KUALA LUMPUR 5 Feb. - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah mahu para pengamal undang-undang mempertahankan kesucian mahkamah setiap masa bagi mengelak daripada dipesongkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Baginda bertitah, mahkamah tidak sepatutnya dijadikan pentas bangsawan.
''Mahkamah jangan sama sekali dibenarkan hingga sampai ke peringkat dianggap oleh masyarakat sebagai satu persembahan bangsawan yang skripnya telah ditulis oleh pengarah tertentu,'' titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika menghadiri Majlis Konvokesyen ke-14 Peperiksaan Sijil Amalan Guaman 2008 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini…
Ulasan: Pilihlah kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat sekiranya anda tidak mahu mahkamah menjadi pentas bangsawan. Kebobrokan BN/UMNO selama 50 tahun memerintah negara sudah jelas di depan mata kita. Marilah bersama-sama kita tukar kerajaan dalam pilihanraya yang akan datang.
No comments:
Post a Comment