Tuesday, February 17, 2009

Pokok 'celaka' mujarab menjarakkan kelahiran?

KUALA TERENGGANU 16 Feb. - Pokok 'celaka' - sejenis tumbuhan yang tumbuh meliar di hutan negeri ini khususnya di daerah Kemaman dipercayai boleh dijadikan ubat menjarakkan kelahiran anak.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, berdasarkan maklum balas dan pengalaman orang tua-tua setempat, pokok 'celaka' (tiada nama saintifik) didakwa mampu menjadi ubat paling mujarab bagi wanita yang ingin menjarakkan kelahiran.

Katanya, walaupun nama pokok itu sebagai 'celaka', namun menurut orang tua-tua, ia dikatakan amat mujarab dan diakui ramai wanita yang ingin menjarakkan kelahiran.

Sehubungan itu, beliau meminta para penyelidik dan saintis khususnya dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri ini menjalankan penyelidikan secara saintifik bagi menentukan kesahihan kenyataan tersebut.

''Kerajaan negeri sendiri bersedia membiayai kos penyelidikan kerana pokok 'celaka' jika terbukti mujarab, bakal mengubah wajah negeri ini sebagai sebuah pusat pengeluar ubatan tradisional utama.

''Menurut orang tua-tua, nama pokok itu 'celaka', tetapi saintis tempatan dikatakan belum dapat memberikan nama sebenar kerana ia mungkin terlepas kajian," katanya…

Ulasan: Bila suami isteri orang Melayu hanya berseronok suka bersetubuh tapi tidak mahu hasilnya iatu anak, maka akan berlakulah nanti bilangan kita mengecil. Fikirkan implikasi politik masa depan. Wahai wakil rakyat, meliputi menteri termasuk juga Menteri Besar jangan sibuk hendak promosi ubat menjarang kelahiran. Sibukkan masa anda untuk membentuk anak bangsa yang terbilang bukan yang berkiblatkan nafsu syahwat semata-mata. Allah boleh musnahkan kita bila-bila sekiranya kita derhaka kepadaNya.

No comments: