PHNOM PENH 24 Feb. - Bekas 'Wanita Pertama' Khmer Rouge berkata, dia 'terlalu lemah untuk memberi keterangan' ketika dihadapkan di mahkamah khas hari ini, selepas suaminya dikejarkan ke hospital.
Ieng Thirith, 76, yang menghadapi tuduhan jenayah kemanusiaan, memberitahu mahkamah bahawa peguam belanya akan bercakap mewakilinya dalam kes rayuan terhadap penahanannya.
"Saya terlalu lemah," kata Thirith yang pernah menjadi menteri hal ehwal sosial dalam rejim Khmer Rouge.
Thirith adalah seorang daripada lima pegawai tertinggi Khmer Rouge yang menghadapi tuduhan jenayah pada era pemerintahan komunis tersebut pada 1975-1979…
Ulasan: Sewaktu di ambang kuasa kita biasanya tertipu kerana semua kita hajat dapat di capai dengan mudah walaupun kita sebenarnya hanyalah boneka di dalam suatu sistem yang banyaknya merosakkan rakyat. Mulakan dengan mengingat keputusannya (begin with the end in mind) adalah lebih baik kepada semua orang. Jangan sampai hidupmu pernah menzalimi orang.
Gagal 775 kali ujian memandu
SEOUL 24 Feb. – Seorang wanita Korea Selatan, gagal dalam 775 ujian memandu dalam tempoh empat tahun lalu tetapi masih bertekad untuk terus mencuba sehingga berjaya.
Cha Sa-soon, 68, telah mencuba sejak 2005 untuk lulus ujian bertulis bagi mendapatkan lesen memandu, namun sehingga kini beliau masih gagal memperoleh minimum 60 peratus yang ditetapkan untuk lulus.
Sa-soon berazam untuk mendapatkan lesen tersebut bagi membolehkannya memiliki sebuah trak untuk memulakan perniagaan sendiri, telah membelanjakan lebih 10 juta won (kira-kira RM23,800) untuk melalui proses ujian berkenaan.
“Saya percaya anda akan dapat mencapai matlamat anda jika anda bersungguh-sungguh mengejarnya. Jadi jangan hapuskan impian anda, seperti saya. Kuatkan diri dan lakukan terbaik,” katanya. – REUTERS.
Ulasan: Berani kalah untuk bangun lagi sebagai juara.
Netanyahu, Livni hold first post-election talks
JERUSALEM (Reuters) – Israel's political rivals Benjamin Netanyahu and Tzipi Livni agreed to hold further talks about a future government at their first meeting on Sunday since an inconclusive February 10 election.
Netanyahu, head of the hawkish Likud party, whom President Shimon Peres asked on Friday to form a new ruling coalition, vowed to press on with efforts to persuade centrist leader Livni, Israel's foreign minister, to join him in a government.
He called it "the challenge of the hour and the will of the Israeli people" for Israel's two largest political forces to rule jointly to confront what they see as Iran's pursuit of a nuclear weapon, and its militia allies, Hamas and Hezbollah.
Comments: Seperti biasa, yang menang akan terus meratah darah orang Palestin... Bebaskan Palestin. Kami cinta Palestin.
No comments:
Post a Comment