PUTRAJAYA 16 Feb. - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof meminta Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat jangan terlalu buruk sangka terhadap SPR sehingga seolah-olah pertimbangan badan itu dalam sesuatu keputusan tidak mengambil kira keberkatan-Nya.
Kata beliau, sebagai seorang yang tinggi bidang agamanya dan digelar Tok Guru, Nik Abdul Aziz sepatutnya memberi teladan yang baik dengan membuang prasangka buruk termasuk tuduhan bahawa SPR 'berpakat' dengan UMNO dalam menetapkan tarikh dua pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau…
Ulasan: Sikap kita selama ini membentuk persepsi orang terhadap kita. SPR sewajarnya lebih mendengar dan menerima komen dari kliennya, iaitu parti politik di Malaysia.
No comments:
Post a Comment