Antara komen terhadap artikel di atas oleh WFAUZDIN NS (http://www.tranungkite.net/v8/):
oleh kibodo
Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Sedih apabila Sultan Perak yg mempunyai kredibiliti, ketokohan dan kebijaksanaan yg terbaik berbanding Sultan / Raja negeri2 lain, juga terheret dengan rasuah/kerakusan Umno BiNatang. Tuanku patut menerima pakai nasihat Raja Muda yg baru beberapa hari dititahkan bahawa institusi raja sepatutnya bebas dan tidak berpihak kepada mana2 parti. Rupanya apa yg dititah hanya retorik dan pura2 semata. Apa salahnya dibubarkan dun dan membiarkan rakyat tuanku yg menentukan kerajaan mereka sendiri. Tuanku akan lebih disanjungi dan dihargai oleh rakyat marhain dengan tindakan yg adil dan tidak berbelah. Lagi sedih apabila mufti yg paling berani bersuara tentang isu murtad juga tersungkur dengan tipu-muslihat Umno BiNatang dan beliau yg diberi amanah yg berat gagal menasihatkan sultan dan raja muda untuk mengambil tindakan yg berani dan adil, berbalik kepada teras agama Islam.
ohlala memetik (punca : http://penarikbeca.blogspot.com/2009/02/sultan-bukan-pemilik-negara-ini-umno.html) kata-kata hikmat dari Sultan Perak:
"Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat.
Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya"
- Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.
No comments:
Post a Comment