Friday, February 06, 2009

Hinanya Najib merampas Perak!

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Hrkh) - "Rampasan kuasa", itulah yang disifatkan Ahli Parlimen Telok Kemang, Dato' Kamarul Baharin Abbas ketika membuat ulasan mengenai perkembangan di Perak.

Kamarul melihat kerajaan pilihan rakyat yang sedia ada hari ini digulingkan dengan cara yang paling hina.

"Dua Adun Bebas (Jamaludin dan Osman) yang tidak mengaku meletakkan jawatan sebelum ini telah bertindak keluar dari parti dan mengisytiharkan mereka sebagai Adun Bebas.

"Begitu juga dengan Adun Jelapang dari DAP yang isytihar keluar parti dan kini bebas.

Namun persoalannya, kata Kamarul, jika mereka mengatakan mereka Adun Bebas (tidak menyertai mana-mana parti), bagaimana pula mereka dengan bangganya berhimpun sekali dengan Adun-adun BN semasa sidang media oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

"Sementara Najib pula mengambil kira kerusi Adun mereka sebagai BN mempunyai jumlah majoriti dan Adun Bota, Dato' Nasarudin Hashim yang keluar Umno untuk menyertai KeADILan telah kembali kepada Umno atas alasan untuk bersama sebuah kerajaan yang kukuh," katanya.

Kamarul melihat, mungkinkah kemasukan Nasarudin dahulu ke dalam KeADILan untuk mengkucar-kacirkan parti itu bagi membolehkan dua Adun KeADILan yang bermasalah melompat keluar parti.

Baginya, amat hinalah maruah dirinya sekiranya Adun Bota memang merancangkan ini semua.

"Kemelut ini semua bermula setelah Najib mengambilalih jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak daripada Tajol Rosli. Tindakan Najib seperti yang kita ketahui begitu agresif dalam siri penculikan, ugutan dan tawaran," katanya.

Kamarul melihat, Najib merasa boleh membuat apa saja tanpa perlu bertanggungjawab terhadapnya walaupun perbuatan jenayah.

"Ini kerana pada bulan hadapan (Mac), tampuk pemerintahan tertinggi negara akan berada di dalam genggamannya," katanya.

Sungguh sedih dengan apa yang berlaku di Perak dan akan bertambah sedih dan malang sekali kepada negara Malaysia apabila Najib diserahkan jawatan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bulan Mac ini.

"Mahukah orang sebegini dengan perlakuan sekeji ini yang memerintah negara? Amar maaruf nahi mungkar (menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran) yang diamalkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak ditentang dan dikacau bilaukan oleh pihak yang membawa pendirian menyeru kepada kemungkaran dan mencegah kepada kebaikan," katanya.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menitahkan supaya Menteri Besar, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan exconya meletak jawatan berkuatkuasa serta-merta.

Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Sultan Perak semalam.

Begitupun Nizar enggan melepaskan jawatan itu dengan alasan, beliau masih sah selaku MB yang dipilih secara sah dalam pilihan raya umum ke-12 lalu…

Ulasan: Sultan di beri kuasa melantik Menteri Besar tapi tidak ada kuasa memecatnya. Sepatutnya TPM Najib play it cool dan tunggu sehingga patung-patungnya mengundi tak percaya kepada MB Nizar. Tiba-tiba PM Abdullah pun bangun bersama-sama Najib. Rakyat tertanya-tanya apakah sikap Sultan terhadap BN/UMNO yang jelas merampas kuasa @ merompak demokrasi kerana kehebatannya memujuk dan memancing?

Sayangnya...diambil dari: http://newskini.cjb.net/, UPDATE 4 Police fire tear gas at Pakatan supporters outside Palace and into Mosque Compound, Jumaat, 6 Februari 2009.

However, in a controversial decision, the Sultan chose to side with Najib, agreeing to a new BN government. The Sultan also made a further unprecedented move to remove Nizar as Menteri Besar - a decision that has shocked many in the legal fraternity.

The Pakatan, which has the same number of 28 assemblymen as the Umno-BN in the state assembly, said any decision to force a Menteri Besar to step can only be done by other lawmakers in the state assembly, and not by a royal order. This is because the Constitution empowered the Ruler to appoint, but not to sack.

Said Nizar: ““I was forced to seek dissolution of the state assembly as the Election Commission would not conduct by-elections for Behrang and Changkat Jering. Then I was asked to resign.

“I appeal to the Sultan to adhere to what is stipulated in constitution. The Sultan must allow the state assembly to decide so that a vote of no-confidence can be carried out against me, if this is what they want. That is best and proper way to remove me.”

Said KeADILan information chief Tian Chua: “Given that the Sultan previously wrote in his own book that a Ruler’s role is purely formal and that he should follow the recommendations of his Menteri Besar, that His Majesty himself could now chose to reject Nizar’s request for a snap election is surprising.

“If this was because the people of Perak were against Nizar, if this was to protect Perak against oppression, then there is cause for argument. But here, very clearly, the people of Perak want a snap election. They are not against Nizar either. So obviously, the question ‘why’ arise.

“Anyway, this is what March 2008 was about. This is why Pakatan urges all Perakians and all Malaysians to stand up for their rights. Darkness still pervades our society. It has not been vanquished.”

No comments: