Tuesday, February 10, 2009

Karpal pertahan kenyataan saman sultan

KUALA LUMPUR 10 Feb. – Pengerusi DAP, Karpal Singh mempertahankan kenyataannya untuk mengheret Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ke mahkamah walaupun pelbagai pihak memintanya jangan bertindak demikian.
Beliau berkata, kenyataan itu tidak menyalahi peruntukan undang-undang dan Perlembagaan kerana Sultan juga boleh dibawa ke Mahkamah.
``Saya tahu apa yang saya perkatakan,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini…
&
Dakwa segera Karpal
Gelombang kemarahan orang ramai semakin memuncak mendesak Karpal Singh segera dikenakan tindakan menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Untuk rekod, selain isu terkini, Karpal juga pernah memberi peringatan kepada Sultan Azlah Shah supaya tidak campur tangan dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Jamry Sury.
Namun, Pejabat Peguam Negara belum mengambil sebarang tindakan.
Berikut ialah perkembangan semalam:
Polis telah membuka kertas siasatan terhadap Karpal mengikut Akta Hasutan berhubung lebih 30 laporan ke atas Pengerusi DAP itu.
Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu pihak berkuasa bertindak segera terhadap Karpal terutama selepas kenyataan beliau mahu mengheret Sultan Azlan Shah ke mahkamah.
Tan Sri Muhammad Muhd. Taib percaya Karpal semakin angkuh berikutan tiada tindakan dikenakan ke atasnya.
Dr. Puad Zarkashi berkata, kerajaan tidak boleh berdiam diri kerana tindakan Karpal itu dikhuatiri akan menyebabkan kesan buruk kepada rakyat…(UM, 10/2/09).

Ulasan: Lagi cepat lagi bagus untuk rakyat tahu siapa bersalah dengan syarat hakim masih bebas dan tidak di pengaruhi oleh sesiapa melainkan keadilan semata-mata. Mungkin BN/UMNO kini sudah berani membuka pekung sendiri di mahkamah nanti.

No comments: