Tuesday, February 10, 2009

Patik mohon derhaka – Nizar

Ipoh, 6/2/09 - Mohammad Nizar Jamaluddin enggan melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Perak dengan alasan masih menyandangnya secara sah mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
“Saya dengan rendah hati mohon derhaka dengan berkata kepada baginda ’patik sebagai MB dan pemimpin kerajaan, mohon tidak letak jawatan’.
Akan meneruskan tugasnya seperti biasa dan akan masuk pejabatnya hari ini.
Kerajaan negeri bersama pemimpin kerajaan campuran pembangkang akan memohon untuk menghadap Sultan Azlan Shah untuk merayu agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan…

Ulasan: Patik semua mohon derhaka kerana hendak ikut undang-undang tubuh negeri Perak. Tahniah kepada MB Nizar yang nampak lembut tapi berani mempertahankan hak rakyat. Biarlah mahkamah membuat keputusan yang adil saksama tanpa sebarang campur tangan kecuali keadilan.

No comments: