IPOH 9 Feb. - Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Padzi Paharuddin berharap polis dapat menghalang bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohamamd Nizar Jamaluddin dan bekas Exco daripada memasuki bangunan pentadbiran kerajaan negeri esok.
Beliau berkata, jika bekas Menteri Besar dan Exconya berjaya meloloskan diri, Pemuda UMNO akan mengambil tindakan yang perlu untuk menghalau mereka keluar dari Bangunan Perak Darul Ridzuan.
"Polis telah memberi jaminan akan menghalang mereka daripada memasuki bangunan kerajaan negeri dan sebab itu Pemuda UMNO Perak cuma akan memerhatikan sahaja.
"Bagaimanapun, jika Mohammad Nizar dan Exconya membawa penyokong untuk menggunakan kekerasan sehingga gagal dihalang oleh polis, Pemuda UMNO akan bertindak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Mempertahankan Sultan Perak di Padang Sultan Abdul Jalil di sini hari ini…
Ulasan: Biar mahkamah memutuskan siapa yang sebenarnya MB Perak. Polis pun tak di percayai?
Jangan belakangkan ajaran agama - Mufti
IPOH 9 Feb. - Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria menasihatkan masyarakat Melayu di negeri ini supaya tidak mengambil tindakan yang membelakangkan ajaran agama.
Beliau berkata, tindakan segelintir masyarakat yang melakukan rusuhan dan demonstrasi jalanan akan mengakibatkan keadaan menjadi bertambah buruk.
''Umat Islam tidak digalakkan melakukan sesuatu perkara yang boleh mengundang keburukan," katanya di sini hari ini.
Menurut Harussani, umat Islam harus mentaati pemimpin selagi pemimpin itu melaksanakan tugasnya dengan baik.
Selaku Sultan Perak, kata beliau, Sultan Azlan Shah hanya melaksanakan tanggungjawab baginda melantik Menteri Besar.
''Pelantikan Menteri Besar tidak sepatutnya dijadikan isu di kalangan orang Melayu kerana ia adalah kuasa baginda," katanya.
Ulasan: Baca dua tiga kali baru faham siapa yang kena.
No comments:
Post a Comment