Wednesday, February 04, 2009

Pemimpin PKR dakwa Najib tawar RM50 juta

IPOH: Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Datuk Seri Najib Razak menawarkan wang RM50 juta kepadanya supaya memujuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat dari negeri ini melompat ke Barisan Nasional (BN).
Ketua PKR Ipoh, Fauzi Muda, berkata Timbalan Perdana Menteri juga mengatakan terpulang kepada beliau mengagihkan jumlah yang difikirkan wajar untuk Adun berkenaan bertukar parti.
Katanya, pertemuan dilakukan dalam sebuah bilik di kediaman rasmi Najib di Putrajaya pada 11 Mac tahun lalu, iaitu tiga hari selepas Pilihan Raya Umum Ke-12…
&
Tawaran RM50j adalah palsu'
KUALA LUMPUR 3 Feb. - Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin menolak dakwaan kononnya Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ipoh Barat, Fauzi Muda ditawarkan RM50 juta untuk membolehkan beliau menarik wakil rakyat parti itu menyertai Barisan Nasional (BN).
Zainal berkata, pertemuan Fauzi dengan seorang pemimpin Barisan Nasional (BN) itu memang berlaku pada 11 Mac tahun lalu tetapi ia diadakan secara terbuka ketika itu dan melibatkan ramai orang lain lagi yang hadir atas tujuan-tujuan tersendiri di Putrajaya…

Ulasan: Eloklah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)--yang telah ditubuhkan menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia-- menyiasat segera untuk mengetahui duduk perkara. Dan mendakwa SIAPA SAJA di mahkamah untuk di hukum seadilnya. Rakyat menanti keputusan siasatan SPRM. Tapi betul ke SPRM boleh menyiasat siapa saja sebab masih di bawah PM?

Curi seluar jeans, mati dipukul
KUALA TERENGGANU 3 Feb. – Gara-gara dituduh mencuri beberapa helai seluar jeans, seorang lelaki mati dipukul di Jalan Pantai Batu Burok di sini, semalam.
Lelaki berusia 40 tahun itu dikatakan mencuri di sebuah kedai pakaian terpakai…

Ulasan: Kalau kita boleh memilih untuk di hukum secara Islam tentu lebih baik. Terlepas dari mahkamah akhirat.

Konstabel koma tiga bulan meninggal
MELAKA: Selepas hampir tiga bulan koma akibat dibelasah lebih 20 lelaki di sebuah restoran di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka MITC, Konstabel Mohd Fairuz Shafie (gambar), 23, dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri menghembuskan nafas terakhirnya malam kelmarin…

Ulasan: Akhirnya mangsa kembali ke rahmatullah. Siapakah yang bertanggung jawab membunuhnya? Sampai hati meragut nyawa orang lain tanpa melalui hakim.

Ulama: Haram Kelab Rotari, Kelab Lions
JAKARTA 2 Feb. - Ulama Indonesia hari ini mahu pertubuhan antarabangsa seperti Kelab Rotari dan Kelab Lions diharamkan atas dakwaan ia adalah sebahagian daripada konspirasi Zionis.
Forum Ulama Umat (FUU) mendakwa dua kelab tersebut adalah barisan depan "kafir" Freemason dan pergerakan Zionis dunia yang mengancam Islam di negara ini.
"Mereka mengumpulkan dana dan memberikannya kepada Amerika dan Zionis Israel.
"Kami mendesak semua umat Islam agar tidak menganggotai Kelab Rotari dan Kelab Lions. Jika tidak mereka dianggap sebagai kafir," kata Pengerusi FUU, Atian Ali Mohammad Da'i.
Beliau turut mendesak Presiden Susilo Bambang Yudhoyono agar mengharamkan pertubuhan tersebut…
&
Kelab Rotary: PUM sokong tindakan Indonesia
KUALA LUMPUR 3 Feb. - Kerajaan diminta mengharamkan Kelab Rotary di negara ini kerana dikhuatiri mempunyai hubungan dengan Pergerakan Freemason atau Masuniah yang berpusat di Israel.
Timbalan Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Saleh Ahmad berkata, kekhuatiran itu adalah berdasarkan asal-usul kelab berkenaan yang dipercayai bermula di Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Katanya, walaupun kelab itu menjalankan aktiviti kebajikan, PUM tidak dapat menolak unsur-unsur yang mengaitkan Kelab Rotary dengan rejim Zionis dan AS…

Ulasan: Berhati-hatilah kerana mungkin dengan projek kebajikannya fahaman Zionis di sebarluaskan.

Jangan kelirukan perkataan Allah
PUTRAJAYA 2 Feb. - Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menentang sebarang penerbitan bahan bacaan agama lain menggunakan perkataan Allah kerana ia boleh mengelirukan masyarakat majmuk di negara ini.
Setiausaha Agungnya, Dr. Mohd. Roslan Mohd. Noor berkata, menterjemahkan perkataan God kepada Allah bagi agama lain tidak sesuai dalam konteks Malaysia yang merujuk Allah sebagai Tuhan Yang Maha Esa.
Beliau menegaskan, PUM telah membuat ketetapan dalam mesyuarat ahli jawatankuasa tertingginya pada 24 Januari tahun lalu bahawa perkataan Allah tidak boleh digunakan oleh agama lain dalam sebarang penerbitan sama ada bahan edaran terhad, buletin atau kitab-kitab terjemahan…

Ulasan: Tiba-tiba agama lain pun pun sibuk nak guna istilah yang sama. Mesti ada apa-apa.

Lepak minum arak
MERSING 2 Feb. - Pihak berkuasa diminta bertindak terhadap kumpulan remaja yang melepak di Dataran Pulau di sini kerana disyaki terbabit dengan kegiatan tidak bermoral termasuk mengambil minuman keras.
Kumpulan remaja itu juga dikatakan cuba mengaburi mata orang ramai dengan menggunakan tin minuman biasa tetapi kandungannya telah ditukar dengan arak.
Namun tindakan mereka itu tetap 'terbongkar' kerana bau minuman berkenaan yang memualkan apabila tin-tin minuman itu dibuang di merata-rata tempat…

Ulasan: Sedih sebab kita memusnahkan diri sendiri bila bermaksiat.

No comments: