Friday, February 27, 2009

Dakwaan Adun PR tidak masuk akal: Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menganggap dakwaan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak dari Pakatan Rakyat yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kononnya mereka ditawarkan RM20 juta untuk keluar parti sebagai tidak masuk akal.
Sambil menyerahkan kepada SPRM untuk menyiasat dakwaan berkenaan, Timbalan Perdana Menteri menegaskan mereka yang membuat laporan palsu boleh didakwa…(B, 25/2/09).

Ulasan: Masuk atau tak masuk akal, biarlah siasatan polis dan SPRM menentukan. Jangan mendahulukan siasatan. Oleh kerana rakyat mahukan Malaysia menjadi negara sifar rasuah eloklah laporan itu di siasat SEGERA. Rakyat menginginkan hidup bebas dan aman tanpa rasuah.

No comments: