Thursday, February 12, 2009

Kadar faedah tidak patut turun lagi

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Bank Negara Malaysia (BNM) kini memberi keutamaan untuk menyediakan lebih banyak kemudahan pinjaman daripada terus menurunkan kadar faedah.
Gabenornya, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, berdasarkan penilaian yang dibuat, bank pusat itu tidak sepatutnya menurunkan kadar faedah lagi.
''Pada masa sekarang, penurunan kadar faedah bukan isu yang perlu diberi fokus.
''Isu yang lebih utama adalah memperbanyakkan akses pinjaman,'' kata beliau ketika ditemui selepas majlis penutup Persidangan Peringkat Tertinggi anjuran BNM di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada bank pusat itu bercadang untuk menurunkan kadar faedah pada masa depan.
Pada bulan lalu, BNM telah menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 75 mata asas kepada 2.50 peratus.
Zeti berkata, bank pusat itu telah mengambil langkah awal menurunkan kadar faedah dan juga mengurangkan keperluan rizab berkanun (SRR) dengan agak besar.
''Langkah ini dilakukan bagi membolehkan BNM mengurangkan kos, selain menyediakan kecairan, dana khas dan pada masa sama mengkaji agar akses kepada pemberian pinjaman berterusan, dengan aliran kredit ke dalam sistem,'' katanya…

Ulasan: Faedah atau riba adalah salah satu daripada dosa besar yang di haramkan oleh Allah Taala.

No comments: