Tuesday, February 17, 2009

Tangkap penderhaka

KUALA TERENGGANU 16 Feb. – Menteri Besar, Datuk Ahmad Said mahu kerajaan bertindak tegas termasuk menahan atau menangkap para penderhaka yang kian sombong serta angkuh terhadap institusi Raja-raja Melayu.
Beliau berpendapat, hanya menerusi tindakan sedemikian boleh menghapuskan keangkuhan atau kesombongan mereka yang kian bermaharajalela.
Katanya, keputusan sultan seharusnya dihormati dan beliau berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan terhadap penderhaka menerusi peruntukan undang-undang sedia ada…

Ulasan: Yang kita tak mahu lihat ialah Raja menjadi bonekaBN/UMNO.

Peluang rakyat betulkan kesilapan pilih pembangkang
JAKARTA 16 Feb. - Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib yakin rakyat akan menggunakan peluang pada dua pilihan raya kecil April ini bagi memperbetulkan kesilapan mereka memilih pembangkang sebelum ini.
Beliau berkata, ia adalah kerana dalam tempoh setahun pembangkang memerintah di beberapa negeri dan berada di Parlimen, mereka hanya menyebabkan suasana tegang dan huru-hara.
"Setahun di Perak, mereka bawa politik huru-hara, seperti Anwar (Ibrahim) menguar-uarkan nak ambil alih kerajaan Persekutuan pada 16 September.
"Rakyat faham, rakyat rasa tersilap pilih dan inilah masa rakyat membetulkan semula dalam pilihan raya kecil di Perak dan di Kedah," katanya…

Ulasan: BN/UMNO merampas kuasa di Perak baru-baru kerana tidak sabar menunggu undi tak percaya kepada MB Nizar di Sidang ADUN. Rampasan kuasa BN/UMNO menyebabkan wujudnya 2 MB dan 2 Exco bagi Perak. Pulangkan kuasa memilih kepada rakyat untuk membuat keputusan kerana rakyat adalah hakim negeri dan negara.

No comments: