentera kerajaan Malaysia digunakan untuk memenuhi agenda peribadi pemimpin politik: polis dan KPN, hakim, pendakwaraya, ahli kimia, media massa dll. Semuanya menunjukkan kita sangat-sangat memerlukan kerajaan yang cintakan BERSIH dan ADIL subur dalam negara tersayang ini.

Tuesday, February 26, 2008

Ikrar Barisan Nasional

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melancarkan manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-12 dengan ikrar membawa Malaysia ke arah masa depan yang lebih selamat, aman dan makmur untuk generasi akan datang.
Manifesto dengan slogan ‘Selamat, Aman, Makmur’ itu menggariskan pencapaian dan kemajuan negara dalam lapan sektor sepanjang tempoh 2004-2007 serta janji BN untuk melonjakkan Malaysia ke era yang lebih gemilang...(UM, 26/2/08).

Ulasan: Selama 4 tahun Pak Lah memerintah kadar jenayah telah naik sebanyak 45%. Jenayah semakin meningkat mendadak dan statistik jenayah dizaman Pak Lah adalah yg tertinggi jika dibandingkan dengan zaman sebelumnya, melepasi 200,000 kes. Selamat untuk menteri sebab rumah mereka di kawal polis, tapi rumah rakyat? Aman didepan polis saja? Polis bukan milik menteri untuk di gunakan mencapai agenda peribadi. Makmur bukan bermakna penyelewengan harta negara di izinkan. Tetapi apa yang boleh rakyat harapkan kepada BN kerana sejarah hitamnya memerintah selama ini. No way. Selagi rakyat tidak berani memerdekakan hati, selama itu BN akan menjajah minda kita. Negara kita boleh cemerlang tanpa BN.

Harga minyak tidak naik – Najib
LUMPUR 25 Feb. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal andaian harga minyak akan dinaikkan selepas Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya umum 8 Mac ini.
“Tak, bukan semestinya harga minyak akan naik,’’ katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Manifesto BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini...(UM, 26/2/08).

Ulasan: Selama ini sudah berkali-kali berlaku kenaikan harga barang termasuk minyak. Rakyat perlu menolak BN dari berkuasa sekiranya rakyat merasai kerajaan baru Malaysia yang lebih prihatin dengan rakyat bukan yang jadi alat memperkayakan pemimpin BN.

Perangi jenayah diteruskan
KUALA LUMPUR 25 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan kerajaan akan melakukan pelbagai usaha dan meneruskan tindakan sedia ada dalam memerangi jenayah di negara ini.
Perdana Menteri memberitahu, semua rancangan yang dirangka dan dilaksanakan demi kepentingan rakyat untuk kesejahteraan mereka serta memajukan negara...(UM, 26/2/08).

Ulasan: Tidak payah sebut benda yang mesti di buat. Selama 4 tahun Pak Lah memerintah kadar jenayah telah naik sebanyak 45%. Jenayah semakin meningkat mendadak dan statistik jenayah dizaman Pak Lah adalah yg tertinggi jika dibandingkan dengan zaman sebelumnya, pertama kali melepasi 200,000 kes.

Tugas pertama bila menang Pal Lah nanti ialah untuk menyiasat kes melibatkan Ketua Polis Negara dan PDRM, Badan Kehakiman, Peguam Negara, dan BPR semuanya sekutu dalam jelayah dan mereka berkhidmat untuk sindiket jenayah terancang Cina yang menjalankan kegiatan dadah, pelacuran, judi haram dan Along diseluruh negara . Kes 18 high profiles, bila lagi nak di bicarakan? Boleh, Pak Lah? Has he the guts?

Komitmen banteras rasuah martabatkan negara
KUALA LUMPUR: Komitmen Barisan Nasional (BN) untuk membanteras rasuah dan meningkatkan urus tadbir diyakini dapat meningkatkan imej negara di mata dunia sekali gus meyakinkan pelabur untuk terus menanam modal di negara ini.
Pada masa sama, komitmen itu yang digariskan dalam Manifesto BN untuk pilihan raya kali ini juga dijangka mampu memartabatkan Malaysia menerusi peningkatan integriti, sistem kehakiman, penguatkuasaan undang-undang dan hak asasi manusia.

Ulasan: Janji manis dikotakah? Bila lagi 18 kes rasuah high profiles yang di janjikan 2004 dulu?
Mana bukti serius BN nak hapuskan rasuah dari negara ini. Indek korupsi antarabangsa pun makin jatuh!
Rasuah disuburkan oleh BN selama ini. Malaysia memerlukan rakyat yang merdeka untuk memerangi rasuah dengan menolak BN dari puncak kuasa. Tolak BN bererti anda telah tolak rasuah dari subur di negara kita.

Monday, February 25, 2008

Gunakan kuasa undi dengan bijak

PEKAN 23 Feb. - Rakyat perlu menggunakan kuasa undi yang ada di tangan mereka dengan membuat pemilihan terbaik dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Perdana Menteri berkata, pilihan raya umum pada 8 Mac ini bukan satu pilihan raya kecil, sebaliknya bagi membentuk kerajaan di peringkat nasional dan negeri...(UM, 24/2/08).

Ulasan: 50 tahun parti BN memerintah negara menyuburkan RASUAH dan penyelewengan. Pilihlah parti yang komited untuk memBEBASKAN Malaysia dari RASUAH

Gül approves controversial veil package

ANKARA – President Abdullah Gül late Friday approved a highly-debated constitutional amendment package allowing women wearing Islamic headscarves at universities, at the same day with Turkish military’s ground operation into northern Iraq.
Gül announced his decision in a written statement and claimed the amendments were not contradicting the constitutional principles. But president also called on the government to take steps to dispel concerns over the impact of the amendment package and to give priority to rights reforms that will boost the country's aspiration to join the European Union. (http://www.turkishdailynews.com, February 23, 2008).

Ulasan: Pemimpin contoh yang boleh melihat kepada yang jauh ke depan dan penting untuk negara dan rakyat. Bukan seperti pemimpin negara sedang membangun dan dunia mundur yang sibuk dengan agenda peribadi untuk mengaut khazanah negara melalui jalan yang tidak sah biasanya melalui KKN (korupsi, kronisme dan nepotisme).

Kemenangan petanda baik: PM

KEPALA BATAS: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) di tujuh kerusi Parlimen dan dua Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa dicabar pada hari penamaan calon semalam, sebagai petanda baik yang menunjukkan keyakinan rakyat terhadap BN.
Sehubungan itu, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, yakin gabungan 14 parti itu dapat mengulangi kejayaan lalu dengan memperoleh majoriti lebih dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac ini.

Ulasan: Petanda baik itu adalah khabar ngeri untuk rakyat yang hanya jadi alat untuk pemimpin BN kaya. Bagi pemimpin BN ialah adalah petanda baik untuk terus meneruskan agenda peribadi untuk mengaut harta kekayaan negeri dan negara melalui cara yang tidak sah. Pernahkah kita bertemu pemimpin BN/UMNO yang miskin?

PM janji Kabinet terbaik
KEPALA BATAS 24 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan akan menubuhkan barisan Kabinet yang terbaik dengan gabungan muka lama dan baru sekiranya Barisan Nasional (BN) diberikan mandat baru pada Pilihan Raya Umum Ke-12. Menurut Perdana Menteri, untuk tujuan itu semua calon BN yang dipilih bertanding pada pilihan raya umum kali ini merupakan calon yang sebaik-baiknya dan telah melalui proses siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), mahkamah serta Jabatan Insolvensi...( http://www.utusan.com.my, 24/2/08).

Ulasan: Apa di harap dari mulut yang pernah berdusta? Kalaulah BPR berwibawa bukan di bawah PM, sudah tentu ramai lagi tak lulus tapisan BPR. Kabinet yang penuh dengan Menteri-menteri yang bermasalah.

BN menang 9 kerusi -- Tanda bakal peroleh mandat memerintah negara – PM
KUALA LUMPUR 24 Feb. – Barisan Nasional (BN) menang tanpa bertanding di sembilan kerusi pada hari penamaan calon hari ini, memberikan petanda awal ia akan mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-12...( http://www.utusan.com.my, 24/2/08).

BN amal demokrasi – PM
PULAU PINANG 23 Feb. – Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menegaskan kerajaan yang ditubuhkan di negara ini sentiasa mengamalkan demokrasi berparlimen dan bukannya bersifat diktator...( http://www.utusan.com.my, 24/2/08).

Ulasan: Sila baca amalan demokrasi yang di amalkan di negara maju. Masih jauh dari landasan yang sebenar. Kita 
(iaitu pemimpin BN) seronok dengan projek pembangunan dunia maju yang membawa rezeki melalui kroni mereka tetapi pemikiran kita masih jauh ketinggalan di alam purba. Kalaulah 50 tahun kita telah amalkan 
demokrasi....

Peti undi tahan lasak

                                   
PENGARAH Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan membuat demonstrasi kekuatan peti undi yang lut sinar dan tahan pecah ketika taklimat kepada media di Pejabat SPR negeri, di Kota Bharu (BH, 21-02-2008).

Ulasan: Sudah tentulah Malaysia mengamalkan pilihan raya yang bersih dan adil jauh lebih baik daripada sibuk menyediakan peti baru yang kuat. Lain perkara yang di minta oleh NGO dan parti pembangkang yang berdaftar di negara ini, lain pula fokus SPR. Depan gambar Sultan pun SPR membuat angkara. Tanda cekap : Tidak buat yang tidak perlu. Selagi BN berkuasa, rakyat terus di perbodohkan supaya bergantung kepada BN. Ertinya kerajaan BN/Umno mahukan  rakyat tidak mempunyai hati yang merdeka walaupun Malaysia sudah lama merdeka. Ingatlah kerajaan datang dan pergi tetapi yang utama ialah negara dan rakyat. Telah 50 tahun di bawah kerajaan BN, apa yang rakyat dapat selain dari pemimpin BN/Umno yang semakin kaya?

Thursday, February 21, 2008

3 pembekal ayam tak sembelih disaman

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zainuddin Md Zin, semalam memfailkan kira-kira RM5 juta terhadap tiga pembekal dan penjual ayam, termasuk Tesco Stores (Malaya) Sdn Bhd kerana menjual ayam yang tidak disembelih. Zainuddin, 55, menamakan Perak Duck Food Industries Sdn Bhd, CKL Marketing Sdn Bhd dan Tesco sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga dalam saman yang difailkan menerusi Tetuan M K Othman & Co di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Jalan Duta, di sini...(Berita Harian, 20 Februari 2008).

Ulasan: Selagi kita meninggalkan fardhu kifayah beginilah jadinya. Malu, malu sebab kita orang Islam terpaksa bergantung ihsan orang kafir untuk menyediakan makanan kita walaupun kita punya RM juta-juta.
Mereka orang kafir apa kira, asal dapat duit. Kita habiskan duit beli, kita dapat makanan haram...
Rupanya terbukti hukum Allah untuk kesejahteraan hidup kita.
Jom kita jadi usahawan untuk keluar dari dosa ini.

UM mohon majukan tanah

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Merujuk kepada laporan berita bertajuk UM mohon kelulusan jual tanah yang disiarkan hari ini, ia sepatutnya dibaca UM mohon kelulusan memajukan tanah.
Permohonan itu bertujuan untuk memajukan tanah yang kurang digunakan dalam kampus Universiti Malaya (UM) seluas 11 hektar.
Cadangan projek pembangunan itu dijangka memberikan pendapatan minimum RM312 juta atau nilai tanah sebanyak RM200 juta dicampur keuntungan pemaju, yang mana lebih tinggi kepada UM.
Ia bakal dilaksanakan di bawah inisiatif sektor swasta oleh sebuah konsortium dikenali dengan nama PPC-MINT-GLOMAC.

Ulasan: Sejak bila pula pihak universiti awam menjadi pemaju hartanah? 

UMNO jalankan kempen 'kenang budi'

MARAN 20 Feb. - Tiga sayap parti UMNO Bahagian Maran kini giat menjalankan kempen 'kenang budi' kepada 31,000 pengundi di Parlimen Maran di sini.
Ketua Puteri UMNO Pahang, Datuk Shahaniza Shamsudin berkata, gerakan bersepadu antara Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO bahagian itu bertujuan mengeratkan hubungan ahli-ahli parti tersebut dengan pengundi.
''Puteri UMNO komited dalam melaksanakan tanggungjawabnya untuk menyedarkan pengundi supaya melihat rekod cemerlang perkhidmatan Barisan Nasional (BN) dalam membina tamadun bangsa yang bermaruah.
''Kecemerlangan sesebuah bangsa itu banyak bergantung kepada kebijaksanaan pemimpin merencanakan program pembangunan minda dan fizikal rakyat agar dapat menjalani kehidupan yang selesa dan makmur,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini...(UM, 21/2/08).

Ulasan: Pemimpinlah yang wajar berterima kasih dan mengenang budi kerana rakyat telah memilihnya. Pemimpin datang dan pergi tetapi kepentingan rakyat di utamakan dan negeri juga negara selamat daripada pemimpin yang curang yang mengaut harta/khazanah negara/negeri di sebalik perjuangan membela rakyat. Jangan sepanjang pemimpin berkuasa, rakyat menangis kerana hak mereka di zalimi.

Habib perkenal hadiah utama ABPBH
AMPANG: Penaja utama Anugerah Bintang Popular (ABPBH) 2007, Habib, memperkenalkan dua set barang kemas yang bakal menjadi milik Bintang Paling Popular dan pembaca bertuah, masing-masing bernilai RM150,000 dan RM50,000, di bilik pamerannya di Ampang Point di sini, semalam...(BH, 21/2/08).

Ulasan: Rezeki dari Allah. Oleh itu, berhati-hatilah.

Belia tak wajar sia-sia usia muda
KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah menasihatkan golongan belia supaya tidak mensia-siakan zaman muda mereka yang sangat berharga nilainya. Sebaliknya, beliau berkata, mereka perlu memanfaatkan setiap saat zaman muda yang datang cuma sekali, dengan melakukan pelbagai aktiviti berfaedah untuk menempa kejayaan dalam hidup masing-masing....(BH, 21/2/08).

Ulasan: Di luar rumah, kerajaan sepatutnya membentuk mereka berakhlak mulia bukan melalaikan.

Johor: Pembangkang cuma berjanji
BATU PAHAT: Pengundi di Johor tidak harus mudah terpengaruh dengan janji kosong parti pembangkang yang kononnya ingin mengubah corak pentadbiran negara jika mereka diberi peluang memerintah.
Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri mengingatkan agar pengundi supaya berfikir beberapa kali sebelum mengambil keputusan untuk memangkah calon parti pembangkang pada pilihan raya umum, 8 Mac ini....(BH, 21/2/08).

Ulasan: Rakyat yang bijak memilih pemimpin yang bersih dan adil yang tidak amalkan rasuah. Bila negara akan jadi BEBAS dari RASUAH?

China larang siar kartun asing waktu perdana
BEIJING: China memperluaskan larangan program kartun asing termasuk 'SpongeBob SquarePants', 'Mickey Mouse' dan 'Pokemon' daripada menyekat siarannya ketika waktu perdana yang berkuat kuasa 1 Mei ini.
Menerusi larangan baru itu, Beijing kini menetapkan larangan penyiaran kartun asing antara jam 5 petang hingga 9 malam dan memberi alasan langkahnya itu bertujuan melindungi industri kartun tempatan....(BH, 21/2/08).

Ulasan: Kita bila lagi?

Wednesday, February 20, 2008

Jangan biarkan mahkamah dilihat sebagai teater

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, pengamal undang-undang wajib mempertahankan kesucian mahkamah daripada dipesongkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Baginda bertitah, pengamal undang-undang sama sekali tidak boleh membiarkan mahkamah dilihat oleh masyarakat sebagai satu teater melakonkan bangsawan yang skripnya ditulis oleh pengarah tertentu...(UM, 20/2/08).

Ulasan: Harapkan pagar, pagar makan padi. Semua ini berlaku di depan mata kita semasa kerajaan BN memerintah Malaysia. Tentu kita masih ingat: Correct, correct, correct dan not relevant.

Pengundi luar Kedah diminta pulang
ALOR STAR 19 Feb. - Sebanyak 20 peratus pengundi di luar Kedah diminta pulang untuk menunaikan tanggungjawab mereka memilih kerajaan baru pada 8 Mac ini.
Setiausaha Kerja UMNO Kedah, Datuk Ariffin Man berkata, adalah menjadi satu kerugian kepada negara jika mereka tidak pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-12. Beliau berkata, ini kerana tanggungjawab mengundi bukan selalu sebaliknya ia hanya datang empat atau lima tahun sekali.
''Jadi anak-anak Kedah perlu pulang untuk menunaikan kewajipan anda," ujarnya ketika di temui Utusan Malaysia di sini semalam.
Menurut Ariffin, sebanyak 877,934 orang layak mengundi di Kedah berdasarkan daftar pemilih induk yang digazetkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)...(UM, 20/2/08).

Ulasan: Jom kita balik, pangkah parti selain dari BN.

Demonstrasi jalanan ranapkan negara
KUALA LUMPUR 19 Feb. – Demonstrasi jalanan adalah budaya kasar dari Barat yang sama sekali tidak dapat diterima oleh masyarakat negara ini, kata Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
Rais mengulas kenyataan Abdul Hadi bahawa parti pembangkang itu akan melaksanakan demokrasi lebih telus termasuk membenarkan demonstrasi jalanan jika berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum 8 Mac ini. Dalam kenyataannya di Kangar semalam, Abdul Hadi berkata: “Jadi apa salahnya buat demonstrasi? Biarlah mereka buat, bukannya mereka bakar kereta. Kalau bakar, ambillah tindakan.” ...(UM, 20/2/08).

Ulasan: Sekadar contoh, Amerika Syarikat dan Britain mengizinkan demonstrasi jalanan. Kehadiran polis hanya untuk menjaga keselawatan awam. Tapi demonstrasi jalanan tidak pun meranapkan negara maju itu. Kenapa kerajaan BN berpandangan negatif terhadap rakyat dan keupayaan pihak polis kita?

UM mohon kelulusan jual tanah
KUALA LUMPUR 19 Feb. - Universiti Malaya (UM) hari ini menyatakan ia telah mengemukakan satu cadangan kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk membangunkan tanah yang kurang digunakan seluas 27.5 ekar (11 hektar) dari keseluruhan tanah kampus utamanya seluas 900 ekar (360 hektar).
Penyelesaian projek pembangunan itu dengan jayanya dijangka menyediakan UM dengan pendapatan minimum RM312 juta atau nilai tanah sebanyak RM200 juta dicampur satu bahagian keuntungan pemaju, yang mana lebih tinggi, kata UM.
Ia menyatakan demikian dalam satu kenyataan bahawa Naib Canselor Datuk Rafiah Salim mewakili Lembaga Pengarah (UMBD) universiti dan universiti telah memohon menteri untuk meluluskan projek pembangunan itu pada 25 Januari...(UM, 20/2/08).

Ulasan: Mari kita selamatkan harta Universiti Malaya (UM) dari projek pembangunan.

Malaysia layak digelar negara kebajikan
KOTA KINABALU 19 Feb. - Malaysia telah lama layak digelar negara kebajikan berdasar kepada pelbagai bantuan dan subsidi yang diagihkan kepada rakyat setiap tahun sehingga mencapai puluhan bilion ringgit.
Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, berikutan itu apa yang dijanjikan oleh Pas untuk menjadikan Malaysia sebagai negara kebajikan tidak lagi relevan dan ketinggalan zaman...(UM, 20/2/08).

Ulasan: Tapi di bawah kerajaan BN rakyat hanya mendapat subsidi sedangkan ramai pemimpinnya dari pelbagai peringkat sibuk mengaut khazanah negeri/negara secara yang tidak sah untuk kepentingan sendiri, sahabat handai dan kroni-kroni mereka.

Ikut hawa nafsu – Johari Baharom
JITRA 19 Feb. – Tindakan parti pembangkang untuk membenarkan demonstrasi jalanan sekiranya memenangi pilihan raya kali ini adalah tidak berasas dan mengikut hawa nafsu.
Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Johari Baharom berkata, apa jua kenyataan yang dikeluarkan oleh para pemimpin Pas tidak konsisten dan cakap-cakap orang yang tidak bertanggungjawab...(UM, 20/2/08).

Ulasan: Seolah-olah pemimpin BN tidak ikut nafsu. Bukankah Perlembagaan Malaysia yang ada membenarkan perhimpunan aman?

Pembangkang menang besar -- Parti pemerintah sekutu Pervez mengaku kalah
ISLAMABAD 19 Feb. – Parti pemerintah yang menjadi sekutu Presiden Pervez Musharraf, Liga Muslim Pakistan-Q (PML-Q) kalah teruk di tangan pembangkang, Parti Rakyat Pakistan (PPP) dan Liga Muslim Pakistan-N (PML-N) pada pilihan raya Parlimen Pakistan yang diadakan semalam.
&
Pervez kini ‘tempang’, mungkin hilang kuasa
ISLAMABAD – Presiden Pervez Musharraf bakal menjadi “harimau tidak bertaring” dan mungkin kehilangan kuasa sekiranya keputusan awal pilihan raya yang menyebelah kepada pembangkang berterusan sehingga semua undi dikira.

Ulasan: Susahnya hendak mencapai kemuncak kuasa. Tiba-tiba sudah di senjakala kekuasaan. Rugilah siapa yang menjadi khadam untuk oang lain walaupun dia kononnya pemimpin besar di depan rakyat. Bila rakyat berani bangun menuntut hak walaupun hanya melalui peti undi menunjukkan rakyat hakim negara. Tahniah kepada rakyat Pakistan, supaya Pakistan menjadi makmur, aman dan bebas dari rasuah.

Mendidik anak bangsa usaha tanpa noktah
SEREMBAN 19 Feb. - Menjadi pendidik dan mendidik anak bangsa tidak akan terhenti sampai bila-bila, bahkan ia merupakan usaha berterusan tanpa noktah.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, agenda pendidikan sentiasa diberi keutamaan oleh kerajaan, malahan ia dipertingkatkan dari semasa ke semasa untuk memastikan pelajar anak negeri ini cemerlang dalam semua peperiksaan.
''Saya mahu melihat pendidikan di kalangan anak-anak kita sentiasa meningkat. Bagi saya, ilmu itu terlalu penting kerana dengan ilmu sahajalah, rakyat akan berjaya mara ke hadapan," katanya pada majlis ramah mesra bersama warga pendidik Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) di Klana Resort di sini hari ini...(UM, 20/2/08).

Ulasan: Anak-anak kita yang kita didik dengan kasih sayang di rumah menjadi rosak apabila kerajaan membiarkan maksiat bersepah di sana sini tanpa sekatan : Percampuran bebas, seks bebas, pesta seks, pelayan/gro, pesta arak, karaoke dan kelab malam, dadah, bohsia. Kebanyakannya akan mewujudkan bayi haram.

Wakil-wakil rakyat BN TIDAK menggunakan kuasa pemerintah selama ini untuk mempersempitkan lorong ke arah maksiat tetapi meluaskannya kini menjadi lebuh raya maksiat. Semua orang jika tidak berhati-hati akan terlibat. Manakah wakil rakyat kita yang sayangkan anak bangsa?

Petua Mengundi 1: Tolak calon rasuah walaupun dari BN

Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai satu misi menjelang pilihan raya umum 8 Mac nanti. Ini berikutan kenyataannya bahawa masanya sudah tiba untuk MEMBERSIHKAN kerajaan Barisan Nasional (BN), khususnya parti tulang belakangnya.
Sehubungan itu, beliau berharap penyokong BN tidak akan mengundi pemimpin yang KORUP DAN KAYU MATI dalam pilihan raya umum ini.
Dr Mahathir berkata beliau cuba berbuat demikian kerana nampaknya BN tidak mungkin dapat membersihkan dirinya sendiri.
Untuk itu, katanya, jika terdapat calon-calon yang korup dan tidak cekap, maka penyokong BN tidak patut mengundi mereka dan ‘inilah cara kita dapat bersihkan BN dan Umno’.
Dr Mahathir berkata tiada harapan untuk Umno membersihkan parti itu dari dalam kerana sebarang pandangan yang bertentangan dari ahli parti, akan dikekang…(Harakah, 16-29/2/08).

Ulasan: Setuju dengan pendirian Tun. Penyokong BN sewajarnya mengundi parti selain BN sekiranya benar-benar mahu membersihkan BN. Tinggalkan BN untuk sementara waktu sehinggalah BN menjadi lebih baik, dan pemimpin BN dari pelbagai peringkat tidak lagi mengaut khazanah negeri dan negara melalui kroni-kroni mereka.

Sayang kepada rakyat bukan hanya sewaktu kempen dengan merasuah pengundi. Kerajaan yang baik akan menyayangi rakyat selama-lamanya dengan menjadi khadam kepada rakyat serta menghormati dan melindungi hak rakyat.

Monday, February 18, 2008

Kerajaan Sementara Merasuah Pengundi Dalam Pilihan Raya Ke 12?

Selepas Parlimen di bubarkan pada 13 Februari 2008, kerajaan sementara mengambil alih. Di Malaysia, sayangnya diteruskan oleh kerajaan yang sama iaitu kerajaan BN, yang selama ini mendatangkan banyak masalah kepada negara dan rakyat. Kenapa pemuka BN sibuk mengumumkan projek? Sepatutnya tidak ada menteri lain selain Perdana Menteri Sementara kerana Parlimen telah di bubarkan.

Berikut adalah contoh kegiatan kerajaan sementara (baca kerajaan BN) yang terang-terang menyalahgunakan kuasa kerajaan sementara, melanggar peraturan yang ada serta merasuah pengundi yang telah berlaku hari-hari selepas parlimen dibubarkan. Lepas pembubaran parlimen dan selepas penamaan calon pun, adakah lagi Menteri dan Timbalan Menteri? Selepas penamaan pun, yang kita tahu tidak ada PM. Lihat juga penggunaan sekolah untuk menarik undi. Seolah-olah BN sengaja tidak mahu rakyat yang cerdik atau yang boleh menggunakan akal.

1) RM1 juta baiki dewan perniagaan Cina
KUALA LUMPUR 14 Feb. - Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) memperuntukkan hampir RM1 juta bagi membantu Dewan Perniagaan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (DPCSKL) menjalankan kerja-kerja pembaikan dan pemuliharaan bangunan lama pertubuhan itu di Jalan Maharajalela di sini.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, setakat ini, pihaknya sudah memberi peruntukan sebanyak RM200,000 dua tahun lepas dan RM500,000 pula diserahkan pada hari ini...(UM, 15/2/08).

2) Empat projek RM170j majukan Bachok
BACHOK 14 Feb. - Selaras dengan slogan 'Bachok Baru, Bachok Maju', kerajaan Barisan Nasional (BN) akan melakukan lonjakan pembangunan berganda melalui pelaksanaan empat projek utama bernilai kira- kira RM170 juta yang akan dimulakan secara berperingkat.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, jajahan itu akan muncul sebagai kawasan termaju dan menjana kegiatan ekonomi yang pesat termasuk melalui pembinaan hospital daerah dan kolej kejururawatan yang dijangka menelan belanja RM60 juta.
Selain itu katanya, Kolej Profesional Mara di Beris Kubur Besar sebanyak RM40 juta akan turut dibangunkan dan pembesaran muara Kuala Kemasin sebanyak RM60 juta bagi menggerakkan industri perikanan...(UM, 15/2/08).

3) Negara kebajikan: Kita boleh bankrap
SEPANG 14 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amaran Malaysia boleh bankrap jika konsep negara kebajikan yang ditawarkan oleh Pas diterima dan dipraktikkan di negara ini.
Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis pecah tanah projek pembinaan Rumah Harapan Kanak-Kanak Malaysia di Kampung Baru Labu Lanjut, Salak Tinggi di sini hari ini.
Rumah perlindungan anak-anak yatim yang menghidap AIDS/HIV bernilai RM1.3 juta itu dikelolakan oleh Yayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia (YHKM)..(UM, 15/2/08).

4 ) Lulus tanah bina kilang baja
KUALA LIPIS 17 Feb. – Kerajaan Pahang meluluskan tanah seluas empat hektar di Kecau Enam di sini, bagi pembinaan sebuah kilang baja kompos bernilai RM6 juta pada tahun ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAdang Tengku, Abdul Rahman Mohamed berkata, apabila siap, kilang itu akan memproses sisa buangan tandan kelapa sawit untuk dibuat baja kompos selain memberikan peluang pekerjaan kepada lebih 60 penduduk tempatan.

5) Peneroka dapat tanah tambahan
JERANTUT 17 Feb. – Seramai 387 peneroka Felda Sungai Tekam di sini, terharu apabila mendapat tanah tambahan seluas dua hektar seorang untuk dimajukan dengan tanaman kelapa sawit.
Ketua Kampung Felda Sungai Tekam, Hashim Kadir. 73, berkata, pemberian tanah oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu amat menggembirakan hati penduduk tanah rancangan itu...(UM, 18/2/08).

6) RM18 juta bangunkan 6 kolej komuniti di Kelantan
KOK LANAS: Kementerian Pengajian Tinggi memperuntukkan lebih RM18 juta bagi membangunkan enam kolej komuniti di Kelantan dalam usaha memartabatkan pembangunan modal insan di negeri ini.
Menterinya, Datuk Mustapa Mohamed, berkata enam kolej itu membabitkan dua kolej induk, iaitu di Kok Lanas dan Kuala Krai, manakala empat lagi ialah kolej cawangan di Jeli, Pasir Mas, Tumpat dan Bachok...(BH, 18/2/08).

7) Elaun kursus jahitan Kemas naik RM150
SERI ISKANDAR: Mulai tahun ini, elaun bulanan peserta yang mengikuti Kursus latihan Jahitan Kemas dinaikkan daripada RM100 kepada RM150, manakala elaun makanan harian bertambah daripada RM9 kepada RM15.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin, berkata pertambahan itu dilakukan sebagai usaha menarik minat lebih ramai belia luar bandar menyertai kursus berkenaan yang kini sudah diiktiraf oleh Kementerian Sumber Manusia.
"Kementerian juga bersedia menambah lagi peruntukan RM5.5 juta disediakan untuk kursus ini sekarang jika terbukti ada usaha dan peluang meningkatkan lagi tahap kredibiliti kursus ini," katanya pada Majlis Penyampaian Sijil Latihan Jahitan Kemas di Institut Latihan Kemas di sini, semalam...(BH, 18/2/08).

8) Peneroka Felda Dilindungi Skim Insurans Berkelompok
TEMERLOH, 16 Feb (Bernama) -- Berkuatkuasa 1 Mac ini, para peneroka Felda di seluruh negara akan dilindungi Skim Insurans Berkelompok berkonsepkan syariah, demikian diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata polisi premium berkelompok itu melibatkan pembiayaan kira-kira RM9 juta setahun dan premium setiap peneroka adalah antara RM75 ke RM80 setahun.
"Premium tahunan ini akan ditanggung sepenuhnya oleh Felda dan tiada sebarang premium dikenakan ke atas peneroka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perhimpunan Bersama Rakyat dan Penyerahan Suratan Hak Milik Tanah Felda Lakum, dekat Lanchang, di sini...(BERNAMA, 16 Februari, 2008).

9) 12,000 rumah untuk kurang mampu
KOTA BHARU: Kerajaan Pusat akan membina kira-kira 12,000 unit Rumah Mampu Milik (RMM) dan Rumah Mesra Rakyat (RMR) di seluruh Kelantan menjelang 2010 bagi memudahkan pemilikan rumah oleh golongan berpendapatan rendah.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata pembinaan perumahan itu sedang dilaksanakan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Katanya, ketika ini daripada 8,000 RMM yang dirancang, 3,300 sedang dibina di seluruh Kelantan, manakala daripada 4,000 RMR, 774 sudah siap dan diserahkan kepada pemilik serta 419 lagi dalam pembinaan.
Antara lokasi pembinaan perumahan itu termasuk sekitar Bachok, Kok Lanas, Kuala Krai dan Tumpat yang dijual pada harga antara RM60,000 dan RM70,000 seunit.
Beliau memberitahu pemberita selepas merasmikan Pejabat SPNB cawangan Kelantan, di sini semalam. Hadir sama Pengarah Urusan SPNB, Datuk Mohd Amin Mohd Salleh.
Sempena perasmian pejabat itu di Bachok petang semalam, 10 keluarga menerima kunci RMR yang siap dibina, manakala20 lagi penduduk menerima surat tawaran pembinaan RMR...(BH, 18/2/08).

10) Mendidik anak bangsa usaha tanpa noktah
SEREMBAN 19 Feb. - Menjadi pendidik dan mendidik anak bangsa tidak akan terhenti sampai bila-bila, bahkan ia merupakan usaha berterusan tanpa noktah.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, agenda pendidikan sentiasa diberi keutamaan oleh kerajaan, malahan ia dipertingkatkan dari semasa ke semasa untuk memastikan pelajar anak negeri ini cemerlang dalam semua peperiksaan.
''Saya mahu melihat pendidikan di kalangan anak-anak kita sentiasa meningkat. Bagi saya, ilmu itu terlalu penting kerana dengan ilmu sahajalah, rakyat akan berjaya mara ke hadapan," katanya pada majlis ramah mesra bersama warga pendidik Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) di Klana Resort di sini hari ini.
Hadir sama Pengarah Pelajaran negeri, Abdullah Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kerja Raya dan Pembangunan Usahawan yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran negeri, Datuk Ismail Lasim serta turut dihadiri kira-kira 500 pengetua, guru besar dan pegawai pelajaran...(UM, 20/2/08).

11) RM2 juta bantu pereka animasi
KUALA LUMPUR 19 Feb. - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi meluluskan dana sebanyak RM2 juta bagi membiayai projek dalam industri animasi dan kandungan kreatif digital.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis memberitahu, dana itu adalah bagi pereka-pereka animasi dan kandungan kreatif digital yang mempunyai projek tetapi tidak mempunyai modal untuk dipasarkan kepada syarikat multimedia.
''Pereka-pereka projek animasi dan kandungan kreatif digital ini selalunya berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan modal kerja bagi memulakan sesuatu projek.
''Dana ini disediakan untuk pereka memulakan projek animasi dan kandungan kreatif digital dengan pembiayaan sekali sahaja antara RM20,000 hingga RM100,000,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Pusat Inovatif Kreatif dan Inkubator Kuala Lumpur Sentral di sini hari ini...(UM, 20/2/08).

12) DUN Kahang dapat dua projek bernilai RM8 juta
KLUANG 19 Feb. - Kerajaan meluluskan peruntukan RM8 juta untuk melaksanakan dua projek iaitu menaik taraf jalan di Felda Ulu Denga, Kahang Barat dan Kahang Timur serta memperindahkan kawasan rekreasi Gunung Belumut di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kahang.
Penyandang kerusi DUN Kahang, S. Ramis berkata, kerja menaik taraf jalan raya sepanjang 20 kilometer itu bermula dari Kampung Gajah dekat sini.
"Projek bernilai RM6 juta ini adalah di bawah peruntukan Ahli Parlimen dan permohonan bagi melaksanakan projek ini dibuat oleh Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Ramis berkata, projek memperindahkan kawasan rekreasi Gunung Belumut pula membabitkan kos RM2 juta...(UM, 20/2/08).

13) Projek pembangunan luar bandar diperbanyakkan
MELAKA 19 Feb. – Lebih banyak projek pembangunan akan digerakkan terutama di kawasan luar bandar dalam usaha kerajaan negeri mencapai sasaran 6.8 juta pelancong berkunjung ke Melaka pada tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim berkata, sasaran itu tidak mustahil dicapai memandangkan bilangan pelancong yang datang ke negeri ini kian meningkat sepanjang tempoh empat tahun lalu sejak tahun 2004...(UM, 20/2/08).

14) Pelajar miskin MRSM dapat bantuan khas
PARIT 18 Feb. – Kerajaan akan menanggung sepenuhnya perbelanjaan golongan pelajar miskin di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) menerusi Program Bantuan Khas mulai tahun ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mereka yang layak menerima bantuan itu adalah pelajar daripada keluarga berpendapatan di bawah RM650 sebulan. Menerusi bantuan tersebut, kata beliau, pelajar berkenaan akan dikecualikan daripada bayaran asrama, pakaian seragam serta lain-lain keperluan sekolah.
‘‘Kita ambil kira (pemberian bantuan) dengan menggunakan piawaian garis kemiskinan iaitu keluarga yang memperoleh pendapatan di bawah RM650 sebulan.
‘‘Bagi mereka yang terlibat, semua perbelanjaan kemasukan dan kehadiran mereka di MRSM akan ditanggung oleh kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah MRSM Parit di sini hari ini...(UM, 19/2/08).

15) Gunakan kuasa undi dengan bijak
PEKAN 23 Feb. - Rakyat perlu menggunakan kuasa undi yang ada di tangan mereka dengan membuat pemilihan terbaik dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Perdana Menteri berkata, pilihan raya umum pada 8 Mac ini bukan satu pilihan raya kecil, sebaliknya bagi membentuk kerajaan di peringkat nasional dan negeri.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan rakyat supaya tidak membuat sebarang eksperimen tetapi perlu melakukan perhitungan yang terbaik sebelum tangan mereka memangkah calon yang difikirkan sesuai.
"Bila hendak pangkah nanti, bisik dengan diri kita, siapa yang sepatutnya akan menubuhkan kerajaan peringkat nasional dan negeri.
''Bila hendak pilih nanti, pilih berdasarkan sesuatu perhitungan dan perkiraan kerana kuasa undi boleh beri rahmat pada kita untuk buat pilihan yang tepat," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian dividen Tanam Semula Komersial (TSK) dan bantuan mangsa banjir serta anugerah pekebun kecil di sini hari ini...

16) 'Sekolah Cina terus dibantu'
JOHOR BAHRU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah meminggirkan mana-mana Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Johor apabila turut menyampaikan bantuan kewangan kepada sekolah berkenaan setiap tahun.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata BN menggunakan peruntukan Pejabat Menteri Besar menyalurkan bantuan kewangan kira-kira RM1.2 juta kepada SJKC di negeri ini, manakala sekolah swasta Cina menerima kira-kira RM800,000...(BH, 26/2/08).

17) Pelan Struktur Kampung Baru diiklan 1 April
KUALA LUMPUR 25 Feb. - Datuk Seri Nasib Tun Razak berkata, Pelan Struktur Tempatan Kampung Baru akan diiklankan untuk tatapan umum mulai 1 April ini sebagai langkah pertama ke arah pembangunan dan pemodenan secara menyeluruh Kampung Baru.
Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah tersebut bertujuan bagi mendapatkan reaksi rakyat berhubung pelan pembangunan kampung berkenaan untuk dibuat penilaian dan perubahan pada konsep pembangunan tersebut.
Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri telah bersetuju dengan pelan pembangunan kampung tersebut dan ia akan tetap dilaksanakan.
‘‘Oleh itu, pengundi-pengundi (Parlimen) Titiwangsa (salah) satu projek yang akan dilaksanakan adalah pembangunan semula Kampung Baru kerana kita tidak mahu ada ‘slum area’ (kawasan perumahan orang miskin), tidak ada kawasan miskin Melayu, Cina atau India. Kita tidak mahu golongan miskin tegar di Wilayah Persekutuan,’’ katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ceramah bagi Parlimen Titiwangsa yang ditandingi oleh calon Barisan Nasional (BN), Datuk Aziz Jamaludin Mhd. Tahir di sini malam ini.

18) Perpustakaan untuk penduduk Ulu Putatan
PUTATAN 27 Feb. – Balai raya di Kampung Ulu Putatan yang sebelum ini dalam keadaan usang dan daif kini berubah wajah apabila diubah suai menjadi sebuah bangunan perpustakaan desa yang baru di daerah itu.
Majlis pelancaran bangunan perpustakaan yang menjadi kebanggaan penduduk kampung tersebut disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin, semalam.
Berucap pada majlis itu, Yahya mahu penduduk di kawasan tersebut memanfaatkan sepenuhnya perpustakaan itu dan menjadikannya gedung ilmu untuk faedah masyarakat setempat.

19) Artis berkempen bantu calon BN
TASEK GELUGOR 27 Feb. - Kehadiran sekumpulan artis diketuai pelakon veteran terkenal, Latiff Ibrahim mencuri tumpuan lebih 500 pengunjung majlis jamuan Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional (BN) Tasek Gelugor, di sini semalam.
Mereka yang datang dari Kuala Lumpur berkempen untuk BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 di sini tiba kira-kira pukul 9.30 malam pada majlis yang diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Aik Keow, dekat sini.
Latiff turut disertai penyanyi dan pelakon veteran antaranya Hail Amir, Dahlan Zainuddin, Herman Tino dan A.R Badul.
Kehadiran artis-artis berkenaan dengan memakai baju tertera slogan ‘Undilah BN’ turut menarik perhatian calon kerusi Parlimen Tasek Gelugor yang juga Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang menemui masyarakat pelbagai kaum di majlis tersebut.

19) Najib: Give Barisan four years
Thursday, 28 February 2008
PASIR MAS: Give Barisan Nasional four years to rule Kelantan and kick it out if it fails to deliver, Datuk Seri Najib Tun Razak told the Kelantan people.
The Deputy Prime Minister said Barisan had many plans for the state and wanted a new and developed Kelantan.
“Four years is enough time for us to bring changes and show what we can do,” he said yesterday at the SM Tengku Panglima Raja here.

20) Parti pembangkang gemar temberang – Taib Mahmud
LAPOK (Baram) 27 Feb. – Parti pembangkang lebih suka ‘temberang’ daripada menyatakan kebenaran berhubung kejayaan Barisan Nasional (BN) membangunkan rakyat negeri ini, kata Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Beliau berkata, semua itu dilakukan oleh pembangkang semata-mata untuk meraih simpati pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-12 ini.
Katanya, pembangkang juga akan terus berusaha sedaya upaya mencari kelemahan dan kesalahan BN walaupun terpaksa berbohong kepada rakyat.
“Mereka (pembangkang) tidak pernah puas hati dengan apa yang BN sudah buat untuk rakyat.
“Semua yang kita (BN) lakukan tidak ada yang baik di mata mereka. Oleh itu mereka gemar bersikap ‘temberang’ dengan memburuk-burukkan BN,” katanya ketika berucap di majlis peletakan batu asas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinjar Baram, kira-kira 150 kilometer dari Miri.

21) Kerajaan salur RM209.6 juta bantu sekolah agama
BALING 28 Feb. - Sebanyak RM209.6 juta telah disalurkan kerajaan kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di seluruh negara sejak tiga tahun lalu bagi memastikan sekolah tersebut setaraf dengan sekolah-sekolah lain di negara ini.
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, bantuan kepada SABK itu telah dapat memberi manfaat kepada lebih 35,700 pelajar.
"Kita mahu memberikan keselesaan dan kemudahan kepada pelajar terlibat," katanya kepada para pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan jentera pilihan raya Parlimen Baling di Bilik Gerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) di sini hari ini.
Hishammuddin turut mengadakan lawatan pertamanya ke SABK An Najjah, Titi Gantung, Pulai dekat sini dan meluluskan permohonan bagi membina bangunan tambahan dan sebuah makmal komputer.
Hadir sama ialah calon BN bagi Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, calon DUN Kupang, Datuk Ismail Abu Bakar dan calon Bayu, Azmi Che Hussain.

22) ELECTION 2008: Kelantan BN pledges to reduce taxes
KOTA BARU: Petty traders and other business people will benefit greatly if Barisan Nasional comes to power in Kelantan.
In the supplementary manifesto for the state, BN is pledging to lower assessment rates and quit rent, and abolish minor taxes on petty traders.
These are among the pledges in Kelantan Barisan Nasional's supplementary manifesto to be unveiled tomorrow.
State BN chief Datuk Seri Annuar Musa said the manifesto would not only address the needs and problems of the rakyat but also focus on good governance.
He said Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi's visit to Kelantan to lay the foundation for Universiti Malaysia Kelantan's permanent campus in Tangok today was a clear signal of the coalition's determination to help the Kelantan people...(malaysia-today, 28/2/08).

23) RM590j projek rumah golongan miskin
KEPALA BATAS 28 Feb. – Kerajaan komited untuk melaksanakan pelbagai program bantuan kepada golongan miskin bagi memastikan matlamat membasmi kemiskinan tegar tercapai sepenuhnya pada 2010.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, yang menjadi keutamaan kerajaan sekarang ialah membina dan membaiki rumah rakyat termiskin di seluruh negara.
Menurutnya, peruntukan sebanyak RM590 juta telah disediakan bagi melaksanakan projek-projek pembinaan dan membaik pulih rumah golongan miskin yang dilaksanakan sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
‘‘Sebahagian peruntukan ini sudah pun disalurkan dan ramai orang miskin di seluruh negara termasuk miskin tegar sudah mendapat manfaat.
‘‘Pembinaan perumahan akan menjadi keutamaan kerana kita mahu setiap rakyat mendapat kemudahan asas secukupnya,” katanya sebelum memulakan lawatan ke beberapa projek perumahan rakyat termiskin (PPR) sekitar Parlimen Kepala Batas di Lahar Minyak, Penaga di sini hari ini.

24) Kenaikan jawatan ATM
BUTTERWORTH 28 Feb. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, anggota tentera kini berpeluang untuk menikmati kenaikan pangkat berikutan pewujudan jawatan baru dalam pasukan angkatan tentera.
"Selain pembukaan markas angkatan tentera yang baru di seluruh negara yang akan juga mewujudkan peluang jawatan baru, kerajaan juga telah bersetuju untuk mewujudkan 645 lagi jawatan Leftenan Kolonel," katanya pada majlis perjumpaan dengan warga Pangkalan Tentara Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Telok Air Tawar dekat sini hari ini.
Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Panglima TUDM, Tan Sri Azizan Ariffin

25) Penantian 12 tahun peneroka Sendayan berakhir
SEREMBAN 28 Feb. - Penantian 12 tahun peneroka Felda Sendayan berakhir apabila kerajaan negeri menyerahkan kunci banglo dan Sijil Kelayakan Menduduki (CF) kepada 493 peneroka di Sendayan dekat sini hari ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pemberian kunci dan CF itu merupakan sebahagian daripada pakej yang ditawarkan oleh kerajaan kepada mereka selain 50 peratus lagi dalam bentuk wang tunai.
''Hari ini kerajaan negeri menunaikan janji untuk menyerahkan kunci banglo. Kita berikan juga sekali dengan CF supaya peneroka dapat terus tinggal di rumah tersebut.
''Ini adalah janji kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mahu melihat rakyat hidup dengan aman dan sejahtera," kata beliau kepada pemberita selepas menyerahkan kunci banglo dan CF kepada 493 peneroka tanah rancangan Felda itu.
Hadir sama Naib Ketua Pemuda UMNO yang juga calon BN Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan isterinya, Nori Abdullah.

26) Aibkan orang demi politik
PENDANG 29 Feb. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perbuatan mengaibkan orang tidak boleh diterima tetapi para pemimpin Pas menghalalkannya demi kepentingan politik mereka.
‘‘Ia bukan sesuatu yang boleh diterima. Mengaibkan orang tak patut dilakukan tapi maknanya dari segi politik, Pas menghalalkan segala-galanya,” kata Najib kepada pemberita selepas berucap pada majlis Perhimpunan Rakyat di Felda Sungai Tiang di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini mengenai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengeluarkan ‘fatwa’ terbarunya dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 dengan membenarkan semua calon parti itu yang bertanding mengumpat, membuat tuduhan serta mendedahkan keburukan lawan masing-masing.
Sementara itu, Najib memberitahu, kerajaan memperuntukkan RM1.3 juta untuk membina rumah-rumah kedai di bawah program Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Felda Sungai Tiang bagi memberi kemudahan perniagaan kepada masyarakat di kawasan berkenaan.
Projek yang dinamakan Kedai Rakyat itu mengandungi sebuah bangunan dua tingkat dengan 12 buah kedai. Selain itu, kata Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan akan membina sebuah dewan serbaguna di kawasan Felda tersebut dan menyediakan sebuah kereta jenazah bernilai RM90,000....

27) Hospital Mersing dinaik taraf
MERSING 2 Mac – Hospital Mersing bakal menerima bangunan wad serta dewan pembedahan baru menerusi peruntukan berjumlah RM20 juta dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad.
Beliau berkata, projek penambahbaikan yang dijalankan di hospital tersebut dijangka bermula dalam masa terdekat ini bagi memberi keselesaan kepada penduduk di Mersing.
‘‘Memang terdapat cadangan untuk memindahkan Hospital Mersing di tapak baru, namun jika difikirkan, hospital ini memiliki keunikannya kerana terletak di kawasan tepi pantai.
‘‘Oleh itu, kerajaan memutuskan pendekatan lebih praktikal bagi menjalankan penambahbaikan Hospital Mersing di tapak sedia ada,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kesihatan peringkat daerah Mersing di Padang Mini Stadium Mersing di sini hari ini.
Turut hadir calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh, T. Murukasvary dan calon BN DUN Endau, Zainal Abidin Othman.

28) Dewan pelancongan RM2j dibina di Bagan Datoh
BAGAN DATOH 2 Mac. - Kerajaan membina Dewan Pelancongan bernilai RM2 juta di persisiran pantai Sungai Perak berhampiran jeti Bagan Datoh bagi meningkatkan industri pelancongan sekali gus mengubah sosioekonomi penduduk setempat.
Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata, projek pembinaan bangunan dewan atas tapak seluas 1.6 hektar yang dikendalikan Majlis Daerah Teluk Intan (MDTI) itu dijangka siap akhir tahun depan.
Katanya, tender kontrak sedang diuruskan MDTI dan kerja pembinaan akan bermula sebaik sahaja ia dianugerahkan kepada kontraktor berkelayakan.
''Usaha ini dilakukan kerana kerajaan mahu mengubah corak ekonomi penduduk tempatan di samping mempelbagaikan sumber pendapatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Program Pelancongan Pelajar di Bangunan Umno, Simpang Empat, Hutan Melintang dekat sini semalam.
Turut hadir calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup, Shaarani Mahamad dan DUN Hutan Melintang, Tangasvari Suppiah dan beberapa pemimpin BN Parlimen Bagan Datoh.

29) Kerajaan rampas ‘jantung’ jadi isu pembangkang
SEREMBAN 2 Mac – Kerajaan telah berjaya merampas ‘jantung’ di bandar ini yang menjadi isu pembangkang pada pilihan raya 2004 lalu sehingga membawa kemenangan DAP di DUN Lobak, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
‘Jantung’ yang dimaksudkan oleh Mohamad itu ialah Pasar Besar Seremban yang sebelum ini menimbulkan kemarahan peniaga dan menjadi isu pembangkang untuk menawan Lobak, selain masalah jirat Cina di Jalan Lee Sam, di sini.
‘‘Hari ini ‘jantung’ itu telah kita rampas dari badannya (Seremban). Dalam hal ini, bila kita ambil ‘jantung’ (pasar) maka badannya akan rebah dan menjadi milik kita.
“Kini, mereka telah menyatakan sokongan kepada kerajaan dan BN,” kata Mohamad kepada pemberita selepas merasmikan SJK (C) Sungai Salak dan menyerahkan sumbangan kepada penduduk Kampung Seri Bahagia, di sini semalam.

29) Bela nasib rakyat keutamaan Awang Adek
KOTA BHARU 2 Mac - Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin yang optimis pilihan raya kali ini akan menjanjikan perubahan di Kelantan menegaskan, pembelaan nasib golongan miskin akan menjadi keutamaan baginya jika menjadi Menteri Besar kelak.
Menurutnya, beliau pernah melalui saat-saat yang begitu sukar dalam keluarga yang dicengkam kemiskinan sehingga menyebabkan beliau dan tujuh adik-beradik lain 'kadangkala makan, kadangkala tidak'.
''Saya sendiri masih terdengar tangis arwah kakak yang begitu ingin belajar tetapi terpaksa berhenti sekolah kerana memberi laluan kepada saya," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2 di sini petang ini.

30) BN tidak persia kepercayaan rakyat
KEPALA BATAS 2 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan Barisan Nasional (BN) tidak akan mempersia-siakan sokongan dan kepercayaan rakyat kepada parti memerintah itu pada pilihan raya umum 8 Mac ini.
Perdana Menteri menegaskan, sokongan padu rakyat penting bagi memastikan BN dapat terus memacu pembangunan yang dirancang termasuk memberi tumpuan bagi meningkatkan kemajuan penduduk luar bandar.
Sehubungan itu, beliau mahu rakyat keluar beramai-ramai mengundi Sabtu ini bagi memastikan calon-calon BN menang besar.
‘‘Tidak sia-sia sokong BN pada pilihan raya umum nanti, mudah-mudahan kita capai kemenangan.
‘‘Saya harap semua pengundi keluar beramai-ramai dan pihak polis juga telah beri jaminan akan meningkatkan kawalan keselamatan pada hari itu supaya selamat dan tiada gangguan,’’ kata Abdullah.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan jalan baru dan Jambatan Pinang Tunggal di Pinang Tunggal di sini hari ini.
Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Jeanne Abdullah; Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin dan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Dr. Abdul Munit Kasmin.

31) Pas hanya 'janji' bazirkan wang rakyat
JOHOR BAHRU 3 Mac - Pas hari ini dibidas kerana tidak pernah menyatakan kaedah untuk menjana ekonomi negara sebaliknya hanya memberitahu rakyat bagaimana hendak menghabiskan wang kerajaan jika menang pada Pilihan Raya Umum Ke-12.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Pas ketika berkempen hanya menyatakan cara-cara wang kerajaan mahu dibazirkan antaranya memberi elaun kepada ibu tunggal jika menang pilihan raya umum Sabtu ini.
Beliau berkata, tindakan parti itu sesuatu yang memalukan kerana wang yang akan dibelanjakan itu adalah wang kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN).
''Ia berlainan dengan cara BN kerana kita berusaha serta memikirkan cara untuk membangunkan ekonomi agar segenap lapisan masyarakat mengecapi kemakmuran.
''Nampaknya cara yang kita gunakan lebih daripada 50 tahun ini memang difahami dan diterima baik dan hakikat itu dapat dibuktikan apabila rakyat menaruh keyakinan dan harapan yang tinggi terhadap BN,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Giat Mara Bersama Rakyat Parlimen Pasir Gudang, Taman Mawar, Pasir Gudang di sini hari ini.

32) 1RM1.6b bina rumah tentera
KUANTAN 3 Mac - Kerajaan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi melaksanakan 38 projek perumahan anggota tentera dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, 10,000 rumah akan dibina di seluruh negara dengan 7,000 daripadanya akan dibina di Lembah Klang.
Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata, pembinaan lebih banyak rumah bertujuan memastikan anggota tentera tidak tinggal di kawasan setinggan atau di rumah yang kurang selesa di luar kem.
''Berbanding sekitar tahun 1970-an, ada anggota tentera terpaksa tinggal di kawasan setinggan dan rumah yang hanya mempunyai satu bilik.
''Kini kita bina rumah yang lebih luas dan setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya tiga bilik," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan ramah mesra bersama anggota tentera di Markas 4 Briged, Kem Batu 10 di sini hari ini.
Selain itu, Najib memberitahu, kerajaan meluluskan 645 jawatan tambahan bagi membolehkan anggota tentera kumpulan pertengahan yang berpangkat Mejar dinaikkan pangkat kepada Leftenan Kolonel.
Beliau berkata, pada masa ini Kementerian Pertahanan menerima 900 permohonan kenaikan pangkat di kalangan anggota tentera berpangkat Mejar.
Dalam pada itu, beliau mengumumkan peruntukan kerajaan RM700,000 iaitu membina bangunan dua tingkat bagi kemudahan anak anggota tentera mengikuti kelas agama dan fardu ain (KAFA) di kem tersebut.
Sementara itu ketika berucap pada majlis perasmian pecah tanah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Pekan, Najib berkata, kerajaan sentiasa peka untuk menyediakan barisan generasi muda dengan pelbagai latihan dan kemahiran.
IKBN yang berkeluasan 32 hektar dan bernilai RM110 juta itu dijangka siap sepe nuhnya pada Februari 2010. Ia adalah satu daripada enam IKBN yang dijayakan di bawah projek Rancangan Malaysia Ke sembilan (RMK-9).
Selain Pekan, Pahang, IKBN akan turut dibina di Pedu, Kedah; Pengerang, Johor; Kuala Selangor, Selangor; Kelantan dan Terengganu.

33) Rakyat Kelantan jangan tolak tuah - Muhyiddin
KOTA BHARU 3 Mac - Rakyat Kelantan diminta tidak menolak 'tuah' atau manfaat besar yang bakal mereka kecapi ekoran tawaran Barisan Nasional (BN) Kelantan untuk melakukan perubahan di negeri ini.
Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan jaminan kerajaan Pusat menyediakan peruntukan hampir RM1 bilion setahun sekiranya BN memerintah, banyak usaha boleh dijayakan demi kesejahteraan rakyat tanpa sebarang halangan.
Kata beliau, apa yang penting pada masa ini bukan lagi soal emosi, sentimen parti atau pemimpin, sebaliknya ia perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas iaitu undi untuk kepentingan negeri.
''Kita kena fikirkan masalah pokok yang melanda negeri kita sekarang. Hutang kerajaan negeri bukan terletak pada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Nik Mat mahupun Datuk Husam Musa, tetapi bebanan itu pada rakyat," katanya.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hasil Ladang Merdeka Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Peringat dekat sini hari ini.
Hadir sama ialah Pengerusi KADA, Datuk Seri Annuar Musa, calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kok Lanas, Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad dan calon BN bagi DUN Melor, Mohd. Azmi Ishak yang juga Ahli Lembaga KADA.

34) Isu rumah terbengkalai Bukit Botak diberi perhatian
KUALA LUMPUR 4 Mac - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer, Datuk Subahan Kamal berjanji akan menyelesaikan masalah rumah terbengkalai di Kampung Bukit Botak, Selayang.
Menurutnya, beliau akan memastikan projek perumahan kos rendah di kawasan seluas 56 hektar itu disiapkan dengan segera oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
"Saya sedar masalah ini sudah berlarutan begitu lama iaitu sejak 2001 dan rumah yang dibina menjadi terbengkalai kerana salah memilih kontraktor membangunkan kawasan tersebut.
"Hanya pada 2005 PKNS mengambil alih sebahagian daripada pembangunan tersebut dan terpaksa menanggung semua masalah yang wujud,'' katanya di sini, hari ini.
Beliau mengulas keluhan 1,115 keluarga setinggan yang masih ditempatkan di kediaman sementara termasuk 548 keluarga yang terpaksa menyewa apabila perkampungan setinggan mereka dirobohkan untuk dibangunkan dengan rumah kos rendah.
Bagaimanapun, projek tersebut terbengkalai menyebabkan penduduk terbabit terpaksa terus tinggal di penempatan sementara atau menyewa rumah.
Mereka yang menyewa dijanjikan subsidi wang sewa rumah sebanyak RM300 sebulan tetapi kontraktor gagal memenuhi janjinya itu.
Bagaimanapun, kemelut yang melanda 548 penduduk setinggan itu berakhir semalam apabila PKNS menjelaskan tunggakan sewa rumah berjumlah RM1.26 juta.
Penyerahan cek kepada semua penduduk terbabit telah disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo di sini, semalam.

34) IPD Jasin bernilai RM70 juta dibina
JASIN 4 Mac - Sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baru bernilai RM70 juta akan dibina tidak lama lagi di sini bagi menggantikan IPD sedia ada yang usang.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, IPD Jasin yang baru itu dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2009 dan menempatkan lebih ramai anggota polis.
Menurut beliau, projek pembinaan yang dibiayai Kementerian Dalam Negeri itu turut dilengkapi asrama dan rumah kakitangan yang lebih selesa dan moden.
''Ini semua untuk menjamin keselamatan dan keamanan rakyat. Apabila keadaan negara aman dan selamat maka rakyat akan hidup makmur.
''Saya percaya IPD Jasin ini akan menjadi ibu pejabat polis paling cantik di negeri ini," katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah projek pembinaan IPD Jasin yang baru di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Polis negeri, Datuk Mortadza Nazarene dan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Wira Ahmad Hamzah.

35) Penduduk miskin bandar dibela
SEREMBAN 4 Mac – Nasib penduduk miskin di kawasan bandar terus mendapat perhatian kerajaan Negeri Sembilan dan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB).
Sebanyak 100 penduduk berpendapatan rendah dari kawasan seliaan MPS hari ini menerima pelbagai bantuan di bawah program tersebut yang dimulakan sejak 2005.
Majlis penyampaian cek bantuan PPKB kepada penerima yang layak disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di Flat Tun Dr. Ismail, Lobak di sini.

36) i-Pintar tingkatkan mutu pengajaran
KEPALA BATAS 4 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yakin program i-Pintar yang dilancarkan hari ini mampu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah- sekolah luar bandar di seluruh negara.
Perdana Menteri berkata, pelaksanaan program seumpama itu penting dalam membantu kerajaan mengukuhkan usaha pembinaan modal insan secara lebih menyeluruh termasuk membantu murid-murid di kawasan luar bandar.
Justeru, beliau mahu program pendidikan diperluaskan ke sekolah-sekolah seluruh negara bagi memastikan matlamatnya dicapai secara berkesan.
‘‘Saya percaya menerusi i-Pintar dalam masa yang singkat kemahiran serta mutu pembelajaran anak-anak kita di luar bandar dapat ditingkatkan ke tahap lebih tinggi lagi.
‘‘Ini membuktikan keprihatinan kerajaan dalam membantu pendidikan anak- anak,” katanya ketika melancarkan program tersebut di Sekolah Kebangsaan Hashim Awang di sini hari ini.

37) Stesen bas RM120 juta
SUNGAI PETANI 5 Mac - Bandar Sungai Petani akan mempunyai mercu tanda baru apabila sebuah kompleks di tengah-tengah pusat bandar yang menempatkan stesen bas, teksi dan perniagaan bernilai RM120 juta siap sepenuhnya kira-kira dua tahun lagi.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kompleks pengangkutan serba lengkap berkeluasan 3.18 hektar tersebut akan dibina di tapak stesen bas sedia ada di Jalan Petri.
Katanya, projek tersebut dibina oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dengan usaha sama SPK Maju (M) Sdn. Bhd.
''Projek ini sebenarnya dirancang sejak 1993. Atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan ia terpaksa ditangguh.
''Bagaimanapun, setelah mengambil kira kepentingan warga Sungai Petani, kerajaan negeri dalam mesyuarat Exco baru-baru ini telah meluluskan projek tersebut dan ia dijangka boleh bermula dalam tempoh terdekat,'' katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah projek kompleks stesen bas, teksi dan perniagaan baru di sini petang ini.
Turut hadir Menteri Penerangan yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Petani, Datuk Seri Zainuddin Maidin; calon BN Parlimen Merbok, Datuk Tajul Urus Md. Zain; Yang Dipertua MPSPK, Adzmi Din dan Pegawai Daerah Kuala Muda, Datuk Khazali Din.


 




.....bersambung sampai hari pilihan raya nanti....supaya rakyat boleh nampak dan berfikir sendiri.

Timbang semula BM dalam Sains, Matematik – Abdullah

PULAU PINANG 17 Feb. – Kerajaan akan menimbangkan permintaan untuk menggunakan bahasa ibunda dalam mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah.
Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pertimbangan itu akan dibuat selepas kajian terperinci mengenai keberkesanan penggunaan bahasa Inggeris bagi kedua-dua mata pelajaran itu dilakukan.

Ulasan: Kerajaan BN yang telah mewajibkannya tanpa restu dan sokongan dari ilmuan dan pakar bahasa Melayu. Tidak semestinya belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris menjadikan negara ini maju. Lihatlah kepada negara Jepun, Russia, Perancis dan Jerman.

Negara Islam sepakat amal Islam Hadhari
KUALA LUMPUR 17 Feb. - Delegasi Multaqa Alumni Al-Azhar 2008 di sini sepakat agar semua negara Islam mengamalkan pendekatan Islam Hadhari yang diamalkan oleh Malaysia untuk memacu kemajuan umat Islam.
Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Datuk Dr. Abd. Shukor Husin berkata, ini kerana pendekatan tersebut menumpukan kepada pembangunan rohani dan spiritual yang seimbang.

Ulasan: Apakah Islam itu tidak lengkap sehingga Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terpaksa mempelopori Islam Hadhari?

Sistem politik Islam jawapan permasalahan negara
KUALA LUMPUR 17 Feb. - Sistem politik Islam dilihat penyelesai kepada pelbagai masalah rumit yang menggugat kestabilan kebanyakan negara-negara Islam hari ini.
Profesor Dr. Fu'ad Mohamed Al-Nadi dari Universiti Al-Azhar berkata, sehubungan itu, umat Islam perlu segera mempraktikkan sistem politik Islam seperti yang diwarisi pemerintahan cendekiawan Islam satu masa dahulu.
"Masalah yang melanda negara Islam sebenarnya, hanya dapat diselesaikan dengan mempraktikkan sistem politik Islam.
"Ia lengkap. Cendekiawan Islam dahulu sudah membuktikan politik Islam menjamin kestabilan dan keamanan negara mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Pengertian Sistem Politik Islam dan Keistimewaan Berbanding Sistem Politik Semasa' sempena Multaqa Sedunia Alumni Al-Azhar 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Ulasan: Mesej kepada kerajaan Muslim di mana saja termasuk Malaysia bahawa permasalahan negara dapat di selesaikan melalui sistem politik Islam. Bukan hanya dengan berkokok berderai-derai ekor bergelumang dengan tahi.

Prestasi baik ekonomi negara bukan rekaan
GEORGETOWN: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam menegaskan kerajaan tidak pernah menipu rakyat berhubung kedudukan ekonomi negara, sebaliknya prestasi memberangsangkan yang dicapai Malaysia disokong statistik dan diperakui badan antarabangsa...(BH, 18/2/08).

Ulasan: Walaupun rakyat kita kini menderita kerana kos hidup semakin tinggi, harga minyak melambung, rasuah membarah, jenayah meningkat, demokrasi terhakis, dan khazanah negara dibolot kroni?

Guru diminta usah terpedaya dakyah burukkan kerajaan
KOTA BHARU: Kementerian Pelajaran mengingatkan guru agar tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang hingga sanggup memburukkan kerajaan, khususnya menjelang pilihan raya umum pada 8 Mac ini.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar, berkata warga pendidik memainkan peranan penting menyampaikan dasar kerajaan bagi menepis tindakan pembangkang memanipulasi pelbagai isu termasuk yuran percuma...(BH, 18/2/08).

Ulasan: Tidak mungkin guru yang mengajar murid menjadi warganegara yang baik menyokong kerajaan yang tidak suka kepada pilihan raya yang bersih dan adil. Undi adalah hak rakyat. Jangan takut mengundi selain BN.

BN Selangor yakin sapu bersih semua kerusi: MB
PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) Selangor yang yakin menyapu bersih 22 kerusi Parlimen dan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), termasuk dua kerusi DUN memperkenalkan slogan ‘Beri Masa Seminit Untuk Memangkah BN, Kami Akan Membela Rakyat Untuk Lima Tahun.’ ...(BH, 18/2/08).
Ulasan: Rupa-rupa BN hendakkan rakyat memilihnya lagi kerana perjuangan untuk mengaut khazanah/kekayaan negeri dan negara untuk diri sendiri, kaum kerabat dan kroni-kroni mereka melalui jalan yang tidak sah masih LAGI tidak selesai. Undi kita bertujuan hanya untuk memilih wakil rakyat yang menjaga kepentingan rakyat bukan untuk menjaga kepentingan peribadinya.

BN tak gentar parti nyamuk: Mustapa
KOK LANAS: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak gentar dengan kemunculan parti ‘nyamuk’ yang mahu bertanding pada pilihan raya umum kali ini kerana yakin rakyat tidak mudah terpengaruh dakyah mereka.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mustapa Mohamed, berkata Kerajaan BN mempunyai misi yang lebih besar dalam memajukan rakyat dan negara daripada melayan mereka.
"Parti nyamuk termasuk Parti Mahasiswa tidak akan menggerunkan Kerajaan BN, malah kita tahu mereka tidak mampu mempengaruhi segala perancangan yang sudah dirancangkan...(BH, 18/2/08).

Ulasan: Betulkah BN tidak gentar? Kalaulah rakyat Malaysia tidak dirosakkan oleh BN sepanjang pemerintahannya sudah tentu akan memilih kerajaan yang BERSIH dan ADIL. Tapi bagaimana dengan pengundi hantu? Gerakan merasuah pengundi dalam pelbagai cara sedang giat dijalankan.

PM LEMAH, BN GAGAL

Rasuah membarah
Harga minyak melambung
Kos hidup tinggi
Jenayah meningkat
Demokrasi terhakis
Khazanah negara dibolot kroni

Perdana Menteri Abdullah mengkhianati mandat besar pilihan raya 2004. Keluhan rakyat tidak dipedulikan. Projek berbilion ringgit diagih sama sendiri. Keupayaannya menguruskan ekonomi dipertikai. Suara kritikan dianggap musuh. Oleh itu tamatkanlah kuasa mutlak dan ego pemimpin BN.
Anda mampu mengubahnya. Gunakan hak anda sebaik mungkin dalam pilihan raya 8 Mac 2008 ini...(Harakah, 16-29/2/08).

Ulasan: Kerajaan BN yang pernah kita lantik melalui undi kita tahun 2004 rupa-rupanya tidak bersungguh-sungguh menjaga kepentingan rakyat kerana tidak bersungguh-sungguh mengawal HARGA MINYAK petrol, diesel dan gas masak MELAMBUNG, KOS HIDUP TINGGI kerana harga barangan naik, JENAYAH (curi, rompak, rogol, bunuh, penculikan kanak-kanak dll) MENINGKAT, rasuah masih membarah, khazanah/kekayaan negeri dan negara dibolot kroni pemimpin, dan demokrasi semakin terhakis.
Oleh itu mari kita tinggalkan BN dalam pilihan raya ini supaya BN menjadi lebih sayang kepada semua rakyat kalau hendak menang daam pilihan raya 5 tahun lagi.

Negara kebajikan: Kita boleh bankrap
SEPANG 14 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amaran Malaysia boleh bankrap jika konsep negara kebajikan yang ditawarkan oleh Pas diterima dan dipraktikkan di negara ini...(UM, 15/2/08).

Ulasan: Jangan hanya menolak pendapat orang berdasarkan apa yang parti kita buat selama memerintah Malaysia. Contoh negara kebajikan ialah Britain dan German. Ertinya negara kebajikan pun hebat kerana negara-negara ini lebih maju dari Malaysia. Apabila menolak dengan alasan yang remeh yang tidak tepat semata-mata kita dari parti yang berbeza, itu menunjukkan kedegilan dan kesombongan kita. Sewajarnya kita membaca bahan bertulis mengenai negara kebajikan di seluruh dunia. Bila kita bercakap rakyat boleh nampak kejahilan kita.

Hanya calon jujur, berwibawa, efisien – PM
KUALA LUMPUR 14 Feb. – Barisan Nasional (BN) akan memastikan hanya mereka yang mampu berkhidmat secara jujur, berwibawa dan efisien kepada rakyat disenaraikan sebagai calon pada pilihan raya umum kali ini.
Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, ini bagi membolehkan segala projek yang telah dirancang untuk rakyat termasuk dalam wilayah koridor pembangunan ekonomi yang dilancarkan beliau baru-baru ini dapat diberi perhatian sewajarnya.
‘‘Komitmen kita membuat yang terbaik. Kita mahu pastikan kita memilih calon yang boleh berkhidmat untuk rakyat, secara jujur, dengan wibawa dan efisien. Ini yang kita mahu buat,’’ katanya...(UM, 15/2/08).

Ulasan: Rakyat lebih suka kalau Pengerusi BN menambah lagi 3 kriteria, iaitu bermoral tinggi (tidak berzina), tidak mengamalkan rasuah, dan tidak mengaut khazanah/kekayaan negara melalui jalan yang tidak sah. Jadi kita sebagai rakyat memilih wakil rakyat untuk menjaga kepentingan rakyat BUKAN untuk berniaga untuk kepentingan peribadi dan kroni.

Spekulasi Khaled MB baru Johor makin kuat
JOHOR BAHRU: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam menghadap Sultan Johor di Istana Bukit Serene di sini, sekali gus menguatkan lagi spekulasi mengenai kemungkinan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, akan dicalonkan sebagai Menteri Besar menggantikan Datuk Abdul Ghani Othman.
Perdana Menteri tiba di Istana Bukit Serene pada jam 3.35 petang, diiringi Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Datuk Reezal Merican Naina Merican yang menaiki sebuah kereta lain.
Kira-kira sejam kemudian, Abdullah keluar dari Istana Bukit Serene tanpa memberi sebarang kenyataan kepada wartawan yang berkumpul di hadapan pagar utama istana.
Abdul Ghani yang dikatakan akan bertanding di kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 8 Mac ini, bagaimanapun tidak ada bersama rombongan Abdullah kerana ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, pagi semalam.
Sebelum itu, pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno, Abdullah berkata, majlis menghadap itu adalah untuk bertemu dan menziarah Sultan Johor yang baru pulih dari sakit.
"Saya sudah lama tidak menziarahi Tuanku," kata Perdana Menteri...(BH, 15/2/08)

Ulasan: Tiga perkara perlu di ulas
a) PM nampaknya berbohong lagi. Mungkin PM kena di beri latihan intensif bagaimana untuk menjawab pertanyaan dalam sidang media TANPA perlu berbohong. Berbohong adalah termasuk dalam dosa-dosa besar.
b) Eloklah BPR siasat harta kekayaan semua menteri besar dan keluarga/kroni selepas parlimen di bubarkan untuk mengelakkan rasuah dan penyelewengan kuasa.
c) Tapi BPR pun di dakwa terlibat memberi rasuah di dalam kes Lingam beberapa hari lalu. Setakat ini tidak ada penafian dari pihak BPR. Perlukah ditubuhkan satu Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat penyelewengan BPR? Satu demi satu kebobrokan terserlah angkara parti BN memerintah terlalu lama di Malaysia.

'Tiada penipuan proses pilihan raya'
PUTRAJAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, semalam menempelak seorang wartawan agensi berita asing kerana menggunakan perkataan 'rigging' dalam soalannya yang seolah-olah mengatakan berlaku penipuan pada pilihan raya umum sebelum ini.
Abdul Rashid yang mengetuai SPR sejak 2000 menegaskan, perkataan 'rigging' bermaksud menipu dengan mengubah kandungan dalam peti undi dan boleh memberi imej buruk bukan saja kepada badan itu, malah kepada negara... "Jika awak maksudkan pengundi hantu, ia tiada kaitan langsung dengan perkataan 'rigging'. Namun, tiada siapa jumpa SPR dan membuktikan berlaku pengundi hantu setiap kali pilihan raya umum diadakan," katanya pada sidang media bagi mengumumkan tarikh penamaan calon dan mengundi untuk Pilihan Raya Umum Ke-12 di sini, semalam.
Wartawan agensi berita asing itu meminta Abdul Rashid mengulangi jaminan pilihan raya umum kali ini adalah bersih dan adil.

Ulasan: Betulkah tiada siapa jumpa SPR dan membuktikan berlaku pengundi hantu setiap kali pilihan raya umum diadakan? Semak semula laporan polis, laporan Suruhanjaya Hak Asasi dan kes mahkamah mengenai penipuan dan pengundi hantu kerana tajuk itu menjadi popular sejak beberapa kali pilihan raya umum dan pilihan raa kecil di negara ini.
Apakah pilihan raya umum kali ini adalah bersih dan adil, sama-samalah kita lihat. Lantiklah pemerhati/pemantau luar negara yang berwibawa dan berwibawa untuk kepastian berlaku bersih dan adil dalam pilihan raya kali ini.


Thursday, February 14, 2008

PM ulas desas-desus pembubaran Parlimen hari ini

BANGI 12 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan desas-desus yang semakin hangat bahawa beliau akan mengumumkan pembubaran Parlimen, esok.
‘‘Tidak... tidak lagi, pandailah you,’’ kata Perdana Menteri sambil tersenyum lebar ketika pemberita mengajukan soalan mengenai khabar angin kemungkinan beliau mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan. Abdullah juga menolak saranan pemberita bahawa mesyuarat Kabinet esok adalah yang terakhir yang akan dipengerusikan oleh beliau sebelum pilihan raya umum.
Secara bersahaja beliau berkata: ‘‘Khabar angin, itu yang seronok dengar, siapa cakap? Mesyuarat Kabinet ada lagi, ada lagi, dalam penggal ini ada lagi mesyuarat Kabinet.’’... ...(UM, 13/2/08).

&

Parlimen bubar -- Tarikh penamaan calon, pilihan raya ditentukan hari ini

PUTRAJAYA 13 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan, iaitu 15 bulan sebelum mandat penggal sekarang berakhir pada Mei 2009...(UM, 14/2/08).

Ulasan: Bandingkan kedua-dua berita di atas. Rupa-rupanya PM kita 'hidup-hidup' membohongi rakyat. Betullah bidalan orang tua-tua yang di ubahsuai: Siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong pun jadi (perdana) menteri. Apalah hendak di harapkan dari PM yang berbohong terhadap perkara seserius pilihan raya umum. Sayonara BN...